Bab 36

Romance Completed 21516

Bab 36

Rumah kampung yang tersergam indah di pandang lama. Dia tersenyum melihat persekitarannya. Bersih. Nyaman. Tenang.

Dia teringat....

"Bos! Saya dan budak-budak saya dah dapat kesan mana lokasi isteri bos," suara Rudy di hujung talian.

"Dekat mana?" Ucapnya tidak sabar.

"Sekejap lagi saya hantar lokasi,"

"Hurmmm. Okey," talian dimatikan.

Suara nyaring motor menyedarkannya dari lamunan.

Dia tersenyum. Setelah mendapat lokasi yang diberikan Rudy, dia bergegas berkemas. Tanpa berlengah terus sahaja dia mencapai kunci keretanya dan memandu terus ke lokasi yang diberi Rudy. Dan disinilah dia berada sekarang. Jauh dari hiruk pikuk kota. Walaupun pandangan waktu malam terhad. Namun dia boleh lihat suasana di halaman tersebut.

Dia tiba di situ tepat pukul 12.30 malam. Beberapa jam memandu tidak dirasakan penat. Hatinya begitu berkobar ingin berjumpa buah hati yang sudah lama di rinduinya. Perlahan kakinya melangkah setelah pasti pintu keretanya di kunci. Beg laguage di biarkan dahulu di dalam kereta.

Berhati-hati kakinya melangkah. Halaman rumah begitu gelap sedikit menyukarkan pergerakkannya.

"Benar-benar dia tidak mahu orang tahu dia ada dekat sini," dia tersenyum sendiri.

Kenapalah sejak dari awal lagi, dia tidak terfikir yang Athirah Ardilla akan ke sana. Dia hanya menggelengkan kepalanya.

Pada awalnya. Dia pun tidak mengecam lokasi yang di beri Rudy. Namun semakin hampir dia di lokasi, baru dia sedar. Dia meraup mukanya.

Kakinya melangkah berhati-hati. Dia pasti isterinya sudah tidur. Dia tidak mahu kehadirannya nanti, mengganggu lena isterinya itu.

Setelah mangga di buka. Perlahan pintu dibuk dan penuh berhati-hati. Penglihatannya di bantu menngunakan lampu telefon bimbit.

Setelah tubunya dibawa masuk. Dengan penuh berhati-hati dan senyap yang mungkin dia menutup kembali pintu dan menguncinya dari dalam. Dia menarik nafas lega.

Kemudian langkah di atur mencari isterinya. Terdengar bunyi kipas dari bilik hujung. Dia pasti isterinya berada di bilik itu. Ruang tamu hanya diterangi dengan lampu dinding. Suasana agak suram.

Perlahan kakinya di atur melangkah penuh berhati-hati. Seperti pencuri yang mahu mencuri gamaknya. Tiba di pintu bilik, perlahan tombol pintu di pulas.

"Hurmmm.. nasib baik tak kunci," dia tersenyum.

Perlahan pintu di tolak. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur. Dia dapat melihat isterinya lena di atas katil.

Perlahan terbit rasa simpati dan belas terhadap isterinya.

"Maafkan abang," air mata jantannya di seka perlahan.

Entah bila air mata itu hadir dia sendiri tidak sedar. Tahu-tahu sudah merembes sahaja. Selimut yang menutupi badan isterinya di perbetulkan. Perlahan dan penuh berhati-hati.

Isterinya tidur mengiring ke arah kanan iaitu menghala ke dinging kamar. Dia berlutut di hadapan isterinya diatas katil. Rambut yang menutupi wajah isterinya diselak perlahan.

Tenang sungguh wajah isterinya. Lama dia tidak menatap wajah itu.

Hurmmm. Macam manalah dia tidak pernah terfikir yang isterinya akan kembali ke rumah itu. Sungguh dia ralat. Sebulan lebih tanpa isteri di sisi amat sukar bagi dirinya. Ya! Dia bukan sahaja simpati tetapi lebih kepada perasaan sayang terhadap isterinya itu.

Gadis yang tidak banyak kerenah. Malah sering kali dia memanjai dirinya. Setiap senyuman, sentuhan dan belaian isterinya benar-benar ikhlas. Dia dapat melihat perasaan itu setiap kali mata mereka bertatapan. Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

Perlahan bibirnya menyentuh dahi isterinya. Hangat. Lama. Kemudian dia melepaskan. Mata nakalnya jatuh pada mata isterinya yang masih terpejam, kemudian hidung, dan jatuh ke ulas bibir yang mekar itu. Ingin di sentuh namun takut isterinya tersedar. Dia batalkan sahaja niatnya.

Perlahan dia bangkit. Ruang kosong di sebelah isterinya di lihat. Perlahan tubuhnya berbaring di situ. Tubuhnya yang kelelahan perlu direhatkan.

Arggghhhh! Mengeluh perlahan. Terasa segala urat, sendi dan tulang berlulang kembali tegak lurus. Enaknya. Selimut di tarik menutupi tubunya hingga ke paras pinggang. Dia kemudian mengiring ke kanan. Pinggang isterinya di pegang. Merapatkan tubuhnya. Rambut isterinya di cium. Wangi. Haruman yang sudah lama dirindui.

Pelukan diperkemaskan. Lalu dia memejam matanya. Matanya makin berat. Baru sahaja ingin terlena, dia terasa tubuh isterinya bergerak. Serta merta dia mematikan dirinya. Matanya yang tadinya berat terus segar. Dia sengaja memejamkan matanya.

Dia dapat merasakan isterinya memusingkan badan menghadap dirinya. Dahi isterinya betul-betul berada di bibirnya. Mereka sangat rapat. Tangan isterinya memaut pinggangnya. Dan tiba-tiba...

"Ermmm rindu abang,"

Senyap. Bunyi dengkuran halus.

Harith Haiqal masih lagi mematikan dirinya. Apabila tiada sebarang reaksi, perlahan matanya di buka.

"Tidur..," dia senyum. Mati-mati dia ingat isterinya tersedar.

Perlahan dikucup dahi isterinya dan dia membalas pelukan isterinya. Tubuh itu dirapatkan. Kemudian dalam beberapa saat dia sudah terlena.

*****

Kokokan ayam menyedarkannya. Hurmm. Malasnya nak bangun. Bisiknya. Bantal peluk ni, sedap betul peluk. Die memperkemaskan pelukannya. Matanya masih dipejamkan.

Kemudian dahinya berkerut. Memikirkan sesuatu. Bantal peluk? Seingatnya. Dia mana ada bantal peluk. Matanya masih di pejamkan. Namun tangannya meraba-raba 'batal peluk' itu.

Hurmmm.. haruman yang sudah lama dirindui. Dia tersenyum. Matanya masih terpejam.

Dan tangannya memegang sesuatu. Ni bukan tangannya. Buka juga jari-jemarinya. Dan genggaman itu berbalas.

Dengan sepantas kilat dia bangkit dari pembaringan.

"Morning sayang," ucap Harith Haiqal. Senyum.

Senyap. Mereka saling bertentangan mata.

"Ehemm. Dah pukul berapa sekarang?" Dia bangkit dari pembaringan.

Telefon bimbit di gapai.

"Sekejap lagi kita solat subuh sama-sama ye," dahi Athirah Ardilla di kucup. Pantas dia bangun dan turun dari katil. Dia perlu membersihkan diri terlebih dahulu.

"Abang pinjam tuala mandi ea," dia mengenyitkan mata ke arah isterinya. Lantas tubuhnya menghilang ke dalam tandas.

Athirah Ardilla yang masih terkejut menggelengkan kepalanya beberapa kali. Pipinya di tepuk-tepuk.

"Aku tak mimpikan?"

Pipinya di cubit.

"Ouchh!"

Tiba-tiba dadanya berdebar-debar.

"Haiii la hati. Kenapa tiba-tiba berdebar ni? Tadi depan dia okey je,"

Dia akui. Sejak beberapa hari yang lalu dia begitu menginginkan kehadiran lelaki itu di sisinya. Kerap dia berdoa. Di dalam solat. Malah kadang-kala, ada masa terluang ketika dia begitu merindui lelaki itu. Tangan kanannya di lekapkan di dada dan matanya di pejam sambil berdoa. Ya Allah. Sampaikanlah rindu ini kepadanya. Sampai begitu sekali rindunya bagai tiada penghujung.

Namun, kini bila doanya Allah telah kabulkan. Dia terasa lain pula. Ya Allah. Permudahkanlah segala urusanku.. aaminn.. doanya..

Terdengar pintu bilik air di kuak dari dalam. Sudah tentu Harith Haiqal sudah siap mandi dan segarkan diri. Athirah Ardilla seperti tadi. Masih duduk di atas katil. Di kerling wajah isteri yang dirindui. Dari anak mata dia tahu gadis itu malu melihat keadaan dirinya yang hanya bertuala separas pinggang. Itulah yang sentiasa dirindui. Sifat malu isterinya. Walaupun mereka sudah beberapa tahun kawin, namun seperti baru semalam sahaja mereka di ijab kabulkan. Masakan tidak! Nama sahaja sudah bertahun kahwin. Namun mereka duduk serumah, sebantal, setilam baru beberapa bulan sahaja. Sudah semestinya seperti pengantin baru. Dia menggarukan sedikit kepalanya yang tidak gatal. Kakinya mengorak langkah ke katil. Bukan untuk mengusik isterinya, tetapi beg luggage ada di situ. Sebelum ke tandas dia sempat mengambilnya di dalam kereta.

Athirah Ardilla perasan yang suaminya sedang menuju ke arahnya. Dia sedikit panik. Dia membatukan sahaja dirinya. Mukanya menunduk. Tidak berani menatap wajah Harith Haiqal. Dan secara automatik matanya dipejamkan. Dadanya berdebar usah dicakap. Seperti mengalunkan irama tarian singa gamaknya.

Beberapa minit kemudian. Tiada apa-apa berlaku. Perlahan dia membuka matanya.

Dia tercari-cari tubuh lelaki itu. Harith Haiqal yang sudah lengkap berpakaian di pandang. Lelaki itu memakai baju qurta berwarna kelabu dan kain pelikat juga warna yang sedondon. Terasa sangat malu ketika itu. Difikirannya sebentar tadi sudah memikirkan pelbagai kemungkinan sewaktu suaminya mengorak langkah ke arahnya. Namun tiada. Itulah. Fikir yang negatif sahaja. Dia mengutuk dirinya. Dia perasan suaminya menjeling sambil tersenyum ke arahnya. Dia tidak menghiraukan. Tuala baru di ambil di dalam almari. Dia juga perlu bersihkan diri sebelum menunaikan solat wajib sebentar nanti.

Beberapa minit selepas mandi. Tuala di gapai. Dan dia tiba-tiba mengutuk dirinya.

"Aisshshhhh!!! Aku lupa ambil baju. Ishhh.. macam mana boleh lupa ni?" Dia menepuk lembut dahinya.

"Minta-minta dia dah keluar,"

Tuala mandi dibalut ketubuhnya. Tuala tersebut tidak begitu lebar. Makanya hanya dapat menutupi sebahagian dada dan pehanya sedikit. Begitu seksi dan mengiurkan jika dilihat depan-depan.

Perlahan pintu dibuka. Mukanya di jengkulkan. Melihat kelibat suaminya. Alhamdulillah dia dah tak ada. Mungkin sudah keluar sewaktu dia mandi tadi. Dengan sepantas kilat, dia berlari anak menuju ke almarinya. Laci di buka untuk mengambil pakaian kecil. Kemudian pintu almari di buka untuk mengambil pakaiannya pula. Sedang dia memilih pakaiannya, pintu bilik ditolak dari luar.

"Oh mak kau jatuh!" Dia melatah kerana terperanjat. Segala pakaian jatuh ke lantai. Tubuhnya tiba-tiba terasa dingin. Dia malu dengan keadaan dirinya di hadapan lelaki itu.

Dengan pantas dia mengutip semua pakaian di atas lantai dan dia laju melangkah mahu ke tandas semula. Namun suara lelaki itu, menghentikannya.

"Eh! Errr.. tak apa. Abang tunggu kat luar. Sayang pakailah baju dalam bilik ni. Nanti dah siap panggil abang,"

Harith Haiqal menutup pintu. Dia melangkah menuju ke ruang tamu. Dia meraup mukanya. Fuhhh!! Nasib baik difikirkan subuh sekejap lagi. Jika tidak..... Hmmmm.. Terbayang dimindanya sewaktu Athirah Ardilla menunduk mengambil baju. Dia menggelengkan kepalanya. Cuba mengahapus segala yang berada dimindanya. Dia duduk disofa dan menyandarkan badanya. Dia memejam sebentar matanya. Diakui ngantuknya masih bersisa.

Beberapa minit kemudian. Terdengar pintu di buka. Harith Haiqal menoleh. Kemudian dia bangun dan melangkah menuju ke bilik. Perlahan pintu di tolak. Dilihat Athirah Ardilla sudah membentangkan sejadah untuknya serta untuk dirinya. Dan gadis itu juga sudah siap memakai telekung.

Dia senyum. Perlahan kaki di hayun menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk.

Beberapa minit kemudian...

"Assalamualaikum warahmatullah..," Harith Haiqal selesai mengimamkan solat subuh bersama Athirah Ardilla, isterinya. Sungguh tenang dia rasa.

Perlahan dia memusingkan kedudukan dan duduk menghadap isterinya. Kedua tangan diangkat dan ditadah. Kemudian dia berdoa. Athirah Ardilla pula mengaminkan setiap doanya.

"Aminn yarabbal a'lamin,"

Tangan di hulur dan disambut Athirah Ardilla dan menciumnya. Tangan kiri Harith Haiqal menyentuh ubun-ubun isterinya. Athirah Ardilla mengangkat kepalanya. Dia ingin menarik tangannya namun dipegang Harith Haiqal. Kejap. Pandangan mereka bertaut. Perlahan dahi isterinya dikucup perlahan tetapi lama. Rindunya. Kemudian dilepaskan.

Wajah itu direnung kembali. Pipi gebu isterinya diusap. Ada manik jernih di situ.

"Shhhh. Jangan menangis ye. Abang ada ni kan,"

Jari-jemari isterinya disentuh dan diusap. Perlahan tangan itu dipegang dan diangkat. Dia mencium kekura isterinya.

"Abang nak rehat sekejap ea. Letih badan ni dari semalam," tengkuk di usap lembut.

Tiada bicara dari Athirah Ardilla. Gadis itu hanya senyap. Namun riak wajahnya tenang.

Tanpa menukar baju dia membaringkan tubuhnya di atas katil. Dia memerhati sahaja segala perbuatan isterinya mengemas segala kelengkapan solat dan perlahan matanya terpejam serta keadaan menjadi gelap.

Terdengar dengkuran halus.

"Hurmm.. penat sangat ea. Sekejap je dah terlena. Abang rehatlah," ucapnya perlahan sambil memerhati wajah suaminya.

Perlahan dia menundukkan wajahnya. Dahi yang bersih itu dikucup lembut.

"Terima kasih," ucapnya perlahan dan dia berlalu pergi keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu kehadirannya mengganggu Harith Haiqal.

Harith Haiqal yang baru sahaja ingin terlena mengukir senyuman. Kucupan isterinya yang secara tiba-tiba sebentar tadi menyentaknya namun dibiarkan sahaja. Dia kemudian kembali menyambung lenanya yang terganggu sebentar tadi.

haiii.. tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience