Bab 28

Romance Completed 19487

Ara Delisha menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan langkah menghampiri lelaki yang menjadi tanda tanya dihatinya itu.Haira hanya memerhati dari kejauhan.
"Awak ini siapa?"Sapa Ara memulakan bicara yang sudah berdiri di sisi lelaki yang tinggi lampai itu.Luth Umar menanggalkan cermin matanya lantas pandangan dikalihkan.
"Adik saya bunuh abang awak.Kehadiran saya untuk memohon maaf tapi hati saya terpikat dengan awak."Jawab Luth lalu mencapai tangan Ara tanpa segan silu pantas Ara menempis lembut.
"Sorry.. Kehadiran awak hanya inginkan kemaafan tapi bukan dengan saya awak patut memohon maaf tapi dengan Ibu saya dia masih hidup."Ujar Ara lantas menjarakkan sedikit badannya daripada lelaki ini.
Luth memandang kearah wanita yang dicintainya itu."Tolong Ara terima saya dalam hidup awak.Iye memang pada mulanya saya berniat lain tapi apabila saya melihat penampilan awak saya mula tertarik pada awak."Terang Luth lantas semakin mendekati Ara Delisha.

Rauf yang melangkah laju terus menghampiri lelaki tersebut lantas dia berdiri ditengah-tengah antara isterinya dengan lelaki terbabit.Ara terus memegang lengan suaminya.
Luth mengalihkan pandang kearah tasik."Boleh izinkan aku untuk memperisterikan Ara?"Ujar Luth tanpa sedikit pun iman dihati.
"Kau gila atau kau tiada pegangan iman di hati kau? Mazhab mana kau pegang kalau wanita boleh bernikah lebih daripada seorang?"Soal Rauf tenang namun dihatinya sedikit tercabar.

"Ceraikan Ara Delisha."Tutur Luth lantas dia bertentang mata dengan Rauf yang sudah merah muka menahan amarah.

"Walaupun jasad aku sudah terpisah daripada badan aku takkan sama sekali menceraikan isteri aku."Ujar Rauf tegas sambil mata tepat memandang lelaki tersebut.

Luth Umar tersenyum kecil."Kalau kau nak tahu sebeginilah situasi adik aku menagih cinta Aqram Muhaimin tetapi lelaki tu sanggup memilih Inas Azraff yang kurang segalanya."Terang Luth lantas berpeluk tubuh.
"Kak Inas kurang apa? Kurang hartanya kurang pangkatnya atau kurang martabatnya di sisi awak dan adik awak?"Ara mula bersuara lantas menolah tubuh suaminya kebelakang.

"Kalau awak menginginkan keistimewaan dalam hidup awak bukan dengan saya saya jauh lagi banyak kekurangan.Kalau awak nak dapatkan saya walaupun suatu hari nanti saya terpaksa memilih dan saya takkan sama sekali memilih awak dalam hidup saya dan saya tetap akan memilih syurga ini yang telah saya bina bersama."Ujar Ara lantas segera menarik suaminya untuk berlalu pergi pantas Luth ingin menarik tangan Ara.

Rauf segera menghalang."Kau tak faham bahasa ke?Atau kau memang tuli? Aku masih suami dia dan aku takkan pernah ceraikan dia atau lepaskan dia untuk orang lain termasuk kau."Tepat telunjuk jari menghala kearah muka Luth Umar yang sudah terdiam kaku.

"Sekirannya Umar inginkan kemaaafan lama dah makcik maafkan segala kelakuan adik Umar terhadap Am.Segala takdir Allah sekirannya bukan Adik Umar yang membunuhnya pasti Am akan pergi jua kerana Allah lebih sayangkan dia.

Umar tolong mengerti sekiranya segala yang terjadi adalah takdir Allah dan kita harus akur serta redha dengan segala hikmahnya.Berdosa sekiranya kita memilih untuk meruntuhkan rumahtangga lagi berdosa sebab melamar isteri orang."Puan Raudhah menghampiri lelaki tersebut sedikit pun dia tidak pernah berdendam.

"Aku lelaki dan kau juga lelaki pasti kau menginginkan sebuah kebahagian dengan orang yang kau sangat cintai tetapi bukan dengan memilih untuk merampas kebahagian orang lain.Aku tak minta banyak tolong cari pegangan hidup yang kukuh takut kelak kau sendiri yang menyesal dengan segala tindakan kau."Faliq menepuk lembut bahu Luth Umar.Tiada sedikit pun gentar dihatinya untuk bersemuka dengan lelaki tersebut.

"Kembali kepada Allah nak.Makcik tahu kamu seorang yang baik jangan megahkan segala harta yang kamu miliki kerana membolehkan suatu hari nanti ia bakal hilang sekelip mata.Jangan berdendam kerana ia bakal mengelapkan seluruh hati yang sudah sedia bersih."Sambung Puan Raudhah lagi sambil tangan telunjuk terhala pada dada lelaki tinggi lampai itu.
Rauf dan Ara memandang sesama sendiri sambil bibir mengukir senyuman manis apabila mereka bersama mampu mempertahankan rumahtangga mereka lagi.
Luth Umar memamah kata-kata wanita berusia itu.Hatinya terjentik membuatkan dia menjadi sebak lantas pandangan dilontarkan kearah tasik yang tenang mengalir.

Dia berdosa berdosa kerana terlampau mengikut kata hati ditambah pula melamar isteri orang serta dia hampir meruntuhkan sebuah rumah tangga."Kejamnya aku!"Jerit Luth Umar lantas hatinya terus mengucap mengingati Allah.

Haira yang masih berdiri walaupun kesemua ahli keluarga sudah pulang masih setia memandang kearah Luth Umar akhirnya melangkah pergi meninggalkan lelaki itu yang keseorangan.

Manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan kita sebagai manusia haruslah sentiasa memberi kata semangat bukan mencaci atau memaki manusia seolah kita tidak pernah melakukan kesalahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience