Bab 16

Romance Completed 21516

Wajah bengis di hadapannya di tatap penuh debaran. Fuad kaku di hadapan Harith Haiqal.

Tangan sasa lelaki itu kejap menjerut kolarnya bajunya membuat dia sukar bernafas.

Mereka berada di belakang chalet. Sedikit tersorok dari pandangan orang ramai. Rahsianyaa hampir terbongkar.

“Sabar Encik Haiqal,” luah Fuad.

Takut melihat wajah bangis itu. Tangan kiri lelaki sudah menggepal penumbuk. Bila-bila sahaja tubuhnya pasti menjadi sasaran.

“Apa rancangan kau malam tadi ha?! Kau nak buat sesuatu yang tak baik pada Athirah Ardilla kan?” jerkah Harith Haiqal.

Jika dia tidak sampai tepat pada waktunya, pasti isterinya itu sudah menjadi mangsa. Nauzubillahminzalik!

“Lepaskan saya dulu Encik Haiqal. Saya akan terangkan,”

Wajah cemas itu di renung. Perlahan dia melonggarkan tangannya di leher lelaki itu.

Malam tadi, selepas beberapa minit acara burung hantu berjalan, Harith Haiqal pelik melihat pelatih semua sudah kembali ke check point terakhir. Namun tubuh isterinya tidak kelihatan.

Dia yang merasa sedikit cemas cepat sahaja meluru masuk ke kawasan belukar mencari kelibat isterinya. Dia mengoyang-goyangkan sedikit tali yang diikat. Jika isterinya masih memegang pada tali itu, pasti isterinya itu bersuara.

Wajah cemasnya berasa sedikit lega apabila mendengar suara itu. Ya. Suara isterinya memarahi orang yang menggoyangkan tali tersebut. Dan dia berasa sedikit pelik kerana ada suara lain di situ. Bukankah semua sudah ada di check point terakhir?

Dia terus menghampiri isterinya. Melihat sahaja isterinya sedang duduk mecangkung, terus dia lupa tujuan asal dia ada di situ. Sedikit lucu melihat isterinya. Duduk mencangkung sambil mqta tertutup.

Dan dia sedikit pelik apabila tiba-tiba Fuad muncul seorang diri dalam belukar tersebut. Jika benar dia ingin mencari dan menyelamatkan Athirah Ardilla, pasti jurulatih yang lain sudah ada bersama dia.

“Sebenarnya saya tak tahu pun Athirah Ardilla tu isteri Encik Haiqal. Kalau saya tahu, saya tidak terima tawaran ini,”
Mata yang merah menyala sedang merungnya di tatap. Cuba meyakinkan lelaki itu apa yang di ucap adalah benar.

“Ya. Memang saya dapat tawaran untuk mengapa-apakan Athirah Ardilla. Bayaran yang cukup lumayan saya terima. Bila saya tanya kenapa Athirah Ardilla? dia cakap jangan tanya apa-apa. Jalan sahaja tugas,”

Sambungnya lagi.

“Jujur saya memang ada niat untuk berkenalan dengan Athirah Ardilla. Tapi bila mendapat tawaran hebat ini takkan saya nak lepaskan,”

“Heii kau ni! Kalau aku lepaskan ni, sia-sia je,”
balas Harith Haiqal menahan marah sambil penumbuk di tunjukkan.

“Siapa upah kau?”

“Encik Haiqal kenal orang tu,”

Fuad mengeluarkan satu sampul surat yang tebal isinya lalu di beri kepada Harith Haiqal. Harith Haiqal menyambut huluran tersebut. Isi sampul itu dilihat. Dan di dalamnya juga ada sekeping gambar Athirah Ardilla. Note-note seratus seringgit yang diikat tebal di pegang.

“Natilia,” sambung Fuad.

Harith Haiqal mengerutkan dahinya inginkan penjelasan.

“Jom encik. Kita duduk di bangku tu sebentar,”

Wajah bengis di hadapannya semakin kendur. Dia menurut langkah kaki lelaki itu.

“Natilia dan saya dah lama kenal sejak di bangku sekolah lagi. Ada sesekali kami berhubung. Lepas SPM dia menghilangkan diri dan saya dapat tau dia bekerja di hotel encik sebagai setiausaha encik. Encikk tahukan dia anak yatim piatu?”

Harith Haiqal yang tekun mendengar menggerakkan sedikit kepalanya.

“Mak dan ayah dia meninggal sebab kena bunuh,”

Sedikit terkejut wajah itu.

“Natilia tu ada masalah depressed tahap 4. Sudah kritikal. Tapi tiada siapa yang mampu bantu dia. Mungkin kematian mak dan ayah dia ada kaitan dengan dia. Tapi polis tiada bukti sebab dalam masa yang sama mak dan ayah dia ada hutang dengan Ah Long. Dia bukan dari keluarga yang harmoni Encik Haiqal. Mak dan ayah dia selalu bertengkar. Ayah dia pula kaki judi dan minum arak, "

Suasana sepi. Sungguh Harith Haiqal baru tahu.

"Tapi.. Kenapa dia plan semua ni? Kenapa Athirah Ardillah?”

Sungguh dia keliru.

“Natilia dah lama suka encik. Suka yang tahap gila. Tapi encik tak sedar tentang itu. Saya juga tahu serba sedikit tetang kes Athirah Ardilla. Natilia tahu dalam diam encik menjejaki Athirah Ardilla. Dia curi-curi dengar masa encik berbincang dengan kawan encik dekat office. Jadi dia dapat rasakan Athirah Ardilla pesaing encik. Dia pernah cakap dekat saya.. mana-mana perempuan cuba dekati encik akan jadi musuh dia,”

Harith Haiqal meraup mukanya.

“3 hari sebelum program ni, dia ada jumpa saya. Dia ada beritahu saya rancangan dia. Dia tahu Athirah Ardilla sertai program ni. Encik kena berhati-hati dengan dia.”

Hurmm.. dia menarik nafas. Nyaris-nyaris mukanya pecah sebentar tadi.

“Natilia belum tahu encik dan Athirah Ardilla sudah kawin. Kalau dia tahu…..”

Dibiarkan ayatnya tergantung.

"Duit tu encik tolong pulangkan semula pada Natilia. Saya minta maaf sebab tak fikir panjang,"

Dia bangkit. Bahu lelaki di sentuh. Lalu dia beredar.

*********

Jam sudah menunjukkan pukul 3. Semua pelatih sudah berkumpul.

“Kau nampak laki aku?”

Athirah Ardilla tercari-cari Harith Haiqal yang tidak muncul sedari tadi. Habis sahaja aktiviti jungle tracking terus sahaja lelaki itu hilang sampai sekarang. Ada kerisauan di wajah putih mulus itu.

“Waahhh! Baru beberapa jam takkan dah rindu kot,” Farah Madhihah menyakat.

Bahu Athirah Ardilla di tolak menggunakan bahunya.

Berkerut dahi itu tidak senang.

“Issshhh! Aku serius lah. Makan tengah hari tadi pun dia tak ada kan?” luahnya.

“Dia dah balik kot,”

"Takkan lah..., "

Wajah Athirah Ardilla muram setelah mendengar ayat Farah Madhihah.

“Aku kan ada. Kau ni sejak ada dia, aku kau pinggirkan ea. Kalau tak, aku lah tempat kau nak bermanja,”

Wajah Farah Madhihah sengaja di muramkan.

“Okey semua dah ada,” – Fuad.

“Dah!,” – pelatih.

“Encik apa aktiviti petang ni?” – Amin kedengaran tidak sabar.

“Okey. Untuk aktiviti petang ni, kita akan main permainan ‘Monkey Track’,” –Fuad

Waahhh! Semua teruja. Farah Madhihah di sebelahnya sudah ketawa kegirangan. Teruja mendengar nama permainan itu.

“Untuk permainan ini, kamu nampak di belakang saya ada empangan air?”- Fuad.

Semua mata terarah pada yang di tunjukkan oleh Jurulatih Fuad. Terlihat aliran air sungai yang telah di sekat dengan batu-batu besar bermula dari tebing kiri ke tebing kanan lalu membentuk seperti sebuah kolam.

“Nampak!” – pelatih.

“Untuk aktiviti kali ini akan di lakukan di situ.” – Fuad.

“Oh!,” – pelatih.

“Kamu nampak tali tu?” – Fuad.

Tali? Semua pelik, dan mata terarah pada yang di tunjukkan jurulatih Fuad sekali lagi. Yelah. Ada satu tali diikat pada sebatang pokok merentasi empangan tadi. Kenapa tadi macam tak nampak? Athirah Ardilla tertanya sendiri. Hilang sudah pertanyaan tentang Harith Haiqal. Matanya tertumpu pada aktiviti yang dia rasakan menarik.

“Okey semua mari rapat ke tebing. Jurulatih Rizal akan tunjukkan cara permainan ini,” – Fuad.

Semua pelatih mula bergerak rapat menuju ke arah tebing.

“Semua wajib sertai aktiviti ini ya. Tak ada yang terkecuali. Kamu semua akan mulakan dari situ,” – Fuad.

Mata semua tertumpu pada jurulatih Rizal yang sedang berdiri di satu tempat.

“Permainan ni mudah je. Kamu perlu merentasi empangan ni...... tanpa menyentuh air,” – Fuad.

“Haaa??”- pelatih.

“Saya tahu kamu tidak faham. Okey Rizal. Tunjukkan,” – Fuad.

Terlihat jurulatih Rizal sudah bersedia di tempatnya. Perlahan dia memegang tali tersebut. Dan dengan pantas kedua kakinya turut di angkat bersilang memaut pada tali. Sebiji sepeti monyet. Patulah di namakan monkey track.

Dengan pantas jurulatih Rizal laju menyeberangi sungai dalam keadaan begitu. Sepertinya dia sudah terbiasa.

“Untuk pelatih perempuan baju tight-in dalam seluar ye. Saya tak nak kaum adam ada yang menangis air mata darah nanti,” seloroh Fuad.

Hingar-bingar suasana seketika dengan derai tawa semua yang ada di situ.

“Untuk pelatih perempuan, jurulatih Atiqah akan tunjukkan demo,”- Fuad.

Terlihat jurulatih kecil molek sudah sedia. Bajunya juga sudah di tight-in.

“Okey Atiqah. Boleh mulakan,” – Fuad.

Seperti jurulatih Rizal tadi, jurulatih Atiqah juga memegang tali tersebut. Kemudian kakinya juga di naikkan. Namun sedikit berlainan pautan kakinya.

“Okey. Nampak tak perbezaannya? Untuk pelatih perempuan. Tali perlu di kepit pada pelipat lutut ya. Okey Atiqah. Boleh teruskan,” – Fuad.

Sepeti jurulatih Rizal, jurulatih Atiqah juga tidak kurang hebatnya. Laju sahaja dia melintasi sungai tersebut.

“Selepas sahaja kamu sampai di hujung sana, terus sahaja kamu naik ke atas. Di sana ada tangga. Ikut tangga tu untuk naik ke atas. Dan kamu akan teruskan dengan acara ‘Flying Fox’ – Fuad.

Semua sudah semakin teruja.

“Okey. Ada sebarang pertanyaan?” –Fuad.

Terlihat Ika mengangkat tangannya.

“Encik. Kalau ada yang tak lepas macam mana? Terjatuh ke?,” – Ika.

“Okey. Bagus soalan kamu. Untuk yang tidak lepas, kamu menyusur sahaja. Tak perlu ulang dari awal. Tetapi kamu tetap kena naik ke atas untuk acara Flying Fox. Okey Faham semua?” – Fuad.

Semua manganggukan kepala.

“Ok. Kalau semua dah faham. Mari kita mulakan,” _ Fuad.

“Untuk lelaki akan di mulakan dengan Encik Haiqal,” – Fuad.

Semua mata tertumpu pada badan sasa itu. Dia tersenyum. Farah Madhihah yang berada di sisi Athirah Ardilla sudah mencuit –cuit gadis itu.

Wajah yang di rindui sudah ada di depan mata.
Perlahan Harith Haiqal membawa langkah menuju ke tali. Dengan bebrapa gerakan saja dia sudah seperti monkey. Dengan pantas dia melintasi empangan tersebut. Teruja Athirah Ardilla melihat tubuh sasa itu.

Sampai sahaja di pertengahan, tali seakan melendut sedikit. Mana tidaknya. Tubuh sasa yang sedang bersenggayut di situ.

Arggghhhh!!!! Terjerit kecil semua yang ada melihat situasi itu. Namun tubuh sasa itu masih tegap di situ. Hanya bajunya sahaja mencecah air. Dan tidak berapa lama, dia sudah sampai ketebing. Hiruk-pikuk sedikit suasana apabila semua memberikan tepukan dan jeritan.

“Untuk pelatih perempuan di jemput Athirah Ardilla untuk memulakan acara,” – Fuad.

Tercengang Athirah Ardilla apabila namanya di seru. Kenapa asyik aku je? Bebelnya di dalam hati. Namun langkah tetap di atur menuju ke tali. Baju sudah siap di tight-in sedari awal.

Dengan debaran di dada dia memegang tali. Dia melihat Harith Haiqal di seberang sungai. Nampak lelaki itu sedang memberinya semangat.

Dengan susah payah dia mengangkat kakinya ke atas dan mengepit tali di pelipat lututnya. Kemudian dia terus bergerak untuk melintasi empangan tersebut.

Namun nasib tidak menyebelahinya, apabila tiba di tengah dia tidak dapat mengawal gerakannya. Dan kakinya terlepas dari mengepit tali dan tubuhnya terus jatuh ke dalam air.

Sedikit kecewa wajahnya. Issshhh.. susahnya! Tadi tengok mereka buat macam senang je. Dia memarahi dirinya di dalam hati. Dia kemudian terus naik ketebing. Sampai di tebing, terlihat Harith Haiqal sudah menghulurkan tangannya. Dia mencapai huluran tangan Harith Haiqal memandangkan tebing itu agak tinggi juga.

“Good job sayang,” usik Harith Haiqal di telinganya setelah dia naik ke atas.

Hampir sahaja dia terpeluk tubuh itu.

“Good apanya,” wajah sedikit di muramkan.

Kecewa kerana tidak dapat menyudahkan permainan itu.

Dia dan Harith Haiqal kemudian beriringan menuju ke atas seperti yang diberitahu jurulatih Fuad.

“Pinggul sayang besar sangat. Tu yang berat,”

Merona merah wajah Athirah Ardilla saat Harith Haiqal menghabsikan ayatnya. Di raba pinggulnya.

“Don’t touch it!”

“Biarlah. Saya punya kan. Bukan sentuh orang lain punya pun,” seakan tidak faham.

“Jangan sampai abang dukung sayang. Kita balik chalet. Flying atas katil nak?”

Ada senyuman nakal di situ. Baru Athirah Ardilla faham.

“Ngada-ngada lah abang ni,”

Mereka sudah sampai di atas.

“Cik, Flying Fox ni boleh naik dua orang kan?” tanya Harith Haiqal pada pegawai security di situ.

“Boleh,” balas pegawai security.

Athirah Ardilla sudah mengerut dahi.
Seat Harness di berikan kepada mereka berdua. Beberapa minit kemudian, Athirah Ardilla dan Harith Haiqal lengkap memakai seat harness, glove dan helmet.

Athirah Ardilla hanya memerhati dari tepi apabila pegawai security menguruskan Harith Hiqal terlebih dahulu.

“Okey sayang. Mari sini.” Tutur Harith Haiqal.

Tangan sudah di hulur ke arah isterinya itu yang sedari tadi hanya jadi pemerhati.
Dalam pelik di sambut juga huluran tangan suaminya itu.

“Sayang duduk sini,”

Harith Haiqal menepuk-nepuk pehanya. Pegawai security membantu Athirah Ardilla untuk duduk di atas riba Harith Haiqal.

“Abang… saya takutlah,”

“Kalau takut peluk abang kuat-kuat,”

“Isshhh! Ambil kesempatan ea,”

“Sedia!”
Setelah tali safety di pasang, mereka terus sahaja meluncur.

Athirah Ardilla yang belum betul-betul sedia terus terperanjat dan menjerit. Lantas tubuh sasa itu di peluk erat.

“Abang dah cakap awal-awal peluk abang kuat-kuat. Sayang yang degil,” ujar Harith Haiqal sambil ketawa.

Tubuh gadis itu di peluk erat.

Aaaarrggghhhh!!! Athirah Ardilla menjerit kuat. Terasa seperti terbang. Harith Haiqal hanya ketawa sedari tadi melihat reaksi isterinya itu.

Issshhh! Tak takut ke dia?

Tepat pukul 5.30 petang aktiviti itu selesai di lakukan oleh semua pelatih.

“Okey semua. Macam biasa pukul 8 malam berkumpul di sini. Untuk malam ni, kita lakukan aktiviti santai-santai je. Ada barbeque dan cabutan bertuah. Akan diumumkan juga nama kumpulan yang terbaik, dan pemenang bina rakit.” – Fuad.

“Untuk esok pula, pagi seperti biasa ada senaman aerobik oleh cik siti dan kemudian sarapan pagi. Lepastu semua dah boleh kemas-kemas. Tepat pukul 11 pagi program ni akan di tamatkan,” – Fuad.

Tidak lama selepas itu mereka bersurai.

komen macam tak naik.. mood mengarang hilang tetiba.. plss komen.. komen-komen anda sangat membantu sy. -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience