Bab 9

Romance Completed 19487

PINTU Bilik Pembedahan terbuka seorang Doktor wanita melangkah menghampiri keluarga yang masih menanti keputusan."Saya Doktor Rina boleh saya berjumpa dengan suami Puan Ara?"Soalnya sambil memandang setiap wajah silih berganti.
"Ye Doktor."Rauf memandang resah wajah doktor tersebut."Boleh kita berbincang?"Rauf mengangguk lalu mengekori langkah Doktor ke arah hujung."Macam mana keadaan isteri Saya?"Rauf memulakan pertanyaan.
"Saya harap Encik dapat menerima dengan hati yang terbuka.Puan Ara keguguran akibat hentakkan yang kuat.Puan Ara hanya mengalami luka ringan di kepala akibat hentakkan saya dah lakukan xray tapi tiada sebarang kesan dalaman dan beliau berada dalam keadaan kurang stabil."Sambung Doktor Rina lagi.

"Encik saya ingin meminta persetujuan Encik untuk melakukan pembedahan pada .."Doktor Rina berhati-hati ingin mengutar kata-kata.

"Untuk apa Doktor isteri sayakan.."Rauf mengetap bibirnya sambil mata masih menginginkan jawapan.
"Untuk membuang rahim Puan Ara macam ini hentakkan Puan Ara mengakibatkan darah melimpah keluar rahim dan Puan Ara mengalami pendarahan yang teruk jadi kami terpaksa membuang rahim tersebut."Terang Doktor Rina.

"Apa akibatnya kalau rahim dibuang Doktor?"Soal Rauf sambil berpeluk tubuh."Mungkin Puan Ara tidak boleh mengandung lagi.Sebenarnya mungkin emosi Puan Ara juga tidak teratur saya harap Encik mampu menghadapi perkara ini dengan baik."Terang Doktor Rina lagi.
Rauf meraup wajahnya dengan tenang namun hatinya kian bergelora memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi kepada Ara serta rumah tangga mereka kelak."Lakukan yang terbaik untuk isteri saya Doktor."Hatinya terasa kosong apabila mendengar segala berita seperti ini.
"Encik banyak banyak bersabar saya minta diri dulu."Ucap Doktor Rina sebelum melangkah pergi.Rauf memandang kearah ahli keluarga yang amat menanti keputusan daripada seorang Doktor tentang keadaan isterinya lantas Aqram menghampiri Rauf.
"Macam mana Raf?"Soal Aqram sambil memandang wajah kecewa adik iparnya.Rauf segera memegang bahu Abang Iparnya untuk mencari kekuatan pantas Aqram memegang tubuh itu daripada rebah.Kesemua Ahli keluarga menghampiri.
"Kenapa ni Raf?"
"Ara keguguran dan Ara mungkin tak dapat mengandung lagi sebab Rahim Ara terpaksa dibuang."Luah Rauf perit.Aqram segera memapah adik iparnya.

Kesemua ahli keluarga mengucap didalam hati namun tidak bagi Haira dia berasa puas kerana selepas ini tiada siapa boleh memberikan zuriat kepada keluarga Puan Latifah dan Encik Hamid
"Bertenang Raf berdoa banyak banyak."Pujuk Aqram walaupun hatinya sendiri sedih melihat keadaan adiknya yang begitu teruja ingin memiliki zuriat namun segalanya hancur malahan dia tidak pasti reaksi adiknya bila mengetahui berita duka ini.
Kamal memandang wajah Haira tajam."Ini semua sebab You kan Haira? apa yang You dengki sangat dengan Ara? apa sebab You tak boleh mengandung You tolak dia."Jerkah Kamal setelah dia memendam segala perbuatan isterinya tadi.
Haira terkejut apabila suaminya tahu tentang kejadian tadi.Semua ahli keluarga memandang kearahnya."Kak long apa ini? kenapa buat adik ipar kamu macam tu?"Puan Latifah bersuara.Haira sudah gelabah.
"Apa ini bila pula kak long tolak Ara. Ara jatuh sendiri you ni Kamal tuduh I macam macam lah you memang tak.."
"Benda kau merepak ini? aku tak buta lagi lah aku nampak sendiri kau tolak isteri Raf adik kau sendiri."Potong Kamal lalu mata Haira di renung tajam.Rauf memandang wajah akaknya itu.

"Apa yang kau tak puas hati dengan isteri aku? Cuba kau cakap? Nasib baik Ara hidup kalau mati kau nak aku bunuh kau ke ? Anak aku tau kak anak aku dan kat dalam tu isteri aku tapi kau buat macam ini kat aku kak apa punya perangai kau ini? Puaslah kau isteri aku tak boleh mengandung dahh puas! Kejam sangat kau dengan aku kak terlalu kejam kak aku adik kau bukan binatang!."Jerkah Rauf pula lalu pantas melangkah pergi meninggalkan Bilik Pembedahan.Aqram memandang dari ekor matanya gerak langkah adik iparnya itu lantas memandang kearah kakak kepada sahabatnya itu.
"Aku takkan pernah sesekali maafkan segala perbuatan kau terhadap adik aku sampai jasad aku berpisah dari badan.Kau hadam itu sampai mati."Tegas Aqram seraya melangkah pergi.
Suasana menjadi tegang.Kesemua Ahli keluarga memandang kearah Haira tanpa berkelip.Air jernih mengalir di pipi Puan Latifah."Mama tak sangka akak kamu sanggup buat macam ini dekat Ara.Dia tak bersalah kenapa buat dia macam tu kenapa tolak Ara jawab Kakak kenapa?"Desak Puan Latifah sambil tubuh itu di goncang kuat namun laju Encik Hamid cuba memenangkan Puan Latifah.Alliya mengangkat tanganya.
Pang..
Pipi Haira ditampar oleh Alliya kesemuanya ahli keluarga tersentak memandang kearah Haira yang memegang pipinya.
"Ini hadiah untuk kau.Terima Kasih."Alliya menarik Puan Raudhah bagi meninggalkan bilik pembedahan itu.Tidak sanggup untuknya terus menerus melihat pipi wanita kesayanganya itu mengalirkan airmata tanpa henti.
Encik Hamid memandang wajah anak sulungnya itu."Sanggup kau malukan aku Haira.Sanggup kau malukan aku! "Giliran Encik Hamid pula memaki hamun anak sulungnya.
"Kalau Ara tu mati macam mana? Kau nak jawab apa dengan keluarga dia? Sejak kecil aku didik kau dengan agama aku hantar kau belajar jauh-jauh ini pembalasan kau untuk aku anak jenis apa kau ini Haira?Ara tu adik ipar kau yang dia kandung tu anak adik kau sekarang Ara tak boleh mengandung puas hati kau!."Tengking Encik Hamid sambil tangan memegang erat lengan isterinya.Puan Latifah
merenung tajam kearah Haira.Haira masih membatukan diri.
"Mama nak tahu sebab kalau Ara tu mampu bagi zuriat dekat family mesti mama sayangkan dia lebih dan kakak akan terpinggir.Suami kakak pun pinggirkan kakak takkan family kakak sendiri pinggirkan kakak."Haira mula bersuara lantas Kamal menghampiri isterinya.
"Aku takkan pernah sekali pinggirkan kau kalau kau boleh bagi aku zuriat lah Haira.Kau sendiri yang tak nak sebab apa jaga badan tak nak mengandung lepas itu bila Ara mengandung kau nak dengki kenapa hak dia sebab dia yakin dia terima rezeki Allah bukan macam kauu."Jerkah Kamal lagi hatinya belum puas menyedarkan isterinya soal zuriat dan tanggungjawab mentaati suami.
Haira mula diburu rasa bersalah dia sudah menyesal kerana melakukan pekara sebegitu terhadap adik iparnya sendiri pantas tangan Puan Latifah dan Encik Hamid di capai.
"Jangan minta ampun dengan kami.Minta ampun dengan keluarga Ara dan Adik kau sendiri kau hancurkan impian mereka yela kau saja yang layak disayangi layak dibelai layak disanjung tapi bukan orang lain kan Haira?Kau tak nak mengandung orang lain pun tak layal mengandung.Hebatnya kau."Sinis Encik Hamid menuturkan kata-kata.
Haira hanya terdiam memamah segala kata-kata daripada papanya sendiri.Puan Latifah menarik suaminya keluar daripada Bilik Pembedahan.
Haira memandang wajah suaminya lantas air matanya mengalir tangan diletakkan kebibir menahan perit."You hiduplah sendiri dengan hasad dengki you tu Haira."Kamal berlalu pergi pantas Haira terduduk lemah melepaskan esakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience