Bab 18

Romance Completed 21516

“Bila abang sampai. Saya tak perasan pun,”

Athirah Ardilla baru sahaja siap membersihkan diri. Wajah suaminya yang masih bermalas-malasan di ats katil di toleh sekilas.

Harith Haiqal hanya tersenyum memandang isterinya yang sedang melangkah ke almari solek.

Dah kenapa dari tadi asyik tersenyum je macam kerang busuk. Bisik Athirah Ardilla.

Perlahan Harith Haiqal turun dari katil. Dia menghampiri Athirah Ardilla. Tubuh itu dipeluk dari belakang. Perlahan bibirnya mengucup perlahan bahu ieterinya.

“Thanks,” berbisik di telinga Athirah Ardilla.

Athirah Ardilla yang kegelian sedikit ketawa sambil bahunya di gerak-gerakkan.

“Kenapa abang ni. Saya tanya lain, jawab lain,” wajah suaminya di lihat dari cermin.

"Thanks for everything. And for that things happen just now,” romantis sungguh suaranya.

Pipi Athirah Ardilla sudah kemerahan. Faham akan maksud suaminya.

“Abang suka bau sayang ni,”

Errmmmm.. semakin galak ciuman di tubuh isterinya itu.

“Come.. another round,” bisiknya.

Athirah Ardilla semakin tergoda. Namun dia pantas memusingkan tubuhnya menghadap suaminya. Leher itu di rangkul. Perlahan satu kucupan singgah di pipi suaminya.

Harith haiqal memuncungkan bibirnya. Ketawa Athirah Ardilla melihat gelagat suaminya. Perlahan tangan di bawa ke atas menutup bibir Harith Haiqal. Bibir yang sentiasa membuat jiwanya bergelora.

“Abang pergilah mandi. Saya nak turun bawah buat sarapan,”

Wajah Harith Haiqal sengaja di muramkan.

Rangkulan pada pinggang isterinya di perkemaskan. Perlahan Athirah Ardilla membalas pelukan suaminya, wajahnya di lekapkan di dada.

Perlahan dia menyedut aroma yang hadir dari tubuh suaminya. Macam manalah dia tidak merindui sekujur tubuh itu.

“Abang sampai pukul berapa?” dia kembali menyoal suaminya.

“Pukul 2 pagi tadi. Sayang okey?” masih risau tentang keadaan isterinya.

Sekuntum senyuman manis di hadiahkan sambil matanya merenung anak mata suaminya. Baru dia perasan suaminya mempunyai warna anak mata hazel.

“Tadi suruh abang mandi. Ni macam tak bagi lepas je,”

Senyuman nakal di hadiahkan. Lantas Athirah Ardilla menepuk lembut dada yang sasa itu.

“Okey dah. Pergilah mandi,” Athirah Ardilla perlahan melepaskan tubuh suaminya.

Namun tangan suaminya masih tetap di situ.

“Ni siapa yang tak nak lepas siapa? Cepat lah abang. Nanti bonda dengan ayah tunggu pula.”

“Okey tunggu abang mandi sekejap. Kita turun sama-sama,”

Mata di kenyitkan. Tubuh isterinya di lepaskan perlahan lantas tuala di raih.

“Heii,” terjerit kecil Athirah Ardilla apabila Harith Haiqal mengambil tualanya lalu di bawa ke bilik air.

Hhhmmm. Kepala di gelengkan. Senyuman terukir di bibirnya. Perlahan hair dryer di ambil. Rambutnya perlu di keringkan kerana dia ingin mengenakan selendang sebentar nanti.

*****

“Haa… itu pun mereka,”

Kedengaran suara Puan Sri Sarah dari dapur apabila melihat Athirah Ardilla dan Harith Haiqal beriringan menuruni anak tangga.

Perlahan tubuh Athirah Ardilla di rangkul saat keduanya tiba di meja makan.

“Adik okey? Bonda risau sangat,”
Dahi Athirah Ardilla di kucup.

“Alhamdulillah bonda,” senyuman terukir di bibirnya.

Terima kasih Ya Allah Engkau hadirkan untuk aku orang yang menyayangi dan mengambil berat akan diriku. Dia bersyukur dalam diam.

“Qal. Adik jom sarapan,”
Tan Sri Affendi pula muncul dari belakang. Di tepuk sedikit bahu Harith Haiqal.

“Jom. Bonda ada masakkan nasi lemak. Kegemaran Qal ni kan? Adik pun suka,” ceria sahaja Puan Sri Sarah.

Tan Sri Affendi juga tersenyum memandang wajah isterinya itu. Bahagia, akhirnya tiada lagi wajah kerisauan.

“Qal. Lepas sarapan ni, teman ayah duduk di gazebo. Ada benda ayah nak bincang sikit,” –Tan Sri Affendi.

“Baik ayah,”

Sarapan di teruskan dengan perbualan antara empat beranak itu. Sekali-sekala kedengaran ketawa mereka bersatu apabila Tan Sri Affendi berseloroh.

Seperti yang di janjikan, langkah Harith Haiqal di bawa ke gazebo. Ayah mertuanya sedang menunggu di sana.

“Ayah..” sekadar menegur.

Punggung di labuhkan berhadap ayah mertuanya.

Terdengar Tan Sri Affendi menarik sedikit nafasnya kemudian di lepaskan perlahan.

“Ayah dan bonda risau tengok keadaan adik semalam. Kami takut akan kehilangan dia. Tapi pagi ni, ayah tengok dia betul-betul ceria. Seperti tidak ada apa-apa berlaku semalam,”

Dia diam sebentar. Mungkin sedang mengatur ayat.

“Kalau Qal nak tahu, pada hari ibubapa adik meninggal….” – TanSri Affendi mula bercerita detik-detik keluarga itu berkenalan dengan Athirah Ardilla.

Dia menceritakan semua tanpa ada satu pun di sorokkan. Harith Haiqal mendengar dengan tekun. Dia pun sebenanrnya ingin tahu bagaimana Athirah Ardilla boleh menjadi sebahagiaan keluarga itu.

Beberapa minit berlalu….

“Kami beruntung kenal adik. Dia jenis tak banyak kerenah. Apa sahaja kami minta pasti dia turut. Ayah faham. Dia masih segan dengan kami. Sebab tu dua minggu lepas dia menyendiri, tak cerita apa-apa pun pada kami.”

Nafas di tarik perlahan.

“Walaupun adik bukan lahir dari rahim bonda. Kami dah anggap dia sebahagian dari keluarga ini. Sepanjang kami jaga dia, tak pernah lagi dia minta apa-apa. Malahan dia sambung belajar pun, tak minta duit dengan kami. Semua dia guna duit dari biasiswa. Bila kami beri dia duit, dengan lembut dia akan menolak. Kalaulah orang lain di tempat dia, rasanya mesti dah lama orang tu ambil kesempatan. Adik benar-benar berbeza dari orang lain. Mungkin ujian besar dalam hidupnya membuat dia matang sebegitu,”

Matanya sedikit berkaca.

“Ayah dan bonda harap Qal dapat jaga adik sebaiknya. Jangan lukakan hatinya. Kehilangan ibubapa, sudah membuat hatinya cukup terluka. Dengan hidupnya yang sebatang kara. Kalau ayah di tempat adik, ayah pun rasa ayah tak mampu seperti dia,”

Sekali lagi dia diam.

“Ayah dan bonda dah berbincang. Kami pun dapat lihat adik begitu ceria di sisi Qal. Jadi kami cadangkan untuk percepatkan majlis resepsi kamu berdua,”

Wajah Harith Haiqal di renung.

“Qal pun ada bercadang macam tu juga ayah.”

“Alhamdulillah. Kami benar-benar gembira kalau Qal pun ada fikir macam tu,”

Perlahan Tan Sri Affendi mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia meletakkannya di atas meja kopi.

Harith Haiqal yang melihat, sedikit terkejut. Berubah sedikit riak wajahnya.

“Kad tu Madi bagi dekat bonda tempoh hari. Dia ada cerita, kad tu Qal yang sediakan untuk perbelanjaan adik semasa di US. Dia nak serahkan sendiri kat adik, dia tak tahu macam mana sebab sepanjang disana Madi tak pernah cerita pasal kad tu,”

Perlahan Harith Haiqal mengambil kad tersebut. Ya. Itu memang kad yang pernah di beri kepada Madi untuk duit nafkah Athirah Ardilla sepanjang di US. Perlahan nafas di tarik dan di lepaskan perlahan
. “Terima kasih sebab tak pernah abaikan adik dari mula dia jadi isteri Qal sampai sekarang,”

Tan Sri Affendi senyum memandang Harith Haiqal
. Tidak berapa lama Puan Sri Sarah dan Athirah Ardilla menhampiri mereka dengan sedulang air kopi.
“Apalah yang di bualkan dua beranak ni,” tegur Puan Sri Sarah.

Punggungnya di labuhkan di sisi suaminya. Perlahan Tan Sri Affendi memeluk pinggang isterinya. Mereka berpandangan dan tersenyum bahagia.

Athirah Ardilla juga mengambil tempat duduk di sisi Harith Haiqal. Keduanya tersenyum melihat sikap romantis pasangan di hadapan mereka.

Tan Sri Affendi memang tidak segan mempamerkan sayangnya terhadap isterinya yang satu itu.

“Biaslah. Borak orang lelaki,” balas Tan Sri Affendi.

“Adik. Ayah dah tanya dengan Qal. Ayah pun dah bincang dengan bonda. Kami bercadang untuk percepatkan majlis risepsi kamu berdua. Adik macam mana? Ayah harap adik tiada halangan,”

Athirah Ardilla yang sedang menuang kopi panas hanya tersenyum.

“Abang.. orang dulu-dulu cakap, diam tu maknanya setuju,” ceria sahaja ucap Puan Sri Sarah.

Dia terkesima pabila jari jemarinya di sentuh Tan Sri Affendi lantas di kucup.

“Abang ni.. malulah depan anak-anak,” peha suaminya di tepuk perlahan.

Harith Haiqal dan Athirah Ardilla tersenyum melihat gelagat ayah dan bondanya. Dalam diam mereka pun berharap agar hubungan mereka seperti itu.

“Nanti Qal akan bincang dengan mama dan papa. Rasanya mereka pun tak ada halangan. Ayah cadang bila nak buat majlis tu? Boleh kami siap-sedia,”

Harith Haiqal memeluk bahu Athirah Ardilla. Perlahan ubun-ubun isterinya itu di kucup. Harum bau rambutnya walapun di tutupi selendang. Pipi Athirah Ardilla sudah kemerah-merahan menahan malu. Tak sangka tanpa segan silu Harith Haiqal melayannya sebegitu. Perlahan peha Harith Haiqal di sentuh. Menepuk-nepuk manja peha yang pejal itu.

*****

Malam itu usai makan malam, Harith Haiqal keluar menuju ke keretanya. Satu beg kertas dan sebuah kotak di ambil. Dia masuk ke dalam rumah perlahan-lahan. Isterinya dan bonda yang ada di dapur di intai.

Harap-harap isterinya tidak perasan. Dia sudah merancang untuk memberi hadiah kejutan buat isterinya. Sepanjang mereka berkahwin, belum lagi dia memberi isterinya itu apa-apa. Hati-hati kakinya melangkah.

Pintu bilik di buka dan di tutup perlahan. Dia lantas mengeluarkan sesuatu di dalam beg kertas dan di letakkan di atas katil. Bersebelahan beg kertas di letakkan juga kotak baldu berbetuk hati yang berwarna merah. Setelah puas hati cara susunanya, dia menuju ke almari kemudian tuala di ambil.

Dia berharap sebentar nanti isterinya akan masuk ke bilik itu. Dia tersenyum bahagia sambil bersiul kecil.

Seperti yang di jangka, tidak berapa lama Athirah Ardilla masuk ke kamarnya. Dia terdengar ada pancuran air di dalam bilik air, menandakan suaminya sedang bersiram. Perlahan dia menuju ke meja solek. Selendang yang elok tersarung ingin di buka. Namun perbuatannya sedikit terganggu apabila anak matanya tertancap sesuatu di atas katil. Objek berwarna merah itu benar-benar menarik perhatiannya. Niatnya untuk membuka selendang, terbatal.

Kakinya perlahan di halakan pada objek di atas katil. Punggungnya perlahan di labuhkan di situ.

Tiba-tiba terdengar pintu bilik air dibuka. Sekujur tubuh yang hanya bertuala separas pinggang tersenyum ke arahnya. Perlahan kakinya di hala menuju ke hadapan.

“Untuk sayang. Buka lah,” ucapnya perlahan.

Punggungnya di labuhkan di sisi isterinya. Perlahan selendang yang menutupi rambut isterinya di buka. Athirah Ardilla hanya membiarkan.

Athirah Ardilla mencapai kotak berwarna merah berbentuk hati itu. Kerana kotak itu benar-benar menarik minatnya.

Perlahan Harith Haiqal merangkul pingganga isterinya. Bahu yang sedikit terdedah di kucup.
Wajah Athirah Ardilla sedikit terkejut melihat objek yang ada di dalam kotak itu, saat kotak itu di buka.

Ada rantai leher dan seutas gelang. Dan di tengah ada sekeping kad. Kad? Macam pernah lihat kad tu.

“Saya macam pernah lihat kad ni,”

Harith Haiqal hanya senyap. Ciuman di bahu isterinya tidak putus-putus sedari tadi.

“Abang… Dengar tak?” sedikit meleret suaranya.

“Janganlah buat suara macam tu sayang,”
Pipi isterinya pula jadi sasaran.

“Bang.. boleh tak stop sekejap. Saya nak cakap ni,”

Athirah Ardilla geram apabila sauminya seakan tidak mahu mengendahkannya. Tangan suaminya yang berada di pinggangnya di tampar manja.

“Okey.. abang dengar,” dia memperkemaskan tangannya di pinggang langsing itu.

“Saya mcam pernah tengok kad ni. Tapi saya tak ingat,”

“Apa yang sayang ingat,”

Sekali lagi tangan itu di tampar.

“Abang ni main-mainlah.”

“Okey. Sayang betul-betul tak ingat?”
Sedikit di gelengkan kepalanya.

“Ni kad yang abang pernah beri pada Madi. Masa sayang belajar di US,”

Bulat anak mata Athirah Ardilla. mulutnya sedikit ternganga.

“Tutup mulut tu sayang,”

Senyum Harith Haiqal melihat reaksi isterinya.
“Jadi abang…”

Sambil sedikit mengangguk.

“Abang pernah minta bonda beri duit ni pada sayang.. tapi sayang tolakkan? Jadi abang kenalah buat macam ni,” ujarnya perlahan.

“Ni duit sayang sepanjang sayang jadi isteri abang. Sayang boleh gunakan. Nombor pinnya birthday sayang,”

Sekali lagi pipi putih mulus itu di cium. Dilihat isterinya sudah menunduk.

“Jangan sedih sayang. Abang buat semua ni untuk sayang. Abang nak sayang tau, sayang ada abang. Abang janji, abang akan sentiasa ada di sisi sayang,”

Perlahan Athirah Ardilla memusingkan badannya menghadap Harith Haiqal. Perlahan tubuh di hadapannya di peluk erat.

“Terima kasih, sebab tak pernah putus asa dengan saya. Tak pernah lupakan saya, berusaha untuk dekati saya,”

Perlahan dia teringat kembali bagaimana dia melayan lelaki itu dulu. Hatinya di bekukan, semata-mata takut akan kehilangan. Tidak mahu terlalu berharap.

“Aishhh! Sayang ni. Banyak-banyak benda. Kad tu je yang sayang nampak,” seloroh Harith Haiqal.

Dilihat Athirah Ardilla seakan tidak ambil pusing akan hadiah yang lain. Di ambil kotak merah di atas riba Athirah Ardilla. Seutas rantai di ambil lalu di pakaikan ke leher jinjang isterinya.

Kemudian rantai tangan juga di pakaikan di pergelangan tangan Athirah Ardilla.

“Terima kasih abang.”

Tangannya menyentuh leher. Tidak pernah dia impikan dapat memakai emas yang bertkhtakan berlian itu.

“Tu lagi satu. Tak nak buka?” bibirnya di muncung pada kotak satu lagi.

“Oh! Ada lagi. Tak perasan,”

Kotar besar itu di buka. Waahhhh!! Sekali lagi dia terkejut melihat tas tangan yang mahal itu.

“Abang.. mahal ni,”

Walaupun dia tidak berminat dengan beg yang mahal seperti itu, dia tahu harga tas tangan itu.

“Tak apa. Untuk sayang abang sanggup,”

Jari-jemari isterinya di sentuh lalu di kucup. Matanya merenung anak mata isterinya, dalam.

Perlahan di dekatkan wajahnya, bibir mekar itu lalu dikucup perlahan. Semakin lama sedikit rakus dikucup bibir lembut itu. Dihisap, di cium, di sedut.

Tanganya sudah semakain nakal. Dada isterinya menjadi sasaran. Di urut lembut. Mendesah sedikit suara Athirah Ardilla.

Dia kemudian menghentikan pergerakkannya. Di jarakkan sedikit tubuhnya lalu tubuh isterinya di campung. Perlahan di baringkan di atas katil.

Tuala yang sedari tadi di pakai hilang entah ke mana. Di biar tubuh seksinya menjadi tontonan mata nakal isterinya.

“Sayang suka?”

Dia berbisik di telinga isterinya. Di kucup, di hisap perlahan. Gelora lelakinya makin bergelojak apabila mendengar suara isterinya menahan kegelian.

“U make me horny darling,” begitu romantis.

Ermmmm.. ermmm itu je yang keluar dari bibir itu. Pakaian Athirah Ardilla sudah di tanggalkan. Dan mereka kini tanpa seurat benang.

“U very sexy darling,”

Harith Haiqal mengambil selimut bagi menutupi tubuh mereka. Perlahan bibirnya di bawa ke bawah.. dan semakin bawah, hingga tiba di celahan peha Athirah Ardilla.

Dan malam itu sekali lagi.. dua jiwa menyatu.

Balayar jauh….

Hii silent reader.. tq coz support me.. naikkan view... jgn segan2 beri komen. komen anda sgt2 membantu saya dlm berkarya.... tq.. tq.. tq.. tunggu next chapter ye.. -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience