Bab 3

Romance Completed 21516

Pagi itu Athirah Ardilla bangun seawal pagi. Dia dan Farah Madhihah ada kelas Lukisan Kejuruteraan pada pukul 9.30 pagi nanti. Dia dan sahabatnya itu bercadang untuk ke kampus awal kerana ingin bersarapan terlebih dahulu di kafeteria kampus itu sebelum memasuki kelas. Kedengaran suara halus menayanyi riang mengikut rentak muzik yang di pasang. Total Eclipse of The heart - Bonnie Tyler. Muzik yang dia sukai.

"every now and then I get a little bit lonely
And you're never coming 'round
(Turn around)
every now and then I get a little bit tired
Of listening to the sound of my tears
(Turn around)
every now and then I get a little bit nervous
That the best of all the years have gone by
(Turn around)
every now and then I get a little bit terrified
And then I see the look in your eyes
(Turn around, bright eyes)
every now and then I fall apart
(Turn around, bright eyes)
every now and then I fall apart"...

Athirah Ardillah menyanyi kecil sambil membetulkan tudung di kepalanya. Kedengaran pintu bilik di kuak dari luar. Terjengkul wajah Farah Madhihah sambil tersenyum.
"Wowww..cantiknya. Ni kalau Fareed nampak, mau dia ikut kita je seharian," usik Farah Madhihah. Pakaian di tubuh Athirah Ardilla dibelek. Kagum dengan gadis itu yang tidak segan mengenakan baju kurung di negara orang. Tidak bagi Farah Madhihah yang lebih selesa mengenakan seluar jeans dan t-shir dan adang-kala skirt bawah lutut.
"Ahhh... Mengadalah kau. Kenapa nama budak tu juga yang kau sebut awal-awal pagi ni. Rezeki nak masuk pun terkejut," seloroh Athirah Ardilla sambil ketawa kecil.
"Kau jangan tak tau. Dia tu tergila-gilakan kau. Aku ni haaa. Naik berdarah telinga asyik dia tanya kau ada jawab salam dari dia tak? Ada tanya apa-apa tak pasal dia.. Ada minta nombor telefon tak. Ada itu tak.. Ada ini tak," ngomel Farah Madhihah sambil tangannya membetulkan tudung belakang Arthirah Ardilla. Athirah Ardillah melemparkan senyuman ke arah sahabatnya itu sentiasa membantu dia untuk kelihatan kemas.
"Ok dah. Jom," kata Athirah Ardilla sambil pergelangan tangan sahabatnya dirangkul kemas. Ngomelan sahabatnya tadi dibiar sepi. Malas dilayan. Jika di layan makin menjadi-jadi nanti. Dia dan Athirah Ardilla sama-sama melangkah keluar dari biliknya. Setelah yakin pintu asrama yang di diami terkunci rapat, mereka mengatur langkah menuju ke kampus. Kunci rumah di beri kepada Farah Madhihah kerana gadis itu membawa beg sederhana besar jke kelas. Misi utama mereka hari itu adalah mencari sarapan di kafeteria Universiti Princeton. Sedang mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafeteria, mereka di sapa satu suara garau dari arah belakang.
"Athirah.... Farah," panggil suara itu. Suara itu terasa dekat di telinga Athirah Ardilla. Terhenjut sedikit bahu Athirah Ardilla kerana di sapa sebegitu. Kelihatan Fareed yang segak bert-shirt belang-belang merah putih dan berseluar jeans biru gelap jenama Levi's berdiri betul-betul di sebelanya. Haruman wangian dari lelaki itu menerjah ke lubang hidungnya. Nyaman. Pandai dia memilih wangian.
"Opsss.. Sorry.. Sorry buat awak terkejut," sambung lelaki itu lagi apabila dia perasan bahu Athirah Ardilla sedikit terjungkit di saat dia menyapa mereka. Athirah Ardillah menarik sedikit nafas dan dia menghembus kasar. Dadanya di usap.
"Apalah kau ni Fareed. Pagi-pagi dah buat orang terkejut," kata Farah Madhihah sambil tangannya memegang bahu Athirah Ardilla. Dia juga perasan yang Athirah Ardilla sedikit terkejut dengan sapaan Fareed tadi.
"Kau okey tak Dilla," sambungnya lagi. Matanya di lemparkan ke wajah gadis disebelahnya.
"Aku okey. Jangan risau," kata Athirah Ardilla sambil langkahnya di teruskan. Lelaki disebelahnya di abaikan. Seboleh-bolehnya dia ingin mengelak dari lelaki itu yang dia rasakan sedang menggodanya. Jika diikutkan bau dari pewangi yang di pakai lelaki itu mampu menggetarkan jiwa seorang gadis. Namun tidak bagi Athirah Ardilla.
"Cantik awak hari ni.. Nampak ayu berbaju kurung," kata Fareed sambil mempercepatkan langkah menyayingi langkah Farah Madhihah dan Athirah Ardilla. Tubuhnya sengaja di rapatkan sedikit ke arah Athirah Ardilla namun cepat gadis itu memperluaskan langkahnya lagi. Tidak suka dirinya diperlakukan sebegitu. Farah Madhihah yang perasan dengan tingkah laku Fareed cepat-cepat menghentikan langkah lelaki itu dengan berdiri betul-betul di hadapan lelaki itu sambil isyarat jari lima di angkat.
"Fareed! Stop it!" Kata Farah Madhihah garang. Tidak suka sahabatnya diperlakukan sebegitu terutama lelaki. Nasib baik Fareed sempat menghentikan langkah. Jika tidak pasti tubuh Farah Madhihah sudah berada dipelukannya ketika ini akibat tindakan drastik gadis itu menghentikan langkahnya.
"Woooo. Apa yang aku buat?" soal Fareed pura-pura tidak tahu. Kedua tangannya di angkat ke paras bahu, isyarat lima di tunjukkan kedua-dua tangannya.
"Kau ingat aku tak nampak apa yang cuba kau buat," kata Farah Madhihah sambil matanya membuang pandang ke arah Athirah Ardilla yang sudah hilang ke dalam kafeteria.
"Okey. Okey. Sorry. Aku tak sengaja. Kawan kau tu playing hard. Aku jadi geram," kata Fareed. Wajahnya sedikit di muramkan. Memohon simpati dari sahabat Arthirah Ardilla iaitu Farah Madhihah.
" Ye. Aku tau kau suka kat dia. Tapi bukan mcm ni caranya. Walaupun kita kat negara orang, tapi adat susila kita orang melayu kena lah jaga juga. Kita kat sini bukan je bawa diri kita, tapi bawa negara bawa adat kita sekali," panjang bebelan Farah Madhihah pada pagi itu. Nak sangat kan ceramah motivasi pagi-pagi ni. Amikkkkk.. Getus dia di dalam hati. Langkah dia dan Fareed seiring menuju ke kafeteria.
"Ya. Aku faham," ujar Fareed lemah menyedari kekhilafannya sebentar tadi. Melihat gadis pujaannya itu membuat jiwa lelakinya bergelora. Siapa saja yang tidak terpikat dengan keindahan ciptaan Allah yang satu itu. Ramai rakan-rakan lelakinya sentiasa berbicara tentang gadis itu dan cuba untuk mendekatinya namun niat mereka terhalang. Ini kerana sikap Athirah Ardilla yang sedikit pendiam dengan wajahnya sedikit garang.
Kelibat Athirah Ardilla dicari. Meliar mata mereka mencari kelibat gadis itu. Kelihatan Athirah Ardilla sedang memesan air dan di tangannya ada sepinggan roti dan beberapa jenis juadah yang lain. Farah Madhihah dan Fareed mendekati gadis itu.
“Boleh saya bantu?” kata Fareed sambil tangannya mengambil pinggan yang berada di tangan kanan gadis itu tanpa menunggu jawapan. Athirah Ardilla tidak mampu berkata apa-apa. Hanya mampu melihat apa yang cuba di lakukan Fareed. Tak apalah. Janji dia tak ambil kesempatan sudah. Getusnya di dalam hati.
Setelah mendapat minuman yang di pesan, mereka beredar menuju ke meja kosong yang ada di sekitar cafeteria. Makanan dan minuman di kafeteria itu tidak perlu di bayar oleh semua penuntut di kampus itu. Hal ini kerana segala kos pembiyayaan pelajaran, makanan, tempat tinggal dan segala bil utiliti di taja penuh oleh kampuas tersebut. Pelajar hanya perlu belajar sahaja di situ tanpa perlu risau. Itulah keistimewaan Universiti Pricenton dan bukan calang-calang pelajar yang boleh menuntut ilmu di situ. Terlihat ada satu meja kosong di satu sudut berdekatan dengan tiang di hujung kaeteria itu. Mereka bertiga terus sahaja menuju kearah meja kosong tersebut. Athirah Ardilla mengambil tempat di sebelah Farah Madhihah, manakalah Fareed lebih selesa duduk berhadapan Athirah Ardilla. Biarlah pagi ini dimulakan dengan melihat sesuatu yang cantik anugerah ciptaan Allah. Dia tersenyum sendirian. Wajah di hadapannya di tatap.
“Kau dah kenapa senyum sorang-sorang? Gila ea?” marah Farah Madhihah terhadap Fareed. Terbantut senyuman di wajah lelaki itu. Mata dialih ke arah Farah Madhihah.
“Aah. Aku gila. Gilakan kawan kau ni ha,” jujur Fareed berkata. Mulutnya sedikit di muncungkan ke arah Athirah Ardilla. Merona merah wajah Athirah Ardilla ketika itu. Kuih yang di telan terasa kelat. Tidak di sangka Fareed akan berkata sebegitu. Betul ke apa yang di katakan sahabtanya selama ini? Fareed tergila-gilakannya. Aahhh. Aku dating sini bukan untuk bercinta. Getus hatinya.
“Dahlah korang. Aku nak masuk kelas dulu. Layan korang ni, sampai esok pun tak habis,” kata Athirah Ardilla seraya berdiri. Dia malu sebenarnya. Berdebar sedikit dadanya ketika itu. Tidak pernah selama ini dalam hidupnya ada lelaki yang berani berterus-terang sebegitu.
Gerak-gerinya di hadapan lelaki itu terasa kekok.
“Nah. Ini untuk awak. Habiskanlah. Saya dah kenyang ” juadah di dalam pinggan yang belum sempat di habiskan di sua di hadapan lelaki itu.
“Eh. Awak. Nantilah dulu. Baru pukul 9 kan? Ada masa setengah jam lagi,” Fareed sedikit terkejut dengan tindakan Athirah Ardilla. Dia tau gadis itu tidak selesa. Jam di tangganya di kerling.
“Aahlah Dilla. Aku rasa panaslah kat sini tiba-tiba,” sahut Farah Madhihah pula. Faham dengan ketidak selesaan sahabatnya itu. Dia turut berdiri merapati sahabatnya itu dan mereka berlalu pergi meninggalkan Fareed yang terkulat-kulat.

Tepat pukul 11.30 pagi kelas Lukisan Kejuruteraan yang di hadiri Athirah Ardilla dan Farah Madhihah serta beberapa pelajar dari pelbagai negara itu tamat. Hari ini kebetulan hanya ada satu kelas sahaja. Esok, Sabtu dan Ahad tiada kelas. Jadi lamalah mereka berehat di asrama. Kertas kerja kebanyakkan telah pun di siapakan di dalam kelas dan di hantar kepada pensyarah setelah tama kelas.
“Hari ini, apa plan kau,” Farah Madhihah memulakan kata setelah mereka berdua keluar dari pintu kelas.
“Entahlah. Aku rasa, nak tengok balik gambar-gambar kita ambil hari tu. Tak sempat lagi aku pilih satu-satu nak bagi kat kau,” balas Athirah Ardilla. Mereka beriringan berjalan pulang ke asrama.
“Aahlah. Aku pun lupa. Dalam handphone aku ni pun ada gambar yang hari tu,” Farah Madhihah berkata ceria. Terakam kembali memori mereka berjalan berdua. Banyak gambar-gambar curi milik Athirah Ardilla di ambil. Dia tersenyum bahagia. Entahlah. Dia suka melihat karakter yang ada di sebelahnya ini. Ibarat seperti berjalan di sebelah model. Cantik, bergaya dan anggun dalam gaya muslimahnya.
“Oooo. Gambar-gambar selfie tu ea? Mulut itik. Yang tu kau simpan je lah. Mesti buruk muka aku. Tak suka lah aku nak tengok. Kau simpan je ea buat kenangan,” pantas Athirah Ardilla bersuara.
“Seriuslah kau tak nak. Comel kot gambar-gambar tu,” menyeringai tawa Farah Madhihah apabila Athirah Ardilla membuat memek muka wajah itik. Sebetulnya gambar-gambar yang di maksudkan bukan hanya gambar selfie mereka sahaja tetapi termasuk beberapa gambar curi.
“Eeewwww. Aku ni kalau tengok gambar aku sediri lebih-lebih lagi gambar yang muka macam tu, tujuh hari tujuh malam aku tak tidur nanti. Kemurungan,” pecah terus tawa milik Farah Madhihah setelah Athirah Ardilla menghabiskan ayatnya.
“Seumur hidup aku kan Dilla. Tak pernah lagi ada perempuan yang tak suka tengok muka diorang kat kamera. Kau orang pertama yang aku jumpa. Kau tau tak. Dalam sehari sekurang-kurangnya, 40 keping gambar selfie di ambil tau. Kau ni dari planet mane ea. Pelik betul aku,” kata Farah Madhihah dengan hujah dan fakta yang ada kaitan dengan dirinya sendiri. Beg tangan yang sentiasa di bawa ke kuliah di buka. Tangannya di seluk mencari kunci rumah yang di beri Athirah Ardilla pagi tadi. Mereka sudah betul-betul berada di hadapan pintu. Kunci rumah di keluarkan dan pintu di rumah di buka. Keselamatan pelajar yang ada di kampus sentiasa di titik berat oleh pihak universiti. Pintu setiap asrama dikunci menggunakan password yang hanya pemilik setiap asrama sahaja yang tahu.
“Kiraya kau antara makhluk bumi yang bertuahlah ea dapat lihat dan kenal antara benda yang pelik dalam dunia ni,” sakat Athirah Ardilla. Kedua mereka beriringan melangkah masuk. Pintu di tutup rapat. Athirah Ardilla menuju laju ke bilik tidurnya. Hajat yang sudah lama di pendam sejak mereka keluar dari bilik kuliah harus di lepaskan segera. Pintu bilik dikuak kasar dan dikunci dari dalam. Pintu tandas diterpa dan dibiarkan terbuka luas sebegitu. Tak sempat rasanya ingin mengunci pintu tandas kerana hajat yang satu itu tidak sabar ingin keluar. Aaaaahhhhhhh!!!! Leganyaaaaaa. Setelah selesai, dia mencuci dan membasuh alat sulitnya dengan pencuci intim. Segar rasanya. Setelah selesai, seluar kecik yang berada di hujung buku lalinya diraih. Di pakainya rapi. Mangkuk tandas di flush, kemudian dia membetulkan sedikit pakaian yang di pakainya. Tangannya di cuci di sinki. Setelah selesai dia melangkar keluar dari tandas menuju ke almari solek. Pin kecil di kiri dan kanan bahunya di sentuh lalu di buka. Kemudian pin di bawah dagunya pula menjadi sasaran. Tudung di atas kepalanya mulai longgar dan melorot jatuh ke bahu. Sarung tudung yang menyembunyikan rambutnya di tarik, maka terkeluarlah segala isi yang cuba disembunyikan dari tontonan ramai. Tudung dan anak tudung di ambil lalu di bawa ke bakul pakaian kotor. Diletakkan keduanya perlahan. Hurmmmmm dah banyak pakaian kotor ni. Esok dah boleh cuci. Gumamnya di dalam hati. Setelah itu, kakinya di bawa kembali melangkah menuju ke almari soleknya. Wajahnya di tatap dan dielus lembut pipinya. Alhamdulilah. Jika benar apa yang di perkatakan oleh sahabatnya, dia bersyukur di atas kurniaan Illahi ke atas nikmat kecantikkan yang dia miliki. Getah rambut yang mengikat rambutnya di lepaskan. Terjuntai jatuh semua rambut yang ada di kepalanya melepasi pasras bahu. Di ambil sikat dan disisir rambutnya agar kelihatan rapi. Rambutnya di biarkan lepas sebegitu.
Tanpa menyalin pakaian baju kurungnya, dia melangkah keluar dari bilik. Sebelum keluar, dia sempat menyambar kamera DSLR Canon miliknya yang ada di meja belajar. Pintu bilik di buka. Matanya meliar mencari kelibat sahabatnya. Terlihat Farah Madhihah sedang duduk bersimpuh di atas sofa dan di tangannya ada kudapan yang entah bila di belinya. Menyedari kehadiran Athirah Ardilla terus sahaja Farah Madhihah menyapanya.
“Nak?” di sua kudapan yang ada di tangganya setelah Athirah Ardilla melabuhkan punggung di atas sofa, di sisinya. Kudapan yang di sua arah Madhihah di ambil sedikit dan di masukkan ke dalam mulutnya. Perlahan dia mengunyah.
“Nah,” kini gilirannya pula memberi sesuatu kepada sahabatnya itu.
“Ooooo.. SD card,” Farah Madhihah menoleh lantas ke dua kakinya di turunkan menyentuh karpet di atas lantai.
“Sekejap ea. Aku ambil laptop aku,” sambung Farah Madhihah seraya berdiri dan berlari-lari anak menuju ke bilinya. Tidak lama kemudian dia kembali ke sofa. Di tangannya terdapat sebuah laptop dan di letakkan di meja kopi. Kemudian dia hanya duduk berhampiran meja kopi dan bersimpuh di siti beralaskan karpet. Laptopnya di buka. Button On di sentuh. Beberapa saat laptopnya mula menyala. Kelihatan gambar keluarga milik sahabatnya itu menghiasi paparan depan laptop miliknya. Dia tersenyum. Wajah Farah Madhiah ada iras-iras wajah ibunya. Dan matanya lebih kepada redup mata bapanya. Kulit yang agak cerah sepertinya gadis itu ada kacukan cina.
Dia memerhati gelagat sahabatnya itu. Mengambil SD card dan dimasukkan ke dalam kad reader lalu di cucuk ke USB port yang ada pada laptopnya.
“Kau betul ke tak nak gambar selfie kita yang hari tu,? Farah Madhihah bertanya sekali lagi. Soalan yang sama di ulang untuk meminta kepastian.
“Ye. Betul. Kau simpan je lah gambar-gambar tu. Nanti kalau kita dah habis belajar, kau rindu aku kau tengoklah gambar comot aku tu,” kata Athirah Ardilla yakin.
“Kalau aku simpan dekat instagram aku boleh kan? Kau tak marahkan. Aku takut kalau simpan kat laptop aku ni, ada virus ke, rosak ke, dah tak boleh tengok gambar-gambar kita,” Farah Madhihah meminta izin.
“Ye Madi. Buatlah apa yang kau suka dengan gambar-gambar kita tu. Jangan kau hantar pi bomoh sudahlah,” Athirah Ardilla mengusik sahabatnya. Dan selepas itu mereka leka dengan tugas masing-masing. Athirah Ardilla sibuk membersihkan kamera DSLR miliknya. Manakala Farah Madhihah pula sibuk membelek satu persatu gambar yang ada di hadapannya. Hanya kedengaran suara dari televisyen yang memaparkan rancangan yang mereka sendiri tidak pasti. Mereka begitu tekun dengan hal masing-masing.
Selang beberapa jam kemudian.
“Arghhhhhh!!!Letihnya badan,” ujar Farah Madhihah sambil badannya di pusing ke kiri dan ke kanan diikuti bunyi dddrrraaaapppp. Tulang-temulang dan urat di betulkan Farah Madhihah. Wajah Athirah Ardilla yang tekun membelek kamera DSLR di renung. Serius betul wajah gadis itu. Nampak begitu tekun. Kadang-kadang terlihat dia menghembus ke arah kameranya itu. Pancaran cahaya dari luar membuatkan wajah gadis itu nampak sempurna. Rambut yang terjuntai di kiri dan kanan pipinya membuatkan wajah itu nampak begitu ayu.di kesempatan itu, dia mencapai handphonenya lalu dia meng”unlock” menggunakan finger print. Volume di mutekan. Dan kamera di handphonenya di aktifkan. Wajah sahabatnya yang tekun di snap. Beberapa keping dengan beberapa posisi yang tidak di sedari sahabatnya itu. Tambahan pula volume handphonenya telah di mutekan menyebabkan sahabatnya itu tidak menyedari apa-apa. Tekunnya dia. Farah Madhihah menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tersenyum dan handphone di tangannya di amati. Galeri di cari. Dan dilihat satu persatu gambar Athirah Ardilla di lihat. Aplikasi whatapps kemudian di buka dan nombor Athirah Ardilla di cari. Setelah jumpa apa yang di cari, satu persatu gambar tadi di pilih. Button send di klik. Terdengar handphone milik Athirah Ardilla berbunyi menandakan ada beberapa mesej masuk. Nampaknya gayanya fokus gadis itu sedikit terganggu. Bekerut sedikit dahinya. Di meja kopi, Farah Madhiah sudah menguntum senyuman. Wajahnya disorokkan di sebalik laptop yang terbuka.
Athirah Ardilla mula mecapai handphone yang ada di sisinya. Bunyi handphone yang beberapa kali berbunyi menandakan ada mesej yang beberapa kali masuk mengganggu fokusnya kini. Siapakah gerangan yang menghantar banyak-banyak mesej kepadanya. Ganggu betul. Dia bermonolog sendirian. Tidak disedari, tingkah lakunya di perhatikan Farah Madhihah. Farah Madhihah menekup mulutnya agar tawanya tidak didengari Athirah Ardilla.
Terlihat mata Athirah Ardilla sedikit membulat setelah handphone di tangannya di pandang.
“Oiiiiiiii!!!!” terjerit sedikit suara Athirah Ardilla. Wajah Farah Madhihah yang berada di hadapannya di renung geram. Terlihat Farah Madhihah cuba menyembunyikan wajahnya di balik laptop di hapannya. Hanya terlihat kepalanya sedikit bergerak-gerak menandakan sahabatnya itu sedang ketawa sendirian. Athirah Ardilla geram dengan apa yang sahabatnya lakukan. Diam-diam gambarnya di curi. Pantas satu bantal kecil di atas sofa di raih dan di lempar ke arah Farah Mardhihah. Balingannya tepat mengenai kepala gadis itu.
“Oooooo mak kau pooottt pottt pecah meletup,” Farah Madhihah melatah kuat. Badannya sedikit keras menandakan yang dia benar-benar terkejut dengan serangan Athirah Ardilla yang tidak di jangka. Athirah Ardilla menahan tawa. Sebetulnya dia ingin ketawa besar dengan reaksi sahabatnya itu namun di keraskan hati. Di kacip bibirnya agar tawanya tidak meletus keluar. Geram terhadap sahabatnya yang satu itu. Dia tidak suka gambarnya di ambil secra curi-curi begitu.
“Oiiiiiii!!! Buat serangan hendap ea?” Farah Madhihah bersuara. Nadanya sedikit di seriuskan walaupun dalam hatinya bagai digeletek. Wajah Athirah Ardilla kini menjadi tatapannya. Gggluurrpppp. Dia menelan air liurnya. Mak aiiii. Garangnya.
“Senyap-senyap kau buat keje ea?” suara Athirah Ardilla di keraskan tetapi terlihat ada senyuman yang cuba di tahan.
“Nasib baik nampak cantik,” sambungnya lagi tetapi perlahan. Matanya kembali jatuh pada skrin handphonenya. Senyumannya terukir di situ.
“Elehhh. Marah. Tapi suka,” ejek Farah Madhihah. Dia bangun dari duduknya. Punggungnya di jatuhkan di sisi Athirah Ardilla di atas sofa pula.
“Aku bukan marah. Tapi geram dengan kau ni. Senyap-senyap je kau buat keje kan,” katanya sambil pipi Farah Madhihah di picit. Kemerah-merahan pipinya.
“Kau tu yang fokus benar dengan kamera kau tu macamlah kamera tu nyawa kau. Habis semua nak kena belek,” kata Farah Madhihah. Pipinya di pegang. Terasa tegang seketika. Matanya turut sama fokus ke arah paparan di skrin teleffon Athirah Madhihah.
“Tengok. Cantikkan. Macam model baju kurung sedang repair kamera. Ayu betul,” luah Farah Madhihah ikhlas. Keduanya akhirnya meletuskan tawa. Model baju kurung dia cop aku. Athirah Ardilla menggelengkan kepalanya.
“Aku rasa. Bila kita balik Malaysia nanti, kalau kau tak dapat kerja lagi. Aku cadangkan kau mohon model sambilan. Mesti ramai yang nak ambil kau nanti,” cadang Farah Madhihah. Namun kata-kata sahabatnya itu di sambut dengan gelengan.
“Issshhhh. Tak nak lah aku. Aku dah ada perancangan. Kalau habis belajar nanti, kita balik Malaysia… Aku nak jadi fotografer,” luah Athirah Ardilla bersungguh-sungguh. Itulah perancangannya. Farah Madhihah hanya mengangguk. Dia bersetuju dengan apa yang di katakana Athirah Ardilla. Tidak dinafikan, Athirah Ardilla mempunyai bakat terpendam. Gambar-gambar yang di ambil sahabtnya itu sangat cantik. Dia pandai selaraskan anger, pencahayaan dan pelbagai lagi teknik fotografi.
“Habis tu, kenapa kau ambil jurusan kejuruteraan ni? Kenapa tak ambil jurusan yang kau minat. Contohnya fotografer ni,” tanya Farah Madhihah pelik. Dahinya di kerutkan.
“Tak payah buat muka macam tu. Kau pun apa kurangnya. Minat solekan dan andaman. Minat fesyen tapi ambil kejuruteraan awam juga,” Athirah Ardilla mengenakan sahabatnya. Soalan di balas dengan soalan. Terdengar sedikit keluhan keluar dari nafas sahabatnya itu.
“Papa akulah suruh aku ambil bidang ni. Lagipun keputusan peperiksaan aku dulu cemerlang. Entahlah. Bidang yang aku tak minat, aku boleh cemerlang. Dapat tokoh pelajar lagi,” ujarnya sedikit bangga. Teringat kembali memori dia mengambil hadiah tokoh pelajar di sekolahnya.
“Kalau dulu, mula-mula aku datang sini, jejak kaki di bumi asing ni aku sedih. Tapi sekarang dah tak sedih sebab aku dapat kenal sahabat macam kau,” tubuh langsing Athirah Ardilla di sisinya di peluk. Pipi sahabatnya itu di cium. Athirah Ardilla ketawa.
“Nasib baiklah kita kat dalam rumah tau, kalau kat luar dah lama aku tolak kau kuat-kuat. Jatuh saham aku kalau ada yang nampak kau cium aku macam ni,” Athirah Ardilla berkata sambil senyuman terukir di bibirnya. Terlihat barisan gigi yang tersusun cantik seperti iklan ubat gigi. Putih bersih. Pada awal perkenalan dulu, dia sedikit kekok dengan tingkah laku Farah Madhihah yang suka mencium pipinya, namun sekarang dia tidak kisah lagi. Dia tau Farah Madhihah seorang yang manja dan dia merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Dia juga merupakan anak perempuan tunggal dalam keluargnya.
“Eh. Kejap. Kau lapar tak? Dah pukul 3 petang ni,” Athirah Ardilla menukar topic. Malas dia berbincang tentang topik yang dia rasakan tidak penting ketika ini. Apa yang penting ketika ini, adalah perancangannya untuk menghubungi bonda angkatnya, Puan Sri Sarah malam nanti. Harapnya, bondanya tidak sibuk.
“Lapar juga,” balas Farah Madhihah. Tubuh sahabatnya masih masih di peluknya erat. Mata di pejamkan di bahu milik Athirah Ardilla. Haruman yang terbit dari tubuh gadis itu menyenangkan aroma nafasnya. Wangi betul kau ni Dilla. Macam manalah bila kau dah kawin nanti. Mesti husband kau nak berkepit je dengan kau kan. Dia berbicara di dalam hati. Namun di sebabkan perkataan kawin terlintas di fikirannya tadi, lantas matanya terbuka besar. Baru dia teringat masalah yang di hadapi sahabatnya itu. Bagai ada arus elektrik, dia tiba-tiba duduk tegak. Pelukan di tubuh Athirah Ardilla di lepaskan. Berkerut dahi Athirah Ardilla seraya memandang wajah sahabatnya di sisi. Pelik.
“Kau dah kenapa? Mengigau ke?” tanya Athirah Ardilla pelik. Dilihat tadi sahabatnya itu seakan tidur di atas bahunya.
“Takkkkkk. Aku baru teringat. Bila kau nak hubungi bonda kau. Kau dah yakin dengan keputusan kau kan?” Farah Madhihah memandang wajah Athirah Ardilla tidak bekerdip. Berharap sahabatnya itu memikirkan kembali akan keputusan yang di ambil.
“Aku dah hantar mesej dekat bonda aku semalam. Malam ni aku hubungi dia,” Athirah menerangkan. Anggukan kecil terlihat di wajah Farah Madhihah.
“Malam ni aku tak boleh kacau kau lah ea,” Farah Madhihah tersenyum ke arah Athirah Ardilla. Kening sengaja di naik-naikkan. Sudah kebiasaan mereka, apabila cuti hujung minggu bermula, masa banyak di habiskan bersama-sama dengan menonton movie sehingga larut malam. Nampaknya, malam itu dia harus mencari aktivitinya sendiri. Athirah Ardilla hanya membalas kata-kata sahabatnya itu dengan senyuman. Faham akan isyarat Athirah Ardilla yang mahukan waktu untuknya bersendiri tanpa di ganggu.
“Jom lah pergi kafe. Aku lapar sangat ni,” Athirah Ardilla berkata dengan ceria untuk menghalau sedikit rasa sedih yang mula terbit di hatinya. Entah kenapa dia merasa begitu.
“Tapi aku nak kena bersihkan diri dulu. Mandi. Wangi-wangi.” sambungnya lagi. Dia sudah berdiri.
“Samalah aku. Aku pun nak bersihkan diri juga. Nanti kalau kau siap dulu, kau panggil aku ea. Kalau aku siap dulu, aku panggil kau,” arah Farah Madhihah turut bangun dari duduknya. Kakinya di hayun lwmbut menuju ke biliknya. Athirah Ardilla mengangguk dan mereka menghilangkan diri ke bilik masing-masing.

maaf jika anda ternanti-nanti chapter terbaru PR. ada sedikit masalah. sekarang dah ok. terima kasih kerana masih support karya saya. sila tinggalkan komen untuk saya perbaiki hasil karya saya. -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience