Bab 26

Romance Completed 21516

Bab 26

“Hello young man,”

Mereka di sambut mesra oleh Tan Sri Helmi. Harith Haiqal menghulurkan tangan dan mereka berjabat tangan manakala Athirah Ardilla hanya sekadar menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

Mereka melabuhkan punggung di atas sofa empuk yang tersedia di situ. Di dalam cafe tersebut di sediakan beberapa bilik khas untuk tetamu VIP bersembang mahupun berbincang sambil pekena kopi yang popular di situ.

“Dah lama tunggu Tan Sri,” sekadar berbasi-basi.
“Well. Panggil Uncle sahaja.” – Tan Sri Helmi tersenyum.

“Errr. Tak adalah lama. Habis juga segelas kopi Uncle ni.” Sambungnya berseloroh.

“No. Just kidding,” Tan Sri Helmi membetulkan kedudukan blazernya agar lebih selesa.

“Okey,” Harith Haiqal tersenyum. Beberapa dokumen di letakkan di atas meja.

Dia dapat melihat mata Tan Sri Helmi sesekali mencuri pandang Athirah Ardilla di sisinya.

"Oh. Lupa saya nak perkenalkan. Ini Athirah Ardilla not my P.A. but my beloved wife,” jari jemari isterinya di sentuh lembut.

Faham. Pasti isterinya itu juga tidak selesa dengan mata galak Tan Sri Helmi.

Uhuk! Tersedak Tan Sri Helmi yang sedag menghirup kopi.

“Opsss. Sorry,” katanya sambil menyapu sisa kopi yang terkeluar dari bibirnya menggunakan sapu tangan.

“Oh! Congrats. Tapi bila… uncle tak…”

“Panjang ceritanya uncle. Kalau nak cerita, panjang pula episod novel ni nanti,” Harith Haiqal pula berseloroh.

Mereka mulakan perbincangan tidak berapa lama kemudian.

Syarikat yang di terajui Harith Haiqal ingin bergabung dalam usahasama yang Athirah Ardilla kurang pasti. Pada awalnya dia juga tertanya-tanya kenapa suaminya membawa dia ke situ. Sekarang sudah jelas yang suaminya ingin dia menemaninya.

Agak bosan dia mendengar perbincangan tersebut kerana rata-rata berkenaan syarikat dan perniagaan. Tidak ada niat untuk memasang telinga, shoulder bag camera di sisi di sentuh. Senyuman terukir.

“Hurmmm. Nasib baik kau ada,” bisik Athirah Ardilla.

Perlahan bibirnya di dekatkan ke telinga Harith Haiqal.

“Sayang pergi round sekitar sini boleh?” sekadar meminta izin. Dikhuatiri suaminya tidak sedar dan tercari-cari jika didapati dirinya tidak ada di situ.

“Okey. Take-care. Tapi area sini je ye. Jangan jauh-jauh,” sempat Harith Haiqal berpesan.

Perlahan kamera DSLR di keluarkan dari bag. Setelah siap di pasang, dia mula mencari anger yang cantik untuk di buat koleksi. Bukan mudah untuknya berada di situ. Jadi setiap memori perlu di potret untuk dijadikan kenangan.

Sudah di namakan hotel mewah lima bintang, pastinya dekorasi dan lanskapnya juga bukan calang-calang. Di bahagian cafenya sahaja sudah cukup elegend. Mampu membuat para pengunjung berasa kagum.

Dia mula menklik button yang ada di kameranya.

Klik! Klik!

Bunyi yang kedengaran setiap kali button itu di tekan. Tidak puas dengan hasil tangannya, dia mencari beberapa anger yang lain. Tidak puas rasanya apabila minat yang satu itu mula menguasai diri.

“Kat sana dah. Situ pun dah. Hurmmm.. mana lagi ye?” berbicara sendiri.

Haaaaa… Ketingggg!

Seperti ada satu mentol menyala di kepalanya seperti di dalam cerita kartun apabila ada idea datang.

Terdetik idea nakalnya. Sengaja mengajukan lensa kameranya ke arah suaminya, Harith Haiqal. Ini pertama kali dia mengikuti suaminya dalam urusan perniagaan.

Sebelum ini suaminya pernah juga mempelawa dirinya untuk menemani apabila urusan di luar namun dia menolak. Baginya urusan perniagaan ini bukan jiwanya. Pasti dia akan cepat berasa bosan seperti sekarang.

Dia lebih suka duduk di rumah atau berjumpa Farah Madhihah dan menghabiskan masa dengan sahabatnya itu.

“Wow! Seriusnya muka,” bisiknya.

Pertama kali dia melihat suaminya dalam urusan formal sebegitu. Lain benar karektar yang di pamerkan. Tidak boleh lepaskan peluang!

Sambil tersenyum dia diam-diam mengambil photo candid suaminya tanpa di sedari. Maklumlah sedang berbincang hal perniagaan berjuta-juta. Perlulah fokus pada agenda.

“Superb!” sambil melihat hasil tangkapan di paparan skrin kameranya.

“Apa yang superb?” suara itu betul-betul hampir di telinganya.

“Opocot! Mak kau jatuh,” hampir sahaja dia terlepas kamera yang di sayangi dari tangannya.

“Apa abang ni. Main sergah-sergah,” dalam nada merajuk. Dirinya sudah seperti Farah Madhihah senag benar melatah apabila terkejut atau di sergah.

“Tu lah suka kacau Madi lagi. Kan dah berjangkit,” dia mengutuk dirinya di dalam hati.

“Alolololo. Jangan buat mulut macam tu sayang. Buat abang geram je. Auuummm.” Usik Harith Haiqal.

Lengannya di tampar lembut oleh Athirah Ardilla.

“Abang dah settle ke?”

“Sayang. Apa kata kita try check-in sini nak?”
Terbeliak mata Athirah Ardilla mendengar idea suaminya itu.

“Amboiiii. Gatalnya abang ni. Soalan sayang tak nak jawab. Siap bagi idea yang bukan-bukan pula,” peha pejal suaminya di gapai. Niat ingin mencubit sedikit, namun tidak kesampaian.

“Sakitlah sayang,” sambil mengerutkan muka ke arah isterinya.

“Eh.. eh abang ni. Pandai berlakon ea?”
Harith Haiqal tersenyum bahagia melihat keletah isterinya yang satu iitu.

Terasa segala masalahnya terbang pergi melihat senyuman yang terukir di bibir mungil itu. Masalah berkaitan perniagaan, Fareed dan macam-macam lagi.

Ehemmm. Sekadar mengosongkan tekak.

“Actually, abang dah lama settle. Tadi saja-saja borak kosong dengan Tan Sri. Ye lah abang tengok sayang ni busy dengan kamera tu mengalahkan abang yang tengah berbicang urusan perniagaan ni ha,”

“Apa yang seronok sangat sampai tak perasan abang ada kat sisi sayang?” sambungnya lagi sambil memanjangkan leher. Hajat ingin mencuri pandang, namun hampa. Hanya yang ada paparan gelap.

“Tak ada apa-apa. Dah jom balik,” dia cepat-cepat mengemas kameranya dan memasukkan kembali ke dalam shoulder bagnya lantas lengan sasa suaminya di gapai dan di peluk.

Dia perasan sejak sedari tadi ada beberapa pasang mata mencuri pandang mereka.

Ah! Biarlah. Suami aku bukan suami jiran sebelah. Ngomelnya di dalam hati. Dia menarik lembut tangan suaminya agar cepat beredar dari situ kerana dia sudah kebosanan, namun lain pula yang terjadi.

“Eh! Sekejaplah. Sayang tak jawab soalan abang lagi kan?”

“Hurmm. Soalan apa pula ni,” dia sudah bercekak pinggang.

Dia tak tau ke yang aku dah bosan tahap dewa ni. Sudahlah kena duduk sini berjam-jam lamanya. Ayat yang hanya mampu keluar di dalam hati.

“Jom check-in,” dia memandang wajah isterinya sambil kening sengaja dijengkiet-jengketkan.

“Abang ni,”

“Okey jom. Sayang tak pernah tidur di hotel lima bintang lagi kan?”

“Eh! Pernah la,”

“Bila?”

“Errr. Yang dulu tu,”

“Dulu? Dulu bila?” sengaja menguji isterinya.

“Dulu tu,” Athirah Ardilla tau suaminya sengaja ingin mempermainkannya.

“Ah! Dah la. Kalau abang tak nak balik, sayang balik sendiri je,”

Laju sahaja kakinya ingin berlalu pergi.
Hahahahaha. Ketawa besar Harith Haiqal.

“Hei! Sayang. Tunggulah,” dia berlari-lari anak mengejar langkah isterinya yang berjalan laju seperti kartun.

Laju sahaja jari-jemari isterinya di raih. Tindakan itu serta-merta memberhentikan langkah Athirah Ardilla. mereka kini berada tidak jauh dari receiptionis. Beberapa pasang mata masih memberi perhatian pada dua pasangan tersebut.

“Apa abang ni. Tak malu ke orang doq pandang-pandang kita dari tadi?” seperti berbisik.

“Biarlah. Kita bukan buat apa-apa pun. Lagi pun sayangkan sah milik abang,” dahi isterinya pula menjadi sasaran bibirnya.

“Dah jom,” lalu menarik lembut tangan isterinya.

“Jom ke mana?”

“Laaa. Tadi sayang kata nak balik. Haaa.. Ke dah ubah fikiran?” ada sahaja idea nakalnya untuk mengusik isterinya itu. Suka benar melihat isterinya itu mati kutu. Senyumannya semakin lebar.

“Oh. Okey jom balik,” laju sahaja langkah kakinya.

Pinggang isterinya pula di paut lembut sambil berjalan. Dia lebih suka begitu kerana terasa rapat dengan isterinya. Lagi pula dia suka mencium haruman isterinya.

“Kalau sayang nak tahu yang du…lu tu, kita check-in bukan hotel lima bintang tau,” perlahan dia berbisik ke telinga isterinya.

Athirah Ardilla hanya mampu mengerutkan dahinya. Segala tindakan suaminya itu semuanya di luar jangkaan.

“Yangggg tu hotel tiga bintang je sayang. So sayang tak rasa rugi ke. Kita dah sampai sini, tapi tak nak pun rasa apa yang specialnya hotel lima bintang ini,” dia sedikit berlari anak untuk kehadapan.

Kemudian berhenti betul-betul mengadap isterinya. Membuat muka seposen.
Sebetulnya dia begitu letih. Walaupun perjalan dari hotel itu ke rumahnya hanya beberapa jam sahaja, namun badannya benar-benar tidak larat.

Dia baru sahaja tiba dari outstation dan selepas turun sahaja dari flight dia terus ke pejabatnya.

Kemudian menyelamatkan isterinya dari gangguan Fareed kemudian meeting bersama TanSri Helmi. Hari itu benar-benar meletihkannya.

Athirah Ardilla merenung sebentar wajah suaminya. Ada kelainan sedikit redup matanya. Letih sangat wajah lelaki itu. Selalunya tidak seperti itu. Suaminya sentiasa nampak segar dalam apa jua keadaan. Demi kasihankan suaminya, akhirnya dia bersetuju.

“Tapi… tak ada baju nak ganti,”

“Tak apa. Abang dah sediakan semuanya. Dari yang besar sampai yang kecil,” dia mengenyitkan matanya.

Tanpa melewati bahagian reciepsionist mereka terus sahaja ke lift yang di sediakan untuk golongan VVIP.

“Eh! Abang. Kenapa tak daftar dulu?” dia menarik tangan suaminya.

“Tak apa. Abang dah ada semuanya,” sambil menunjukkan acces card.

“Macam mana abang ada….,”

“Ssshhhhh!” jari telunjuk sudah menjamah bibir mungil isterinya.

“Banyak betul pertanyaan kan. Mengalahkan reporter. Ini hadiah dari Tan Sri Helmi sempena perkahwinan kita. Free of charge untuk tiga hari dua malam,”

Mereka sudah berada di dalam perut lift. Keterujaan terserlah di wajah Athirah Ardilla. mana tidaknya, lift pun mewah apatah lagi bilik hotel. VVIP lagi.

Harith Haiqal di sisi hanya tersenyum melihat gelagat isterinya. Perlahan bibirnya singgah di umbun-umbun isterinya yang di tutupi selendang.

maaf . pendek sikit ye.. hope enjoy.. hrp korg setia menunggu utk next chapter .. love.. muuuaahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience