Bab 39

Romance Completed 19487

Ara Delisha mendukung Ilaika lalu melangkah kearah Rauf Asyraaf yang rancak berbual di ruang tamu rumah Encik Hamid.

Alhamdulillah semuanya telah kembali kepada asal kemesraan dan kasih sayang yang dahulunya terlerai kini telah kembali erat memandangkan ahli keluarga Rauf menerima kehadiran Luth Umar dengan senang hati tambahah pula Haira bakal menamatkan zaman bujang dengan Luth Umar tidak lama lagi.

Ara Delisha tersenyum manis kearah suaminya yang turut membalas senyuman tersebut.Segala telah tertulis sekiranya ia dijadikan drama semuanya tidak mampu mengambarkan rasa bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang sangat mempertahankan setianya.

Rauf mengambil anaknya dari pangkuan Ara."Bila nak dilangsungkan tu?"Soal Encik Hamid setelah suasana sunyi sebentar tadi.Ara segera melabuhkan punggung disisi suaminya.

"Umar plan Inshallah minggu depan."

"Apa!"Sampuk Haira secara tiba-tiba membuatkan semua ahli keluarga memandang kearahnya pantas wajah dimaniskan setelah melihat wajah Ara yang sudah ketawa.

Ara yang ketawa lantas memegang erat lengan suaminya."Akak perkara yang baik harus dipercepatkan."Rauf mula bersuara sambil mata melirik kearah isterinya.

"Cepatnya bang."Bisik Haira ke telinga bakal suaminya."Abang dah sedia nak jadi suami Sayang."Ujar Umar lalu tersenyum manis memandang ahli keluarga.

"Kakak betul kata Raf tu.Umar kami ikut sahaja."Puan Latifah bersetuju dengan jawapan bakal menantunya begitu juga yang lain.

Haira akhirnya mengangguk dengan persetujuan ahli keluarganya.Segala kata daripada Rauf ada benarnya tidak manis kalau mereka tidak cepat melangsungkan pernikahan memandang Umar selalu menjemput dan menghantarnya ke butik.

"Terima kasih sebab sudi terima kekurangan abang."Ujar Umar lalu memandang kearah wanita yang telah membawanya ke kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Abang tak perlu ucap terima kasih sepatutnya Haira yang cukup terima kasih sebab sudi terima Haira yang serba kekurangan."Haira memeluk tubuhnya sambil tangan memegang kereta milik tunangnya.

"Setiap kekurangan yang ada dalam diri masing-masing akan dilengkapi dengan segala kasih sayang yang ada dalam hati."Ucap Umar lembut ke telinga Haira yang sudah tersenyum manis.

Bertapa bersyukurnya dia memiliki seorang lelaki yang jauh lebih sempurna daripada sebelumnya segala atas jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Rauf memeluk erat tubuh isterinya sambil mata memandang gelagat Haira dan Umar."Jodoh Allah itu indah kan Bie."Ara bersuara lalu memegang erat tangan suaminya.

"Seindah takdir yang telah tercipta."Rauf mencium rambut isterinya sambil tangan mengeratkan lagi pelukan.

Benar selepas hujan itu ada pelangi begitulah realiti kehidupan selepas kesedihan pasti ada sebuah kebahagian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience