Bab 17

Romance Completed 21516

Aaaarrgghhhhhhh!!!!

Natilia menjerit nyaring. Wajahnya kusut seperti orang gila. Bilik tidurnya sudah berselerak. Dia tidak dapat terima apabila di beritahu rancangannya tidak berjaya.

Pada hari itu dia tidak masuk pejabat. Emosinya benar-benar tidak stabil. Cermin meja soleknya sudah kotor kerana di ukir nama Harith Haiqal di situ menggunakan lipstiknya, kemudian di padam menggunakan tangan.

Tiba-tiba dia ketawa mengilai.

Hahahahahah. Siap kau Athirah Ardilla!!!!!

Kemudian dia menangis.

“Qal… kenapa U tak kejar I!! kenapa U sibuk nak jejak perempuan tu. I yang selama ini ada di sisi U, U tak nampak ke????

Dia meraung seperti orang hilang akal.

Rambutnya yang biasanya terurus cantik, kini kembang. Kusut. Wajahnya yang sentiasa di oles mekap kelihatan comot dek lipstik yang di pakai terkeluar dari landasannya hingga ke pipi. Matanya hitam kerana maskaranya luntur.

Pedih hatinya bertambah apabila dia mengetahui bahawa Harith Haiqal menyertai program itu.

Pada awalnya dia juga berkeinginan menyertai program itu, namun apabila dapat tahu Harith Haiqal tidak sertai, dia langsung tidak berminat.
Tetapi kali ini berlainan pula yang di dengarinya.

*****

Sudah dua minggu Athirah Ardilla pulang ke rumah bondanya. Ini bermakna sudah dua minggu juga program itu tamat.

Selama dua minggu itu, Harith Haiqal kembali sepi. Pada malam sebelum mereka pulang, Harith Haiqal di lihat banyak menyepikan diri. Tiada lagi kata-kata romantis. Pada hari terakhir mereka di situ, kelibat Harith Haiqal juga lansung tidak kelihatan sehingga di pulang ke rumah bondanya.

Hatinya di runtun pilu. Setelah dia meluahkan rasa cintanya pada lelaki itu, inikah balasan yang dia terima?? Perlahan air jernih turun membasahi pipinya.

Pedih hatinya.

Dia rasa dirinya seolah-olah di permainkan.

“Abang, saya tengok lepas balik dari perkhemahan tu, adik banyak diamkan diri. Saya risaulah,” luah Puan Sri Sarah.

Mereka sedang duduk santai di gazebo. Suaminya itu sedang sibuk menelaah surat khabar. Walaupun nampak seperti sudah ketinggalan zaman, namun bagi suaminya itu, dia selesa begitu.

“Dia penat kot,” balas Tan Sri Affendi pendek.

“Takkanlah penat sampai dua minggu. Saya pun pernah juga setai perkhemahan,”

“Awak ada tanya dia,” di toleh sekilas isterinya.

Hari itu mereka hanya santai di rumah. Memang kebiasaannya begitu. Hari minggu mereka jarang keluar. Masa banyak di habiskan bersama keluarga.

Puan Sri Sarah hanya menggelengkan kepala.

“Pergilah tanya dia. Sayang kan bondanya. Mungkin boleh faham. Kalau abang tanya mungkin dia akan malu” – Tan Sri Affendi.

Hurmmm. Puan Sri Sarah melepaskan nafasnya lembut.

“Ke hubungan dia dengan Qal ada masalah?” – Puan Sri Sarah.

Terkejut dengan serkap jarang isterinya.

“Iisshh! Sayang ni. Sampai ke situ fikir. Doa yang baik-baik. Masih terlalu awal. Lagi pun mereka belum cukup kenal,” - Tan Sri Affendi.

“Apa kata kita percepatkan majlis resepsi tu,” – Puan Sri Sarah.

“Hurmmm… Kena bincang dengan pihak sana juga. Takut mereka sibuk. Dengar khabar syarikat mereka dapat projek besar di Johor Bahru. Mesti banyak benda nak kena uruskan,” – Tan Sri Affendi.

“Ni mana dia?” sambungnya lagi.

“Dekat bilik. Berkurung lagi,” lemah sahaja suara Puan Sri Sarah.

“Sayang pergilah tanya dia,” – Tan Sri Affendi.

Senyuman sedikit di ukir.

Puan Sri Sarah bangkit dari duduknya.

Tukkk.. Tukkk.. tukkk..

Pintu bilik Athirah Ardilla di ketuk dari luar.
Terdengar derapan tapak kaki menghala ke pintu. Pintu di buka. Terjengkul wajah sunggul Athirah Ardilla. Dia hanya mengenakan selendang di kepalanya.

Athirah Ardilla memang menjaga batasnya ketika di rumah bondanya. Dia tahu batas-batas antara dia dan ahli keluarga lelaki termasuk ayahnya.

Melihat sahaja wajah Athirah Ardilla, terus sahaja Puan Sri Sarah cemas. Lantas tubuh anaknya itu di peluk.

“Sayang kenapa teruk sampai macam ni,” Puan Sri Sarah sudah mengongoi. Pilu hatinya melihat wajah anaknya itu.

Athirah Ardilla juga turut manangis tersedu-sedu. Di lepaskan sesak di dadanya di bahu bondanya.

Kemudian pandanganya mulai kabur dan dia jatuh di dalam dakapan bondanya.

“Ya Allah adik!!! Abanggg!!!” jerit Puan Sri Sarah memanggil suaminya di bawah. Tangisannya makin kuat.

Mendengar sahaja jeritan isterinya dengan pantas Tan Sri Affendi berlari masuk ke dalam rumah. Dia menuju ke bilik Athirah Ardilla. Dia juga terkesima melihat keadaan itu.

“Telefon Murad bang,” dalam sendu dia mengarahkan suaminya yang kaku berdiri.

Bagaikan baru tersedar, telefon di poket di ambil. Nombor seseorang di dail.

“Hello, Murad! Datang rumah aku sekarang,”

Dr. Murad adalah doktor peribadi keluarga itu. Dia juga merupakan pakar psikiatri.

****

Tidak bebrapa lama kemudian Dr. Murad tiba di rumah itu. Tubuh Athirah Ardilla yang berada di atas katil di periksa.

“Macam mana anak aku Murad,” – Tan Sri Affendi.

“Dia ok. Cuma dia nampak seperti tertekan. Nadinya juga lemah,” – Dr. Murad.

Dia terdiam seketika.

“Dia kurang makan ke?” sambungnya lagi.

“Sejak dua minggu ni dia memang kurang makan. Bila di ajak dia selalu mengelak. Dia pun banyak mengurungkan dirinya,”

Puan Sri Sarah yang sedari tadi setia di sisi anaknya pula bersuara. Hidung dan pipinya sudah kemerahan kerana asyik menangis dari tadi.

Sejujurnya dia takut akan kehilangan anaknya itu. Dia pernah di beritahu, jika Athirah Ardilla kembali seperti dahulu kemungkinan anaknya itu tidak mampu bertahan lama.

“Dalam masa dua minggu ni, ada perkara yang serius ke terjadi?” – Dr. Murad.

“Dua minggu lepas, dia ada mengikuti perkhemahan. Suaminya juga ada bersama. Itu je lah Murad. Yang lain biasa je,” – Tan Sri Affendi.

“Mungkin ada kaitan dengan suaminya. Mana suaminya?” –Dr. Murad.

“Dia ada dekat Penang. Dia dah on the way ke sini. Mungkin pagi nanti dia sampai,” – Tan Sri Affendi.

Tan Sri Affendi terus sahaja menghubungi Harith Haiqal untuk memaklumkan keadaan Athirah Ardilla selepas dia menghubungi Dr. Murad sebentar tadi.

Terlihat Dr. Murad menganggukkan kepalanya.

“In-Shaa Allah dia tak apa-apa. Biarkan dia rehat. Ni aku ada sediakan ubat. Lepas dia sedar nanti cuba pujuknya untuk makan. Lepastu beri ubat ni. Kita sama-sama doa semoga dia tak apa-apa. Anak kau aku tengok kuat orangnya. Dia pasti mampu pulihkan semangatnya sendiri. Tapi perlu juga sokongan keluarga. Jangan biarkan dia bersendirian,” – Dr. Murad.

“Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa. Hubungi aku cepat-cepat,” bahu Tan Sri Affendi di tepuk lembut.

*****

Tepat pukul 2 pagi Harith Haiqal tiba di rumah family angkat Athirah Ardilla. Wajahnya nampak risau. Badannya yang keletihan kerana memandu hampir 8 jam tidak di pedulikan. Keadaan isterinya lebih penting.

“Assalamualaikum,” –Harith Haiqal.

“Waalaikumsalam. Oh! Qal. Dah sampai. Masuklah,” - Tan Sri Affendi.

“Macam mana Athirah ayah. Dia okey,”

Tangan bapa mertua angkatnya di salam lalu di cium.

“Dia tengah berehat kat atas. Biarlah dulu. Mari duduk kat sana,”

Di tunjuk arah gazebo. Malam-malam duduk di gazebo sangatlah tenang. Dengan deruan angin malam dan lampu-lampu yang menghiasi laman itu sangat mendamaikan.

Harith Haiqal hanya menurut langkah kaki bapa mertuanya itu. Terlihat Puan Sri Sarah muncul. Dia mendapatkan suaminya dan turut terkejut Harith Haiqal ada di situ. Jam di dinding di kerling. Oh! Sudah pukul 2 pagi.

“Macam mana adik,” - Tan Sri Affendi.

“Tadi adik sedar sekejap. Saya dah suap dia bubur. Ubat pun sudah saya beri. Ni dia sambung tidur semula.” – Puan Sri Sarah.

“Lama sampai Qal?” di sapa menantunya itu.

“Baru je bonda. Ingat nak pergi tengok Athirah tapi ayah beritahu Athirah sedang berehat,”

Harith Haiqal sebenarnya dari tadi tertanya-tanya dengan pandangan yang kurang senang dari ke dua mertuanya itu.

“Qal ada buat salah ke bonda, ayah. Tengok Qal macam ada sesuatu je,” dia memberanikan diri.

“Hurmm. Kalau kamu nak tahu. Sejak adik pulang dari perkhemahan hari tu, adik banyak diamkan diri. Ada apa-apa terjadi ke antara kamu berdua? Bonda nampak dia sedih sangat tadi. Seperti emosinya sedikit terganggu. Matanya juga sembab sampailah dia pengsan dalam dakapan bonda. Kalau ada apa-apa baik Qal berterus terang,”

Tegas suara itu. Dia akui dia salah kerana membiarkan isterinya itu tanpa khabar. Malah dia pulang dari perkhemahan itu lebih awal dan sampai ke hari ini, dia tidak menghubungi isterinya itu.

Wajahnya di raup. Nafasnya di hembus kasar. Kerana terlalu memikirkan Natilia, isterinya di sisihkan. Dia benar-benar menyesal.

“Tak ada apa-apa berlaku bonda ayah. Cuma semasa berada disana, Athirah nampak ceria sahaja. Dia pun dah berani berbual dengan saya,”

“Mungkin sebab saya pulang awal dan sampai hari ni saya tak hubungi dia,” sambungnya lagi.

Hhhmmmm. Nafas di tarik kemudian di lepas berat.

“Tak apalah. Kamu pergilah naik. Kamu mesti penat,” –Tan Sri Affendi.

Dia tahu fikiran menantunya itu juga pastinya sedang kusut.

“Terima kasih ayah..bonda. Qal naik dulu,” dia menunduk sedikit. Kemudian tubuhnya menghilang di balik pintu.

“Jom sayang. Kita masuk tidur. Dah lewat ni,”- Tan Sri Affendi.

*****

Harith Haiqal tiba di depan pintu bilik Athirah Ardilla. Pintu di tolak perlahan. Sayu hatinya melihat sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil. Pertama kali dia memasuki ruangan kamar isterinya itu. Cantik dan kemas dekorasinya. Perlahan pintu di tutup kembali dan di kunci.

Dia mengampiri katil dan punggungnya di labuhkan di sisi iterinya itu. Rambut isterinya yang di tutupi selendang disentuh. Wajahnya di dekatkan lalu di kucup dahi isterinya lama. Kemudian wajahnya itu di jarakkan. Pandangan jatuh pada wajah isterinya. Ada sisa air mata di situ. Di seka air mata itu.

“Maafkan abang sayang…. Abang tak berniat tinggalkan sayang,” rintihnya perlahan.

Jari-jemari isterinya di sentuh. Lalu di kucup lembut. Teringat kembali bagaimana isterinya meluahkan perasaan hatinya. Kemudian menyuruhnya berjanji untuk tidak meninggalkannya.

Namun sejak dua minggu lepas, dia tidak menghubungi isterinya. Pasti bermacam yang di fikirkannya.

Dia merenung kembali wajah isterinya yang di rindui. Mata isterinya dilihat sedikit bergerak-gerak. Wajahnya juga tiba-tiba dikerutkan. Mimpi buruk lagi kah?

Ssshhhh… dia menepuk-nepuk bahu isterinya. Athirah Ardilla kembali tenang tidak berapa lama kemudian. Tubuh badannya terasa letih. Lalu dia memanjat katil. Tubuhnya di baringkan di sisi isterinya. Dia mengiring menghadap tubuh yang berbau harum itu lalu di peluk sambil jemari isterinya di genggam kemas.

Matanya yang berat dan tubuhnya keletihan membuat dia mudah saja terlena.

*****

Alarm berbunyi menandakan jam sudah manunjukkan tepat pukul 6 pagi.

Athirah Ardilla terjaga dari tidur yang lena. Terasa berat di dadanya seperti ada sesuatu di situ. Terhidu haruman yang di rindui. Di kalih pandangannya di sisi. Terlihat wajah suaminya yang begitu dekat.

Digosok-gosokan matanya. Mengharapkan itu bukannya mimpi. Ya! Ianya bukan mimpi. Laju sahaja tubuh itu dirangkul erat. Menyembamkan mukanya di dada suaminya itu. Laju air matanya keluar.

Harith Haiqal yang sedari tadi lena tiba-tiba menggerakkan badannya apabila terasa ada sesuatu yang panas di dadanya. Perlahan matanya di buka. Kedengaran isterinya sedang menangis di situ. Sayu dia mendengar. Kepala isterinya di usap perlahan.

“Ssshhh!! Sayang. Abang ada ni,” dia memujuk isterinya. Tubuh itu di tarik rapat kemudian di rangkul erat.

“Maafkan abang sayang. Abang tak sengaja,” di kucup ubun-ubun isterinya.

Athirah Ardilla hanya membeku. Hanya kedengaran sedu-sedan isterinya sahaja. Jam di dinding di kilas.

“Sayang.. abang nak solat,” tubuh itu di usap perlahan.

Sedar dirinya juga belum solat subuh, perlahan Athirah Ardilla bangkit. Wajahnya yang basah di lap menggunakan selendang. Matanya terasa sedikit pedih. Mungkin kerana terlalu lama dia menangis.

Dilihat Harith Haiqal sudah menghilang ke dalam bilik air. Langkah kakinya di hala ke almari solek. Melihat sahaja wajahnya, Ya Allah! Teruknya muka aku. Matanya bengkak, hidungnya merah.

Perlahan selendang yang menutupi kepalanya di lurutkan. Ikatan rambutnya di leraikan. Rambutnya yang sedikit kusut di sikat perlahan. Terlihat Harith Haiqal sudah keluar dari bilik air. Dilihat tubuh itu melalui cermin meja soleknya.

“Sayang nak solat sama-sama?” tubuh isterinya yang berdiri di hadapan cermin di renung syahdu.

Dilihat isterinya sedikit mengangguk. Lantas tubuhnya di bawa menuju ke bilik air. Beberapa minit kemudian isterinya itu keluar.

Pertama kali dia akan mengimamkan solat isterinya. Perkara yang sudah lama di impikan.

Usai solat dan berdoa, dia mengalihkan tubuhnya menghadap isterinya. Dia menghulurkan tangannya lalu di sambut isterinya. Ubun-ubun ieterinya di kucup untuk kesekian kalinya. Lama.

Sekali lagi dia mendengar ada tangisan di situ. Terasa tangannya panas di basahi air mata isterinya. Perlahan bahu isterinya di sentuh. Dia kemudian merangkul tubuh isterinya sekali lagi.

“Maafkan abang. Abang tau abang salah. Jangan macam ni sayang….”

Pilu hatinya melihat keadaan isterinya. Tubuhnya di renggang sedikit. Dagu isterinya di sentuh untuk mengalihkan wajah yang sedari tadi menunduk menghadapnya.

Hatinya di paut pilu sekali lagi melihat keadaan wajah itu. Hidungnya sudah kemerahan. Matanya sedikit bengkak. Wajahnya sembab. Dahi isterinya di kucup.
Bibir isterinya yang mekar di sentuh dengan jari.

“Kenapa sayang senyap je. Say something, please,”

Namun Athirah Ardilla masih kaku. Matanya di pejam sedari tadi membuat Harith Haiqal geram. Pantas sahaja bibir itu di kucup. Terbeliak mata Athirah Ardilla dengan tindakan suaminya itu. Lantas tubuh itu di tolak kasar.

“Apa ni?” marah Athirah Ardilla.

“Ada pun suara,” ketawa Harith Haiqal.

Athirah Ardilla lantas bangkit. Namun belum sempat dia melangkah tangannya di tarik Harith Haiqal. Athirah Ardilla yang hilang kawalan akhirnya jatuh di atas pangkuan Harith Haiqal. Terkejut.

“Abang belum habis lagi. Kenapa nak lari?”

“Lepaslah,”

“Tak nak,”

“Saya nak buka telekung ni lah,”

Harith Haiqal hanya menjungkit bahu.

“Buka je lah,”

“Macam mana nak buka kalau macam ni,”

Sekali lagi bahu di jungkit.

“Okey nak sangat ea,”

Di perkemas kedudukannya di ribaan Harith Haiqal. Leher lelaki itu juga di paut dengan kedua-dua tangannya. Sengaja di lentokkan kepalanya di dada itu. Nyaman.

Harith Haiqal hanya tersenyum. Dia bangkit sambil mencempung tubuh isterinya lalu di bawa ke katil. Di baringkan tubuh isterinya.

Perlahan telekung isterinya di buka. Athirah Ardilla hanya memerhati sahaja. Sedikit hatinya tercuit dengan tindakan suaminya itu.

Perlahan Harith Haiqal memanjat katil. Dia membaringkan tubuhnya di sisi isterinya. Rambut isterinya di usap. Dahi isterinya di kucup untuk kali yang keberapa pun dia tidak pasti.

Aroma yang terbit dari tubuh isterinya benar-benar membuat jiwa lelakinya bergelora.

Perlahan dia rasakan jari jemari Athirah Ardilla menyentuh tengkuknya. Dia tersenyum. Wajah itu di renung dalam. Perlahan bibir yang mekar itu di kucup perlahan. Niat ingin menyentuh sahaja, namun apabila terasa ada gerakan di situ dan nafas isterinya yang tiada irama. Jiwa lelakinya mula memberontak. Dia mula bermain lembut mengurut, mengucup dan menyedu bibir isterinya.

Dia semakin rakus. Leher isterinya pula kemudiannya menjadi sasaran. Di sedut perlahan, dijilat dan di cium manja. Sedikit mendesah suara isterinya.

Athirah Ardilla benar-benar merasa dirinya di goda suaminya sendiri. Perlahan dia merasa tangan suaminya itu menyentuh belakangnya. Kancing baju kecilnya menjadi sasaran.

Dan akhirnya mereka hanyut dalam buaian asmara itu.

dilla ni asyik nangis je kan.. hurmm dia sebenarnya depressed tapi di sebabkan dia di kelilingi orang yg menyayinginya.. kurg sikit dah.. dia trauma atas Kehilangan.. mana yang pernah rasa Kehilangan pasti dapat menghayati watak dilla.. tq alls - MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience