Bab 2

Romance Completed 19487

INAS AZRAFF memandang wajah tunangnya itu yang masih memandang kosong kearahnya."Abang inas minta maaf sebab tak dapat nak luangkan masa dengan abang.Inas banyak kerja di Sabah."Ujar Inas.Aqram masih menatap wajah itu bukan untuk penjelasan tetapi untuk meminta agar kata kata itu tidak mempunyai maksud yang sebaliknya.
"Abang tak pernah nak halang segala aktiviti malahan kerja Inas tapi abang harap sangat apa yang di maksudkan oleh inas tentang tak dapat luangkan masa dengan abang bererti pernikahan kita di tundakan."Terang Aqram namun pantas Inas mengangguk berharap lelaki ini memahami segala komitmen kerjanya sebagai seorang artis serta pengerusi hal kebajikan artis.
"Okey terima kasih Inas Azraff."Aqram berlalu pergi.Inas terasa bersalah dengan jawapannya tadi laju dia mengejar lelaki itu.Lengan Aqram di paut."Abang.."Pantas Aqram menepis.
"Buatlah apa yang awak nak buat itukan hak awak saya cuma tunang awak bukan suami.Jumpa jela saya nanti bila jasad saya dah kaku."Aqram berlalu pergi bersama hati yang kecewa.Inas tersandar lemah laju air mata itu mengalir ayat yang di lontarkan memamah di jiwa.
Solehah menghampiri tubuh genid kawanya itu."Kau tak boleh macam ni terus? kau tak boleh pentingkan soal kerja soal kebajikan orang lain yang akhirnya kau tolak jodoh Allah."Ujar Solehah sambil memegang tubuh kawan merangkap adik angkatnya.
"Aku tahu aku silap aku tahu aku salah sebab penting hal kerja tapi aku betol betol belum sedia untuk bernikah.Aku harap dia.. "
"Bila kau nak bersedia Nas? bila? sebulan lagi atau setahun atau sepuluh tahun lagi baru kau nak sedar yang Aqram tu ikhlas terima kau walaupun dulu dia tak pernah merungut kau berkerja siang malam kau abaikan dia kau layan dia macam wujud tak wujud.Nas aku harap kelak kau tak menyesal sebab buang dia dari hidup kau."Potong Solehah geram.Segala yang terbuku di hatinya telah di luahkan.Kelakuan sahabatnya itu benar benar menyakitkan hati apatah lagi melepaskan insan yang sempurna demi kerja yang belum tentu menjamin kebahagian.
Inas memejamkan mata segala kata kata sahabatnya itu di telan sehabis baik pantas telefon bimbit yang berada di dalam tas tangan di pegang laju tangannya mendail nombor telefon Aqram seorang lelaki yang amat di cintai namun di sia siakan.
Panggilan di sambung."Abang maafkan Inas abang.Kita nikah ye jangan tangguhkan."Inas cuba memujuk namun Aqram hanya mendiamkan diri.Hatinya benar benar sudah tawar biarlah dia melepaskan insan yang bertakhta di hati sudah sekian lama itu daripada dia harus di kecewakan lagi.
"Takpelah Inas.Saya pun nak minta maaf tapi untuk kembali kepada awak itu sukar bagi saya anggap sahaja hubungan kita sampai di sini nanti saya minta Ibu saya putuskan pertunangan mengikut adat.Assalamualaikum."
Panggilan di matikan.Inas terduduk lemah ia harus di terima walaupun sukar namun segala telah di tetapkan semuanya kerana salahnya.Insan mana yang tidak menginginkan sebuah kebahagian akan tetapi tidak lengkap sebuah kebahagian tanpa adanya persefahaman yang mampu meruntuhkan hati jika ia diragui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience