Bab 24

Romance Completed 21516

Bab 24

Sudah dua minggu Harith Haiqal outstation. Ini bermakna dua minggu jugalah Athirah Ardilla di tinggalkan sendirian. Ingin pulang ke rumah bonda, dia terasa berat. Mengikut jadual suaminya, mungkin sebulan juga dia ke luar negara untuk urusan projek baru syarikatnya.
Terasa rindu terhadap tubuh sasa itu, namun apakan daya. Bukan suaminya tidak mempelawanya untuk mengikutnya, namun dia terpaksa menolak kerana mendapat peluang kerjaya di sini.
Teringat kembali bagaimana suaminya mengizinkan dirinya untuk menerima jawatan yang di tawarkan Micheale.

#Flash Back
***********

“Madi!!” jerit Athirah Ardilla dari dalam fitiing room.

Farah Madhihah yang mendengar suara sahabatnya itu segera merapati pintu.
Tuk ..tuk..tukk.. pintu di ketuk.

“Dila, kau okey tak?”

Terdengar pintu di buka dari dalam. Lengan Farah Madhihah di gapai dan di tarik masuk ke dalam bilik fitting room tersebut.

“Eh! Apa ni main tarik-tarik,”

“Madi! Cantiknya. Kau tengok,” dia cuba mengayakan tubuhnya ala-ala model tak bertauliah.

“Laaa. Kau jerit tadi sebab ni ke?”

“Aku ingat ada lipas ke, cicak ke, yang gatal kacau kau,” sambungnya lagi.

“Errmm..” dia menilik tubuh Athirah Ardilla yang lengkap dengan busana rekaannya.

“Cantik, tapi macam ada yang tak kena,” ujarnya.
Athirah Ardilla mengerutkan dahinya.

“Kenapa?”

“Tak pe. Ada lagi dua kan? Jom keluar. Kau tunjuk pada suami kau dulu,”

Athirah Ardilla hanya menurut. Dia mengenakan selendang di kepalanya ala kadar sahaja, kemudian dia dan Farah Madhihah beriringan melangkah keluar menuju ke arah Harith Haiqal yang sedang duduk santai di sofa.

“Abang… okey tak?”

Harith Haiqal yang sedang mengamati majalah di tangannya, menoleh ke arah suara isterinya. Dia lantas berdiri dan mendekati isterinya. Majalah yang di pegang di letakkan di atas meja. Dia mengamati tubuh itu dari atas ke bawah. Tubuh isterinya di pusingkan.

Athirah Ardilla hanya mengikut rentak manakala Farah Madhihah hanya menjadi pemerhati.

“Cantik. Lagi-lagi sayang yang pakai. Tapi macam ada yang tak kena,”

Sekali lagi dahi Athirah Ardilla berkerut. Apa yang tak kena? Gumamnya di dalam hati.

“Tak apa, sayang cuba baju yang lain. Ada lagi dua kan?”

Athirah Ardilla hanya mengangguk. Lantas kakinya terus menuju ke arah fitting room. Baju ke dua di cuba. Setelah siap, dia keluar dan terus menuju ke arah suaminya yang setia menunggu.

“Hurmmm… yang ni nampak okey sikit,”

“Tak apa. Sayang cuba yang lagi satu.” Sambungnya lagi.

Seperti tadi, Athirah Ardilla hanya menurut sahaja.
Busana ke tiga dan yang terakhir di cuba.

“Wahhh!!! Cantiknya. Dan macam princess aku ni,” ujarnya sendirian.

Dengan senyuman lebar dia melangkah keluar dari fitting room dan menuju ke arah Harith Haiqal.

“Wahhh! Yang ni kena dengan kau Dila,” begitu teruja suara Farah Madhihah. Harith Haiqal pula hanya kaku memerhati.

“Ehemmm..” Farah Madhihah sengaja ingin menghentikan pandangan tajam Harith Haiqal pada Athirah Ardilla. Seram! Bisiknya.

“Yang ni okey tak?” Athirah Ardilla bersuara setelah suaminya dari tadi hanya mendiamkan diri. Terasa kekok apabila tubuhnya di renung tajam.

“Perfect! Yang ni abang suka,”

“Abang yakin?” sengaja menduga.

“Yup. Setujukan Farah?” Harith Haiqal memandang Farah Madhihah.

“Yes. Yang ni nampak kena dengan badan dan ketinggian kau. Macam Abang Qal cakap. Perfect,”

“Okey. Ambil yang ni,”

Athirah Ardilla kembali semula ke dalam fitting room. Dia sebenarnya turut tertarik dengan busana yang terakhir itu. Cantik. Seperti gaun pengantin walaupun tidak terlalu kembang. Warna biru navy itu sangat sesuai dengan kulitnya yang putih gebu itu. Coraknya tidak terlalu sarat, dan ada pearl dan bunga di pinggangnya membuatkan busana itu ternampak elegant.

Setelah siap dia keluar dari bilik fitting room dengan di tangannya penuh dengan busana yang baru di cubanya tadi. Farah Madhihah yang setia menunggu di hadapan pintu mengambil semua busana tersebut.

Athirah Ardilla mengikut langkah Farah Madhihah.

“Apa yang kau nak beritahu tadi,” tanya Athirah Ardilla.

Farah Madhihah mengemas busana dan di simpan rapi. Manakala busana yang menjadi pilihan Harith Haiqal di letakkan di dalam plastik khas.

“Kau ingat tak. Aku pernah minta kau tolong aku, gantikan tempat fotografer sebab dia admit wad,”

“Hurmm ingat. Yang malam aku kena jadi model bidan terjun tu,”

Farah Madhihah tersenyum mendengar ayat Athirah Ardilla.

“Okey. Boss dia suka dengan hasil kerja kau.” Satu album di keluarkan dari laci. Di hulur ke arah Athirah Ardilla. album tersebut di sambut, dan perlahan di buka satu persatu.

“Waahhh,” dia sendiri terpegun.

“Ni ke gambar yang aku ambil hari tu?”

“Yup. Kau sendiri tak percayakan. Team kau pada malam tu semua ucap terima kasih kat kau. Kalau tak di sebabkan kau ajar diorang, mesti tak dapat gambar yang perfect macam ni,”

Sedikit terharu mendengar penjelasan Farah Madhihah.

“Jadi. Di sebabkan hasil kerja kau yang memberangsangkan, Boss dia Mr. Micheal tu nak offer kau kerja dengan dia. Kau pun sekarang belum ada kerja lagi kan?” sambungnya lagi.

“Aaa…” belum sempat Athirah Ardilla berkata, Harith Haiqal sudah berada di sisinya.

“Sini rupanya. Penat abang tunggu kat depan tu,” punggung di labuh di sisi Athirah Ardilla. Album di tangan isterinya itu di capai dan di buka satu persatu.

“Cantik,” di belek satu persatu halaman.

“Macam mana?” tanya Farah Madhihah.
Harith Haiqal yang tidak tahu hujung pangkal cerita, mengerutkan dahinya.

“Bincang pasal apa ni,” matanya di kalih ke arah Farah Madhihah.

“Ada orang offer Athirah Ardilla kerja. Boss tu Farah kenal. Album yang abang tengok tu, hasil kerja Dila. Tu yang boss tu suka. Dia cakap Dilla ada bakat,” Farah Madhihah menerangkan.

“Oooo. Betul. Abang tengok pun puas hati dengan hasil yang macam ni. Office dia kat mana?” tanya Harith Haoqal sekadar ingin tahu.

“Office dia dekat je dengan pejabat Abang Qal,” lalu sekeping name card di hulur ke arah Harith Haiqal.

Harith Haiqal menyambut huluran tersebut, lantas menilik nama yang tertera serta alamat yang tertulis. Terlihat Harith Haiqal sedikit menganggukkan kepalanya.

“Sayang berminat?” – Harih Haiqal.

“Errr… abang bagi ke?” Athirah Ardilla sedikit perlahan. Dia sememangnya berminat dengan tawaran Micheale itu. Namun apa-apa pun perlu juga keizinan suaminya.

“Abang baru nak ajak sayang ikut abang oustation. Nampak gayanya terpaksalah abang pergi dengan Izzat,” bibir sedikit dicebikkan.

“Lama ke abang outstation? Tak apalah lain kali sata ikut abang ea,” lengan sasa itu di peluk kemas.

“Ehemmm.. ehemmm. Dilla aku masuk dulu ea. Nak kemas-kemas sikit sebelum balik,” Farah Madhihah merasa dia tidak perlu berada di antara dua merpati itu. Beri mereka ruang untuk berbincang.

Cup! Satu kucupan hangat singgah di dahi Athirah Ardilla.

“Tengok pada keadaan sayang. Mungkin lama, mungkin sekejap. Tapi tak lebih dari sebulan. Abang pun tak janji. Sebab banyak perkara yang perlu di uruskan di sana nanti,”

Jari-jemari Athirah Ardilla di letakkan perlahan di atas peha sasa Harith Haiqal. Walaupun beralaskan seluar, namun masih terasa pejal di situ. Peha itu di elus lembut.

“Tak apalah kalau macam tu. Abang pergilah. Abang pergi pun atas urusan kerjakan? Tak apa. Sepanjang abang tak ada nanti, Dilla minta Madi temankan,” senyuman ikhlas di beri khas untuk suaminya.

Harith Haiqal mencuit hidung Athirah Ardilla lalu name card yang masih di tangannya di hulur ke arah Athirah Ardilla.

“Kalau sayang berminat, abang izinkan. Tapi dengan syarat. Untuk sementara je ye. Sebelum majlis resepsi nanti, abang nak sayang berhenti,”

#Flash Back End
**************

Pap!

Athirah kembali ke alam realiti. Di hadapannya kini berdiri tegak susuk tubuh yang sangat di kenali.

Fareed! Ya. Bukan sekali lelaki itu datang mengganggunya di tempat kerjanya itu, namun berkali-kali. Semenjak Harith Haiqal outstation, semakin kerap pula lelaki itu datang.

“Kau nak apa? Hari-hari datang sini, kau tak penat ke?” – Athirah Ardilla. sedikit tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.

“Untuk kau, apapun aku sanggup,” senyuman terukir khas untuk wanita di hadapannya itu.

Kenapa hati kau keras sangat Athirah Ardilla. luahnya di dalam hati.

“Huh! Aku ada banyak kerjalah ni. Kalau tak ada apa-apa, kau boleh pergi. Nanti bos aku nampak, tak pasal-pasal aku pula yang kena marah,” –Athirah Ardilla.

“Kerja-kerja juga Athirah. Tapi kesihatan kenalah di utamakan juga. Dah waktu lunch ni. Jom luch dengan aku,” -Fareed.

Walaupun berkali-kali Athirah Ardilla menolak perlawaanya, dia tetap tidak berputus asa.
Athirah Ardilla mati kutu dengan perlawaan Fareed. Dia sudah tidak tahu mahu beri alasan apa lagi supaya lelaki itu pergi. Sebetulnya, dia juga sebenarnya sedang kelaparan. Pagi tadi, dia hanya sempat menjamah sekeping roti sahaja.

“Okey. Ni first and last. Kalau kau sudi lunch dengan aku, aku janji tak ganggu kau lagi,” Fareed perasan akan perubahan wajah wanita itu.

Jika tidak kerana kakaknya yang sentiasa memaksanya, dia pasti sudah tidak meganggu wanita itu. Dia tahu di dalam hati Athirah Ardilla sudah terpahat satu nama, yang pastinya bukan namanya.

Terdengar Athirah Ardilla menarik nafas sedikit dalam dan di lepaskan perlahan. Mungkin mencari kekuatan.

“Hurmmm.. janji ea. Aku tak nak kau ganggu aku lagi,” – Athirah Ardilla.

“Yes! Aku janji,” terlihat senyuman lebar terukir di wajah itu.

Fareed bukanlah tidak kacak. Boleh di katakan dia mempunyai pakej lengkap untuk di jadikan teman hidup, namun hati Athirah Ardilla tidak pernah bergetar setiap kali melihat lelaki itu.

Berlainan jika dia bersama suaminya, Harith Haiqal. Terasa mahu gugur jantungnya setiap kali menerima panahan mata lelaki itu.

“Tapi. Kita lunch area sini je ea,” –Athirah Ardilla.

“Okey. Tak kisahlah. Janji kau sudi lunch dengan aku,” –Fareed.

***********

Maaf atas kelewatan update.. ade yang masih setia menanti??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience