Bab 10

Romance Completed 19487

Puan Latifah melabuhkan punggung disebelah besannya yang masih tersenyum tenang."Dhah saya minta maaf pasal kelakuan anak saya anak awak jadi mangsa.Maaf."Ucap Puan Latifah cemas walaupun segalanya salah anaknya namun tidak salah untuk dia menyampaikan kata maaf.

"Pah janganlah minta maaf perkara nak jadi kalau itu bukan rezeki kita nak buat macam mana.Kita kena sama sama redha."Ujar Puan Raudhah bersikap positif serta yakin dengan ketentuan takdir.

Puan Latifah memegang tangan besannya mengharapkan secebis kemaafan walaupun tidak di minta."Kita sama-sama bagi semangat dekat Ara bila dia sedar nanti.Dhah harap sangat Haira sedar kelakuan dia dan takkan mengulanginya lagi."Ujar Puan Raudhah ikhlas.Hatinya pula dipagut rasa bersalah.
"Makcik Liya minta maaf sebab dah tampar anak makcik tadi Liya geram sangat sebab dia berani buat akak Liya macam tu."Celah Alliya lalu melabuhkan punggung disisi Puan Latifah.
Puan Latifah menguntum senyuman gadis ini persis menantunya seorang yang sopan dan berbudi bahasa."Tak perlu minta maaf nak.Makcik faham kenapa kamu ambil tindakan sebegini."Tangan gadis itu disentuh lembut seraya mengukirkan senyuman manis.
"Saya kalau bukan sekarang mungkin nanti perkara sebegini terjadi.Allah lebih sayangkan baby tu kita disini harus menerima segalanya."Sambung Puan Raudhah seraya terus mengukirkan senyuman tenang-setenangnya.

"Sekiranya kita menginginkan cucu mereka boleh mengambil anak angkat.Saya takkan pernah hilang rasa sayang pada dia Dhah harap sangat dia kuat menempuh segalanya."Puan Latifah mengesat air mata yang mengalir.
Takdir yang telah tersurat sukar untuk diubahkan malahan bagi seseorang untuk menerima takdir tersebut sukar namun orang sekeliling harus memberikan semangat sehabis baik selain berdoa pada maha esa.

INAS AZRAFF menghampiri bakal suaminya yang menunggu dikantin Hospital."Abang."Sapa Inas lalu melabuhkan punggung berhadapan Aqram yang masih merenung gelas berisi air kosong itu.
"Abang macam mana dengan Ara?"Soal Inas apabila melihat keadaan tunangnya yang sungguh kusut.Aqram merenung wajah tunangnya jelas sekali pandangan kekecewaan.

"Ara keguguran abang tak sanggup nak tengok reaksi dia bila dia tahu yang.."Aqram tidak menghabiskan ayatnya seraya melepaskan keluhan.
Inas memandang wajah lelaki itu sayu."Abang jangan nampak lemah macam ini abang kena kuat demi Ara demi Raf demi Ibu.Semua ini satu takdir kita kena redha.Abang kena kuat."Ujar Inas sambil mengenggam tangan bakal suaminya itu.

"Sayang abang harap sangat Raf mampu memberi semangat pada Ara apabila dia sedar nanti.Abang mungkin tiada disisinya."Aqram menahan segala rasa sedihnya di hati.
Inas mengerutkan dahi."Abang nak pergi mana?Abang tak nak tengok Ara bila dia sedar nanti."Soal Inas berasa hairan.
"Kita nak pergi ambil kad kahwin kan.Sekejap abang call ibu kejap."Aqram mengubah topik perbicaraannya namun tidak mampu menghilangkan rasa dihati Inas wajah itu dipandang tanpa berkalih.

Selesai membuat panggilan telefon Aqram terus bangun lalu di ikuti oleh Inas mereka melangkah keluar daripada kantin Hospital Kuala Lumpur.
Segala tingkah laku pasangan sejoli itu dipandang oleh Elizad suspek kes yang baru selesai diselesaikan oleh Aqram sendiri namun jauh di sudut hati wanita itu lelaki yang menjaya membuatkan dia tidak dijatuhkan hukuman bersalah telah menarik minatnya untuk mengenali lelaki itu lebih mendalam.
Akan tetapi lelaki itu telah memilih seorang pelakon yang tiada kesempuraan melainkan dirinya yang lebih sempurna kerana berhijab tetapi membunuh orang.Itulah sikapnya namun sehingga kini peguamnya tidak mengetahui bahawa dia benar-benar bersalah.

Elizad mengekori Aqram dan Inas ke kedai kad perkahwinan sambil sepucuk pistol dipegang kemas lalu bergerak kearah pasangan yang rancak berbual mesra itu.

"KAU perampas! Hari ini kau mati!"Jerit Elizad Nadira sambil mengacukan pistol tepat kearah Inas Azraff.
"Cik El kenapa ini? Awak dah gila ke?"Soal Aqram sambil cuba menahan Elizad.
"What do you mean Am? atau you dah lupa yang I sayangkan you sejak pertama kali you jadi peguam bela I atas kes yang sememangnya I salah tapi sebab you bela I kes tu I menang dan I tak salah.Am please terima I, I sayang you Am dia dia tak lawa Am dia tak tutup aurat macam I dia tak sempurna Am terima I nikah dengan I."Rayu Elizad seperti orang kurang siuman.Inas menitiskan airmata seraya memeluk erat lengan tunangnya itu.
"Kau betina kau mati!"Jerit Elizad.Aqram segera menolak Inas ke tepi jalan lantas Elizad melepaskan tembakan tepat ke dada Aqram.Inas Azraff hilang arah apabila terpandangkan Aqram yang masih berdiri menahan sakit sambil memegang dadanya tanpa sedar sebuah kereta melanggar tubuh Aqram serta merta membuatkan lelaki itu berguling di atas jalan raya.
"Abang!!! "Jerit Inas Azraff apabila melihat tubuh itu telah berlumuran darah.Orang awam mengerumi sekujur tubuh yang terbaring kaku.
Elizad segera berlalu sambil terketar ketar melihat insan yang di sayangi telah mati dan dia adalah pembunuhnya.
Inas Azraff mendekati tubuh itu bersama air mata yang mengalir.Hatinya hiba sedih dan sunyi lelaki yang bakal menjadi suaminya telah pergi.

Mengikut kata hati segalanya mati akibat dendam yang bermaharajarela di hati telah memakan diri sendiri.Segalanya tidak bisa di undur kembali Allah lebih menyayangi hambanya lebih dari manusia sendiri.

Botol minuman yang dipegang Puan Raudhah jatuh lantas tanganya memegang kedada hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap.Puan Raudhah memandang sekeliling nasib baik tiada siapa yang perasan akan kecuainya menjatuhkan botol tersebut lalu dia melangkah keluar daripada kantin.
Alliya bergegar menghampiri Puan Raudhah sambil mengetap bibir laju air mata dipipi mengalir."Ibu.."Sapa Alliya lantas tubuh itu dipeluk erat.

Puan Raudhah mengerutkan dahinya seraya melepaskan pelukan anaknya."Kenapa ini Liya? ada apa-apa dengan Kakak ke?"Soal Puan Raudhah hairan.
Alliya teresak lagi sambil memandang wajah ibunya."Ibu abang Am dah pergi.."Ujar Alliya seraya menutup mukanya sambil menangis teresak-esak.
Puan Raudhah menyandar kedinding sambil memegang dadanya."Tapi kenapa? sebab apa? Abang sihat je tadi..Liyaa jawab nak."Soal Puan Raudhah meminta kepastian tentang kematian anaknya.

"Kak Inas cakap abang kena langgar lari."Alliya segera memeluk Ibunya yang sudah teresak menangis.
Puan Raudhah memejamkan mata bagi menelan berita yang terpaksa di terima untuk selamanya anaknya itu telah pergi kini dia bakal bersendirian lagi.
Segalanya harus diredhakan setiap yang berlaku pasti ada hikmah pahit atau manis harus jua ditelan.Puan Raudhah menyakinkan diri bahawa ini semua suratan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience