Bab 15

Romance Completed 21516

“Jom..” ucap Harith Haiqal. Lembut sahaja pada pendengaran Athirah Ardilla.

“Nak pergi mana?”

“Ikut abang…” sengaja di lirikkan.

“Ye lah. Nak pergi mana?”

“Dah malam kan? Malam ni sayang teman abang tidur ea,” kekura isterinya di cium lembut.

“Tak nak lah. Kesian Madi tak ada orang teman,” saja mahu mengelak.

“Tak apa. Madi abang dah suruh staff abang temankan dia malam ni. Sayang jangan risau ye,” suka dengan sikap prihatin isterinya itu.

“Jom sayang.. Pleasesss…. Sayang jangan takut. Abang tak akan buat apa-apa kalau sayang belum sedia. Abang janji, perkara yang dekat hotel tu takkan berulang lagi,” sambungnya lagi.

Dia berjanji. Tangannya juga di naikkan seperti sedang membaca ikrar.

“Okey,” jawab Athirah Ardilla sepatah.

Sebenarnya, jauh di sudut hatinya. Dia juga mahu Harith Haiqal menemaninya malam itu. Dia suka lelaki itu merayu kepadanya seperti tadi. Terasa begitu romantis kata-kata lelaki itu. Perlahan di cium pipi Harith Haiqal.

Terkesima Harith Haiqal dengan tindakan Athirah Ardilla yang tak di sangka itu.

“Thank you,” ucapnya lembut.

“Sayang… please jangan buat suara macam tu. Tak tahan abang nanti,” guraunya.

Namun sebenarnya, dia memang sudah terpukau dengan keindahan yang terhidang di depan mata itu.

Mereka menuju chalet yang di diami Harith Haiqal. Sampai sahaja di muka pintu, kunci di keluarkan dari poket. Pintu kemudian di tolak dari luar. Lampu sudah sedia terpasang sejak tadi, kerana ketika Harith Haiqal mendengar jeritan, dia sedang berada di chaletnya. Dia hanya sempat mengunci pintu sahaja ketika bergegas keluar.

Dia mempersilakan Athirah Ardilla masuk terlebih dahulu. Kemudian pintu di tutup rapat lalu di kunci dari dalam.
] “Sayang nak mandi? Bersihkan diri dulu sebelum tidur,”

“Saya memang nak bersihkan diri. Tapi saya mana ada bawa baju. Baju semua dalam khemah,” luahnya.

“Yang itu sayang jangan risau. Nanti abang minta staff abang hantarkan,” di kenyitkan mata ke arah Athirah Ardilla.

Mentang-mentanglah dia boss. Semua main oder je, ucap Athirah Ardilla di dalam hati.

“Kalau macam tu, tunggu staff abang hantar baju dululah baru saya mandi,” ucapnya lembut.

Langkahnya di atur menuju ke sofa yang ada di bilik itu.

Sedikit kerutan terlihat di dahi Harith Haiqal. Langkah kaki itu di bawa menuju ke arah isterinya. Pelik melihat reaksi suaminya itu.

“Kenapa?”

“Sayang cakap apa tadi?” kedua tangan isterinya di usap lembut. Dia mahu mendengar sekali lagi.

Aishh! Masakan tidak dengar. Semasa dia cakap tadi, dia betul-betul berada di sebelah suaminya itu.

“Saya cakap. Tunggu staff aaa…” baru perasan yang dia tersasul memanggil lelaki itu. Merona merah wajahnya. Peha suaminya di tampar lembut.

“Saja je kan nak kenakan saya,”

“Dah lama abang tunggu sayang panggil abang macam tu,” dahi isterinya pula di kucup lembut.

Tidak bebrapa lama kemudian staffnya datang menghantar beg pakaian Athirah Ardilla. Semua kepunyaan Athirah Ardilla yang ada di dalam khemah di bawanya ke situ. Kesemua beg pakaiannya Harith Haiqal ambil lalu di simpan di dalam almari.

“Okey. Dah pergi mandi,” arahnya pada Athirah Ardilla.

Tanpa berlengah, dia menurut sahaja arahan suaminya itu. Badannya juga perlu di segarkan.

Macam biasa baju, seluar dan segala pakaian kecilnya di gulungkan di dalam tuala.

Harith Haiqal hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Dia hanya memerhati langkah isterinya itu menuju ke bilik air sehingga tubuhnya itu hilang dari pandangan.

Hurmmm. Dia menghela nafasnya lembut. Lalu langkah kakinya di hayun menuju almari. Pakaian malam di keluarkan. Dia tidak berniat untuk membersihkan diri memandangkan dia sudah pun berbuat demikian sebelum keluar chalet tadi.

Dia membuka bajunya kemudian di ganti dengan singlet fitted berwarna hitam. Seluar track bottom yang elok tersarung juga di buka di ganti dengan seluar pendek atas peha berwarna putih. Dah macam tahi cicak pula getusnya. Hanya tersenyum sendiri. Pakaian yang tadi di sangkut di dalam alamari.

Kemudian langkah kakinya di bawa menuju ke katil. Di labuhkan punggungnya. Dia duduk bersandar di kepala katil. Kakinya di lunjurkan. Selimut di tarik separas pinggang. Telefon bimbitnya di ambil lalu di buka.

Sedang dia ralit melihat telefon bimbitnya, terdengar pintu tandas di buka menandakan Athirah Ardilla sudah siap bersiram. Haruman semerbak keluar sebaik sahaja tubuh melintasinya.

Dia hanya melihat Athirah Ardilla melalui ekor mata sahaja. Gadis itu lengkap mengenakan pakaian track bottom panjang, dan di kepalanya tersarung selendang. Nampak manis wajah isterinya itu.

Athirah Ardilla tahu Harith Haiqal sedang ralit memandangnya. Dari ekor mata, dia juga memerhatikan tingkah suaminya itu. Bergelora jiwanya melihat suaminya itu mengenakan singlet fitted sebegitu. Dah la badan sasa.

Arghhh! Terbayang dia memeluk kemas tubuh itu tadi. Terasa nyaman dan selamat.

Athirah Ardilla tidak berniat untuk tidur di sofa seperti yang pernah di lakukan di hotel. Setelah simpan semua barangnya di dalam almari, langkahnya di bawa ke katil. Punggungnya di labuhkan. Perlahan dia menyandarkan kepalanya di kepala katil, gayanya sama seperti Harith Haiqal.

Dari ekor mata dia dapat melihat suaminya itu menutup telefon bimbitnya dan di letakkan di laci meja di sisi katil. Tubuhnya di bawa menghadap Athirah Ardilla di sisinya.

“Kenapa tak baring? Dah lewat ni,”

Romantisnya bicara lelaki itu. Argghhh! Adakah aku tergoda. Athirah Ardilla teragak-agak untuk membaringkan dirinya. Terasa kekok apabila dirinya di perhatikan sebegitu. Sesekali dia mencuri pandang dada sasa itu. Alangkah seronoknya jika malam ini, dia tidur di dalam pelukan lelaki itu. Aahhhh! Kau dah kenapa Athirah Ardilla. Dia memarahi dirinya sendiri dalam diam.

“Heiii…. Kenapa ni macam takut-takut je abang tengok. Keluar bilik air tadi pun senyap je. Dah tak nak cakap dengan abang ke?”

Athirah Ardilla hanya gelengkan kepala. Kedua tangannya di gapai Harith Haiqal. Perlahan lelaki itu membawanya ke bibir. Lembut sahaja menyentuh bibir lelaki itu. Mata Athirah Ardilla terpejam, menghayati kucupan di tangannya. Dadanya sudah berdebar hebat.

Melihat sahaja reaksi isterinya itu, membuat Harith Haiqal mengukir senyuman. Sedari tadi nafasnya sudah tidak selari. Perlahan kucupan beralih pada dahi isterinya. Di kucup lembut. Terasa ada sentuhan di pinggangnya. Dia semakin tersenyum lebar. Nampak gayanya Athirah Ardilla seperti tidak menolak.

Kemudian kucupan di alih ke pipi isterinya pula. Nafasnya sudah tiada nada. Terasa sentuhan di pinggangnya di perkemaskan. Dan kemudian perlahan bibir isterinya pula menjadi sasaran.

Teragak-agak dia mahu menyentuh bibir mekar itu. Di lihat Athirah Ardilla sudah memejam matanya. Nafasnya juga dapat di rasakn sepertinya. Tiada nada.

Dengan perlahan bibirnya menyentuh bibir isterinya. Lembut. Kemudian perlahan ada gerakan di situ. Nafas sudah makin tiada rentak.

Bahu isterinya di sentuh perlahan. Kucupan di bibir, di lepaskan. Wajahnya di jarakkan sedikit merenung wajah yang ada di hadapannya. Sedikit menunduk wajah itu.

Selendang yang elok terletak pada kepala isterinya di sentuh.

“May I,” meminta keizinan. Terasa seperti mahu tersekat suaranya, apabila tidak berjaya mengawal nafas dengan betul.

Terlihat Athirah Ardilla menganggukkan kepalanya sedikit tanda memberi kebenaran. Terasa debaran di dadanya berlagu kencang.

Tidak pernah lagi dia menunjukkan mahkota itu pada mana-mana lelaki. Dan untuk pertama kalinya, wajah di hadapannya ini bakal menyaksikan mahkota yang lama tersimpan rapi.

Perlahan dan penuh berhati-hati gerakan Harith Haiqal. Perlahan ikatan selendang di belakang isterinya di leraikan. Dan dengan mudah, selendang itu jatuh turun ke bahu. Terkesima melihat keindahan wajah itu tanpa selindung.

Haruman yang terbit dari rambut isterinya benar-benar menggugat imannya.

Perlahan selendang yang jatuh di letakkan ke sisi. Tangannya mula naik menyentuh rambut isterinya yang lembut. Ikatan rambutnya di lepaskan perlahan. Subhanallah. Cantiknya. Getusnya di dalam hati apabila simpulan rambut itu sudah terburai.

“I love u,” perlahan dia meluahkan. Dagu isterinya di sentuh. Wajah itu di naikkan.
Perlahan bibirnya di hala ke telinga isterinya lalu di ulang.

“I love u sayang,” penuh romantis.

Tidak tahan dengan haruman yang terbit dari tubuh dan rambut isterinya perlahan leher isterinya pula di kucup. Terdengar desahan keluar dari mulut Athirah Ardilla. Kedua tangan gadis itu sudah memaut belakangnya.

“Kalau sayang tak izinkan, abang tak paksa,” dia berbisik.

Perlahan Athirah Ardilla menyembamkan wajahnya ke dada yang bidang itu. Haruman tubuh lelaki itu benar-benar menggetarkan jiwanya.

Tubuh lelaki itu di peluk lembut.

“I love U too abang,” perlahan di berbisik ke telinga lelaki itu. Pelukan di perkemaskan.

Sekali lagi Harith Haiqal terkesima dengan ucapan isterinya. Harith Haiqal menjarakkan sedikit tubuh gadis itu dari tubuhnya. Wajah gadis itu di cari. Di renung. Ada manik jernih turun dari tubir matanya.

“Ssshhhh…. Jangan nangis sayang,” air mata itu di seka.

Athirah Ardilla membuka matanya. Dia memberanikan dirinya merenung anak mata Harith Haiqal. Wajah itu di sentuh dengan kedua tangannya dengan lembut.

“Janji dengan saya, jangan tinggalkan saya,” ucapnya perlahan. Makin banyak air matanya merembes keluar.

Air mata di seka Harith Haiqal, lalu tubuh itu di peluk kemas. Terdengar ada esakan di dadanya. Pasti isterinya takut, dia meninggalkannya seperti mana ibu dan ayahnya yang telahpun pergi jauh meninggalkannya. Benarlah. Kehilangan orang yang tersayang itu benar-benar perit. Apatah lagi jika ianya dipisahkan dengan dua alam yang berbeza.

“Abang janji. Abang akan jaga sayang sampai hujung nyawa abang. Abang tak akan tinggalkan sayang walau apa pun terjadi.”

“Dah tidurlah. Hari makin larut. Esok kena bangun awal pagi,” sambungnya lagi. Perlahan di baringkan tubuh itu.

Cukuplah untuk hari ini. Athirah Ardilla benar-benar sudah berubah.

Perlahan dia juga membaringkan dirinya di sisi gadis itu. Lampu tidur di padam. Terasa penat sedikit badannya hari itu.

Niat ingin memejam matanya, namun tiba-tiba terasa segar apabila dia merasa isterinya merapatkan tubuhnya. Perlahan kepala di letakkan di dadanya. Tangannya pula mengelus lembut dadanya. Terasa di sentuh lembut di situ.
Perlahan ubun-bun isterinya di cium.

“Good night sayang,” ucapnya.

“Good night,” balas Athirah Ardilla perlahan.

Athirah Ardilla tersenyum bahagia.

Keesokkan paginya, tepat pukul 8 pagi semua mula berkumpul.

Terasa segar pagi itu.

“Waahh. Ada orang tidur tak nyenyak malam tadi?”

Ada senyuman nakal di bibir sahabatnya itu.

“Mana ada. Pandai-pandai je kau ni,”

“Eleh. Ye lah tu. Aku tak pernah tengok muka kau berseri macam ni tau,”

Athirah Ardilla hanya menjelirkan lidah. Malas dia mahu melayan usikan Farah Madhihah.

“Selamat pagi semua,” – Fuad.

“Selamat pagi,” – pelatih.

Bergema sedikit apabila semua suara bersatu.

“Pagi ini, sebelum kita memulakan aktiviti seterusnya. Kita akan buat sedikit senaman aerobik bagi memanaskan badan,” – Fuad.

“Dipersilakan coach Cik Siti untuk membimbing kita,” sambungnya lagi.

Terlihat wanita bertubuh tinggi lampai, putih mulus lengkap dengan sut pakaian mnuslimah untuk senaman mengambil alih tempat jurulatih Fuad tadi. Cantik!

“ Selamat pagi semua,” – Cik Siti.

“Selamat pagi cik,”- pelatih.

Sekali lagi ruangan itu bergema.

“Nampak ceria ye semua pagi ni. Okey sebelum kita mulakan saya nak kamu semua mengambil jarak satu depa dari rakan kamu,” – Cik Siti.

Semua mula bergerak seperti yang di arahkan.

“Sebelum kita memulakan senaman aerobik ni, kita akan buat pemanasan badan terlebih dahulu,” – Cik Siti.

“Sedia! 1…2..3,” - Cik Siti.

Semua tekun mengikut rentak Cik Siti di hadapan.

“Okey. Semua otot dah renggangkan. Kita akan mulakan senaman aerobik. Muzik!” – Cik Siti.
Sedikit laungan di beri.

Bergema satu kawasan itu dengan muzik yang di pasang. Perlahan semua mula mengikut rentak Cik Siti. Muzik yang dipasang sedikit rancak membuatkan semua pelatih terus bersemangat.

Athirah Ardillah tersenyum manis melihat Harith Haiqal yang mencuri pandang wajahnya. Harith Haiqal dan barisan jurulatih berada di belakang Cik Siti. Mereka juga turut menyertai senaman aerobik pagi itu.
h Tidak berapa lama kemudian, senaman aerobik selesai.

“Terima kasih semua,” – Cik Siti. Badannya sedikit di tundukkan. Kemudian diiringi dengan tepukan oleh semua.

Tempat Cik Siti di ambil alih semula jurulatih Fuad.

“Okey. Dah segar semua?” – Fuad

“Sudah!!!,” - pelatih.

“Untuk aktiviti pagi ini kita akan buat jungle tracking. Kamu semua nampak bukit di belakang saya ni?” - Fuad.

“Nampak,” – pelatih.

“Kita akan panjat dan teroka bukit ni. Tengok apa yang ada. Ada perlbagai track yang kita lalui nanti. Saya harap kamu semua berhati-hati, toleh kiri dan kanan ketika ingin melangkah,” – Fuad.

“Masih ingat kumpulan kamu masa aktiviti rakit?” – Fuad.

“Ingat!!,” – pelatih.

“Saya nak kamu buat kumpulan tersebut sekarang,” – Fuad.

Semua mula bergerak mencari ahli kumpulan masing-masing.

“Okey sila beri perhatian,” – Fuad. Suasana yang gamat sunyi semula.

“Setiap kumpulan saya akan beri ni. Ada 3 biji telur ayam. Ni bukan telur rebus ye. Jangan ada yang baling telur ni pula,”- Fuad. Gamat suasana dengan derai tawa.

“Ada 3 batang mancis. 3 fire starter. 1 tin sardin. Sebungkus roti,” – Fuad.

“Saya nak kamu jaga barang-barang ni, seperti mana kamu jaga diri kamu sendiri. Sayang barang-barang ni seperti mana kamu sayang diri kamu sendiri. Jangan ada yang basah, atau pecah. Sebab nanti tiba di puncak, kita akan berkumpul di check point yang telah di tanda. Dan kita akan buat sarapan pagi dekat situ,”- Fuad.

“Dengar semua?” - Fuad.

“Dengar!!” – pelatih.

“Faham?” – Fuad.

“Faham!!!” – pelatih.

“Jelas?” – Fuad.

“Jika ada antara kumpulan yang cuai, tidak ikut araha. Dia akan tengok saja kumpulan lain menyediakan sarapan. Tidak boleh minta, dan kumpulan lain juga tidak boleh beri. Jika ingkar arahan. Kamu satu kumpulan akan di denda. Saya beri masa untuk kamu semua berfikir cara macam mana untuk menyimpan barang-barang ini supaya tidak pecah, dan tidak basah. Saya bagi kamu masa 15 minit bermula dari sekarang,” – Fuad.

Riuh rendah semula keadaan di situ. Masing-masing mula berbincang bagaimana untuk menyimpan barang-barang tersebut.

“Haaa. Aku ada idea,” ujar Amin.

“Siapa ada beg galas?” sambungnya lagi.

“Aku ada,” balas Ika.

“Okey nanti barang-barang tu letak dalam beg galas. Telur kita bungkus dalam kain, atau tudung. Barang-barang yang tak boleh kena air kita simpan dalam plastik,” – Amin.

Setelah berbincang, semua mula bergegas untuk membuat seperti apa yang di rancang.

“Okey semua! Masa dah tamat,” – Fuad.

“Berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Kita akan bergerak secara berkumpulan. Jangan risau, di dalam hutan itu akan ada ranjer yang tunggu kamu dah perhatikan kamu. Sila jalan ikut arah yang di beri,” – Fuad.

Selesai sahaja jurulatih Fuad memberi penerangan, satu-satu kumpulan di lepaskan untuk aktiviti jungle tracking.

“Madi. Kau jangan laju sangat tau. Tunggu aku,” ucap Athirah Ardilla. Dilihat Farah Madhihah lincah bergerak.

“Sayang…. Tunggulah abang,” terdengar Harith Haiqal memanggilnya.

Langkah Athirah Ardilla dan Farah Madhihah terhenti.

“Okey dah jom,” ujar Farah Madhihah setelah Harith Haiqal tiba.

Dilihat Amin, Ika dan Sarah sudah jauh ke hadapan.

“Cepat sikit langkah tu. Diorang dah jauh ke depan,” ujar Farah Madhihah.

Mereka mendaki bukit yang agak tinggi. Terasa semput dada. Sesekali terlihat Harith Haiqal memegang tangan Athirah Ardilla untuk membantu gadis itu melalui jalan yang agak curam.

Setelah bukit di daki, mereka melalui pula kawasan tebing yang di bawahnya sudah terhidang gaung yang sangat dalam. Penuh berhati-hati langkah kaki mereka. Harith Haiqal sentiasa mengawal pergerakan pasukannya itu. Jika ada halangan seperti ranting kayu, atau pokok yang tajam, dia cantasnya terus bagi memudahkan pergerakan pasukannya.

Setelah kawasan tebing di lalui, mereka menyusuri anak sungai pula. Sampai di satu tempat, mereka perlu memanjat batu besar yang di celahnya terdapat mata air. Dengan bantuan tangan sasa Harith Haiqal, dengan mudah sahaja dia memanjat batu yang besar itu. Ika dan Sarah pula di bantu oleh Amin.

Kali ini mereka perlu menuruni cerun yang tajam. Penuh berhati-hati. Setelah menuruni cerun yang tajam, mereka menyusuri anak sungai kembali.

Setelah menyusuri anak sungai, mereka perlu memanjat bukit untuk sampai ke check point seperti yang di terangkan jurulatih Fuad.

Kali ini bukit yang mereka daki agak tinggi dan curam. Mereka perlu merapatkan diri sesama sendiri bagi memudahkan pergerakkan. Amin memimpin Pasukan di bahagian hadapan membantu Ika dan Farah. Harith Haiqal pula membantu Athirah Ardilla dan Farah Madhihah.

Terasa selamat berada dalam kumpulan itu apabila semua saling berkerjasama.

Dan akhirnya, wajah kelegaan tergambar di wajah masing-masing apabila mereka sudah tiba di check point yang sepeti di beritahu.

Mereka merehatkan diri sebentar sambil menunggu beberapa lagi kumpulan.

“Wahhh. Cantiknya pemandangan di sini,” ujar Farah Madhihah.

“Jom Dilla kita selfie,” sambungnya lagi.

“Encik Haiqal… Dilla. Duduk rapat,” Farah Madhihah memberi arahan.

Pelbagai gaya mereka bergambar. Semua yang ada di situ tidak lagi mempamerkan wajah tidak suka. Tiada lagi jelingan tajam setelah mengetahui hubungan mereka berdua.

Namun sedari tadi Athirah Ardilla perasan Harith Haiqal sesekali memndang tajam ke arah Fuad. Dia tidak mengerti maksud pandangan itu, namun seperti ada sesuatu yang tidak selesai. Ingin bertanya, dia khuatiri akan mengganggu mood suaminya itu.

“Baiklah. Semua sudah sampai. Bolehlah hidupkan api. Menu sarapan hari ini, kita masak telur rebus dan roti sandwish sardin,” – Fuad.

Semua kumpulan sibuk mengeluarkan perkakas dan barang-barang yang di berikan sebelum mereka memulakan aktiviti itu.

“Ada tak yang telurnya pecah? Mancis dan roti basah? – Fuad.

Semua pasukan hanya menggelengkan kepala.

“Bagus. Semua mendengar arahan dengan baik,” – Fuad.

Beberapa minit kemudian, mereka selesai menjamu selera dengan sarapan yang mereka buat sendiri.

“Okey. Sebelum bertolak. Sila kutip sampah yang ada di sekitar kamu. Jangan ada yang tertinggal. Kebersihan hutan adalah tanggungjawab bersama,” – Fuad.

“Buang sampah yang kamu kutip dalam plastik ini,” – arah Fuad sambil menunjukkan plastik sampah yang ada pada salah seorang jururlatih.

“Okey. Untuk jalan pulang, kamu perlu melalui tebing sungai yang tinggi ini. Sampai di hujung, kamu perlu turun bukit. Kemudian kamu perlu memanjat satu tebing yang agak tinggi,” – Fuad.

Setelah selesai memberi penerangan, satu persatu kumpulan di lepaskan seperti tadi. Tepat pukul 11 pagi aktiviti jungle tracking itu selesai.

Pukul 3 petang, mereka perlu berkumpul kembali untuk aktiviti seterusnya.

tq suppor.. -mh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience