Bab 23

Romance Completed 19487

23
Rauf melepaskan keluhan dihatinya otaknya memikirkan segala beban yang ditahan menyerabutkan fikirannya kini.Iye benar seorang lelaki akan bersetuju untuk bernikah lain atau menambah cawangan lain tetapi bukan dia cintanya telah mati untuk Ara Delisha bukan wanita lain malahan juga isteri lain.

"Ada masalah apa bro?"Soal Faliq lalu menyedut air fresh oren.Rauf memandang wajah sahabatnya itu."Ara suruh aku bernikah lain untuk dapatkan anak."Luah Rauf kesal namun pantas Faliq menepuk tangan sambil ketawa.Rauf mengerutkan dahi melihat telatah kawannya itu.
"Baguslah Raf bukan senang tau seorang isteri nak bagi keizinan kat suaminya untuk bernikah lain."Ujar Faliq selamba tanpa memikirkan hati sahabatnya itu.
"Kau merepek apa? Aku sayang dan cinta dia seorang saja no more wife in my life."Rauf bertegas.Faliq terdiam dia sedar silapnya juga kerana terlampau memikirkan wanita lain tanpa menyedari apa itu setia dalam rumah tangga.Tidak perlu wanita lain cukuplah seorang isteri yang taat dan patuh walhal bukan mudah untuk seorang isteri bermadu terdapat banyak yang pahit kurangnya manis.
"Aku penat lah Aliq aku tak tahu macam mana lagi cara nak luahkan yang aku sayang dia seorang sahaja tetapi hati aku sakit bila dia suruh aku kawin lain siap bawakkan calon dekat aku, pulak kawan baik dia sendiri."Ujar Rauf lalu meneguk air kosong yang dipesannya tadi.
"What! Weh tu tunang aku kot dah kenapa bini kau tu. Takkan kau nak kawin dengan tunang aku."Bantah Faliq sambil menumbuk perlahan meja makan.
"Itu lah masalahnya aku terkejut bila Rasya ada tadi tapi Rasya tak tahu apa-apa pun bini aku yang suruh dia datang Rasya pun terkejut tadi tapi aku kesal sangat-sangat Ara yang aku kenal bukan macam tu bukan jenis yang memaksa."Ujar Rauf lagi sambil badan disandarkan ke kerusi di kedai makan tempat biasa mereka bertiga melepak tetapi kini mereka hanya tinggal berdua.

"Kalau Am ada lagikan Raf mesti dia boleh tolong kau kan?"Soal Faliq tiba-tiba namun fikirannya jauh memikirkan kenangan mereka bertiga sejak di bangku sekolah lagi.Mereka bersusah senang bersama sehinggalah masing-masing mampu mencapai cita-cita mereka sendiri.

Tetap Faliq tidak menyangka kematian sahabatnya itu dalam keadaan yang tragis."Jangan cakap macam tu Aliq seakan kau tak boleh menerima ketentuan Allah pula kita kena sentiasa mengingati mati tau ajal tu bila-bila masa boleh datang menjemput tanpa mengira umur."Nasihat Rauf lantas tersenyum pahit.
Faliq memandang sahabatnya itu."Aku harap kau mampu selesaikan masalah rumahtangga kau dengan baik Raf.Kau bukan baru kenal dia semalam hari ini kau bercinta tapi kau kenal dia sepuluh tahun yang lepas.Bukan aku tak kenal kau dulu hanya memandang dia sahaja walaupun ramai yang cuba goda kau tapi kau masih tetap pilih Ara juga aku harap kau tak putus asa terus pertahankan mungkin isteri kau tertekan tengok orang ada anak tapi dia tak boleh mengandung.Kau berfikiran positif saja Raf."Nasihat Faliq pula lantas bahu sahabatnya ditepuk.
"Aku terluka bila dia suruh aku berkasih sayang dengan wanita lain sedangkan hati aku tiada sikit pun ruang untuk wanita lain Aliq aku tak pernah sekali pun cuba kecewakan dia tapi dia?"Rauf mengetap bibirnya lantas air liur ditelan kelat.
"Aku faham apa yang kau nak sampaikan tapi sekecewa mana pun kau jangan abaikan dia Raf jangan ego Raf cuba perbetulkan balik."Ujar Faliq berpositif sambil menangguk laju.
Telefon bimbit Rauf berbunyi menandakan mesej masuk lantas dia mencapai smartphone tersebut.Laju tangannya menyentuh skrin telefon tersebut.
Assalamualaikum Bie Sayang keluar pergi Mall beli barang dapur.
Mesej isterinya berulang kali dibaca hatinya kurang sedap lantas Rauf bingkas bangun lalu melangkah pergi meninggalkan sahabatnya yang berkelip-kelip matanya memandang Rauf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience