Bab 11

Romance Completed 21516

**Hotel Mewah Batu Ferringhi

“Hai kak,” ujar satu suara di hujung talian.

“Hahh! Kau dah kenap telefon aku pagi-pagi buta ni?” ujarnya kasar.

Dia tidak mengharapkan panggilan dari adiknya itu. Natilia merengus geram. Fail-fail di atas mejanya di hempas kuat. Sudah dua hari Harith Haiqal tidak masuk pejabat. Dia juga tidak di beritahu ke mana lelaki itu pergi. Huh!

“Amboiii… Garangnya akak pagi-pagi ni, tak baik macam tu kak. Nanti rezeki payah masuk. Baru tau,” katanya tertawa kecil.

Niat hati sengaja mahu mengusik kakaknya itu.

“Kau tak payah nak nasihat aku lah. Kerja yang aku suruh kau buat tu. Macam mana?”

Dia geram apabila di tegur adiknya itu. Tidak padan dengan kecik. Ada hati nak nasihatkan aku!

“Eeerrr.. yang tuuuu….” Kepala tidak gatal di garu

“Haaaa!!!! Ni yang aku tak suka nak dengar ni. Iiishhh! Kau ni, tak guna betullah. Kerja mudah macam tu pun payah kau nak buat!”

Nyaring suaranya. Nasib baik pekerja yang lain belum lagi masuk pejabat. Sengaja dia datang awal pagi itu. Niat hati ingin membuat kejutan pada Harith Haiqal, namun bilik lelaki itu masih gelap, menandakan dia belum tiba di pejabatnya lagi.

“Susahlah kak. Dia tu dah lah garang. Lepastu tak suka layan lelaki. Entah-entah dia tu lesbian kot. Asyik berkepit je dengan kawan baik dia tu. Dah lah duduk serumah,”

Fareed mati kutu untuk memberi apa alasan lagi pada kakaknya itu. Misi memikat hati Athirah Ardilla dia rasakan seperti gagal. Hurmmmm.

“Ada je lah alasan kau ni. Ni.. kau tak ada kelas ke. Pagi-pagi buta cari aku. Semak je,”

Nada Natilia seperti tadi. Masih garang. Geram apabila rancangannya di rasakan tidak berjaya. Masakan adiknya yang kacak itu tidak berjaya memikat hati Athirah Ardilla.

Tanpa pengetahuan Harith Haiqal, Natilia juga dalam diam-diam menjejaki gadis itu. Dia tahu, lambat laun pasti Harith Haiqal akan menjejakinya juga kerana dia nampak bagaimana Harith Haiqal benar-benar rasa bersalah atas kejadian malam itu. Ini tidak boleh jadi. Rancangannya pasti akan musnah.

“Kelas apanya kak? Laaaa .. Akak tak tau ke yang Fareed dah balik Malaysia semalam. Sekarang ada kat rumah nenek,” ujarnya gembira.

Dia berharap kakaknya itu akan gembira menerima kepulangannya itu. Mereka hanya dua beradik. Di besarkan nenek oleh yang sudah menjangkau umur 70-an. Ibu bapanya sudah lama meninggal dunia.

“Apa? Kau dah balik Malaysia. Mampus!! Tak kan lah,”

Hatinya mula tidak enak. Talian di matikan. Meja yang berselerak di kemas ala kadar. Kakinya di hayun menuju bilik Izzat, sahabat karib Harith Haiqal merangkap Ketua Pegawai Operasi hotel itu. Berharap lelaki itu ada di biliknya memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul 8 pagi.

Tukkk…Tuk… pintu bilik di ketuk.

Senyap.

Tukk… Tukkk.. di ketuk sekali lagi.

Hurmmm. Dia belum sampai kot.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah pergi, tiba-tiba terdengar suara dari dalam

“Masuk,”

“Sorry ganggu U Encik Izzat,”

Dia berkata setelah tubuhnya di bawa masuk ke dalam bilik lelaki itu.

“Ye Natilia, ada apa cari saya pagi-pagi ni?”

matanya yang sedari tadi menghadap komputernya, di bawa ke depan. Memandang tubuh seksi Natilia di hadapannya. Gggglllurrrp! Tertelan air liurnya.

Merona merah sedikit muka Natilia apabila menyedari perubahan riak wajah lelaki di hadapannya. Harith Haiqal pun tidak pernah memandangnya begitu.

“U tau mana sahabat U pergi. Dah dua hari tak masuk pejabat. Biasa dia akan beritahu I. tapi kali ni, dia senyap je. I risaulah,” tubuhnya di labuhkan di atas kerusi berhadapan lelaki itu.

Dasar lelaki! Pantang nampak perempuan seksi sikit. Getusnya di dalam hati. Dia akui, hari ini dia berpakaian agak keterlaluan dari biasa. Niatnya untuk menggoda Harith Haiqal, namun ikan lain pula yang terjerat. Sedikit senyuman sinis terukir di bibirnya.

Sedar yang mata nakalnya sudah keterlaluan, akhirnya Izzat tersedar.

Ehemmm.. dia berdehem sedikit. Mata di hala ke komputer di hadapannya pula.

“Oh! Dia tak ada. Pergi outstation. Seminggu kot. Takkan boss U tak inform dekat U langsung?” ucapnya.

Matanya tidak lagi di halakan ke hadapan. Imannya sedikit goyah berhadapan wanita itu. Dia tidak tahu kenapa akhir-akhir ini, terlihat perubahan pada sikapnya. Pakaiannya juga semakin lama semakin tidak cukup kain.

Rasanya, selepas ini dia perlu mencadangkan pada Harith Haiqal untuk membuat satu peraturan etika berpakaian kepada semua staff-staff di situ.

“Oh! Patutlah. Dia outstation kat mana?” sedikit suaranya di lirikkan.

“Isshhhh! U ni dah tak ada kerja ke? Sorry I buzy ni. Please keluar kalau dah tak ada apa-apa yang penting,” sedikit tegas suaranya.

Sesak nafasnya jika wanita itu terus berada di dalam biliknya itu.

“Huh! Tanya sikit pun nak marah?”

Natilia lantas bangun. Kakinya sedikit di hentak-hentakkan.

Ingat aku kisah! Getus Izzat apabila wanita itu sudah keluar daripada biliknya. Fuhhh! Dia mengurut dadanya. Terasa lega.

Teringatkan Harith Haiqal lantas telefon bimbitnya di raih. Nama Harith Haiqal di cari. Button hijau di tekan. Namun sepertinya panggilannya itu terbiar sepi. Lama. Dan dia mengulangi beberapa kali, tetapi hampa. Aahhh! Nanti-nantilah telefon. Telefon di letakkan semula. Kembali menatap skrin di hadapannya.

**

Terlihat mata yang terpejam sedikit bergerak-gerak. Dia merasa sedikit terganggu dengan bunyi nyaring yang keluar entah dari mana. Sudah pasti bukan dari telefon bimbitnya.

Huuurrrmmmm selesanya bantal peluk ni. Dah la besar… Dia memperkemaskan lagi pelukannya. Selesanyaaaa.

Dalam pada itu mindanya berfikir.
bagaikan ada arus elektrik. Zzzaaappp. Dia tersedar di mana dia berada. Matanya terus shaja terbuka luas. Terlihat tangannya kemas ada di atas sesuatu yang berwarna kelabu. Sebelah kakinya pula elok sahaja terletak di atas sesuatu di celah kangkangnya. Gayanya betul-betul seperti sedang memeluk bantal peluk.

Kepalanya? Kenapa selesa sangat ni.
Perlahan dia bangun untuk melihat keadaan dirinya. Sangat perlahan gerakannya. Ahhh sudah! Takkan lah sepanjang malam aku peluk dia???

Arghhhh! Sedikit terjerit kecil. Matanya di tutup menggunakan kedua belah tangannya.

Harith Haiqal sebelahnya pura-pura seperti baru bangun tidur. Sebenarnya dia sudah lama terjaga sejak ada bunyi dari telefon bimbitnya menandakan ada pemanggil di hujung talian. Tetapi dia terpaksa biarkan sepi. Dia bukan sengaja tidak mahu menjawab panggilan itu, tetapi kerana separuh badannya di himpap isterinya yang lena di situ. Sedikit bahagia. Mana ada lelaki yang tidak suka di perlakukan sebegitu.

Ingin tertawa namun terpaksa di tahan.
Matanya sengaja di pisat-pisatkan. Lengannya sedikit merasa lenguh tetapi dia suka. Ditoleh isteri di sisi yang sedang duduk sambil menutup matanya menggunakan tangan.

“Morning sayang,” ujar Harith Haiqal begitu romantis.

Kedua tangannya sudah sedia untuk memeluk tubuh itu, namun…

“Heii! Apa awak nak buat ni?” sepantas kilat tangan itu tolak.

Bagaikan baru tersedar, dia merasa ada sesuatu yang bergerak di belakang tubuhnya.

“Tangan tu jangan nak gatal sangat eh!” bagaikan satu amaran.

“Eleh. Malam tadi, sayanggggg…” sedikit melirik dia berbicara sambil tubuhnya di bawa duduk menghadap Athirah Ardilla yang sudah kemerah-merahan. Malulah tu.

“No! Stop. Saya bukan sengaja. Sorry”

Eeeee.. Malunya. Dia menjerit di dalam hati.

“Eh! Nak pergi mana tu? Abang nak hadiah lah,”

Melihat isterinya itu sudah turun dari katil.

“Hadiah apa pagi-pagi buta ni”

Jam di dinding di kerling. Masya-Allah. Dah pukul 9 pagi. Dia betul-betul tak sedar. Dengan subuh yang terlepas. Kena Qada’ lah ni. Wajah Harith Haiqal di atas katil di pandang tajam. Sebab dialah aku tak sedar!

Terlihat Harith Haiqal sudah tersenyum lebar sambil meletakkan jari di pipinya.

“Ah! Tak payah nak gatal!” faham maksud Harith Haiqal.

Laju dia mencapai tuala lalu terus menuju ke bilik air.

“Nak ikut!!” laung Harith Haiqal. Terdengar lelaki itu ketawa.

Sengaja dia mengusik gadis itu. Terhibur dia melihat keletah Athirah Ardilla yang kalut apabila dia mengusiknya.

“Tak payah!!! Jangan nak mengada-ngada,” balas Athirah Ardilla di dalam bilik air.

Apabila isterinya itu sudah hilang dari pandangan, telefon bimbitnya yang berada di atas almari sisi katil di toleh lalu di ambilnya.

Huh! Siapalah kacau pagi-pagi ni. Jika tidak kerana panggilan itu, pasti Athirah Ardilla masih lagi berada dalam pelukannya.

Fuh! 10 panggilan tidak di jawab. Pangilan dari Izzat dan Natilia. Dia kemudian turun dari katil. Dia menuju ke balkoni. Nombor Izzat di dail

“Hurmmm. Kenapa call aku pagi-pagi ni? Ada masalah ke kat sana?”

Laju dia bertanya saat panggilan itu di jawab.

“Kau lah. Dah sampai sana senyap je. Tak ada nak mesej aku langsung. Taulah dah jumpa buah hati pengarang jantung,”

Laju saja dia mengeluarkan kata-kata.

“Dah kenapa aku nak mesej kau. Buang masa aku je,”

Dia ketawa senang.

“Ye lah Qal. Kalau tak dulu, aku lah yang kau cari kann..” nada seperti merajuk.

“Hak alahhhh. Merajuk pula orang tua ni. Aku suruh kau cari awek kau tak nak. Puuiiii. Nak touching-touching pula,”

Dengan Izzat dia memang tiada segan silu.
Terdengar Izzat ketawa mengekek di hujung talian.

Kedengaran pintu bilik air di buka. Terjengkul wajah Athirah Ardilla dari dalam. Dia menoleh kiri dan kanan. Dia mengutuk dirinya kerana lupa mengambil pakaian. Di sebabkan rasa malu yang menebal, dia menonong masuk ke dalam bilik air dengan sehelai tuala sahaja di tangan.

Okey dia dah tak ada. Perlahan kaki di atur. Dia mendengar ada suara di balkoni. Alamak!! Janganlah dia masuk.

Cepat Dilla! Bagai memberi sorakkan untuk dirinya sendiri. Almari di buka dengan rakus. Pakaian di ambil sepantas yang mungkin. Dia tidak mahu Harith Haiqal melihat dirinya yang hanya berkemban dengan tuala separas dada. Rambutnya yang basah di biarkan terlepas.

Mendengar sahaja bunyi sesuatu yang pelik dari dalam, Harith Haiqal terus membawa langkahnya menuju ke arah bunyi tersebut. Sebaik sahaja langsir di selak alangkah terkejutnya dia melihat sekujur tubuh yang begitu seksi sedang berlutut mencari sesuatu di dalam almari. Rambutnya yang basah membuat jiwa lelakinya bergelora. Tanpa dia sedar. Panggilan telefon di tangannya di matikan.

“Aikkk.. letak macam tu je?”

Izzat di hujung talian sudah berkerut dahi. Telefon bimbitnya di pandang sepi. Patutlah panggil tak sahut. Rupanya dia dah letak. Hurrrmmmm.

Ehemmm.. ehemm.

Athirah Ardilla sudah kaku. Alamak! Takkan lah dia masuk. Mampus aku. Menggeletar kepala lututnya saat dia mendengar suara lelaki itu betul-betul di belakangnya. Perlahan dia bangun dari berlutut. Gulungan baju di tangannya di pegang kejap. Ada sedikit getaran pada tangannya. Ya Allah. Selamatkanlah aku.

Perlahan badannya di pusingkan. Bagaikan terkejut melihat hantu, hampir sahaja badannya jatuh ke belakang apabila saat dia pusing Harith Haiqal benar-benar berada di belakangnya.

Arrgghhh!!! Dia menjerit sambil matanya terpejam. Kedua tangannya memegang kejap tuala yang ada di tubuhnya apabila dia merasakan ikatannya semakin longgar. Gulungan baju sudah jatuh di atas lantai.

Aikkk. Dia merasa ada sesuatu memeluk pinggangnya. Dan nafas lelaki itu menjamah matanya. Tiada irama.

Uissshhh. Nasib baik dia tak menyembah lantai. Fikirnya, kemudian perlahan matanya di buka.

Bagaikan waktu terhenti, apabila saat dia membuka mata, wajahnya dan wajah Harith Haiqal hanya di pisahkan dengan sehelai tisu.
Ggglurrpppp!! Matanya dan mata Harith Haiqal bersatu. Perlahan Harith Haiqal cuba mendekatkan wajahnya dengan wajah Athirah Ardilla.

Mata Athirah Ardilla terpejam secara automatik dan perlahan bibir mereka bersatu. Lama.

Tiba-tiba Athirah Ardilla membulatkan matanya apabila merasa ada sentuhan di punggungnya. Dia kaku dengan apa yang terjadi. Dengan pantas badan sasa di depannya di tolak kasar.
Arrrgghhhh!!! Dia menjerit.

“Apa ni Qal!!! Awak sengaja ambil kesempatan kan? ,”

Dia tersedar bahawa dia dan Harith Haiqal mungkin akan terlanjur.

Merembes air matanya keluar laju mengalir ke pipi.
Harith Haiqal bagaikan baru tersedar. Dia lantas meraup mukanya kasar. Ya Allah apa aku dah buat ni?? Dia memarahi dirinya. Tapi salah aku ke??

Serba salah melihat Athirah Ardilla yang sudah berjujuran air matanya.

“Sayang. Sorry. Maafkan abang. Abang tak ada niat nak buat macam tu,”

Athirah Ardilla yang sedang terbongkok-bongkok mengutip baju-bajunya di lantai di pandang. Dia berharap Athirah Ardilla faham situasi mereka.

Ahhh! Laju sahaja Athirah Ardilla melangkah menuju ke bilik air. Sesak nafasnya berdepan dengan lelaki itu. Pertama kali dia di perlakukan begitu.

Harith Haiqal yang mati kutu hanya mampu melihat langkah kasar yang di atur Athirah Ardilla. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di birai katil. Merasa sedikit sebal di atas perbuatannya yang tidak di sedari itu.

Huh! Nafas di hembus kasar. Dalam pada itu, dia sempat juga menikmati sentuhan lembut bibir Athirah Ardilla. Arrghhh! Tak boleh layan perasaan ni. Getusnya.

Terdengar pintu bilik air di buka.

“Errr sayang..” berkira-kira mahu memohon maaf.

“Hurrrmmm. Lupakanlah. Bukan salah awak pun. Saya yang terlupa nak bawa baju,” bagaikan kanak-kanak baru mendapat ice-krim, lebar senyumannya terukir di bibir.

Tak adalah keras sangat hati dia ni. Ujarnya sambil matanya di hala ke sisi. Sedikit pilu hatinya melihat wajah yang sudah lengkap bertudung itu. Hidung isterinya kemerahan. Pasti lama gadis itu menangis. Hatinya di runtun pilu.

“Abang janji, lepas ni abang akan lebih berhati-hati. Abang akan kawal perasaan abang ni,” ujarnya perlahan.

“Hurmmm,” balas Athirah Ardilla pendek. Malas mahu fikir perkara yang memalukan itu.

Tanpa berlengah, tuala di gapai. Athirah Ardilla di meja solek di pandang sekilas. Pasti isterinya itu mahu mengeringkan rambutnya apabila dia melihat di tangan gadis itu ada hair dryer. Tak apa. Abang akan mandi lama sikit. Bicaranya sendiri.

Walaupun mereka sudah sah dalam hukum syarak, dia harus menghormati keputusan gadis itu. Tak apa lah. Bak kata pepatah bagai menarik rambut di dalam tepung. Rambut jangan putus. Tepung jangan berselerak.

Abang akan tunggu, sampai sayang betul-betul bersedia.

tq masih setia support karya saya.. -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience