Bab 3

Romance Completed 19487

RAUF Asyraaf tekun memandang kearah jalan sambil mata melirik kearah isterinya yang sedari tadi tidak berhenti mengunyah makanan mengalahkan manusia yang tidak makan selama bertahun tahun.
"Sayang sudah lah tu makannya."Omel Rauf tanpa memandang kearah isterinya."Bie sayang lapar sementara nak tunggu sampai rumah Ibu sayang makan lah dulu lagipun anak Bie juga yang laparkan."Jawab Ara tersekat-sekat akibat mulutnya penuh dengan makanan.Rauf tersenyum manis seraya meletakkan tangan ke perut isterinya lantas Ara mengenggam erat tangan itu lalu di kuncup lembut.
"Bie tadi petang masa sayang telefon Ibu nak cakap kita balik petang ni.Ibu ada cakap yang Abang dah putus dengan kak Inas."Ara cuba berbual dengan suaminya bagi menghilangkan rasa mengantuk lelaki disisinya tu.Rauf mengerutkan dahi.
"Putus? Bukan diaorang nak bernikah ke hujung bulan ini?"Soal Rauf hairan.
"Ibu kata abang beralah sebab kak Inas minta tangguh pertunangan.Ibu cakap nanti Ibu nak ajak kita pergi rumah ibu bapa kak Inas nak putus ikut adat."Terang Ara bersahaja tanpa menunjukkan riak terkejut malahan bersedih kerana dia tahu segala rasa yang di rasai oleh abangnya itu amat perit kini semuanya sudah berakhir.
Rauf hanya mengangguk namun jauh di sudut hatinya memikirkan perasaan abang ipar nya merangkap sahabat baiknya itu."Bukan jodoh Aqram kan sayang kalau bukan sekarang putus mungkin nanti bercerai.Semua telah tertulis Bie harap Aqram redha dengan ujian"Ujar Rauf sambil mata masih memandang jalan yang masih bising dengan kenderaan lalu lalang.
"Betul kata Bie tu sayang setuju sangat dan semoga jodoh kita kuat dan kekal hingga akhir hayat kan Bie."Sambung Ara pula lalu melentokkan kepala di bahu suaminya.
Telefon bimbit Rauf berdering lantas punat hijau di skrin telefon di tekan."Waalaikumusalam ma Asy tengah drive ini nak balik Kuala selangor.kenapa ma?"Rauf menjawab panggilan daripada mamanya.
Ara Delisha hanya memandang wajah suaminya yang rancak berbual sehingga panggilan di matikan."Bulan depan kita balik rumah mama ye sayang."Ujar Rauf lalu memokuskan kepada pemanduannya.Ara hanya mengangguk.

PUAN RAUDHAH memandang wajah anak sulungnya itu sebuah jawapan tentang perkahwinan anaknya itu apabila kemarin pihak wanita meminta majlis itu di tundakan serta tempoh pertunangan di lanjutkan.Hari ini anak sulungnya mengatakan pertunangan itu telah terputus.
"Ibu abang tak tahu nak terangkan macam mana soal majlis ini ibu tapi abang harap ibu fa.."
"Ibu sangat faham abang lagipun semua ini keputusan abang untuk putuskan adalah yang terbaik.Kalau Inas asyik fikirkan tentang perkerjaan macam mana nanti bila kamu berdua dah bernikah? takkan kamu hari hari nak makan kt kedai takkan isteri kamu sibuk.Fikirkan elok elok untuk rumah tangga abang sebab nak sehidup semati."Terang Puan Raudhah.Aqram mengangguk segala nasihat ibunya di titik beratkan untuk masa hadapan perkahwinannya.
"Abang rasa takpe lah ibu kalau ini bahagian abang abang redha mungkin jodoh abang belum sampai.Kehidupan kan ada dua sama ada jodoh atau maut mana tahu maut dulu menghampiri sebelum jodoh.Kita tak tahu kan ibu.Abang harap ibu berdoa yang terbaik sahaja untuk abang."Terang Aqram redha seraya bibir menguntumkan senyuman manis.Puan Raudhah mengangguk sambil membalas senyuman itu.
Aliyya menghampiri Ibu dan Abangnya yang rancak berbual.Kesibukan di sekolah membuatkan dia terpaksa pulang lewat malam memandang anak muridnya bakal menduduki peperiksaan dia harus berkerja keras agar anak muridnya berjaya di dunia dan akhirat.
"Assalamualaikum ibu abang."Sapa Alliya seraya merangkul tubuh wanita kesayangannya."Waalaikumusalam."Jawab mereka serentak.
"Lambat adik abang ni balik? dah solat ke belum ni?"Soal Aqram bernada tegas namun ada kelembutan."Liya dah solat da tadi dekat sekolah.maaf lambat Liya kena buat kelas tambahan al maklum lah peperiksaan nak dekat."Terang Alliya seraya tersenyum manis.
Sebuah kereta BMW memasuki pekarangan rumah teres tiga tingkat itu.Mereka memandang kereta tersebut serentak lantas senyuman di bibir dipamerkan.
"Assalamualaikum."Ucap Ara setelah keluar daripada perut kereta itu."Waalaikumusalam."Jawab mereka serentak seraya menghampiri pasangan suami isterinya tersebut lantas mereka bersalaman.
"Rindunyaa dekat kak ngah."Alliya memeluk erat tubuh kakak kesayangannya itu.Rauf terasa pening tiba-tiba tekaknya loya."Uwerkk.."
Kesemua memandang kearah Rauf. "Bie loya lagi ke?"Soal Ara cemas lantas Aqram ketawa."Pembawakan budak lah tu."Tubuh adik ipar merangkap sahabat baiknya di peluk lalu di tarik masuk kedalam rumah.Ara Puan Raudhah dan Alliya memandang hairan kearah dua lelaki tersebut.
"Raf sokmo macam tu ke?"Soal Puan Raudhah hairan namun dia yakin semua itu disebabkan zuriat yang di kandungkan oleh anak keduanya itu.
"Dah beberapa minggu dah kadang teruk.Raf sokmo kena bila time malam."Jawab Ara sambil menanggalkan sandal yang di pakainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience