Bab 6

Romance Completed 21516

Asrama Perempuan Universiti Pricenton

“Dilla, aku nak pergi tandas jap ea. Sakit perut,” ujar Farah Madhihah. Wajah sedikit di kerutkan memandang Athirah Ardilla.

Mereka tidur lewat malam itu kerana esok masih lagi cuti. Mereka habiskan waktu dengan menonton movie.

“Hmmmm ye lah,” ujar Athirah Ardilla. Matanya masih ralit di televisye, melihat movie pilihannya malam itu. Alita: Battle Angel. Movie yang wajib di tonton.

Dia tidak menghiraukan Farah Madhihah yang sudah menghilang ke biliknya. Beberapa minit kemudian terdengar tandas di flush. Nampak gayanya Farah Madhihah sudah pun siap membuat ‘perlaburan’ yang tiada keuntungan itu. Farah Madhihah tidak terus ke ruang tamu. Sebaliknya telefon bimbit yang ada di meja belajarnya di gapai. Kelihantan lampu sedikit kelip-kelip menandakan ada panggilan ataupun mesej yang masuk. Terlihat dahinya di kerutkan.

“Abang Qal?” ujarnya sendiri tetapi perlahan.
“Dilla, kau tengok movie tu kejap ea. Aku nak buat panggilan emergency ni. Sekejap tau!” laungnya dari dalam bilik.
“Hhhhmmmm,” jawab Athirah Ardilla. Sedikit marah apabila fokusnya sedikit terganggu dengan suara Farah Madhihah. Tengah syok layan movie ni. Kedapan di hadapannya pun di biar sepi. Betul-betul sedang menghayati movie di depannya.

Mendengar sahaja jawapan Athirah Ardilla, pintu bilik terus di tutup. Langkahnya di atur menuju ke katil. Punggung di labuhkan di atas tilam empuk. Dia duduk bersila. Kenapa Abang Qal telefonnya? Sejak dia menyambung pengajiannya di situ, tidak pernah lagi lelaki itu menelefonnya. Mungkin sebab tidak mahu mengganggu waktu belajarnya, memandangkan waktu Malaysia dan US beza 13 jam.

Dalam memikirkan sebab, nombor telefon Harith Haiqal tetap di dail. Lama deringan berbunyi. Tiada seperti ingin di jawab.

“Hmmmm. Tadi berkali-kali telefon. Ni orang dah telefon semula tak nak pula angkat,” bebelnya sendiri.

Telefonnya di letakkan kembali ke meja belajarnya. Baru selangkah langkahnya di buka, telefonnya berbunyi kembali. Abag Qal nama tertera di telefonnya.

“Hello,” setelah di meletakkan telefon itu di telinganya. Langkah di atur menuju ke katilnya. Punggung di labuhkan ke atas tilam empuk itu sekali lagi. Kakinya di bawa bersila.

“Ya Allah…. Farah.. kenapa tak jawab panggilan abang tadi,” gumam Harith Haiqal. Farah Madhihah sedikit pelik.

“Manalah Farah tau abang akan telefon . Ingat Farah ni ahli nujum ke? Boleh tau waktu bila abang nak call Farah,” marahnya keras. Dia bukan sengaja.

Harith Haiqal menepuk dahinya. Aah lah. Apa lah kau ni Qal. Izzat yang ada di hadapannya di pandang sekilas. Lelaki itu sedang leka memandang telefonnya. Apa yang di lihat lelaki itu malas untuk dia ambil pusing. Sesekali senyuman terukir di bibirnya.

“Oooo.. Sorry.. Sorry,” balas Harith Haiqal. Kepala di garu tidak gatal. Langkah kakinya di hayun menuju ke tingkap tingkat sepuluh itu. Langit biru di lihat.

“Apa abang nak call Farah banyak kali ni. Macam ada hal penting je,” ujar Farah Madhihah sedikit merajuk apabila lelaki itu seakan memarahinya apabila panggilan lelaki itu tidak di sambut olehnya. Dia bukannya sengaja.
Faham akan intonasi adik sepupunya.

“Aloloooo. Jangan lah merajuk. Abang minta maaf okey. Farah sibuk ke tu? Kenapa tak tidur lagi?” kata Harith Haiqal perlahan.

“Tau pun orang dah tidur. Dah tu kenapa telefon,” masih dalam nada merajuk Farah Madhihah menjawab.

“Merajuk lagi ke adik abang ni. I’m very-very sorry okey. Abang bukan marah Farah pun. Izzat ni ha buat abang bengang tadi,” Harith Haiqal memberi alasan. Tipu sunat.

Mendengar sahaja namanya di seru, mata Izzat mencerlung ke arah Harith Haiqal sambil kening dan bahu di jungkitkan. Tidak faham apa topik yang di bual sahabatnya sehinggakan namanya di seru. Harith Haiqal hanya menggelengkan kepala sambil menunjuk isyarat jari telunjuk di bibirnya. Wajah izzat di toleh sekilas kemudian pandangannya di buang ke luar kembali. Tangan kirinya menyeluk saku.

“Oooo. Abang Ijat ada kat situ,” senyuman terukir di bibirnya. Tidak jadi rajuknya di panjangkan.

Terdengar sahaja nama sahabat abang sepupunya, terus segar matanya. Senyumannya juga mekar di bibir. Dia memang sudah lama memendam perasaan terhadap lelaki itu. Tanpa dia ketahui, Izzat juga dalam diam jatuh hati padanya juga, namun dia belum bersedia berterus terang. Hanya gambar-gambar dan video Farah Madhihah di instagram sahaja menjadi pengubat rindunya.

“Aah ada ni. Kami baru habis mesyuarat,” bohongnya lagi sekali. Tetapi mana ada bohong. Betulkan dia baru habis berbincang dengan sahabatnya itu.

“Farah buat apa tu. Kenapa tak tidur lagi?” soalan sama di ulang. Namun nadanya berbeza.

“Esok Farah cuti. Jadi, kebiasaannya cuti macam ni Farah dengan housmate Farah memang tidur lewat,” ujar Farah Madhihah sedikit riang.

Nadanya juga berlainan. Harith Haiqal tidak tahu yang adik sepupunya ini ada menaruh hati pada sahabat karibnya.

“Oooo. Lewat-lewat macam ni, buat pa je,” Harith Haiqal bertanya lagi. Ingin bertanya tentang Athirah Ardilla dia merasa sedikit segan.

“Abang ni macam inspektor polis ea. Banyak pula tanya. Dah tukar pekerjaan ke,” ujar Farah Madhihah. Sengaja mengusik.

“Abang tu, tak pernah-pernah telefon Farah, ni tiba-tiba telefon kenapa?” sambung Farah Madhihah lagi. Kali ini soalan jerat di beri kepada Abang sepupunya.

Sebenarnya dia pelik mendapat panggilan dari lelaki itu di waktu begini. Bukan sekali tetapi berkali-kali.

“Eeerrr. Tak ada apa. Saja telefon Farah. Rindu. Lama tak dengar suara Farah. Kita kan dah jauh. Kalau tak Farah selalu je datang rumah family abangkan,” Harith Haiqal tidak tahu memberi alasan apa lagi.

Tetapi dia memang merindui gadis itu. Celoteh gadis itu setiap kali datang ke rumahnya membuat rumah familynya itu menjadi riuh sedikit. Adik perempuan ke duanya sudah mendirikan rumah tangga dan menetap di Australia ikut suaminya yang bekerja di sana. Adik perempuan bongsunya pula kini berada di New Zealand, sambung Master di sana. Jadi rumah familynya sedikit sunyi. Dengan adanya Farah Madhihah terubat sedikit rindu mamanya terhadap adik-adik perempuannya. Namun sekarang gadis itu pun telah merantau jauh.
Terdengar pintu bilik Farah Madhihah di ketuk dari luar. Terjengkul wajah Athirah Ardilla saat gadis itu menolak daun pintu. Dia melihat Farah Madhihah masih lagi bergayut di telefon.

“Madi. Kau lama lagi ke? Aku dah mengantuk ni. Aku masuk tidur dulu ea?” Ujar Athirah Ardilla sambil menguap.

Mendengar sahaja pintu di tolak, Farah Madhihah terus membuang pandang ke arah pintu biliknya. Dia tersengeh ke arah Athirah Ardilla saat wajah gadis itu muncul di celah pintu itu. Jam di toleh sekilas. Hampir satu jam dia bergayut dengan abang sepupunya.

“Ooooo ok. Sorry Dilla tak dapat teman kau tengok movie,” kata Farah Madhihah serba salah.

Namun kata-kata Farah Madhihah di sambut lambaian dari Athirah Ardilla sebagai tanda tidak mengapa. Pintu biliknya di tutup perlahan oleh Athirah Ardilla. Sempat dia melihat gadis itu menguap. Menguap pun cantik, ucapnya. Tanpa sedar kata-katanya itu di dengar Harith Haiqal yang masih di talian.

“Haaaa…siapa cantik?” tanya Harith Haiqal di hujung talian.
“Ehhh. Mana ada. Farah lah yang cantik,” Farah Madhihah cuba mengelak.
“Eleh abang dengar ada suara tadi, siapa tu? House mate Farah ke? Lembut suara dia,” Harith Haiqal berkata walaupun dia tahu empunya suara tadi.

Bergetar jantungnya mendengar suara Athirah Ardilla tadi, walaupun suara itu di dengarinya jauh. Hanya sayup-sayup. Lembut sahaja suara itu di gegendang telinganya.

“Dengar je abang ni kan?” balas Farah Madhihah sabil tersenyum.

Faham dengan sikap abang sepupunya itu yang di cop play boy satu ketika dahulu, namun sekarang perangai abang sepupunya itu banyak berubah sejak lelaki itu habis belajar di luar negara.

“Tak payah nak gatal. Kawan Farah tu dah nak kawin lagi sebulan,” sambung Farah Madhihah tanpa di ketahui ada senyuman terukir di hujung talian.

“Ooooo. Dah nak kawin ke dia tu. Melepaslah abang. Ingat baru nak kenal-kenal,” seloroh Harith Haiqal sambil tersenyum bahagia.

Izzat di dalam bilik pejabatnya berdiri, di tunjuk isyarat ingin keluar kepada Harith Haiqal dan lelaki itu membalas dengan anggukan. Perbualan Harith Haiqal di rasakan mengambil masa yang agak lama, jadi dia perlu mengundurkan diri untuk meneruskan kerja di bilik pejabatnya pula.

“Gatalnya abang aku ni,” balas Farah sambil ketawa.

Dia tahu Harith Haiqal hanya bergurau. Tapi dia memang ada niat untuk kenalkan Athirah Ardilla dengan abang sepupunya itu memandangkan abang sepupunya itu masih lagi belum berpunya. Sama ada dia yang terlambat atau family Athirah Ardilla yang terlalu cepat, dia pun tak pasti. Angan-angan untuk memiliki kakak sepupu sebaik Athirah Ardilla bagaikan terkubur. Hhhhmmm. Dia mengeluh kecil.

“Heiii. Mengeluh? Kenapa?” tanya Harith Haiqal sambil ketawa.

“Abang ni kan. Semua benda dia boleh dengarlah,” Farah Madhihah pelik. Padahal dia rasakan dia mengeluh perlahan tadi.

“Dengan Abang tak perlu soroklah. Abang tahu adik abang ni macam mana. Kenapa? Tell me..” pujuk Harith Haiqal.

Langkahnya di atur pula ke sofa yang ada di bilik pejabatnya. Berdiri lama membuatkan kakinya berasa sedikit lenguh.
“Farah baru ingat nak kenen-kenenkan abang dengan Dilla, hurmmm tapi macam tak ada harapan je,” terang Farah Madhihah. Dengan Harith Haiqal dia sentiasa jujur. Banyak perkara di luahkan kepada lelaki itu.

“Oooo. Nama kawan Farah tu Dilla. Sedap nama dia,” balas Harith Haiqal.

“Nama dia Nur Athirah Ardilla binti Jamal. Kalau abang tahu kisah hidup dia pasti abang akan kagum dengan dia. Kalau Farah ada di tempat dia, Farah tak tahu yang Farah mampu atau tak setabah dia,” kata Farah Madhihah jujur. Bergenang sedikit air mata Farah Madhihah apabila teringat kembali bagaimana Athirah Ardilla menceritakan kisah hidupnya suatu ketika dahulu. Dia benar-benar seorang yang kuat dan tabah.

“Hermmm. Farah doakan dia kalau betul Farah sayangkan dia,” itu sahaja yang mampu Harith Haiqal katakan.

Selebihnya dia rasa bersalah. Kalaulah Farah Madhihah tahu, bahawasanya dialah orang yang menyebabkan Athirah Ardilla kehilangan kedua orang tuanya.
“Kiranya housemate Farah tu tengah darah manislah ea. Sebab lagi sebulan nak kawin dah,” ujar Harith Haiqal lagi. Topik tentang Athirah Ardilla pula menjadi tajuk perbincangan mereka.

“Aahlah kan. Abang bila nak kawin?” soalan cupa mas di beri .
“Dah nak dekatlah ni,” jawab Harith Haiqal slumber.
“Ooo ye ke? Farah tak tahu pun,” Farah berkata girang. Akhirnya abang sepupunya akan menamatkan zaman bujangnya.

“Nak beritahu lah ni,” balas Harith Haiqal lagi. Dia tidak kisah jika adik sepupunya itu tahu dengan siapa dia bakal di kahwinkan.

“Waaaahhh. Bila tu?” tanya Farah Madhihah lagi tanpa mengesyaki apa-apa.
“Sama tarikh dengan tarikh nikah Athirah Ardilla,” jawabnya laju.

Berkerut dahi Farah seketika. Matanya membulat seketika.

“Ehh jap….jap….jap ea… Nama penuh Abang apa?” tanya Farah Madhihah tidak sabar. Dia sudah meloncat turun dari katil.

“Heiii…. Nama abang pun takkan dah lupa? Harith Haiqal Bin Datuk Kamal,” kata Harith Haiqal sambil ketawa besar.

Farah Madhihah bukan tidak tahu, tetapi dia blurrr ketika ini. Tidak mungkin abang sepupunya dengan Athirah Ardilla…..

“Seriuslah abang?” jerit Farah Madhihah. Dia sudah meloncat-loncat di sisi katil. Dia benar-benar gembira.

“Yesss..” jawab Harith Haiqal sepatah.
“Ya Allah. Keciknya duniaaa…” Farah Madhihah menjerit kegirangan.

“Tapi macam mana abang boleh kenal Dilla? Farah pun kenal dia masa kami sama-sama membuat pendaftaran kat sini,” soal Farah Madhihah.

Dia menunggu jawapan Harith Haiqal dengan sabar.
“Panjang ceritanya… nanti mesti Farah akan tahu. Masa tu mesti Farah tak akan maafkan abang,” Harith Haikal meraup mukanya dengan sebelah tangan.

Saat itu pasti akan tiba.
Harith Haiqal dan Farah Madhihah meneruskan perbualan sehingga tidak sedar hari sudah makin larut di New Jersey. Pelbagai topik menjadi pelbualan hangat mereka.

Athirah Ardilla sudah lama di buai mimpi. Namun tiba-tiba ada rintik-rintik peluh keluar dari dahinya. Tidurnya seakan terganggu. Leher dan bajunya sudah di basahi peluh.

“Ibu!!!!!!!!,” jerit Athirah Ardilla dan dia tersedar dari mimpi. Matanya galak memandang kiri dan kanan. Wajahnya pucat.

Farah Madhihah yang berada di bilik sebelah sedang rancak berbual di telefon, tiba-tiba terhenti. Dia seakan-akan mendengar suara Athirah Ardilla menjerit nyaring. Risau akan keadaan sahabatnya dia terus berlari ke bilik sahabatnya.

“Abang sekejap ea,” sempat dia berkata dengan Harith Haiqal di hujung talian tapi talian tidak di matikan.

Tanpa dia sedar, dia membawa telefon bimbitnya sekali ke kamar Athirah Ardilla.
Sampai sahaja dia di bilik Athirah Ardilla, dia melihat sahabatnya sudah terduduk di hujung katil di atas lantai. Mukanya di sembam di kepala lututnya. Badannya mengigil ketakutan. Terdengar esakan tangisan suara Athirah Ardilla.

“Dilla……” suara Farah Madhihah terkejut melihat keadaan Athirah Ardilla.

Telefon bimbitnya masih di tangan. Harith Haiqal di hujung talian sudah kaku. Begitukah keadaan Athirah Ardilla selama ini. Pantas kakinya di hayun laju menuju ke meja. Laptopnya di buka. File Athirah Ardilla di buka. Satu persatu gambar gadis itu di lihat. Ya. Gambar itu menunjukkan yang wanita itu tersenyum girang. Tidak nampak sedikit pun kesedihan di wajahnya. Berlainan apa yang dia dengar di talian sekarang. Air mata lelakinya gugur. Maafkan abang Athirah Ardilla. Dalam diam di berbicara. Telinganya masih lagi tekun mendengar esakan di talian.

“Madi!!!!” dengar esakan Athirah Ardilla. Dengan sahabatnya itu tiada perasaan malunya lagi.

Dia menangis seperti anak kecil yang kehilangan ibu bapanya. Ya. Athirah Ardilla sedang melalui fasa itu. Walaupun sudah 11 tahun. Mana mungkin dia meluapakn kisah hitam itu.....

seronok tak?? nak tahu sambungannya?? like lah dan komen banyak-banyak ye. untuk chapter seterunya sila sediakan sekotak tisu... tapiiii kena komen dulu utk dapatkan new chapter.. tq -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience