Bab 14

Romance Completed 19487

Ayuni memegang erat bahu suaminya yang masih tekun membuat kerjanya.Sesekali dia menjerling kearah laptop itu."Abang sampai bila kita nak rahsiakan daripada Kak Haira?"Soal Ayuni lalu melangkah kearah sofa berhadapan suaminya.

"Sayang abang tak tahu apa reaksi keluarga mentua abang kalau mereka tahu hal sebenar terutama Haira."Ujar Kamal risau.
Pandangan redup suaminya dikerling."Ayu takkan mendesak abang untuk menceritakan hal sebenar tapi Ayu harap abang jalankan tanggungjawab abang dengan adil sebagai suami untuk kedua-dua isteri abang."Pinta Ayuni tenang.
"Isteri?"Soal Haira sambil memandang wajah Kamal dan Ayuni silih berganti.Mangkuk tingkat yang dipegang serta-merta jatuh.Kelihatan kedua-duanya sudah terkejut melihat kehadiran wanita yang baru disebutnya tadi.Kamal segera menghampiri kearah isterinya.
"Haira kenapa You tak cakap nak datang?"Soal Kamal ingin mengubah topik.Ayuni berjalan perlahan-lahan kearah madunya lalu mencapai tangan Hairan namun pantas tangan itu ditepis.
"You lie? How could you Kamal."Ujar Haira sambil mata dibulatkan setitis air mata jatuh.Kehadirannya disini ingin memohon ampun dan maaf atas kesilapanya telah membunuh anak saudaranya sendiri dan hampir meragut nyawa adik iparnya serta ingin berubah menjadi isteri yang taat tetapi kehadiranya kesini menghasilkan luka suaminya telah bernikah lain dengan pekerjanya.

"Haira I can explain."

"Enough I dah taknak dengar apa-apa dari mulut You Kamal Effandi.I tak sangka I setia dengan You tapi ini yang You balas I percaya You Kamal tapi kenapa You hukum salah I dengan perkara macam ini! Hina sangat ke I sampai You sanggup curang dengan I?"Ujar Haira kecewa sambil mata memandang Ayuni yang masih berdiri dihadapannya kini lantas tombol pintu di pegang.
Haira mengundur perlahan-lahan."Kak Ayu boleh jelaskan semua.."
"Shut up ! Aku taknak dengar apa-apa dari kau."Potong Haira lalu melangkah keluar daripada bilik suaminya itu bersama hati yang kian terluka sebeginikah rasanya apabila dikhianati.
"Haira!"Panggil Kamal kuat sambil mengejar langkah isterinya yang laju menuruni anak tangga tiba-tiba Haira tersilap langkah membuatkan tubuhnya terjatuh mujur sempat dicapai oleh Kamal.Haira terduduk lemah di pangkuan suaminya.
"Sampai hati You Kamal menduakan I.I tahu I teruk I tahu I banyak lukakan hati You I kurang ajar dengan You I tak hormat You sebagai suami I I tak bagi You zuriat tapi seteruk ini You balas untuk I Kamal."Ujar Haira sambil memandang wajah suaminya segala tangisnya dilepaskan.

"I tahu I tak sempurna tapi kenapa buat I macam ini! kenapa! kenapa nikah dia! You tipu I! "Jerit Haira sekuat hati mujur tiada sesiapa di tangga.
"I am sorry."Ucap Kamal pantas Haira mengeleng ungkapan maaf tidak mampu merawat luka dihati."I dah nikah setahun dengan Ayu."
"What!"Jerit Haira lagi seraya menolak tubuh Kamal jauh daripadanya."Bodoh kan I sebab sibuk sangat jaga badan sibuk urusan orang lain suami sendiri kahwin lain.Ya Allah"Ujar Haira perit menahan rasa yang telah menyesakkan dadanya.
"Sayang"Kamal cuba meraih tangan isterinya pantas Haira makin menjauh.
"Stop call me that."Haira menumbuk badan suaminya sekuat hati.Kamal hanya membiarkan Haira melepaskan segalanya apabila dia terasa semua ini salahnya kerana tidak berterus terang.

"I benci You Kamal!"Ujar Haira seraya bangun lalu melangkah pergi meninggalkan suaminya yang hanya memandang kearah isterinya.Ayuni menghampiri suaminya lalu bahu itu dipegang kemas.

Sukar bagi seorang wanita menerima apabila diri di duakan oleh insan yang disayangi kerana berkongsi kasih itu adalah perkara yang bakal melukakan hati insan lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience