Bab 7

Romance Completed 21516

#FlashBack

11 tahun lepas

“Adik. Bangun.. Adik,” kedengaran suara Mak Leha mengejutkan anak kecil yang sedang lena tidur di kamar bersama anak perempuannya.
Athirah Ardilla terjaga apabila terasa pipinya di sentuh dengan objek sejuk. Ya itulah sentuhan jari-jemari lembut Mak leha mengejutkannya. Mata Athirah Ardila terpisat-pisat melawan cahaya lampu di bilik itu. Di toleh di sisinya. Kak Su masih lena di pembaringannya.

“Ada apa Mak leha,” bicara Athirah Ardilla dalam serak-serak kerana baru terbangun dari tidur.

“Cepat bangun. Kita kena pergi hospital sekarang,” sahut Mak Leha .

“Pak Majid dah tunggu kita dalam kereta kat luar tu,” sambungnya lagi.

“Su…Su,” kejut Mak Leha. Dia mengejut anak perempuannya pula.

“Kunci pintu. Tengok adik-adik sekejap. Mak nak ke hospital, bawa Athirah ni,” dia memberi arahan pada Kak Su pula. Kak Su hanya menurut.

Setelah masuk ke dalam kereta, dia dapat melihat Pak Majid sudah siap sedia di bahagian pemandu. Mak Leha duduk di bahagian penumpang hadapan. Dia pula di bahagian penumpang belakang.
Kereta meluncur laju. Di sebabkan dia masih mengantuk, dia tertidur di dalam kereta Pak Majid. Sayup-sayup dia terdengar Pak Majid berkata

“Athirah sabar ye nak,” ujar Pak Majid. Kata-kata Pak Majid itu tidak dapat di tangkap maksudnya.

Dia kembali lena.

“Adikkk…Adikkk.. kita dah sampai,” terdengar suara Mak Leha kedengaran sedikit berbeza.

Athirah Ardilla yang masih mengantuk mengeliat seketika. Dia melihat sekitar. Tempat yang di bawa Pak Majid. Matanya tertancap pada perkataan Bilik Mayat. Jantungnya tiba-tiba berdebar.

“Mak Leha… Mana Ibu dengan Ayah adik. Diorang tak balik lagi ke? Dah lewat ni. Kita buat apa kat sini Mak Leha?” tanya Athirah Ardilla yang bingung. Dia melangkah keluar perlahan dari kereta.

“Jommm…..” tangan Athirah Ardilla di pimpin Mak Leha. Athirah Ardilla hanya mengikut rentak kaki Mak Leha menuju bilik mayat.

“Ni pewarisnya encik,” terdengar suara Pak Majid berkata kepada salah seorang pegawai berbaju putih di situ.

Dada Athirah Ardilla berdegup kencang. Tidak tahu apa rentak di mainkan. Athirah Ardilla nampak pegawai itu datang ke arahnya. Mak Leha di sisinya sudah tersedu-sedan. Athirah Ardilla kaku.

Pegawai itu mencangkung di hadapannya. Bahu Athirah Ardilla di pegang lembut.

“Siapa nama adik?” tanya pegawai itu.

Athirah Ardilla masih bingung. Hilang sudah mengatuknya di ganti dengan debaran hebat di dadanya.

“Athirah Ardilla binti Jamil,” jawab Athirah Ardilla takut-takut. Ada getar di situ.

“Cantik nama. Abang harap adik bersabar ya. Allah lebih sayangkan ibu dan ayah adik,” kata pegawai itu satu persatu.

“Tidak…tidak. Abang tipu,” kata Athirah Ardilla faham akan maksud pegawai itu.

“Mak Leha.. Abang ni tipu kan. Ibu dengan Ayah adik ada lagikan. Diorang balik lambat kan?” kata Athirah Ardilla namun esakan sudah kedengaran di situ.

Mak Leha yang tidak dapat menahan rasa. Tubuh Athirah Ardilla di rangkul erat. Esakan Mak Leha kedengaran membuatkan hati Athirah Ardilla tidak dapat membendung perasaannya. Meraung dia di situ..

Ibu!!!!!!! Ayahhhhhh!!!! Kenapa tinggalkan adik???? Panjang dia meraung.

“Sabar adik… sabar…Allah sayangkan mereka,” dalam esakan sempat Mak Leha memujuknya.

Jenazah kedua ibu bapanya di mandi dan kafankan di Masjid Jamek berdekatan. Penduduk dan jiran-jiran berdekatan sudah mengerumuni perkarangan masjid.

Di satu sudut terlihat seorang kanak-kanak sedang dudk bersimpuh di sisi jenazah. Esakan kedengaran. Itulah Athirah Ardilla. Pewaris tunggal Faridah dan Jamil.

“Ibu… Bangun Ibu. Kenapa Ibu tidur je dari tadi. Bangunlah ibu. Mak leha!!! Kenapa ibu tak nak bangun ni,” Athirah Ardilla berkata dalam tersekat-sekat akibat terlalu lama menangis.

Mak Leha di sisi tidak dapat mengawal perasaannya. Orang-orang yang ada di situ sudah di banjiri tangisan. Masing-masing tersedu-sedu melihat reaksi Athirah Ardilla pada jenazah ibunya yang terbaring kaku.

Mak Pah pula ke depan apabila Mak Leha tidak berjaya mengawal perasaannya melihat reaksi Athirah Ardilla.

“Athirah… sudah ya. Athirah kena redha jika Athirah sayangkan ibu dan ayah,” Mak Pah memujuk Athirah Ardilla pula.

Tubuh Athirah Ardilla yang rebah memeluk jenazah ibunya di pegang. Bahu Athirah Ardilla di tarik lembut.

“Cium ibu dan ayah ya,” arah Mak Pah. Bagai lembu di cucuk hidung, Athirah Ardilla hanya menurut.

Selesai Athirah Ardilla mencium kedua ibu bapanya, kedua ibu bapanya di solatkan. Selesai solat jenazah, kini tibalah jenazah ke duanya ingin di usung menuju ke tanah perkuburan.
Bagai tersedar dari mimpi sekali lagi Athirah Ardilla meraung.

“Jangaaaaaaannnn!!!!! Jjjjjaaaaanggggannnnnnn!!! Jangannnn bawa ibu dengan ayah adik!!!” athirah Ardilla meraung lagi.

Kini tubuhnya telah di peluk oleh wanita-wanita yang ada di situ.

“Lllleeepaaasssslahhhh!!! Lepassssss!!!” suara Athirah Ardilla keras. Air mata yang laju tumpah dari matanya di tepis kasar.

“Iiiiibbbuuuuuu!!!! Aaaaaayyyyaaahhhhhh!!!! Jangan Pergi!!!!! “ raung Athirah Ardilla lagi.

Kerana emosi Athirah Ardilla yang tidak stabil, wanita-wanita yang ada di situ memutuskan untuk tidak membawa Athirah Ardilla ke tanah perkuburan kerana di bimbangi kanak-kanak itu terjun ke dalam liang lahat.

Emosi Athirah Ardilla ketika itu memang tidak stabil dan tidak dapat di kawal. Akal dan mindanya tidak dapat beroperasi dengan stabil apabila melihat ke dua orang tuanya terbaring kaku tidak bergerak. Dalam esakan dia sempat menangkap bisikan jiran-jiran di situ mengatakan ibu dan ayahnya mengalami kecelakaan jalan raya. Motor yang di pandu hilang kawalan. Mungkin kerana terlalu kuat dia meraung dan menangis, penglihatan Athirah Ardilla menjadi kelam dan akhirnya hitam gelap. Athirah Ardilla rebah di pangkuan Mak Pah yang sedari tadi memeluknya.

“Eh..Ehh.. Athirah.. Athirah…bangun nak,” pipi Athirah Ardilla di tampar lembut oleh Mak Pah.

“Leha… tengok Athirah ni,” Mak Pah memanggil Mak Leha pula. Arthirah Ardilla sudah terkulai. Nadi Athirah di rasakan lemah oleh Mak Leha.

“Tolong panggil ambulan. Cepattt!!!” jerit Mak Leha risau tentang keadaan Athirah Ardilla yang sudah terkulai lesu di pembaringan Mak Pah.

*******

“Keadaannya sudah stabil,” kata suatu suara.

Athirah Ardilla cuba membuka matanya yang pedih. Di kerdip-kerdip matanya agar kornia matanya dapat berfungsi dengan sempurna. Tekaknya terasa perit.

“Nak air,” katanya dalam serak-serak basah.

“Dia dah sedar,” terdengar suara lembut seorang wanita di hujung katilnya.

Ya. Itulah suara milik Puan Sri Sarah. Pemilik rumah perlindungan Cahaya Budi. Di situlah pertama kali dia bertemu dengan Puan Sri Sarah.

“Tak apa. Biar saya yang buat,” ujar wanita itu pada Mak Leha.

“Puan boleh balik berehat ye. Seharian saya lihat puan di sini menemani adik ni. Tak apa lepas ni, Athirah Ardilla akan menjadi tanggungjawab saya,” jelas wanita itu lembut pada Mak Leha.

Bahu mak leha di sentuh lembut.
Mak Leha bangun dari duduknya. Dia letih sebenarnya. Tubuh tuanya terasa letih setelah seharian dia di situ menjaga Athirah Ardilla. Kasihan dan simpati atas ujian yang menimpa anak jirannya itu yang juga merupakan anak sahabatnya.

“Adik…Mak Leha balik dulu ya,” ubun-ubun Athirah Ardilla di sentuh dan di cium lembut.

Athirah Ardilla hanya mengangguk di pembaringan. Perlahan air matanya laju turun.

“Adik jangan sedih.. adik kena kuat ya nak. Mak Leha akan doakan adik,” kata Mak Leha.

Ada sendu di situ. Athirah Ardilla memejam matanya. Pedihhh. Pedih lagi hatinya di saat itu. Kuatkah aku???

Langkah Mak Leha di hantar dengan ekor mata sahaja.

“Athirah Ardilla ya? Ni bonda. Adik boleh panggil bonda ya,” kata Puan Sri Sarah.

Dia mengesat air mata Athirah Ardilla yang keluar. Matanya juga berkaca. Anak yang sekecil ini, di uji dengan ujian sehebat ini. Rintihnya di dalam hati.

Puan Sri Sarah mendapat panggilan dari seorang pegawai yang bertugas pada hari itu, memaklumkan tentang kes Athirah Ardilla. Dia sangat terkejut. Dan berita kemalangan maut itu juga keluar di dada-dada akhbar dan kaca televisyen.

Di sebabkan Athirah Ardilla tiada lagi pewaris yang hidup, maka pegawai itu menghubunginya memaklumkan perkara itu memandangkan dia adalah pemilik rumah perlindungan yang tidak jauh dari situ.

Di hari pengebumian orang tua Athirah Ardilla dia tidak berkesempatan untuk menziarah kerana ada urusan di luar kawasan. Dia hanya menghantar wakil pegawainya sahaja untuk melihat keadaan Athirah Ardilla.

Athirah Ardilla hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Dia berusaha bangun dari pembaringan apabila melihat di tangan Puan Sri Sarah ada segelas air.

“Eh..Eh.. tak apa. Adik baring je. Bonda suap guna straw ni ye,” ucap Puan Sri Sarah lembut.

Segelas air yang di dalamnya ada straw di hala ke bibir Athirah Ardilla. Sekejap sahaja habis segelas air kosong di minum Atrhirah Ardilla.

“Adik lapar?” lembut suara Puan Sri Sarah bertanya.

Sekali lagi Athirah Ardilla mengangguk. Tersenyum Puan Sri Sarah.

Sekurangnya, dia mahu berinteraksi. Gumamnya di dalam hati. Bimbang juga jila Athirah Ardilla hanya diam kaku.

“Bonda ada masakan bubur,” ujarnya lembut.

Dia sedia maklum oleh pegawai yang bertugas bahawa Athirah sudah dua hari tidak sedarkan diri. Jika dia sedar hari ini, mesti dia lapar. Jadi dia memasak bubur nasi buat Athirah Ardilla.

Jika Athirah Ardilla sedarkan diri hari ini, pasti dia lapar. Tekaannya benar. Athirah Ardilla betul-betul sedarkan diri hari itu.

Perlahan Puan Sri Sarah membuka thermos yang di dalamnya ada bubur nasi. Aroma menerjah keluar. Tertelan air liur Athirah Ardilla. Athirah Ardilla berkira-kira untuk bangkit namun di tahan Puan Sri Sarah.

“Bonda suap ye…. Okey …Buka mulut,” arah Puan Sri Sarah.

Athirah Ardilla membuka sedikit mulutnya. Sebaik sahaja bubur itu masuk di dalam mulutnya. Tiba-tiba dia teringat masakan ibunya. Sama. Saling tak tumpah.

“Ibu!!!!!!!” Athirah Ardilla menjerit kecil. Rindu akan ibunya.

Masakan Puan Sri Sarah mengingatkan dia pada masakan ibunya. Itulah menu wajib yang di masak ibunya jika Athirah Ardilla di serang demam. Sama. Tiada beza.

Kolam air matanya pecah kembali. Berjujuran ke luar membasahi pipinya yang gebu. Puan Sri Sarah lantas memeluk Athirah Ardilla. Lagi mendayu-dayu suara Athirah Ardiilla menangis di bahu wanita tersebut. Belakangnya di usap lembut Puan Sri Sarah.

“ Adik Rindu ibu….rindu ayahhhhh” ngongoinya dalam esakan.

“Sssshhhhh… Bonda kan ada. Jangan nangis ya,” wanita itu menjarakkan dirinya sedikit.

Di renung wajah Athirah Ardilla yang sudah basah di penuhi air mata. Merah mata Athirah Ardilla. Matanya juga terlihat sedikit bengkak. Dia menyapu air mata yamg mengalir di pipi Athirah Ardilla. Lalu ubun-ubun Athirah Ardilla di cium lembut. Terasa seperti anaknya sendiri.

#FlashBAck End

“Dilla…Jangan macam ni,” tubuh Athirah Ardilla di peluk erat. Mengongoi gadis itu di bahu sahabatnya. Perasaan yang sama hadir ketika dia di beritahu yang ibu dan ayahnya telah pulang ke rahmatullah.

Harith Haiqal masih di talian. Dia benar-benar menyesal atas apa yang berlaku. Tangisan Athirah Ardilla di rasakan berat di dadanya. Sesak dadanya.

Telefon bimbit yang masih di tangan Farah Madhihah, di letakkan di atas tilam berdekatan mereka. Dia terlupa yang Harith Haiqal masih lagi di talian. Tanpa dia sedar Harith Haiqal mendengar segala perbualan antara dua sahabat itu.

“Aku rindu ibu dan ayah aku Madi,” ngangoinya di bahu Madi.
“Nangislah Dilla, jika tu boleh buat kau tenang,” luah Farah Madhihah.

Esakan kecil juga keluar dari bibirnya.
Mendengar kata-kata Farah Madhihah, semakin lebat air yang turun dari tubir kolam matanya.

Basah baju tidur yang di pakai Farah Madhihah namun dia tidak kisah. Keduanya akhirnya sama-sama menangis teresak-esak. Farah Madhihah tidak sanggup melihat sahabatnya itu lemah. Lemah dalam mengawal emosinya.

Harith Haiqal tidak sanggup mendengar tangisan ke dua sahabat itu, lalu talian di matikan. Terasa jiwanya sakit ketika itu. Kejamkah aku??? Meja pejabatnya di hentak kuat.

“Ssssshhhh. Cukuplah Dilla. Jangan nangis lagi. Bengkak mata kau nanti. Tak pasal kau ikut jejak Kassim Selamat nanti,” terukir senyuman di bibirnya mendengar kata-kata Farah Madhihah.

Sungguh sahabatnya itu tahu bagaimana ingin menenangkan perasaannya.
Pelukan dileraikan. Tubuh mereka sedikit di jarakkan. Tangan Madhihah masih di bahu Athiral Ardilla. Di usap lembut. Athirah masih begitu. Duduk sambil memeluk lututnya. Mencari kekuatan di situ.

“Kenapa kau nangis Dilla. Tadi aku tengok kau okey je,” soal Farah Madhihah ingin tahu.

“Aku mimpi Madi. Mimpi aku kali ni lain sangat,” teresak-esak Athirah Ardilla berkata.

“Aku nampak ibu dengan ayah aku berlumuran darah madi. Penuh badan diorang dengan darah,” sambung Athirah Ardilla lagi.

“Sssshhhhh. Mainan perasaan kau je tu,” pujuk Farah Madhihah.

Dia tidak tahu bagaimana ingin memujuk sahabatnya itu lagi. Dia tidak tahu bagaimana perasaan sahabatnya itu ketika ini. Tetapi apa yang dia nampak, emosi sahabatnya itu benar-benar terganggu.

“Sebelum ni aku mimpi..Ibu aku suruh terima lelaki tu,” Athirah terus berkata-kata dalam esakan kecil.

“Tu sebab aku terima lamaran pihak lelaki yang lamar aku tu,” esakan masih kedengaran.

Bahu Athirah masih di usap-usap.

“Tapi lepas aku terima, aku mimpi macam ni pula,” terhenjut-henjut bahu Athirah Ardilla menerangkan.

“Apa maksud mimpi aku ni Madi?” luah Athirah Ardilla sambil wajah sahabatnya itu di pandang.

Sayu pandangan matanya.

“Kadang-kala mimpi ni tak ada maksud apa-apa Dilla. Mungkin syaitan saja nak ganggu emosi kau sekarang,” jar Farah Madhihah perlahan.

“Jom kita sama-sama baca surah yassin untuk arwah kedua orang tua kau. Boleh doa sekali untuk arwah” ujar Farah Madhihah.

Tubuh Farah Madhihah di peluk sekali lagi.

“Terima kasih Madi,” ucap Athirah Ardilla.

Mereka beriringan menuju bilik air yang terdapat di dalam bilik Athirah Ardilla.

Dalam kegelapan malam terdengar sayu bacaan Yassin di alunkan ke dua-dua gadis itu. Sesekali bacaan terhenti dan esakan kecil kedengaran.

Tidak beberapa minit kemudian bacaan di teruskan. Usai membaca suratul Yassin, Athirah Ardilla dan Farah Madhihah membaca doa. Doa yang di baca Athirah Ardilla sedikit panjang. Sesekali dia menangis lama. Kemudian bacaan doanya di teruskan. Kemudian dia meraup mukanya. Aaaaminnn.

“Madi. Kau teman aku tidur ea malam ni,” pinta Athirah Ardilla sambil telekungnya dan suratul Yassin di simpan di dalam almari.

Farah Madhihah hanya mengangguk. Dia tersenyum ke arah Athirah Ardilla. Jika sahabatnya tidak pinta pun, dia memang berniat untuk menemani sahabatnya itu....

bagaimana? tersentuhkah tak? ade sediakab tisu? komen di bawah ye. jgn lupa terus bagi star n follow. komen lah perasaan korg. komen2 korg dpt membantu sy perbaiki hasil karya sy. tq.. -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience