Bab 19

Romance Completed 19487

SETAHUN KEMUDIAN
Suasana yang sangat mendamaikan bunyian ombak yang memukul pantai ditambah angin yang sempoi-sempoi mampu menenangkan fikiran yang kian berserabut.

Luth Umar berjalan di pesisiran pantai sambil sebelah tangannya memegang selipar.Hatinya kian diburu rasa bersalah atas kesalahan adiknya yang keterlaluan kini adiknya telah di hukum gantung atas kesalahannya sendiri.

Macam mana cara untuk dia menebus segala kesalahan adiknya kepada keluarga peguam bela tersebut adakah kehadirannya nanti bakal menjadi kucar kacir dan dia dipersalahkan tetapi memang salahnya maksudnya segala salah adiknya bakal dipikul sekali itu janjinya.

"Tuan Luth maaf saya menganggu."Sapa pembantu peribadinya Fikri sambil tangan memegang sekeping kertas.Luth menghentikan langkah lalu memandang wajah Fikri yang telah di anggap seperti ahli keluarga sendiri segala rahsianya tersimpan rapi oleh Fikri.
"Ada apa Fik? Ada berita pasal Aqram ke?"Soal Luth Umar sambil tangan menanggalkan cermin mata yang dipakai sedari tadi.
"Macam ini Tuan saya dah dapatkan maklumat pasal latar belakang Aqram Muhaimin."Ujar Fikri lalu mengekori langkah Tuannya ke sebuah bangku yang telah tersedia di Pulau Perangin ini.
Mereka melabuhkan punggung serentak."Aqram mempunyai tiga orang adik beradik dua orang perempuan dan dia seorang sahaja lelaki.Aqram dibesarkan oleh Ibunya selepas kematian arwah ayahnya dalam kemalangan jalan raya selepas itu Aqram lah yang bertanggungjawab menjaga adik beradiknya.
Pada hari kejadian Aqram bakal bernikah dengan Inas seorang wanita berpengaruh dan juga seorang pelakon tetapi semasa mereka dalam perjalanan nak mengambil kad pernikahan adik Tuan telah bertindak menyerang mereka.Pada mulanya adik Tuan ingin membunuh tunang Aqram tetapi di halang oleh Aqram sendiri.So Aqram terbunuh."Cerita Fikri sambil tangannya menghulurkan kertas yang dipegangnya sedari tadi.
Luth Umar hanya menyambut sambil kepala memikirkan soal cerita yang di jelaskan tadi."Dua orang adik perempuannya itu tinggal sini ?"Soal Luth Umar.
"Kedua-dua adiknya telah bernikah Tuan."Jawab Fikri sambil mata memandang wajah majikannya itu.
"Itu alamat rumah Aqram dan alamat rumah adik Aqram Ara Delisha.Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu Tuan."Pinta Fikri lantas Luth Umar mengangguk.Fikri berjalan meninggalkan majikannya yang sedang memandang pantai.
"Aku kena tebus kesilapan kau El Aku kena memohon maaf dan aku akan lakukan apa sahaja asalkan mereka memaafkan kau dan aku."Janji Luth Umar lalu memandang alamat yang baru diberi oleh Fikri.
"Ara Delisha."Nama itu terukir dibibir lelaki bengis itu.Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan adiknya dimaafkan walaupun dia terpaksa menghancurkan sebuah hubungan.Ara Delisha merupakan permulaan untuknya memasuki keluarga Puan Raudhah.
"Jangan mimpi Ara Delisha tu akan terima Kau.Dia dah berkawin dan kau pun dah berkahwin Umar."Ujar Wanda sambil matanya di jengkelkan.
Luth Umar mengangkat keningnya."So apa salahnya kalau Aku bernikah lagi hak Aku Aku lelaki Aku mampu."Balas Luth sinis wajah isterinya direnung tajam.
"Lelaki akan gunakan segala macam cara untuk dia bernikah lain tapi lelaki yang jahil tak kenal apa itu makna isteri orang.Kau nak dosa adik kau terampun tapi kau menambahkan dosa lagi baik tak payah weh! Kau tu baik melutut sujud dekat Allah sedar diri kita ni hanya hamba Allah.Cukuplah aku dapat suami yang jahil macam kau yang tidak akan pernah menjamin syurga untuk aku."Ujar Wanda lalu melangkah pergi.
Luth Umar menjerling tajam isterinya yang hanya di kertas.Bukan dia tidak pernah menerima wanita itu tapi hatinya tidak tertarik untuk seorang wanita selama ini pun wanitalah yang telah menghancurkan segala impian adiknya untuk mencintai kini dia terpaksa memiliki seorang wanita lagi.

Apabila kehidupan dipenuhi dengan duit segala yang diingini semudah yang boleh apabila duit menjadi galang gantinya akan tetapi semua itu akan hilang sekelip mata apabila niat bersyukur itu menghitam dihati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience