Bab 29

Romance Completed 21516

Bab 29

Di bilik mesyuarat Harith Haiqal tidak dapat memberi sepenuh perhatian. Hatinya berdebar-debar. Sesekali jam di pergelangan tanggannya di jeling.

"Lambat lagi ke nak habis," bisiknya di dalam hati.

Izzat di sebelahnya sudah serba salah apabila beberapa mata mencuri pandang ke arah Harith Haiqal. Jika sebelum ini Harith Haiqal lebih di segani kerana sentiasa berkarisma dan fokus tetapi kali ini berlainan pula karakternya. Lebih kepada resah, gelisah dan tidak fokus.

Meeting tamat hampir dua jam setengah. Pelbagai isu yang di bangkitkan dan satu pun Harith Haiqal tidak fokus. Nasib baik ada Izzat yang banyak backup. Jika ada apa-apa pasti Izzat akan beritahunya.

Selesai meeting.

"Aku rasa, aku terus balik je lah. Aku tak sedap hati. Berdebar je aku rasa dari tadi,"
Dia memberitahu Izzat saat mereka keluar dari bilik meeting.

"Okey. Aku pun rasa lebih baik kau balik. Tengok keadaan Dilla macam mana. Aku takut dia dapat tahu something,"

"Okey. Apa-apa nanti kau inform aku terus ea, thanks bro,"

Laju sahaja kakinya mengorak langkah. Dia harus balik segera. Dalam waktu dua jam setengah pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

******

Di rumah Harith Haiqal dan Athirah Ardilla.

Sebaik sahaja melihat kereta yang di pandu Athirah Ardilla hilang dari pandangan, terus sahaja Natilia ketawa.

Hahahaha.

"Puas hati aku. Lepas ni kau akan jadi milik aku Qal. Ye. Milik aku sepenuhnya,"

Perlahan dia menutup dan mengunci pintu utama. Dia melihat sekeliling rumah.

"Wahhh. Cantik. Hurmmm tak lama lagi rumah ni jadi milik aku dan Qal. Oh! Qal. Love you honey," dia mula berangan-angan.

Perlahan kakinya di atur satu persatu bersama punggung yang sengaja di lenggokkan. Berangan yang dia sudah menjadi milik Harith Haiqal. Tangannya mengelus lembut apa sahaja yang berada di sisinya ketika dia berjalan perlahan. Sofa, bunga, tangga.

Opss! Tangga?

"Oh! Honey. Bilik kita mesti kat atas kan. Okey i'm coming,"

Dia mula berlari-lari anak menaiki anak tangga. Seperti Harith Haiqal sedang menunggunya di bilik mereka.

Di atas ada tiga bilik. Dua bilik pintu masih tertutup dan hanya ada satu bilik yang pintunya terbuka.

Dia berangan lagi.

"Oh! Qal. Nakal you ea. Tak tutup pintu,"
Perlahan kaki di atur menuju bilik yang pintunya terbuka.

"Wahhh! Cantiknya bilik kita honey. Citarasa you memang tak pernah mengecewakan,"

Haruman bilik yang segar dan wangi membuat dirinya terasa nyaman. Dia menarik nafas dalam-dalam sambil matanya tertutup dan tangannya di depangkan. Perlahan dia menghembuskan nafas dan dan kedua tangannya di bawa ke tubuhnya dan di silingkan. Seperti sedang memeluk seseorang.

Ermmm. Tiba-tiba dia mendengar seperti ada bunyi sesuatu. Bunyi itu benar-benar mengganggu angan-angannya. Bunyi ape tu? Dia amati dan tercari-cari di mana datang bunyinya itu.

Perlahan sahaja kakinya melangkah. Bunyi seperti datangnya dari katil. Dia pun mengorak langkah menuju ke katil dan dia tersenyum lebar melihat objek yang tidak di sangka ada di depan matanya.

"Okey. Ni bukan plan aku. Tapi ni macam memudahkan kerja aku,"

Telefon yang berbunyi sedari tadi di ambil. Tertera nama pemanggil 'My love Hubby'.
Citt! Die berdecet. Dan tidak berapa lama bunyi terhenti menandakan pemanggil sudah menamatkan panggilan.

Skrin telefon bimbit tersebut di seret menggunakan hujung jari.

"Uishh! Tak ada password. Ini sudah bikin kerja I lagi mudah. Thanks God!" dia berasa sangat bertuah.

Segala plannya berjalan seperti yang di rancang.
Dia melihat paparan panggilan tidak di jawab.

"Oh maigad. 53 missed call dari Qal. Dengan aku kau tak pernah macam ni. Kalau panggilan kau, aku tak jawab kau tak ada pun rasa nak buat panggilan semula banyak kali macam yang kau buat kat perempuan ni. Sampai hati you kan Qal. Padahal I yang selama ni susah payah dengan you. I banyak tolong you. Tapi sikit pun you tak pernah pandang I dan hargai I,"

Hatinya mula panas. Telefon bimbit milik Athirah Ardilla masih di pegang. Button off di tekan. Dia tersenyum. Dia menyimpan telefon tersebut di dalam tasnya.

"Okey. Mesti Qal balik sekejap lagi. Ye lah. Risau wife tak angkat call. Baik aku keluar dulu sebelum kami terserempak,"

Dia laju keluar dari bilik tidur tersebut dan turun menuruni anak tangga. Dia mengutip semua keratan akhbar yang ada di atas meja dan memasukkan semula di dalam fail. Matanya meliar melihat sekeliling untuk pastikan tiada apa-apa barang tertinggal. Setelah puas dia melangkah menuju ke pintu utama. Namun belum sempat pintu utama di buka, dia mendengar seperti ada kenderaan masuk di perkarangan rumah.

"Okey. Berlakon macam tak tahu apa-apa,"
Dia menarik nafas kemudian hembus. Kemudian pintu utama di buka. Wajahnya sengaja di cemaskan.

"Eh! Qal. You dah balik. I...."

Harith Haiqal yang sahaja turun dari kereta terkejut melihat susuk tubuh yang tidak di jangka keluar dari rumahnya.

"Kau buat apa kat dalam rumah aku Nat!" Garang sahaja bahasanya.

"Relaks lah Qal. I baru sampai. I ingat nak buat surprise untuk you and wife you. Tapi bila I sampai, I bagi salam tak sapa pun sahut. So I try buka pintu you ni. Tak kunci Qal. And lagi satu you mesti terkejut. Wife you tak ada kat dalam. Puas I cari satu rumah," saja dia membuat suara manja memohon simpati. Harap lakonan kali ni menjadi.

"What?! Dilla tak ada? You jangan main-main," dia mula cemas.

"You tak percaya, pergilah tengok sendiri,"
Lagu sahaja kakinya melangkah masuk. Dia melihat seluruh pelusuk rumah. Ya! Isterinya tiada. Dia kembali ke pintu utama di mana Natilia sedang menunggu.

"Aah. Tak adalah. Mana pula dia pergi ni. Tak inform apa-apa," telefon bimbit yang berada di tangannya di buka. Nampak riak wajahnya gelisah. Huh! dia benar-benar meluat.

Natilia memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh Harith Haiqal. Dia melihat Harith Haiqal seperti menekan sesuatu di skrin telefonnya dan kemudian meletakkan telefonnya di telinga.

Dia tersenyum sinis. Telefon wife lah tu. Dia berkata dalam hati dalam nada meluat. Call lah beratus kali sekalipun, perempuan tu tak akan angkat. Dia ketawa girang di dalam hati.

Kemudian wajahnya sengaja dibuat risau.

"Dapat call?"

Harith Haiqal hanya menggeleng. Di cuba lagi.

"Shit! Dia off handphone," nampak wajah betul-betul risau.

"Dia tak inform you ke. Dia nak keluar pergi mana?"

Sekali lagi Harith Haiqal menggelengkan kepala.

"Dia tak ada plan pun nak keluar hari ni. Sebab dia cakap tadi dia nak buat kerja urgent," Harith Haiqal berkata perlahan.

"Tak apalah you. I ingat nak buat surprise dekat you all berdua. Tak tahu pula wife you tak ada. So I balik dulu lah,"

Sebenarnya dia bukan nak balik sangat. Sengaja menduga hati lelaki itu. Waktu inilah sebenarnya peluang untuk dirinya mendekati Harith Haiqal. Pasti lelaki itu memerlukan seseorang untuk menenangkannya. Rugilah kalau dia lepaskan. Sudah berbulan dia merancang plan ni. Takkan dia nak biarkan peluang ini telepas macam tu sahaja.

Perlahan dia memusingkan badannya. Mula melangkah satu persatu.

"Qal! Please tahan I," hatinya berdoa.

Ehem!

"Nat,"

Serta-merta langkahnya terhenti.

"Yes! Thanks God," dia menjerit di dalam hati.
Tubuhnya dipusingkan mengahadap Harith Haiqal.

"Haaa.Yes! Opsss. Maksud I ya! You panggil I?" sengaja dia bertanya.

Ermmmm. Harith Haiqal mengangguk sambil menyentuh tengkuknya sebentar.

"You datang tadi naik apa? I tak nampak pun kereta you," - Harith Haiqal.

Tangannya bermaian di skrin telefonnya. Dia cuba mengahantar mesej kepada isterinya.

"Ermm. I naik grab. Kereta I rosak," sengaja memberi alasan. Padahal inilah yang di rancang. Dia ingin berdua-duaan dengan Harith Haiqal.

"Jom teman I cari isteri I. I rasa dia keluar pergi mall kot. Lepastu tak perasan bateri handphone habis. Kereta dia pun tak ada ni," baru Harith Haiqal perasan yang kereta Athirah Ardilla tiada di halaman rumahnya.

"Okey. Boleh. Tapi boleh tak kita pergi makan dulu. I laparlah,"sengaja dia memegang perutnya sambil mengerutkan mukanya.

"Okey. Jom."

Pintu utama di kunci. Kemudian dia melangkah menuju ke keretanya. Natilia sudah berada di kerusi penumpang hadapan.

"Ermmm. Pakai seat belt," arahnya.

"Oh. Lupa," Natilia menarik seat belt.

"Cantik dress-up you hari ni"

Tiba-tiba pipinya membahang. Dia puji aku guys!

"Thanks. You suka?" Sengaja menduga.

"Ermmm.. okey lah dari sebelum ni. Tak sakit mata,"

Natilia tersenyum lebar. Terasa kembang mendapat pujian dari orang yang dicintai dalam diam.

"Okey. You nak makan dekat mana?" tanya Harith Haiqal setelah beberapa minit dia memandu.

Matanya meliar melihat kawasan sekeliling. Mana tau ada isterinya di kawasan situ.

"Ahhh.. Err.. tak kisah pun dekat mana," Janji ada dengan you. Sambungnya di dalam hati.

"Okey. Makan restoran tu boleh?" Harith Haiqal bertanya apabila melihat ada sebuah restoran berhampiran laluan mereka.

"Okey. Boleh je,"

Setelah mendapat parking, mereka beriringan keluar dari perut kereta.

happy reading allsss!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience