Bab 5

Romance Completed 21516

Malaysia, Batu Ferringhi.
Wajah Harith Haiqal di kamarnya terlihat sedikit tegang. Telefon bimbit di tangannya di pandang tajam. Lama dia merenung gambar yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Giginya di kacip-kacip. Ya. Di hadapannya kini terdapat beberapa keping gambar milik Athirah Ardilla bersama seorang gadis sedang berjalan menuju ke kampus. Tetapi di sisi gadis itu terlihat seorang lelaki yang berdiri begitu dekat dengannya. Siapa lelaki itu? Kekasihnya ke? Nampak mesra. Sebab itukah susah untuk gadis itu membuat keputusan tentang lamarannya. Jari-jemarimya di genggam kejap. Giginya di kacip. Perancangannya terasa sukar. Aaaaaahhh!! Apa jadi sekalipun, dia menjadi tanggunjawab aku. Putusnya.
Paparan gambar di skrin telefonnya di tutup. Senarai nama kenalan di cari pula. Dia mencari-cari nama Rudy di senarai panggilan di terima. Rudy merupakan pelajar Malaysia yang juga menuntut di kampus di mana tempat Athirah Dan Farah Madhihah sambung belajar. Rudy juga merupakan penyiasat upahan Harith Haiqal. Mudah baginya mengupah penyiasat di kalangan pelajar universiti tersebut, kerana mudah baginya untuk mengintip gerak-geri Athirah Ardilla. Universiti Princenton tidak kurang hebatnya dari segi menjaga keselamatan pelajar-pelajarnya. Jika dia mengupah pegawai penyiasat di kalangan orang luar, pasti gerak geri gadis itu tidak dapat diekori. Gambar-gambar milik Athirah Ardilla yang penuh di galerinya, adalah hasil kerja Rudy. Setakat ini, kerja keras Rudy untuk mengekori gadis itu ke mana sahaja sangat dia kagumi. Nampak jelas wajah gadis itu di setiap gambar yang di hantar Rudy kepadanya.
Setelah dapat apa yang di cari, button memanggil di tekan. Terdengar beberapa deringan berbunyi dan tidak lama kemudian panggilan di angkat.

“Haaaa… Kau tau siapa lelaki tu?” garau suara Harith Haiqal di hujung talian. Rudy sedikit gugup. Terdengar suara bossnya seperti menahan kemarahan. Dia ada buat salah ke? Jika tidak kerana upah yang mahal di terima dari Harith Haiqal, pasti sudah lama dia menolak tawaran Harith Haiqal untuk mengintip gerak geri Athirah Ardilla. Siapa tidak kenal gadis cantik, menawan dengan gaya muslimahnya itu. Gadis itu menjadi kegilaan setiap pelajar lelaki yang menuntut di universiti tersebut. Sebut sahaja nama Athirah Ardilla Bachelor Of Honours Civil Engineering, pasti ramai yang mengenalinya. Sebenarnya Rudy juga pernah cuba untuk mendekati gadis itu, memandangkan mereka mempunyai minat yang sama dalam fotografer namun tidak di endahkan gadis itu. Athirah Ardilla seperti jinak-jinak merpati.

“Lelaki tu Fareed boss. Dia juga pelajar Malayisa yang sambung belajar kat sini,” Rudy berkata perlahan. Nada suaranya terpaksa di perlahankan kerana dia kini berada di perpustakaan. Ada artikel yang perlu di cari di situ bagi melengkapkan assigmentnya. Tidak terfikir olehnya yang Harith Haiqal akan menelefonnya di waktu begini.
“Apa hubungan lelaki itu dengan dia,” soal Harith Haiqal lagi. Keras.
“Tidak ada apa-apa hubunga boss. Lelaki itu memang ada hati dengan Athirah tetapi Athirah tak layan boss,” balas Rudy pula. Dia sehingga kini tertanya-tanya apa hubungan lelaki di hujung talian ini dengan Athirah Ardilla. Setahunya Athirah Ardilla merupakan anak yatim piatu dan anak tunggal.
Hurmmm. Sangat-sangat complicated.
“Kau pasti?” nada suara Harith Haiqal semakin kendur. Tidak keras seperti tadi. Mungkin dia rasa sedikit lega dengan apa yang Rudy katakan sebentar tadi.
“Ya. Saya sangat-sangat yakin boss. Selama saya belajar kat sini, tidak pernah saya nampak Athirah Ardilla keluar dengan mana-mana lelaki boss,” yakin dia memberitahu. Penting untuk dia memberitahu secara terperinci tentang target yang sedang menjadi sasarannya kini.
“Okey. Bagus. Teruskan dengan kerja kau. Macam biasa, jangan lupa update aku tentang semua gerak-geri dia,” balas Harith Haiqal tenang. Talian di matikan.

Perlahan dia mengatur langkah menuju ke katilnya. Merebahkan badannya di situ. Telefon bimbitnya di letakkan di atas laci almari di sisi katilnya. Suis lampu tidur di tekan. Suasana menjadi sedikit gelap. Hanya kelihatan cahaya lampu dari luar yang mencuri-curi masuk di celahan langsir balkoni kamarnya. Selimut tebal di tarik separas bahu menutupi badan sasanya yang tidak berbaju. Mata di pejam dan dia tidur dengan lenanya pada malam itu.

Dddddddrrrringgggggggg!!!!!
Alarm penggera di sisi katil berbunyi nyaring tepat pukul 6 pagi. Mata Harith Haiqal masih lagi terkulat-kulat. Terasa baru sebentar tadi matanya di pejamkan dan kini dia perlu bangun untuk mendirikan solat Subuh. Alarm di matikan. Dia bangun malas. Inilah padahnya jika tidur lewat malam. Padanlah muka kau Qal tak cukup tidur. Dia menyumpah dirinya sendiri. Dia mengalihkan selimut tebal yang menutupi sebahagian tubuhnya. Dia bangun dan turun dari katil. Sudah menjadi kebiasaan dirinya tidur dengan hanya memakai boxer. Dia selesa begitu. Badannya di pusing kiri dan kanan. Bunyi drappp draaappp beberapa kali setiap kali dia memusingkan badannya. Otot-otot badannya perlu di renggangkan. Senaman ringan di sisi katil di lakukan. Dia kena sentiasa menjaga staminanya. Barulah otot-otot di badannya kelihatan segar. Setelah beberapa kali membuat senaman regangan dia berdiri tegak di hadapan cermin besar yang ada di biliknya. Sengaja dia memilih untuk meletakkan cermin besar di situ, supaya mudah baginya melihat tubuh seksinya separa bogel. Dia tersenyum sendiri. Membuat gaya atlet bina badan. Sesekali dadanya digerak-gerakkan. Berpuas hati dengan tubuh sasa yang dia miliki.
Jam di dinding di kerling. Sudah 6.15 pagi. Dia perlu membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Waktu tidak panjang. Tuala mandi di dalam almari di ambil. Lantas kakinya tgerus menghilang di dalam bilik air. Hanya sekadar membersihkan diri dengan menggosok gigi dan mencuci muka. Kemudian air wudhuk di ambil. Setelah siap dia keluar. Pakaian solat di ambil di dalam almari dan dia mula menunaikan beberapa minit kemudian.

Setelah selesai menunaikan solat, kelengkapan solat di simpan rapi kembali di dalam almari. Dia kini hanya memakai boxernya sahaja. Perlahan kakinya melngkah menuju ke balkoni. Langsir tebal yang menutupi pintu sliding di selak. Kemudian pintu sliding di buka. Terdengar suara nyaring kicauan burung terbang di sekitar banglo mewah milik keluarganya itu. Harith Haiqal bukan tiada rumah sendiri, tetapi baginya selagi dia belum mendirikan rumah tangga, dia akan tetap berada di situ. Tinggal bersama kedua orang tuanya.
Udara pagi di sedut lembut. Angin bayu yang datang dari laut menyapa tubuh sasanya yang tidak berbaju. Sedikit dingin dia rasakan. Namun dia selesa sebegitu. Senaman regangan otot di lakukan sekali lagi. Kali ini sedikit agresif dari yang awal tadi. Tekan tubi, lari setempat dan beberapa regangan otot di lakukannya.
Setelah hampir 30 minit dia membuat regangan, langkah kakinya di atur masuk semula ke dalam kamarnya. Pintu sliding di tarik kembali. Dia harus membersihkan diri dan bersedia untuk ke pejabat.

“Morning Ma,” Harith Haiqal menyapa Datin Nora yang sedang menyusun hidangan sarapan di atas meja makan. Pipi Datin Nora di kucup lembut. Sejak dari kecil dia di ajar begitu. Datin Nora hanya tersenyum. Pandangannya jatuh pada tubuh sasa anak terunanya. Harith Haiqal adalah anak sulungnya dan lelaki tunggal kerana dua adik-beradik di bawahnya dua-dua perempuan. Kacak sungguh. Dia memuji anaknya itu di dalam hati. Tali leher anaknya yang sedikit senget di betulkan.

“Okey. Perfect,” ujar Datin Nora sambil matanya di kenyitkan ke arah anak terunanya itu.
“Papa mana ma. Tak nampak pun,” tanya Harith Haiqal melihat sekeliling mencari-cari kelibat Datuk Kamal namun tiada.
“Oooo. Papa awal-awal dah keluar. Ada pelancong dari luar negara datang ke hotel kita membuat lawatan hari ini kan,” Datin Nora menerangkan kepada anaknya. Seharusnya Harith Haiqal sudah maklum tentang perkara itu. Kening di angkat. Isyarat bertanya kepada anaknya.

“Aaah.. Iyalah. Lupa,” Harith Haiqal menggaru-garu keningnya yang tidak gatal.
“Mari duduk. Teman mama sarapan. Ada perkara mama nak bagi tahu,” kerusi di tarik sedikit tanda menyuruh anak terunanya duduk di situ. Tanpa bantahan, Harith Haiqal menurut sahaja.
Teh 0 panas di tuang Datin Nora ke dalam cawan lalu di sua kepada Harith Haiqal. Nasi lemak yang di masak Mak Jah, tukang masak merangkap master chef di rumah itu di senduk. Lengkap dengan telur rebus, sambal, ikan bilis , kacang, timun. Memang sempurna. Kena dengan selera tekaknya. Punah diet kalorinya hari itu tapi tidak mengapa, nanti hujung minggu dia boleh membuangnya di gym.
“Semalam Puan Sri Sarah ada hubungi mama,” Datin Nora memulakan kata.
Terdengar sahaja nama Puan Sri Sarah, terus sahaja suapannya terhenti. Kunyahan makanan di dalam mulutnya juga di telan perlahan. Dadanya tiba-tiba berdebar. Tertarik dengan topik yang akan di bincangkan mamanya, sudu dan garfu di letakkan di dalam pinggan. Fokusnya terarah pada Datin Nora di hadapannya.
Melihat tindakan anak terunanya itu, Datin Nora juga menghentikan suapan. Sudu dan garfu juga di letakkan di dalam pinngan. Ke dua tanggannya di letakkan di atas meja. Jari-jemarinya bertaut.

“Guest what?’ soal Datin Nora. Senyuman besar hingga ke telinga terukir di bibirnya. Harith Haiqal pelik melihat reaksi mamanya. Bahunya di jungkit tanda tidak tahu.
“Dia dah setuju. And satu bulan dari sekarang U alls akan di satukan,” Datin Nora berkata girang. Gembiranya bukan kepalang. Mana tidaknya, sudah lama dia menunggu saat ini. Harith Haiqal bersetuju menamatkan zaman bujangnya. Bukan itu sahaja, calon menantunya juga adalah anak kepada sahabat karibnya. Lagi dia bertambah suka dan bahagia.
“Whats?? Serius lah mama. Mama tak berguraukan? Ya Allah. Akhirnya. Kau makbulkan doa aku,” Harith Haiqal terkejut seraya meraup muka. Terpapar sinar kebahagiaan di wajahnya. Suapan di teruskan. Senyuman tidak putus dari bibirnya. Datin Nora hanya mengangguk. Senyuman juga tidak lekang di bibirnya.
“Morning boss,” Natilia menyapa Harith Haiqal ketika lelaki itu melintasi di hadapan mejanya. Wajah Harith Haiqal di rasakan sedikit berlainan pagi itu. Senyuman tidak lekang dari bibirnya dari awal lelaki itu melangkah masuk ke pejabat hingga lah tubuh lelaki itu hilang di dalam bilik pejabatnya. Pelik. Biasanya, sukar melihat lelaki itu tersenyum. Tapi pagi ini, apa hantu yang dah merasuk bossnya itu.
Perubahan Harith Haiqal pada pagi itu menjadi tajuk perbualan hangat dan gosip-gosip di kalangan para pekerjanya.

“Kenapa dengan boss kau tu Mira. Ceria betul dia pagi ni,” terdengar sutu suara di hujung meja tidak jauh dari tempat Natilia berada.
“Entah. Salah tidur kot malam tadi,” balas satu suara lagi diiringi derai tawa.
“Korang tak payah nak mengata boss tu lebih-lebih,” Natilia sudah mula bersuara. Tidak suka mendengar cerita dari pekerja-pekerja di situ.
“Bagus apa kalau boss tu mood dia baik pagi ni. Tak adalah muka korang je yang asyik kena marah,” balasnya lagi. Geram. Dia malas melayan kerenah pekerja bawahannya itu, lantas meneruskan kerja-kerjanya seperti biasa.
Interkom di sisinya berbunyi menandakan ada panggilan dari Harith Haiqal. Butang merah di tekan menandakan panggilan itu di terima.
“Ya Encik Haiqal,” Natilia menjawab.
“Natilia. U masuk bilik I sekejap,” terdengar suara Harith Haiqal memberi arahan.
“Baik boss,” balas Natilia pendek. Sepeti biasa buku nota dan pen di ambil. Pasti ada tugasan yang perlu di lakukan hari itu. Setelah membetulkan pakaiannya, dia melangkah perlahan menuju bilik Harith Haiqal. Di pintu bilik lelaki itu tertulis CEO Syarikat. Encik Harith Haiqal Bin Datuk Kamal.
Pintu itu di ketuk.

“Masuk,” suara Harith Haiqal dari dalam kedengaran.
Natilia menolak pintu perlahan dan menutupnya kembali setelah dirinya masuk ke dalam pejabat bosnya itu. Perlahan langkah kakinya di atur menuju meja Harith Haiqal. Terlihat lelaki itu sedang tekun menatap laptopnya. Natilia berdiri tegak di hadapan Harith Haiqal. Di tangannya sudah tersedia pen dan buku. Bersedia untuk menulis arahan bossnya.

“Okey. Natilia. Hari ini I bercadang nak belanja semua staff makan tengah hari. U ada any suggestion?” Harith Haiqal berkata. Matanya masih lagi menatap laptopnya.
“U nak belanja diorang makan di luar atau makan di hotel kita sahaja boss? Ke U nak oder makanan dari luar?” Natilia bertanya meminta kepastian. Harith Haiqal benar-benar pelik. Tidak pernah dia melihat lelaki itu sebaik itu sepanjang dia bekerja di situ.
“Mana better? I tak nak ada yang masuk lambat lepas waktu lunch nanti,” kata Harith Haiqal. Dalam kebaikan ada ketegasan.
“Okey. Kalau macam tu belanja diorang makan di hotel kita sahaja lah boss. Senang,” balas Natilia yakin. Jawapan Natilia di sambut dengan anggukan.
“Okey. Yang itu U tolong uruskan,” Harith Haiqal berkata sambil berdiri.
“Errrr. U nak ke mana,” Natila berkata pelik melihat Harith Haiqal yang sudah pun tegak berdiri sambil pakaiannya di kemaskan.
“I nak keluar buat announcement kepada semua staff lah. Kalau U yang bagitahu, takut-takut mereka tidak percaya,” ujar Harith Haikal. Faham dengan pandangan pelik semua staffnya sejak dia mula-mula melangkah masuk pejabat tadi.
“Oh ok,” balas Natilia beserta anggukan.
Langkah Harith Haiqal yang mahu keluar dari pejabatnya di ekori. Sampai sahaja di depan meja Natilian Harith Haikal menepuk-nepuk ke dua tangannya kuat sebagai tanda meminta perhatian dari semua staffnya.

“Semua datang sini. Berhenti dulu buat kerja,” arah Harith Haiqal tegas kepada semua staffnya.
Semua staff yang ada di situ menurut perintah Harith Haiqal. Ada yang jalan sambil berbisik sesama sendiri. Kebiasaanya mereka di panggil begitu apabila ada satu kesalahan besar yang di lakukan oleh salah seorang staff, dan dia ingin memberi peringatan agar kesalahan itu tidak berulang kepada staff yang lain. Muka staffnya kelihatan sedikit ketakutan.

“Jangan risau. Saya panggil ni bukan nak buat peringatan, tetapi ada benda saya nak bagi tahu,” ujar Harith Haiqal dengan sedikit senyuman. Faham dengan reaksi dari staffnya. Sejurus ayatnya di habiskan terdengar suara semua staffnya menarik nafas lega. Harith Haiqal menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat para staff yang ada dihadapannya. Tegas sangat ke dia? Bisiknya di dalam hati.

“Okey. Semua dah ada?” tanya Harith Haiqal. Natilia yang berdiri tidak jauh darinya di pandang sekilas. Setiausaha paling setia yang dia pernah ada.
“Dah boss,” jawab staffnya serentak. Bergema sedikit pejabat itu apabila suara mereka bersatu.
“Okey. Memandangkan sejak kebelakngan ini, saya dapat melihat prestasi kerja kamu semua semakin baik dan cemerlang…..” Harith Haiqal menarik nafas sebelum menyambung kembali.
“Hari ini saya bercadang untuk belanja kamu semua makan tengah hari di restoran yang ada di hotel kita,” ujar Harith Haiqal sambil senyuman yang sedari tadi terukir di bibirnya.
“Yeayyy,” sorakkan dari semua staff kedengaran. Bergema sekali lagi ruang pejabatnya itu.
“Terima kasih boss,” kedengan salah seorang staffnya bersuara. Diikuti beberapa yang lainnya.
“Okey. Boleh bersurai. Teruskan kerja kamu semula. Tapi lepas lunch jangan ada yang masuk lewat ye” arah Harith Haiqal. Sengaja wajahnya di garangkan.

Setelah semua staff bersurai, dia berpaling menuju ke meja Natilia. Kelihatan wanita itu baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya. Melihat sahaja langkah Harith Haiqal menuju ke arahnya, cepat-cepat dia bangun, tegak berdiri.
“Hmmmm Natilia. Nanti U bagi tau pada ketua chef untuk masak masakan yang istimewa untuk semua staff,” ujar Harith Haiqal.
“Okey boss,” balas Natila. Dia kemudiannya terus melabuhkan punggungnya di kerusi setelah Harith Haiqal berlalu pergi menuju ke bilik pejabatnya.

Pintu bilik pejabatnya di tolak perlahan. Kemudian dia terus menuju ke meja. Laptopnya yang sedari tadi di biarkan terbuka di capai. File yang bernama Athirah Ardilla di buka. Terpapar satu persatu wajah Athirah Ardilla di hadapannya. Wajah putih bersih beserta senyuman terukir di bibir gadis itu membuat dadanya tiba-tiba berdegup kencang. Aiiiihhhh dah kenapa jantung aku ni. Katanya seraya dadanya yang sasa di usap. Takkan sebab tengok gambar dia jantung aku boleh lari pecut macam ni. Dia berbicara sendiri. Sedang dia leka dengan perasaannya sendiri, tiba-tiba pintu bilik pejabatnya di tolak keras. Terilhat wajah Izzat dengan wajah yang sedikit cemas.
Terkejut sedikit Harith Haiqal apabila biliknya di terjah sebegitu. Dahinya berkerut. Wajah Izzat yang cemas menjadi tatapan matanya kini. Izzat sahabatnya merangkap orang kanan yang paling di percayai. Izzat juga merupakan penasihat peribadi yang tak bergaji Harith Haiqal. Selain Natilia dan keluarganya, Izzat juga mengetahui kisah hitamnya 11 tahun yang lepas. Menjejaki Athirah Ardilla juga adalah salah satu idea Izzat tetapi untuk mengahwini gadis itu merupakan keputusan Harith Haiqal sendiri. Sepanjang Harith Haiqal sambung belajar di luar negara suatu ketika dahulu, Izzatlah orang yang dipercayai untuk memberi maklumat terhadap kes Harith Haiqal. Dari situlah dia mengenali Arthirah Ardilla.

“Haaa. Kau dah kenapa. Macam kena kejar Abang Long je aku tengok. Cemas semacam,” sergah Harith Haiqal setelah sahabatnya itu masuk ke dalam biliknya. Izzat senyum sambil menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Tanpa di suruh, dia duduk di atas kerusi berhadapan Harith Haiqal. Sudah biasa dia begitu.

“Kau ada tengok instagram adik sepupu kau? Siapa ea nama dia. Jap…jap.. aku lupa,” kata Izzat setelah punggungnya di labuhkan.

Jarinya di petik-petik sebagai tanda cuba mengingati nama adik sepupu Harith Haiqal. Harith Haiqal hanya memandang pelik perilaku sahabat merangkap orang kanannya itu. Matanya masih menatap laptop di hadapannya. Baik aku tengok wajah Athirah Ardilla ni. Lagi baik. Tidak tertarik dengan topik yang cuba di sampaikan Izzat.
Malas mahu berfikir panjang. Telefon bimbitnya di ambil. Galeri di buka. Satu gambar di pilih dan di zoom. Di hulur telefon bimbitnya yang terlihat satu wajah seorang gadis penuh di skrin telefonnya ke arah Harith Haiqal. Harith Haiqal mengambil telefon bimbit yang di hulur Izzat. Dahinya sedikit di kerutkan setelah melihat wajah gadis yang terpapar di telefon milik sahabatnya itu.
“Farah?” soal Harith Haiqal setelah wajah gadis di telefon sahabatnya itu di lihat. Telefon bimbit di kembalikan. Tumpuannya kembali terarah pada skrin laptopnya.

Izzat mengangguk perlahan. Telefonnya di ambil. Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu. Cehhh!! Watak apa yang cuba aku bawa ni? Getusnya sendiri. Senyumannya terbantut.

“Tu adik sepupu kau kan? Anak Datin Rodziah dengan Datuk Azamuddin. Pak Long kau,” soal Izzat kembali.
“Aah. Ye lah. Dia ni anak Pak Long aku. Dah tu kenapa?” Soal Harith Haiqal pula pelik. Dia sedari tadi hanya memberi tumpuan pada skrin laptop di hadapannya.
“Kau tau kan sekarang dia tengah sambung belajar,” soal Izzat lagi.
“Ye… aku tau..aissshhhh kau ni cakap satu-satu. Boleh tak kau habiskan cerita kau betul-betul,” marah Harith Haiqal.

Geram dengan sikap sahabatnya yang hanya bercakap sepatah-sepatah. Laptop di hadapannya di tutup. Tumpuannya kini terarah pada Izzat di hadapannya.
Izzat membuka telefonnya kembali. Gambar gadis tadi masih terpapar di skrin telefonnya. Namun gambar itu di skroll ke kanan. Wajah gadis yang berlainan terpapar di skrinnya. Dia kini berdiri dan langkahnya di bawa ke sisi Harith Haiqal. Telefonnya di letakkan di hadapan Harith Haiqal.
Terlihat kerutan di dahi lelaki itu. Athirah Ardilla? Dia pelik. Wajah Izzat di sisi di pandang memohon penjelasan. Telefon bimbitnya di ambil. Langkahnya di atur kembali ke arah kerusi yang dia duduk tadi. Punggungnya di labuhkan.

“Kau tau, adik sepupu kau tu satu unversiti dengan Athirah Ardilla. Dan yang paling kau akan terkejut, Farah tu kawan baik Athirah Ardilla. Diorang tu housemate lagi tau,” terang Izzat. Dia tersenyum puas setelah berita yang tergempar itu berjaya di sampaikan dengan jayanya kepada lelaki yang ada di hadapannya. Jari jemarinya di main-mainkan di atas meja lelaki itu.
Setelah Izzat menghabiskan kata-katanya, dengan pantas Harith Haiqal membuka laptop di hadapannya. Fail yang bernama Athirah Ardilla di buka. Dan satu gambar di pilih. Terlihat wajah Athirah Ardilla yang sedang ketawa bersama dengan seorang gadis tidak jauh darinya. Wajah gadis itu di zoom dan nampak jelas kini wajah Farah Madhihah sedang galak ketawa.

“Ya. Allah. Kenapa aku boleh tak perasan,” gumam Harith Haiqal perlahan namun mampu di dengari Izzat di hadapannya.
“Macam mana kau nak perasan kalau fikiran kau hanya ada Athirah Ardilla,” balas Izzat sambil membuat memek muka.

Terlihat Harith Haiqal termenung seketika. Usikan Izzat di biarkan. Dia memikirkan agenda seterusnya. Terlihat lelaki itu mengambil telefon bimbitnya. Matanya tajam memberi tumpuan pada telefon bimbit di tangannya. Terlihat telefon itu di bawa ketelinga. Lama. Kemudian di bawa ke hadapan. Dan di bawa kembali ke telinganya. Beberapa kali dia membuat begitu.

“Iiishhh. Tak angkat pula,” getusnya.
“Pukul berapa sekarang?” soalnya kepada Izzat. Terlupa yang dia juga ada memakai jam tangan.
“Pukul 10.30 pagi. Kenapa?” balas Izzat pelik. Terlihat Harith Haiqal membilang dengan jari.
“Patutlah. Sana dah larut malam. Tidur dah kot,” balas Harith Haiqal perlahan.

Izzat faham kini. Pasti nombor Farah Madhihah yang cuba Harith Haiqal dail beberapa kali tadi. Hubunga antara Farah Madhihah dan Harih Haiqal boleh di katakan sangat rapat juga. Farah Madhihah merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga Datin Rodziah, manakala Harith Haiqal pula anak lelaki tunggal dalam keluarga Datin Nora. Hurrrmmm. Dia melepaskan keluhan.

Terima kasih sudi support karya sy. Jangan lupa follow dan komen ye utk menaikkan semangat sy lagi utk berkarya. jika ada salah silap mohon maaf. Tunggu next chapter. Tq - MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience