Bab 8

Romance Completed 19487

Ting Tong..

Loceng berbunyi menandakan tetamu sudah sampai.Puan Latifah segera membuka pintu rumahnya.Kelihatan Rauf dan Ara sudah tercegat di muka pintu."Assalamualaikum."Ucap Rauf dan Ara serentak sambil mengukirkan senyuman dibibir.
"Waalaikumusalam.Kenapa tak masuk macam bukan rumah kamu lah Raf ini."Ujar Puan Latifah yang sudah menjemput anak dan menantunya masuk kedalam rumah.
"Sahaja nak rasa macam tetamu sikit."Sakat Rauf lalu melangkah kearah tangga.Ara mengekori ibu mentuanya."Ma Raf naik sekejap."Pinta Rauf lalu mendaki anak tangga.
"Ara macam mana kandungan sihat? Ada alahan ke? mengidam ke?"Bertalu-talu Puan Latifah menanyakan anak menantunya itu.
"Maa alhamdulillah kandungan sihat Ara pun sihat.Alahan tu tiada tapi Raf selalu muntah ehh tapi bukan selalu setiap hari mesti sekali muntah macam makan ubat pula time dia muntah tu.Kalau mengidam tu ada lah sikit sikit."Jawab Ara sambil bibir mengukirkan senyuman manis.
"Teruk juga alahan Raf tu mungkin sebab mama dahulu teruk alahan masa mengandungkan dia dan kak long."Puan Latifah ketawa manis sambil memegang pipi menantu kesayanganya itu.
Sikap Ara yang mampu menarik minat Ibu mentuanya untuk mengenali gadis kecil ini.Perwatakan yang sopan santun serta taat segala perintah suaminya.
Haira memandang kerancakan perbualan ibunya dengan adik iparnya itu.Hatinya kian membara melihat kemesraan itu sikap mamanya yang berubah setiap kali menantu kesayangannya balik ke rumah ini.Kehadirannya bagai menyakitkan hati orang tuanya sahaja.
"Ara duduk lah dulu ke Ara nak naik atas tengok Raf.Raf tu mesti berbual dengan papa dekat atas."Omel Puan Latifah seraya mengatur langkah ke dapur.Ara mendaki tangga satu persatu.
Haira memerhati setiap tingkah laku itu.Hatinya kian memberontak sakit kerana wanita itu bakal mendapat kasih sayang sepenuhnya oleh Puan Latifah hanya kerana zuriat.Haira mengatur rancangan langkah Ara untuk naik ke tingkat atas di ekori.

"Eh kak long sihat ke?"Sapa Ara sambil menghulurkan tangan pantas Haira memeluk tubuh.Ara menarik kembali tangannya.Seperti itulah sikap kakak iparnya setiap kali Ara pulang ke banglo ini hendak atau tidak dia terpaksa menelan segala rasa walaupun kebanyakkan dipendam sendiri.
Ara teringat tas tangannya tertinggal segera mematah balik kearah tangga.Ara menuruni anak tangga perlahan-lahan namun kepalanya terasa pening setiap palang di tangga dipapah perlahan namun imbangan badannya terlampau lemah.Haira terus menolak tubuh Ara lantas Ara tergelincir lalu berguling jatuh sehingga ke tangga terakhir Ara pengsan tidak menyedarkan diri.
Haira tersenyum puas melihat adik iparnya kini dalam kesakitan namun segala rancanganya di saksikan oleh suaminya sendiri Kamal lantas Kamal menjerit nama Rauf.
Rauf yang rancak berbual dengan papanya di ruang tamu tingkat atas tersentak apabila namanya di panggil segera dia menuruni anak tangga melihat sekujur tubuh isterinya telah berlumuram darah.
"Raf bawa pergi hospital takut baby.. "Belum sempat Kamal menghabiskan ayat Rauf segera mendukung Ara lalu melangkah kearah kereta.

"Kenapa Mal? "Soal Puan Latifah dan Encik Hamid serentak."Ara jatuh Ma pa.Jom kita pergi Hospital."Pelawa Kamal pantad mereka bersiap-siap ke Hospital diekori oleh Haira manusia yang kejam tiada secebis rasa bersalah atas segala dosanya terhadap adik dan adik iparnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience