Bab 36

Romance Completed 19487

Rauf Asyraaf berjalan masuk kedalam bilik sambil mata memandang isterinya yang lena tidur.Rauf meletakkan Iphone 6 di atas meja sambil melabuhkan punggung di sisi isterinya.

Rambut Ara disisir ke belakang lantas dahi isterinya dikucup lama seraya tersenyum sendiri wajah itu dipandang penuh kasih dan sayang.

Ara membuka matanya perlahan-lahan."Bie.."Sebut Ara lembut apabila terpandangkan wajah suaminya yang hanya tersenyum.
"Ara minta ma.."
"Syhhh.."Mulut Ara ditutup dengan jari telunjuknya.
"Bie yang salah dalam hal ini.Bie terlampau mengikut emosi sampai lukakan hati semua orang terutama sayang."Ujar Rauf sambil memegang pipi isterinya.
"Ara salah sebab tak jujur dengan Bie."Ara merenung penuh kasih wajah suaminya segala kelukaan dihati telah terubat hanya dengan kata maaf.
"Setiap manusiakan tak lari daripada melakukan kesilapan.Bie yang banyak salah dengan Sayang sebab terlampau mengikut kemarahan."Ujar Rauf menyakinkan isterinya bahawa dia yang bersalah dalam hal ini sekiranya dia tidak mengikut emosinya pasti pergaduhan tidak tercetus.

Ara tersenyum mendengar kata suaminya.Rauf yang dahulu kini dihadapannya kembali melontarkan kata positif namun dia tidak mampu menolak bahawa dirinya tidak mampu memberi apa-apa kepada suaminya.

"Sayang tak sempurna Sayang tak mampu beri zu.."
"Bie menerima Sayang dengan seikhlas hati tanpa sedikit pun mempersoalkan zuriat.Segala yang Sayang beri sudah cukup sempurna untuk Bie."Potong Rauf menyakinkan isterinya bahawa isterinya sudah cukup sempurna untuk mereka melengkapkan sebuah syurga yang dibina.
"Sampai bila?"Soal Ara sambil merenung mata suaminya.
"Sampai akhir hayat Bie."Jawab Rauf lalu menarik isterinya kedalam pelukkan.
"Manusia berubah."Ara meleraikan pelukkan suaminya.
"Sayang.."Panggil Rauf sambil mata memandang wajah isterinya yang hanya menundukkan wajah.
"Kenapa perlu seksa diri Bie untuk terima wanita macam Sayang.Bie layak untuk bahagia."Ujar Ara lantas air matanya mengalir kepipi.
Rauf meraup wajahnya."Bie lebih bahagia dengan Sayang sebab Bie mencintai Sayang dengan seikhlas hati.Jangan macam ini please."Rayu Rauf sambil tangan memegang kedua-dua belah bahu isterinya.
"Sayang tiada apa-apa nak pertahankan semuanya Sayang tak boleh beri zuriat punn! "Jerit Ara buntu laju air matanya mengalir kepipi.
"Ya Allah Sayang jangan macam ini jangan ragu setiap cinta yang Bie beri dekat Sayang sekali saja Bie mohon.."Rayu Rauf lagi memberikan semangat kepada isterinya.
Ara mencium lembut tangan suaminya dia benar-benar bersyukur suaminya tetap memilih dia walaupun dia tahu setiap manusia pasti akan mempunyai perasaan yang berubah kelat namun dia menerima sekirannya suaminya ingin membuat keputusan sendiri.
"Maafkan Ara.."

ALLIYA memandang wajah bekas suaminya yang baru sahaja melafazkan cerai dihadapan Hakim sebentar tadi.
Air matanya laju mengalir melihat tangan bekas suaminya erat memegang tangan wanita yang amat dicintainya itu.Kudratnya untuk hadir kesini atas sokongan Puan Raudhah dan Ara yang sentiasa memberi kata semangat kepadanya untuk meneruskan hari yang bakal mendatang.
Puan Raudhah mengengam kemas tangan anaknya apabila melihat Alliya terkaku sambil mata memandang Ariel lelaki yang tiada secebis pun rasa menyesal mempermainkan seorang wanita yang ikhlas mencintainya.

Ariel memandang wajah bekas isterinya dari dalam kaca mata yang dipakai langkah dihentikan disebelah Alliya yang masih berdiri bersama air mata yang mengalir.

"Jangan bazirkan air mata awak untuk saya yang sememangnya tak mampu untuk mengubah talak yang telah saya lafazkan dan sememangnya talak yang saya lafazkan tidak mampu mengembalikan saya lagi dihadapan awak."Ujar Ariel sinis tanpa sedikit pun kata maaf bukan kepada Alliya tetapi kenapa bekas Ibu mentuanya yang hanya memandang dengan perasaan hampa.

"Saya tak minta semua tu Ariel sebab saya tak mampu nak kembalikan cinta awak yang pernah bertakhta dihati saya sebab cinta saya dah mati untuk awak.Terima kasih sebab menerima saya sebagai isteri awak layan saya baik sebelum ini.

Semoga awak bahagia dengan wanita yang awak cinta lebih dari saya Ariel."Ujar Alliya perit sambil mengenggam erat tangan Ibunya meminta kekuatan untuknya bertahan dihadapan lelaki yang telah melukakan hatinya itu.

"Liya awak layak dapat lelaki yang lebih baik dari saya yang mampu baha.."

"Sayang jom lah buat apa dekat sini lagi dah ceraikan."Sampuk Vivy sambil mata menjerling kearah Alliya dan Puan Raudhah.

Alliya segera menarik tangan Puan Raudhah sambil sebelah tangannya mengesat air mata yang mengalir ke pipi.

Apabila diantara kita sudah tiada cinta dihati mungkin salah seorang sudah beralih kasih lepaskan ia jangan seksa lagi kesetiaan yang penghujungnya kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience