Bab 14

Romance Completed 21516

Tepat 8 malam semua peserta berkumpul.

“Okey semua sudah ada kan?” tanya Fuad.

Suaranya di kuatkan sedikit.

Bergema semula suasana di situ apabila suara mereka bersatu.

“Ya,” sahut semua.

“Okey untuk aktiviti malam ni. Kita akan bermain burung hantu,”

Riuh rendah seketika suasana di situ. Mereka semua ada yang teruja, ada juga yang ketakutan kerana ada yang menyatakan permainan itu menyeramkan.

“Siapa pernah bermaian permaianan ini. Sila angkat tangan.”

Ada beberapa pelatih mengangkat tangan mereka termasuk Farah Madhihah.

“Permaianan ni seronok Dilla. Tapi ada seram sikitlah,” sekadar menerangkan pada Athirah Ardilla.

Dia tahu ni pertama kali sahabatnya menyertai program seperti itu.

“Boleh tak kalau aku nak tarik diri. Takutlah,” suara Athirah Ardilla resah.

“Kau ada sakit jantung?” tanya Farah Madhihah.

Cepat sahaja kepalanya di gelengkan.

“Haaa… So kau kena join. Tak boleh tarik diri. Permainan ni seram je, bukan merbahaya,”

Tahu apa yang di fikirkan sahabatnya itu.

“Jangan risau. Abang akan jaga sayang,” bisiknya. Mampu menggetarkan jiwa.

Dia ni kan. Kalau rasa nak muncul, sesuka hati je muncul. Lepastu tiba-tiba hilang. Getusnya sendiri.

“Okey ramai juga yang pernah main permainan ini. Bagus. Untuk yang belum pernah main, saya kan terangkan serba sedikit,” –Fuad.

“Permainan ini, akan bermula pada pukul 11 malam nanti. Kamu nampak apa yang ada di tangan saya ni?” -Fuad

“Nampak. Kain,” – pelatih.

“Kain ini akan di berikan kepada setiap peserta. Dan setiap peserta harus menutup mata menggunakan kain ini. Tapiii.. bukan kamu sendiri yang kan ikat kerana saya tahu, pasti ada yang akan mengelat. Pukul 10.30 malam nanti kita kan buat satu barisan. Pelatih perempuan satu barisan. Pelatih lelaki satu barisan. Dan orang yang di belakang kamu akan mengikat kain ini di mata kamu,”

Semua tekun mendengar penerangan jurulatih Fuad itu. Sunyi sepi suasana. Hanya kedengaran bunyi cengkerik sekali-sekala.

“Kemudian kamu akan di bawa ke satu tempat. Sepanjang perjalanan itu, kamu hanya berpandukan pada tali yang sudah kami ikat pada setiap batang kayu. Sampai sahaja di satu check point, setiap kamu akan di tinggalkan sendirian di situ. Jangan buka penutup mata kamu. Jika kamu dengar apa-apa bunyi, jangan layan. Ingat! Tali yang kamu pegang tu jangan di lepaskan walau apa pun berlaku. Sebab tali itulah yang akan memandu arah kamu untuk menuju check point terakhir,” terlihat jurulatih Fuad sedang memegang sebatang pokok yang sudah sedia diikat tali.

Oooo. Itulah check point terakhir itu. Bisik Athirah Ardilla. Dia sedikit teruja walaupun ada perasaan gementar.

“Berapa lama kami akan di tinggalkan encik,” ada suara lagi bertanya.

“Okey. Bagus soalan ini. Kamu akan di tinggalkan paling kurang sampai subuh esok,” ada gelak di hujung ucapannya. Jurulatih lain juga turut ketawa kecil.

“Ada muka dah cemas. Relaks lah. Tak lama. Satu atau ke dua jam sahaja.”

“Sekarang jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam. Lebih kurang 2 jam lebih lagi kita akan mulakan permainan ini. Untuk masa berbaki 2 jam lebih ni, kita nak main apa? Sesiapa ada idea?”

“Encik. Main permainan telefon rosak encik,” dengar suara lelaki memberi cadangan.

“Siapa setuju?”- Fuad.

Ramai yang mengangkat tangan tanda setuju. Farah Madihah sedari tadi ceria di sebelahnya. Permainan yang dia rasakan sangat kelakar.

“Okey kalau semua sudah setuju. Buat barisan. Pelatih perempuan satu barisan. Pelatih lelaki satu barisan.” – Fuad.

Semua yang ada di situ mula bergerak.

“Untuk pelatih lelaki, saya jemput Encik Harith Haiqal yang akan memulakan permainan telefon rosak kita,”

Sebaik sahaja namanya di seru, Harith Haiqal mengatur langkah menuju ke arah Fuad. Kelihatan dia berbisik di situ.

“Okey. Atas permintaan Encik Harith Haiqal, di persilakan Athirah Ardilla kehadapan,”

Semua mata tertumpu pada tubuh Athirah Ardilla. Terlihat gadis itu sedikit terkejut apabila namanya di seru. Perlahan Athirah Ardilla mengaturkan langkahnya perlahan di sambut dengan tepukan.

Aisshhh! Ni semua mesti plan Harith Haiqal. Dia perasan lelaki itu berbisik sesuatu pada jurulatih Fuad sebentar tadi.

Seperti mahu menerima anugerah pula gamaknya apabila langkah itu di irirngi dengan tepukan dan bunyi “tikus” oleh pelatih lelaki.

“Untuk pelatih perempuan, akan di mulai oleh Athirah Ardilla,” sambung Fuad lagi apabila Athirah Ardilla sudah berada di hadapan.

“Okey encik Harith Haiqal. Boleh mulakan. Nampaknya semua dah tak sabar,”

Athirah Ardilla memandang sahaja apa yang di lakukan Harith Haiqal. Kelihatan Harith Haiqal berbisik sesuatu pada pelatih lelaki yang berada di barisan hadapan. Lama juga dia berbisik.

“Apa agaknya ayat yang di sampaikan Harith Haiqal ye,” ujar Fuad.

Semua pelatih nampaknya negitu teruja dengan permainan tersebut. Setelah selesai Harith Haiqal berbisik, pelatih lelaki itu mula berbisisk kepada pelatih lelaki yang ada di belakangnya pula. Dan seterusnya begitulah sehingga habis.

“Okey pelatih perempuan boleh mulakan sekarang,” ujar Fuad.

Semua mata tertumpu pada Athirah Ardilla.

Namun Athirah Ardilla masih belum faham cara permainan itu. Langkah kakinya di atur menuju ke arah Harith Haiqal. Athirah Ardilla sendiri tidak tahu kenapa dia pergi ke arah suaminya itu. Bukan sepatutnya dia bertanya pada Encik Fuad ke?

Harith Haiqal menundukkan sedikit wajahnya. Terlihat Athirah Ardilla sedikit berbisik pada telinga lelaki itu. Harith Haiqal apa lagi, cuba menerangkan cara permainan itu satu persatu pada Athirah Ardilla. Kelakuan mengundang bisikan oleh bebrapa peserta.

Tidak berapa lama kemudian Athirah Ardilla mula melangkah semula ke tempat asalnya tadi.

“Okey. Saya dah boleh mulakan?” tanya Athirah Ardilla. Matanya di lirik pada Encik Fuad.

Sedikit mangangguk. Terlihat sedikit berubah riak wajah itu, apabila Athirah Ardilla menuju ke arah Harith Haiqal sebentar tadi.

Kelihatan Athirah Ardilla sudah mula berbisik sesuatu di telinga pelatih perempuan yang ada di barisan hadapan.

Dan seperti pelatih lelaki, pelatih perempuan barisan hadapan tadi mula berbisik kepada pelatih perempuan yang ada di belakangnya. Dan begitulah seterusnya hingga akhir.

“Pastikan kamu dengar betul-betul ya apa yang rakan kamu sampaikan,” ujar Fuad semula. Ada sedikit getar suaranya.

Mungkin terasa dengan apa yang Athirah Ardilla lakukan sebentar tadi. Dia pun tertanya-tanya kenapa Athirah Ardilla menuju ke arah Harith Haiqal sebentar tadi. Siap berbisik-bisik lagi di telinga lelaki itu.

“Encik Haiqal, kenapa Athirah Ardilla datang dekat encik tadi,” malas berteka-teki terus sahaja dia mendapatkan lelaki itu.

“Oh! Yang tadi tu? Dia saja nak tanya cara permainan ni. Dia tak tahu. Jadi saya terangkan padanya. Tak ada apalah. hal kecil je,” jujur Harith Haiqal menerangkan.

Dia perasan perubahan riak wajah Fuad itu. Namun begitu, dia gembira apabila dirinya di hampiri gadis itu. Bukan Fuad.

“Ooo. Kenapa dia tak cari saya?” sedikit berkerut dahinya bertanya. Harith Haiqal hanya menjungkit bahu.

“Encik! Dah,” laung suara di hujung.

“Okey. Paliang akhir boleh ke depan,” arah Fuad.

Terlihat seorang pelatih lelaki dan perempuan menuju ke hadapan.

“Boleh sampaikan kepada semua apa yang kawan kamu bisikkan. Pelatih lelaki mulakan dulu,” – Fuad.

“Saya sayang isteri saya. Muaahhh muaahhh muaaa,” ucap pelatih itu siap dengan gaya sekali.

Bergema suara di situ dengan gelak tawa semua.

“Betul encik Haiqal?” semua mata tertumpu pada lelaki itu yang sedang memeluk tubuh.

Kacaknya dia! Getus hati Athirah Ardilla.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Dia masih lagi tersenyum.

“Kamu kehadapan,” panggil Fuad pada pelatih lelaki di barisan paling hadapan.

“Apa yang Encik Harith Haiqal bisikkan pada kamu tadi,”

Semua mata tertumpu pada pelatih lelaki itu kecuali Athirah Ardilla yang ralit memandang Harith Haiqal.

“Saya sayang isteri saya. Percayakan saya. Saya akan jaga kamu sehingga hujung nyawa,” ucap pelatih lelaki itu.

“Betul encik Haiqal,” melihat sahaja anggukan harith Haiqal, riuh rendah suasana seketika dengan tepukan dan suara-suara di belakang.

“Okey. Semua sila beri perhatian,” Fuad melaungkan sedikit suaranya.

Keadaan sunyi semula.

“Pelatih perempuan pula. Silakan,”

Ehem.. Ehem.. pelatih perempuan itu berdehem sedikit.

“Kau yang ku sayang. I miss U. I love U,” ujarnya. Sedikit di lenggokkan badannya.

“Betul ke Athirah Ardilla,”

Dengan laju Athirah Ardilla menggeleng. Euwww. Gediknya perempuan ni. Getus Athirah Ardilla.

“Kamu mari ke hadapan,” pelatih perempuan paling hadapan di panggil Fuad.

“Apa yang Athirah Ardilla bisik pada kamu?” – Fuad

“Hanya ku cinta kau seorang,” ringkas. Namun benar-benar buat Harith Haiqal terpegun.

Farah Madhihah sedari tadi hanya jadi pemerhati, terkejut dengan ucapan yang baru di keluarkan ke dua-dua pelatih itu. Biar betul? Canggih betul cara mereka luahkan perasaan. Romantisnya..
Terasa nak kawin pula tetiba. Amboi! Gatal kau Madi!

Terlihat Athirah Ardilla dan Harith Haiqal saling berpandangan. Harith Haiqal inginkan kepastian. Terasa ayat yang baru di dengari itu di tuju khas buatnya.
Athirah Ardilla buat-buat tidak faham akan renungan Harith Haiqal.

“Okey. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Buat barisan semua. Lelaki satu baris. Perempuan satu baris,” arah Fuad.

Semua mula membuat barisan kembali.

“Kain akan di edarkan kepada kamu,”

Seorang jurulatih mula mengagihkan kain untuk setiap pelatih.

“Okey semua dah dapat kain kan? Tutup mata kawan kamu yang berada di hadapan kamu,”

Semua menurut seperti yang di arahkan.

“Untuk yang paling last, jurulatih akan tolong ikatkan kain pada mata kamu,”

Selesai semua. Mereka di bawa memasuki hutan. Mereka semua meraba-raba tali yang ada.

Athirah Ardilla sentiasa berhati-hati melangkah. Tangannya tidak lepas dari memegang tali. Dan perlahan ada suatu suara.

“Okey awak berhenti di sini. Jangan buka mata,” dia menghentikan langkahnya. Tali tetap dalam genggaman. Dia duduk mencangkung.
Sayup-sayup kedengaran suara di hadapannya.

“Sunyi nya,” dia mendengar ada suara berkata tidak berapa jauh.

“Uitt. Siapa belakang aku ni?” satu suara bertanya seakan berbisik.

“Athirah,” balas Athirah Ardilla.

“Oooo. Kau perempuan yang cuba rampas pakwe aku tu ea,” terkejut Athirah Ardilla apabila perempuan itu sound dia macam tu.

Bila masa pula aku rampas boyfriend orang. Sedang dia berfikir, terasa tali yang di pegang di goyangkan.

“Oiii! tak payah lah gorang-goyang. Marah Dilla,” marah Athirah Ardilla.

Terdengar ada suara ketawa.

“Mana ada orang kat sini weiii,” ucap suara di hadapannya tadi.

Gluuppphh. Dia menelan air liur. Habis siapa yang tarik talinya. Hendak di buka kain yang menutup matanya, dia tidak berani kerana itu melanggar peraturan.

“Sayanggg…” terasa ada bisikan di telinganya.

Pada mulanya dia hanya mahu membiarkan sahaja. Tahu dia sedang di uji oleh para jurulatih agar dia melepaskan tali yang di pegangnya.

“Sayanggg… abang ni.”

Arghhh! Terjerit kecil Athirah Ardilla apabila tangannya di sentuh.

“Oiii. Kau dah kenapa terjerit,” ucap suara di hadapannya tadi.

“Errr.. tak ada apa-apa. Ada ulat panjat tangan aku,”

“Huh! Dengan ulat pun nak takut,”

“Apa awak buat dekat sini. Bukan lelaki di bahagian hadapan ke?” dia kembali berbisik.

Tangannya masih kejap memegang tali.

“Alah tak apa. Abangkan special,” ada ketawa kecil di situ.

“Awak ni siapa sebenarnya?” tanya Athirah Ardilla was-was.

Sebenarnya kehadiran lelaki itu sedikit sebanyak mengurangkan rasa takutnya.

“Suami sendiri pun dah tak kenal ea?”

“Awak tak takut kantoi ke? Boleh pula lepak dengan saya kat sini,”

“Saja nak teman sayang. Abang rindu. Betul ke ayat tadi tu,” sebetulnya sebab itu kenapa dia ada di situ. Jiwanya melonjak-lonjak ingin tahu.

“Itukan permainan je. Tak ada maksud apa-apa,”

Terdengar sahaja seperti ada seseorang menuju ke situ, cepat-cepat Harith Haiqal bangkit.

Suasana di situ tidak lah terlalu gelap kerana masih di terangi dengan cahaya dari lampu-lampu tempat mereka berkhemah. Kawasannya hanya belukar sahaja, bukan hutan.

“Encik Harith. Buat apa kat sini? Nak join sama ke?” ujar Fuad.

“Errr. Saja tengok diorang ni,” ujar Harith Haiqal mati kutu. Masin mulut Athirah Ardilla. Hampir kantoi.

“Mereka dah boleh gerak balik ni. Rasanya dah lama diorang kat dalam ni,” ujar Fuad.

Kemudian dia bercakap di walkie talkienya.

“Okey semua dah boleh gerak,”

Perlahan Athirah Ardilla mengikut arahan. Tidak sedar Harith Haiqal turut mengikut jejak langkahnya.

Sampai di check point terakhir, terus sahaja kain yang mutup matanya di buka. Sudah ramai yang sampai. Dia mencari-cari kelibat Athirah Ardilla.

“Oiii. Cari aku ke?” sergahnya dari belakang.

“Madi!!! Terkejutlah aku!” marah Athirah Ardilla.

“Kau buat apa lama-lama dalam hutan tu dengan laki kau?” tanya Farah Madhihah. Athirah Ardilla adalah orang yang paling terakhir tiba di check point.

Sedikit kerutan di dahinya.

“Eh! Bukan korang baru sampai juga ke?” tanya Athirah Ardilla.

“Mana ada. Kitorang dah lama sampai,” ujarnya jujur.

“Kau biar betul Madi. Aku siap borak-borak lagi dengan orang depan aku,”

Giliran Farah Madhihah pula mengerutkan dahinya.

“Mana boleh borak-borak. Kan jauh jarak kita antara satu sama lain,”

Tiba-tiba tegak bulu roma Athirah Ardilla. Dengan siapa pula dia berbual tadi.

“Tapi tak apalah. Sampai juga kau kat sini. Aku ingat kau sesat tadi,”

“Takkanlah sebab aku sentiasa pegang tali tu,”

“Okey. Semua berkumpul,” terdengar suara Fuad.

“Aktiviti malam ni sudah pun selesai. Terima kasih sebab bagi kerjasama dan mendengar arahan. Esok berkumpul di tempat yang sama pukul 8 pagi ye. Jangan lambat atau kamu semua akan di denda,”

Selesai ucapan jurulatih Fuad, mereka pun bersurai. Athirah Ardilla dan Farah Madhihah sudah kepenatan. Mereka mula melangkah menuju ke khemah mereka.

Terlihat sedikit kerutan di dahi Athirah Ardilla.

“Kau kenapa?” tanya Farah Madhihah.

“Aku rasa ada benda…” sebaik sahaja tangannya menyentuh kaki, sedikit terkejut apabila dia terpegang sesuatu yang lembik.

Aaaaarrgggggghhhhhh!!!! Dia menjerit nyaring. Ada sesuatu bewarna hitam melekat di kakinya. Terlihat ada darah mulai turun.

Farah Madhihah turut terjerit melihat benda hitam itu. Athirah Ardilla sudah kaku sambil matanya tidak lepas memandang kakinya. Dia sudah menangis teresak-esak.

Mendengar sahaja ada jeritan di khemah pelatih perempuan, semua jurulatih mula berkejaran ke sana. Di khuatiri ada yang terkena histeria kerana mereka baru sahaja selesai permainan burung hantu.

Athirah Ardilla tertoleh-toleh ke sisi mengharapkan kemunculan Harith Haiqal. Hanya lelaki itu sahaja yang mampu membantunya di saat ini kerana tiada siapa yang sudi membantunya. Farah Madhihah di sisinya kelihatan kegelian.

Terlihat sahaja kelibat Harith Haiqal, terus sahaja Athirah Ardilla berlari laju lalu memeluk lelaki itu.

Harith Haiqal sedikit tergamam dengan tindakan Athirah Ardilla. Semua peserta dan jurulatih juga turut tergamam. Dan tidak kurang juga ada yang berbisik sesama sendiri.

Tanpa segan silu, Harith Haiqal membalas pelukan Athirah Ardilla.

“Ssshhh! Kenapa ni sayang? Malulah orang tengok,”

Dia sebolehnya ingin merenggangkan pelukan Athirah Ardilla pada tubuhnya namun pelukan kejap isterinya itu membuatnya membatalkan niat. Orang sekeliling sudah pandang serong.

“De..de..kat kaki saya ada ulat.. tolong awakk,” merintih suara Athirah Ardilla. Mukanya di sembam ke dada lelaki itu, mencari kekuatan.

“Macam mana abang nak tengok kalau sayang peluk abang macam ni?” bisiknya perlahan.

Bagaikan memahami, Athirah Ardilla melonggarkan sedikit pelukannya, tetapi tangannya masih kejap memegang pinggang lelaki itu.

Dalam susah payah Harith Haiqal membongkokkan badannya. Terlihat benda hitam berada di kaki isterinya.

“Oh! Pacat rupanya,” ada ketawa di situ.

Mendengar ketawa dari suaminya, dia berasa geram. Dalam sedu-sedan dia berkata..

“Buanglahhh!!!,” kaki sedikit di gerak-gerakkan.

“Okey… okey.. janganlah gerak. Itulah siapa suruh manis sangat. Tengok pacat pun suka dekat sayang,” masih lagi ketawa.

“Dah. Abang dah buang jauh-jauh. Darah tu tak apa. Nanti dia berhenti sendiri,” ujarnya.

Selepas sahaja Harith Haiqal menghabiskan ayatnya. Terus badannya di peluk kejap kembali. Terasa sesak dadanya di perlakukan begitu. Nak tak nak, dia terpaksa membalas juga.

“Sayang tak malu ke orang tengok kita macam ni,”

Tanpa sedar, mereka telah di kerumuni semua pelatih dan juga para jurulatih. Masing-masing membuat memek muka tidak puas hati melihat adegan itu.

Perlahan Athirah Ardilla meleraikan pelukan. Pipi dan hidung isterinya yang sudah kemerahan akibat menangis, di renung penuh simpati.

Selendang yang elok tersarung pada kepalanya juga terlihat basah dek terkena air matanya.

Ehem.. ehemm.. Harith Haiqal berdehem.

“Maaf semua…dapat tengok drama free,” ujarnya perlahan.

Tangannya yang berada di pinggang Athirah Ardilaa di perkemaskan lagi. Dia tahu ada suara-suara yang tidak manis sedang mengumpat mereka.

“Sebenarnya Athirah Ardilla ni isteri saya. Dah tiga tahun kami menikah,” sejerus sahaja Harith Haiqal menghabiskan kata-katanya, kedengaran hembusan nafas lega dari semua.

Dia juga tidak mahu staff-staff Hotel Mewah memandang serong terhadapnya dan juga Athirah Ardilla.

“Untuk semua staff Hotel Mewah saya berharap kamu semua dapat rahsiakan perkara ini dahulu. Saya tidak mahu ada yang kecoh. Saya dapat tahu, tahulah nasib awak,” amaran di berikan kepada semua staff yang turut menyertai program itu.

Ubun-ubun isterinya di cium. Dia tahu isterinya itu benar-benar takut kerana ketika Athirah Ardilla memeluknya tadi, terasa tubuh itu menggigil. Detak jantungnya juga kuat.

Kesian isteri abang… ucapnya lembut

tq terus support.. MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience