Bab 21

Romance Completed 21516

Keeseokannya..

Seperti yang di janjikan. Pagi-pagi lagi Farah Madhihah sudah terpacak di banglo mewah milik Harith Haiqal.

“Kau dah siap ke Dilla?”

“Sekejap. Bagi aku lima minit,”

Selang beberapa minit kelihatan Athirah Ardilla menuruni anak tangga bersama Harith Haiqal. Berseri wajah keduanya. Harith Haiqal sudah lengkap berpakaian kemeja. Pasti abang sepupunya itu mahu terus ke pejabat.

“Jaga Dilla baik-baik Farah,” sengaja dia berpesan.

“Ye Abang Qal. Jangan risaulah.”

Setelah Athirah Ardilla menyalami suaminya, dia kemudian beriringan menuju ke kereta Farah Madhihah.

Beberapa minit perjalanan.

“Kau nak bawa aku pergi mana?” Athirah Ardilla sekadar berbasi-basi.
Sebenarnya dia tidak kisah. Jangan di bawa ke tempat yang bukan-bukan sudah. Sedikit senyuman terukir.

“Adalah…. Tapi sebelum tu, kita pergi sarapan nak? – Farah Madhihah.

“Aku dah sarapan tadi. Tak apalah. Aku teman kau je,”

“Tak syok lah kalau aku makan sorang-sorang. Jom lah Dilla makan sekali. Aku ada satu tempat sarapan yang sedap. Pasti kau tak akan menyesal,”

“Perut aku kenyang lagi ni. Tak apalah, aku minum je,”

Kenderaan yang di pandu Farah Madhihah akhirnya membelok ke arah sebuah restoran. Ramai pelanggan yang sedang beratur.

“Ramainya Madi. Biar betul kau ni, nak makan kat sini. Cari tempat lainlah,”

“Tempat ni sedap. Sebab tu ramai orang. Dah la jom. “

“Kau pergi cari tempat duduk. Aku oderkan untuk kau. Kalau pergi berdua, nanti meja kena cop dengan orang lain,”

Athirah Ardilla akur dengan arahan Farah Madhihah. Matanya melilau mencari meja kosong. Dia terlihat ada beebrapa meja kosong dan dia memilih meja kosong yang berhampiran dengan dinding.

Tidak beberapa lama kemudian, muncul Farah Madhihah bersama satu dulang yang penuh dengan hidangan. Athirah Ardilla pelik. Kenapa ada dua pinggan?

“Kenapa ada dua?”

Matanya terancapa pada hidangan yang di dalamnya ada sambal sotong. Favoritenya.

“Tadi ikutkan aku memang nak oder untuk aku je, tapi aku nampak ada sambal sotong ni. Kau kan suka. Jadi aku belika sekali untuk kau. Tak apa kalau kau tak nak. Aku boleh habiska dua pinggan ni. Sebab nasi lemak ni memag sedap,”

Panjang lebar dia menerangkan. Dan dia berharap Athirah Ardilla tidak menolak.

“Nah. Kau rasa dulu. Mana tau dalam perut kau masih ada ruang-ruang kosong yang masih boleh di selit-selit,”

Dia menyua pinggan yang terisi dengan nasi lemak sambal sotong ke arah Athirah Ardilla.

“Kau ingat perut aku ni kotak ke? Ada ruang-ruang untuk menyelit,”

Geli hati mendengar ucap Farah Madhihah. Namun huluran Farah Madhihah tetap di terima.

Satu cawan air juga di hulrkan pada Athirah Ardilla. Senyuman terukir di bibir gadis itu. Tahu saja dia minuman kegemarannya.

“Thanks,”
“It’s okey. Dah jom makan. Aku lapar gila ni,”

Mereka kemudian membaca doa bersama di dalam hati. Kemudian meneruskan suapan pertama. Sebaik sahaja suapan pertama mencecah lidahnya, terus sahaja seleranya terbuka.

“Sedapnya Madi.” Sambil meneruskan kunyahan.

“Kan…. Aku dah cakap sedap. Rugi kau tak rasa,”

Dan mereka meneruskan suapan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Hidangan sarapan yang sedap di hadapannya harus di nikmati tanpa ada sebarang gangguan.

*****

Beberapa minit setelah mereka siap bersarapan, mereka terus keluar dari restoran. Bil makanan mereka sudah pun Farah Madhihah selesaikan.

“Okey. Perut dah kenyang. Baru ada tenaga nak buat kerja,”

Ucap Farah Madhihah setelah mereka berada di dalam kereta. Kenderaan di pandu menuju destinasi yang tidak di ketahui Athirah Ardilla.
Bebrapa minit perjalanan.

“Jauh lagi ke Madi? Dari tadi tak sampai-sampai,”

“Sekejap lagi kita sampai. Kau jangan risau,”

Tidak berapa lama kemudian, kenderaan di berhentikan di hadapan sebuah butik. Sempat dia menoleh pada papan tanda nama butik tersebut. D’Estinasi Cinta.

“Okey. Jom. Kita dah sampai,”

Athirah Ardilla hnaya menurut. Mereka menuju ke arah butik tersebut. Farah Madhihah mengeluarkan satu kad lalu di dekatkan pada pintu yang dikawal dengan pin keselamatan.

Secara automatik, pintu terbuka. Athirah Ardilla yang berada di sisi hanya memerhati sedari tadi merasa sedikit pelik. Bagaimana Farah Madhihah boleh ada kad access untuk pintu keselamatan itu
. “Butik siapa ni Madi? Macam mana kau boleh ada kad access tu,”

Farah Madhihah hanya tersenyum mendengar soalan Athirah Ardilla.

“Jom masuk dulu. Nanti aku terangkan.”

Setelah mereka berdua masuk ke dalam butik, Athirah Ardilla perasan ada seseorang keluar dari arah belakang dengan di tangannya penuh dengan busana.

“Eh! Tu Nad kan? Pereka muda yang baru nak naik tu,” separuh berbisik.

“Jom aku kenalkan kau,”

“Hai Nad,”

Terperanjat sedikit Nadiah apabila namanya di sapa. Dia tidak perasan ada orang masuk ke butik itu, memandangkan dia belum lagi memulakan operasi butiknya.

“Eh! Farah. Athirah pun ada. Bila sampai. Sorry tak perasan,”

Busana yang penuh di tanggannya di letakkan di satu sudut. Dia kemudian melangkah ke arah dua gadis di hadapannya. Mereka bersalaman.

“Dilla. Ni aku kenalkan. Walaupun kau dah kenal hari tu. Nadiah rakan kongsi aku,”

Terlopong mulut Athirah Ardilla mendengar ayat Farah Madhihah.
“Serius lah,” dia seakan tidak percaya.

“Ye. Sebenarnya I tak layak pun di panggil rakan kongsi. Sebab butik ni memang milik penuh Farah. I menumpang je.”

Terasa malu Farah Madhihah berkata seperti itu. Dia sedar akan dirinya. Dia benar-benar tidak layak mendapat gelaran sebegitu.

“Ishhh! Nad. U ni merendah diri kenapa? Kan I dah cakap U rakan kongsi I,”

“Sekejap. Aku sebenarnya tak boleh hadam lagi apa yang korang cuba sampaikan.”

Akhirnya kedua-duanya ketawa mendengar kata-kata Athirah Ardilla.

“Jom. Duduk kat sana,”

Matanya terarah pada sofa putih yang terlihat ekslusif ada di satu sudut. Mereka beriringan menuju ke arah sofa tersebut. Punggung mereka dilabuhkan di atas sofa tersebut.

“Macam ni Dilla. Sebenarnya butik aku ni, dah hampir nak masuk 7 tahun. Sengaja aku tak cerita kat kau masa kita belajar dulu. Sepanjang aku belajar, Nad lah yang ambil alih semua. Dia yang uruskan butik aku ni sampai nama dia meningkat naik seperti sekarang. So. Tak salahkan aku anggap dia rakan kongsi aku. Betul tak?”

“Wahhh. Tahniah Madi. Nad. Tak sangka aku selama ni aku berkawan dengan usahawan berjaya.”

Athirah Ardilla memluk Farah Madhihah di sisinya.

“Patutlah masa aku ni….” Ayatnya tidak dapat di habiskan apabila menyedari Nadiah ada di situ.

“Tak apa. Nad tahu kisah kau. Baju nikah yang kau pakai hari tu dari air tangan dialah,” Farah Madhihah menjelaskan.

“Oh! Ye ke. Patutlah nampak cantik sangat dan eksklusif,”

Dia memangdang wajah Nadiah yang berada di hadapannya sambil tersenyum. Matanya kemudian meliar melihat dekorasi yang ada di dalam butik tersebut.

Semuanya nampak mewah. Dan tersusun rapi. Ada pelbagai rekaan busana tergantung di satu sudut. Beberapa patung mannequin juga turut di pakaikan beberapa jenis busana yang terlihat mewah. Di satu sudut juga, terdapat mini pelamin. Dan tidak jauh darinya terdapat pelamin indah yang lengkap dengan hiasan bunga-bungaan.

Matanya yang meliar melihat keindahan butik itu akhinya di hentikan, apabila mendengar deringan telefon Farah Madhihah.

“Sekejap ea. Aku nak ambil panggilan ni. Kau pergilah tengok-tengok butik aku ni,”

Farah Madhihah akhirnya menghilang ke satu sudut. Athirah Ardilla bangun dari tempat duduknya. Nad juga tidak ada di tempat duduknya. Bila gadis itu pergi dia pun tidak sedar.

Aku mengelamun ke tadi? Hatinya berbisik sendiri.

Langkah kakinya di bawa ke arah busana yang tergantung cantik di satu sudut. Dia menilik satu persatu. Cantiknya! Getusnya di dalam hati.

Tiba-tiba ada jari-jemari lembut menutup kedua matanya dari arah belakang. Mula-mula dia terkejut, namun apabila dapat menghidu haruman yang terbit, dia akhirnya tersenyum. Jari-jemari yang ada di kedua matanya di sentuh.
“Mail ea?" Sengaja dia mengusik.

Dahulu pun dia pernah bermain sebegitu dengan arwah ayahnya. Dia yang sedang mengelamun di pangkin yang ada di halam rumahnya, di kejutkan dengan kedua matanya di tutup dari arah belakang seperti sekarang. Permainan itu memerlukan si mata yang tertutup untuk meneka siapa yang menutup matanya.

“Karim?”

Semakin galak dia meneka. Namun jari-jemari di matanya tiada tanda ingin melepaskan. Dia tersenyum.

Gelagat dua merpati itu di perhatikan Nadiah dan Farah Madhihah. Namun di sisi Farah Madhihah terdapat sekujur tubuh lelaki sasa. Ianya tentulah milik Izzat sahabat Harith Haiqal dan juga merupakan teman lelaki gadis itu.

“Okey kali ni mesti betul.”

Jari-jemari yang kemas menutup kedua matanya di pegang lembut. Lalu dia memusingkan badannya.

“Abang….” Dia tersenyum akhirnya melihat wajah tampan itu.

“Siapa Mail.. Karim tadi tu,” sengaja di keraskan suaranya.

Sejujurnya dia merasa sedikit cemburu apabila ada nama lelaki lain yang keluar dari bibir mungil itu.

“Entah,”

Dia ketawa melihat wajah cemberut lelaki itu.

“Macam mana abang boleh sampai sini. Bukan abang kerja ke hari ni?”

Lengan lelaki itu di peluk. Untuk berlebihan dia tahu di mana mereka kini berada.

“Aku yang suruh Abang Qal datang.”

Terdengar suara Farah Madhihah.

“Sebab hari tu Abang Qal ada beritahu aku nak ajak kau fitting baju resepsi korang,”

Athirah Ardilla sedikit pelik melihat lelaki yang berada tidak jauh dari sahabtnya itu. Dari tadi mereka terlihat sangat rapat, dan kadang-kala terlihat Farah Madhihah ketawa girang.

Perasan akan panahan mata Athirah Ardilla lantas lengan lelaki di sisinya itu di paut lalu dia membawa langkah ke arah dia dan Harith Haiqal.

“Lupa aku nak kenalkan. Ni Izzat. Sahabat Abang Qal, dan future husband aku,”

Athirah Ardilla sedikit terkejut.

“Hai. Puan Dilla,” sapa Izzat.

“Eh! Kenapa panggil saya puan? Panggil Dilla je,”sedikit pelik di sapa begitu.

“Saya sebenarnya bekerja di bawah Tuan Qal,” penuh sopan dia menerangkan.

“Eh! Tak apalah. Kawan Madi, kawan saya juga. Kan Madi,”

Tuan Qal? Sebenanrnya banyak perkara yang dia tidak tahu tentang lelaki di sebelahnya. Perlukah dia mengambil tahu perihal suaminya itu. Tahu tentang latar-belakangnya.

“Aah. Apalah Bie ni. Kan saya dah cakap. Dilla ni lain dari yang lain. Dia tak kisah semua tu,”

Setelah mereka suai kenal antara sau, sama lain. Farah Madhihah akhirnya melayan Harith Haiqal dan Athirah Ardilla seperti pelanggan yang lain. Memberi bebrapa pasang busana untuk di cuba.

Selesai memlih beberapa busana,

“Dilla. Kau balik dengan Abang Qal ea. Aku ada hal sikit sekejap lagi,”

Athirah Ardilla hanya menurut. Untuk bertanya lebih, dia hanya mematikan sahaja niatnya. Memandangkan dia bukan bersama dengan orang lain.

“Jom,”

Suara garau itu mengajaknya.

“Nak balik dah? Sekejapnya,”

“Habistu? Nak tidur sini ke? Sayang tahu tak dah dekat tiga jam kita kat sini,”

Dia ketawa mendengar ucap Harith Haiqal. Nampak je suaminya itu wajah serius, namun pandai membuat dirinya tidak kering gusi. Ada sahaja idea untuk mengusik dirinya.

Lantas lengan sasa itu di paut. Mereka akhirnya beriringan keluar dari butik itu.

“Habis tu, Bie nak balik naik apa sayang?” ucap Izzat pula pada Farah Madhihah.

Farah Madhihah hanya menjungkit bahu lalu melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan.

Izzat yang kebingungan melihat perubahan riak wajah Farah Madhihah tiba-tiba mati kutu. Apa salahnya tiba-tiba mood gadis itu berubah.

“Kenapa ni sayang? Bie ada buat salah ke? Tiba-tiba je moody. Tadi okey je,”

“Tanyalah diri sendiri. Semua lelaki sama je ,” luah Farah Madhihah.

“Bie tak tahu apa salah bie.”

Langkah Farah Madhihah akhirnya terhenti. Izzat yang sedari tadi mengekori gadis itu dari belakang terpaksa 'brek’ mengejut. Nadiah yang sedari tadi menjadi pemerhati hanya menggelengkan kepala.

“Awak ingat saya tak nampak. Yang mata awak tu asyik tengok Dilla je. Gatal!”

Oh! Sebaab itukah? Dia tidak sengaja sebenarnya. Patutlah Harith Haiqal tergila kan Athirah Ardilla. Gadis itu benar-benar menawan. Sudah bebarapa kali mata nakal lelakinya di larikan, namun masih juga tubuh itu mencuri perhatiannya. Tidak tahu pula yang tingkahnya di perhatikan Farah Madhihah.

“Sorry sayang. Bie tak sengaja,”

“Saya tahu saya tak secantik dia. Dah la gemuk. Pipi tembam. Jika di bandingkan dengan Dilla macam langit dengan bumi.” Wajah sedih di pamerkan.

Hatinya benar-benar tersentuh dengan tingkah laku Izzat. Dia tahu lelaki itu tidak berniat untuk curang. Mana-mana lelaki yang melihat Athirah Ardilla pastinya tidak mampu melarikan matanya melihat susuk tubuh itu.

“Ssshhh… sorry. Bie minta maaf. Mata ni nakal sangat. Okey lepas ni Bie janji, bie takkan buat lagi. Biasa mata ni,”
Dia memukul manja matanya.

Tingkah Izzat itu benar-benar membuat hatinya tercuit. Sedikit ketawa meletus. Pandai lelaki itu memujuk.

“Janji?”

“Okey. Janji! Tapi dengan syarat.”

“Ishhh! Main syarat-syarat pula. Tak ikhlas lah tu,”

“Syarat ni simple je.”

“Hmmm… apa dia?”

“Sayang kena ada sebelah bie je. Baru bie tahu yang sebelah bie ada bear-bear comel,” sambil ketawa.

“Ishhh! Tak lawak lah,” panjang lagi rajukya.

“Tapi betul. Bie nak sayang ada di sebelah bie je. Baru mata ni boleh behave,”

Mereka akhirnya tersenyum bersama. Farah Madhihah akhirnya meminta izin untuk meneruskan kerjanya sebentar. Jika melayan lelaki itu pasti kerjanya tertangguh.

Izzat dan Harith Haiqal sudah bercadang untuk masuk half-day ke pejabat memandangkan hari itu tiada apa-apa yang penting.

*****

Harih Haiqal melirik isterinya yang duduk di sisinya di tempat duduk penumpang hadapan. Sedari tadi di lihat isterinya itu tidak banyak bicara.

Perlahan die menyentuh jari jemari isterinya. Di genggam erat. Athirah Ardilla yang tersedar dari lamunan, melirik suaminya. Dia kemudian membalas genggaman itu.

“Sayang kenapa? Senyap je dari tadi,”

Dilihat Athirah Ardilla sedikit menggeleng. Ada senyuman terukir di bibir itu.

“Abang tengok depanlah,”

Sedikit risau apabila suaminya tidak habis-habis mencuri pandang wajahnya.

“Kita nak pergi mana?”

“Abang nak pergi ofiice sekejap. Ambil barang sikit. Sayang nak ikut abang naik office?”

“Tak apalah. Abang pergi sekejap je kan? Saya tunggu dalam kereta je lah,”

Keretanya di belok masuk ke kawasan hotel mewah itu. Dia memarking keretanya di tempat letak kenderaan VVIP. Athirah Ardilla seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Hotel yang gah itu milik keluarga suaminya?

Harith Haiqal mencium dahi isterinya, sebelum dia keluar dari kenderaan itu. Merona merah wajah Athirah Ardilla, apabila di perlakukan sebegitu.

Di kejauhan, ada sepasang mata tajam melihat pasangan itu. Walaupun gadis yang berada di dalam kereta lelaki itu tidak di ketahui identitinya, namun dia tahu ada seseorang di dalam kereta itu.

Natilia sedikit geram. Jika sebelum ini pasti dirinya, di tempat gadis itu. Kemana sahaja lelaki itu pergi, pasti dirinya menemani. Namun sejak beberapa tahun yang lalu, lelaki itu sedikit berubah.

Layanan lelaki itu terhadap dirinya juga terasa berbeza. Sebenarnya dia ingin menyapa lelaki itu sebentar tadi, kerana dia baru sahaja ingin keluar makan tengah hari. Dilihat lelaki itu sedang memarking kenderaanya di petak VVIP. Baru sahaja die ingin melangkah, dilihat seperti ada sosok tubuh lain yang lengkap bertudung, di kerusi pemandu hadapan. Dia terpaksa mematikab niatnya, kemudian berpusing menuju ke receptionist.

Jari-jemarinya di genggam kejap. Giginya di kacipkan.

sorry baru berkesempatan update...tq masih setia menunggu.. MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience