Bab 13

Romance Completed 21516

Belum sempat tubuhnya menyentuh batu-batu yang sedia terhidang, terasa ada tangan sasa memaut pinggangnya kemas kemas. Terkejut!
Dan…

Oleh kerana Harith Haiqal juga berdiri di atas permukaan yang tidak rata, dia juga tidak dapat mengimbangi badannya.

Akhirnya kedua-duanya jatuh di atas batu-batu yang sedia terhidang. Nasib baik Harith Haiqal sempat memaut pinggang Athirah Ardilla sebelum mereka jatuh. Athirah Ardilla jatuh di atas badan sasa Harith Haiqal.

Terkejut dengan apa yang berlaku, mereka kaku di situ dengan mata bertentangan.
Melihat sahaja tetamu VVIP mereka jatuh di atas hamparan batu-batu di atas sungai tersebut, maka berlarian semua jurulatih menuju ke arah Athirah Ardilla dan Harith Haiqal.

Aduh! Sengaja ingin menyedarkan Athirah Ardilla akan keadaan mereka kerana sedari tadi gadis itu kaku merenung dirinya.

“Opss! Sorry,” Athirah Ardilla bersuara perlahan sambil di jarakkan sedikit badannya dari tubuh sasa lelaki itu. Patutlah tak rasa sakit. Getusnya . pipi mula merona kemerahan.

Dia kini sedar, mereka kini di kelilingi para jurulatih memandangkan tetamu VVIP mereka kini berada di atas hamparan batu-batu.

Sempat dia melihat ada jelingan tajam di berikan kepadanya oleh jurulatih perempuan. Mungkin tidak berapa suka melihat keadaan dia dan Harith Haiqal. Ingat aku sengaja ke?! Tapi tak apalah, aku jatuh atas suami aku sendiri. Ada sedikit tawa cuba dia sembunyikan.

Aduh! Sengaja Athirah Ardilla mengerang kesakitan. Padahal bukan ada luka pun. Geram apabila hanya Harith Haiqal di berikan tumpuan. Dia di sisi lelaki itu seakan tidak wujud pula.

Sudah la mendapat jelingan tajam dari jurulatih perempuan yang ada di situ, membuatkan hatinya bertambah sakit.

“Are U okey Encik Harith? Ada luka kat mana-mana tak?” jurulatih perempuan yang menjelingnya tajam sebentar tadi bertanya ke arah Harith Haiqal. Tangannya sudah mahu menyentuh tubuh sasa lelaki itu.

“No! it’s okey. U tolong Athirah tu. Saya biar jurulatih lelaki yang bantu,” laju Harith Haiqal berkata sedar apa yang cuba jurulatih perempuan itu ingin lakukan.

Geram pula tengok perempuan ni! Sedap-sedap nak sentuh suami aku!!! Nak ambil kesempatan lah tu. Dia memarahi jurulatih perempuan itu di dalam hati.

Aduh! Sengaja di lirikkan suaranya. Dari ekor matanya, dia dapat melihat suaminya itu memandang ke arahnya.

Aikk! Jatuh atas badan aku pun sakit ke? Getus Harith Haiqal di dalam hati. Melihat wajah cemberut isterinya, dia faham pasti Athirah Ardilla cemburu melihat layanan jurulatih perempuan terhadapnya sebentar tadi.

“Awak okey tak, Athirah Ardilla? Ada luka di mana-mana?” tanya jurulatih lelaki yang memakai baju tertulis nama Fuad.

Sakit kat hati! Tetapi hanya terluah di dalam hati.
Athirah Ardilla mengesat-ngesat telapak tangannya.

“Oiii! Nak tidur balik rumah lah,” marah Farah Madhihah di sisinya. Dia baru menyedari keadaan kedua merpati itu, apabila melihat para jurulatih sudah mengerumuni mereka.

Dia menghulurkan tangan untuk membantu Athirah Ardilla bangun, namun tangannya di tepis gadis itu.

“Tak payahlah. Aku boleh bangun sendiri,” lantas sahaja Athirah Ardilla bangun. Seluarnya lencun di bahagian punggung di biarkan.

“Ni semua salah kau. Kenapa kau tinggalkan aku? Kalau aku tahu jadi macam ni, malas aku nak ikut,” dia sebenarnya geram Harith Haiqal. Geram kerana situasi itu, lelaki itu sudah menjadi tumpuan semua perempuan di situ. Huh!

“Okey! Semua bersurai ye. Para jurulatih, sila ambil tempat masing-masing,” jerit Fuad.

Jurulatih yang mahu membantu Athirah Ardilla tadi namun di tolak gadis itu.

Dia melihat Harith Haiqal sudah bangun berdiri. Hanya mampu melihat lelaki itu, untuk berlebihan dia tahu batasnya perlu di jaga. Air muka suaminya itu perlu di fikirkan juga.

“Encik Harith. U boleh duduk di tepi dulu ya. Nanti pasukan medic sampai,” ujar Fuad sambil tubuh itu di pimpin.

Athirah Ardilla sempat melihat lelaki itu berjalan sedikit terhencot-hencot.

Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Pasti tubuh lelaki itu sakit gara-gara dia menjadi tempat Athirah Ardirah landing.

Rasa ingin melangkah ke arah Harith Haiqal, tetapi ada tangan memegang lengannya.

“Kau nak pergi mana?” Farah Madhihah saja bertanya, walapun dia tahu ke mana gadis itu ingin pergi.

“Kau tak sakit kan? Dah jom tolong aku sambung buat rakit tu. Seronok jadi heroin drama hindustan?” sempat Farah Madhihah menyakatnya.

“Drama Hindustan apa kau ni,” marah Athirah Ardilla. Dia hanya ingin memastikan keadaan Harith Haiqal, namun hajatnya di halang Farah Madhihah.

“Kau ingat aku tak nampak. Punya baik kau jatuh dalam pelukan suami kau tadi,”

“Huh! Jealous tau tak,” sambungnya lagi.

Athirah Ardilla hanya mampu ketawa.

Puas dia berlakon tadi. Namun lakonan itu tidak menjadi di hadapan sahabatnya.

Apabila rakit yang di perbuat dari tiub getah tayar yang besar itu siap, para pelatih harus cuba naik ke atasnya. Dan perlu belayar dipermukaan sungai sehingga sampai ke check point yang sudah di tandai. Jika berjaya, di kira pemenang.

Dari kejauhan Harith Haiqal memerhati gerak-geri Athirah Ardilla. Dia perasan, sikap Athirah Ardilla sedikit berbeza dari pertama kali mereka bertemu. Ada senyuman terukir di bibirnya. Senang akan perubahan Athirah Ardilla.

“Encik Haiqal okey,” ujar satu suara di sisinya. Jurulatih bernama Diana menegurnya. Tanpa segan silu, punggungnya di labuhkan di sisi Harith Haiqal.

Siapa saja yang tidak mahu berdampingan dengan lelaki itu. Karakter lelaki itu, mampu mengoyahkan jiwa. Haruman yang terbit dari tubuh lelaki itu, bagaikan ada daya tarikan seperti magnet. Dalam keadaan itu pun, wajah itu tetap nampak tampan. Argghh! Boleh gila macam ni, jerit Diana di dalam hati.

“Ermm. Okey. Luka sikit je ni,” telapak tanganya yang luka cuba di sembunyikan.

“Teruk juga tu. Macam manalah boleh jatuh,” sebenarnya dia cemburu. Alangkah bagus jika perempuan yang jatuh di dalam pelukan lelaki itu adalah dirinya.

Hahaha. Dengar Harith Haiqal sedikit ketawa. Ahh! Jangan lah ketawa begitu. Luah Diana di dalam hati. Ada getar di dadanya.

“Benda nak jadi cik. Saya pun tak sangka nak jatuh,” senyuman sengaja di leretkan.

Pasukan medic sudah tiba.

Terdengar suara sorakkan dari semua pelatih menandakan rakit sudah sedia untuk belayar. Tersenyum melihat gelagat Athirah Ardilla yang sedikit terkial-kial mengawal rakit.

Diana di sisinya di biar sepi. Tidak berminat untuk meneruskan perbualan,langkahnya di atur menuju tebing sungai. Melihat keletah isterinya itu di atas rakit, hilang sakit-sakit di badannya.

Dia tahu ramai lelaki mencuri pandang sekujur tubuh itu. Sedikit rasa tidak selesa. Dan adakala isterinya itu mendapat jelingan tajam. Hurmm..

“Go! Go! Team..” dia melaung dari tepi apabila melihat rakit pasukannya sudah hampir tiba di check point.

“Jadilah dapat nombor 2,” sedikit keluhan keluar.

Jika tidak terluka, pasti dia bersama pasukan itu. Seronok sekali-sekala melakukan aktiviti seperti ini. Dapat menghilangkan stress.

“Okey! Rakit semua boleh bawa naik,” arah Fuad apabila semua pasukan sudah selesai menyudahkan aktiviti pertama itu.

“Semua berkumpul dulu ya,” sambungnya lagi.

“Macam mana aktiviti membawa rakit tadi? Seronok tak?” soalnya.

Terdengar sahutan dari semua pelatih. Bergema sedikit suasana di situ apabila semua suara bersatu.

Athirah Ardilla sedikit mengigil apabila seluruh tubuhnya sudah lencun dengan air sungai. Dia dan Farah Madhihah serta bebrapa pelatih lain mengambil kesempatan bermain air sungai sambil menunggu pasukan lain menyudahkan misi mereka.

Terasa ada bahang sedikit secara tiba-tiba. Di toleh ke sisi. Harith Haiqal berdiri rapat denganya.

“U look sexy sayang,” sempat lelaki itu berbisik.
Ada getar suaranya.

Terasa dada Athirah Ardilla seperti mahu meletup mendengar bisikan lelaki itu. Apatah lagi tubuh mereka rapat begitu. Nyaman sedikit Athirah Ardilla rasa. Dia membetulkan sedikit baju dan seluar yang ada di tubuhnya supaya tidak terlalu melekap. Faham dengan apa yang cuba di sampaikan lelaki itu.

Di kejauhan, tanpa di sedari ada mata-mata tidak puas hati mnelihat kemesraan mereka.

“Okey. Untuk aktiviti petang ni, sudah tamat. Kita akan berkumpul di sini semula tepat pukul 8 malam untuk aktiviti seterusnya. Semua boleh bersurai. Minum petang sudah di sediakan. Mana yang nak pergi minum, boleh terus pergi. Mana yang nak tukar baju ke, bersihkan diri. Di persilakan. Ingat kita berkumpul semula pukul 8 malam nanti” –Fuad

“Kau lapar tak Madi?” soal Athirah Ardilla sedikit berbisik.

“Tak,” ada senyum terukir tanda faham.

“Jom,” keduanya ketawa serentak bagai faham maksud masing-masing.

“Tapi kena minta izin dulu tak? Nanti diorang tercari-cari pula,” mereka berbicara sendiri tanpa pedulikan Harith Haiqal sedari tadi jadi pemerhati.

Kelihatan Fuad dan beberapa jurulatih lain menghampiri mereka.

“Encik Harith nak pergi minum petang? Mari saya temankan,” ujar Diana tanpa segan silu.

“Aah. Encik Harith.. Jemput,” ujar Fuad pula.
Harith Haiqal yang berkira-kira untuk mengekori dua gadis itu, terpaksa bersetuju dengan cadangan jurulatih.

“Encik Fuad,” panggil Athirah Ardilla.

Terasa lembut pada gegendang telinganya apabila gadis itu menyeru namanya. Niatnya untuk berkenalan dengan gadis itu tidak berkesempatan lagi memandangkan dia bertugas sebagai ketua jurulatih.

“Ya saya,”

“Kami tak rasa lapar. Boleh tak kami pergi mandi sungai lagi,”

“Oooo. Boleh di persilakan. Sekarang aktiviti bebas. Tapi pandai-pandai jaga diri,” ujarnya.

Matanya tidak lepas memandang gadis itu.

“Terima kasih,” ucap mereka serentak.

Harith Haiqal yang berada tidak jauh hanya mencuri dengar.

“Hai,” sedikit terkejut Athirah Ardilla apabila dirinya di sapa suara garau itu.

Dia hanya mengukir senyuman. Kemudian lelaki itu melabuhkan punggung di sisi gadis itu.

Athirah Ardilla duduk di atas batu besar. Separuh kakinya di benamkan di dalam air. Sejuk. Harith Haiqal di sisinya juga membuat perkara yang sama.

Sengaja mahu menyakat Athirah Ardilla, kakinya sengaja di rapatkan dan menyentuh kaki Athirah Ardilla. Tersentak sedikit tubuh itu.

“Ops! Sorry… sengaja,” wajahnya terukir senyuman.

Sudah lama tidak berdua-duan dengan gadis itu.

“Bukan tadi pergi hi-tea ke,” tanya Athirah Ardilla.

See? Nampak tak yang Athirah Ardilla sudah berani mengajaknya berbual. Perubahan yang membahagiakan.

“Aah. Tapi tak best sebab tak ada sayang,” lembut sahaja suaranya.

Aduh! Janganlah buat suara macam tu. Mahu gugur jantung . Bisik Athirah di dalam hati.

“Hurmm. Ramai lagi kat situ yang sudi temankan awak,” bunyi macam cemburu.

“Cemburu ea?” Harith Haiqal cuba meneka.

“Ah! Tak kuasalah,” sedikit jelingan di hadiahkan.

“Kalau cemburu pun apa salahnya,” jawab Harith Haiqal.

Mahu sahaja dia meramas jadi jemari itu.
Berubah sedikit riak wajah Athirah Ardilla apabila sekali lagi kaki Harith Haiqal menyentuh kakinya di dalam air.

Muka lelaki itu terlihat slumber bagaikan tiada apa-apa berlaku.

“Isshh! Sengaja je kan,” dia menepuk bahu Harith Haiqal. Tersenyum bahagia.

“Heii korang! Dari tadi aku panggil tak dengar pun kan,” Farah Madhihah sedikit terjerit.

Air di lempar ke arah dua merpati itu. Tersedar ada percikkan air, lantas wajah keduanya memandang Farah Madhihah. Kening mereka di angkat. Fuhh! Serentak. Memang sah laki bini.

“Jom lah mandi lagi,”

Tubuh Farah Madhihah masih di dalam air sungai.

“Ajak lah Encik Harith ni, baju dia pun tak basah lagi. Mana adil,”

Tubuh di sisinya di kerling.

Dengan kiraan isyarat tangan, tanpa di sedari Harith Haiqal tubuhnya disimbahi air sungai. Sejuk!

“Heii! Tak Adil. Dua lawan satu,” ujarnya ketawa.

“No lah. Lan kali boleh. Tangan dan kaki masih sakit ni,” ujarnya. Tangan yang berbalut di tunjukkan.

Athirah Ardilla hampir terlupa tentang kejadian itu. Tangan itu di sentuh.

Lembut sahaja jari-jemari Athirah Ardilla menyentuh tangannya. Kalau begini luka teruk pun dia sanggup.

“Sorry,” sambil tangannya mengusap tangan yang berbalut itu.

“Tak apa. Demi sayang. Apa pun abang sanggup. Lain kali kalau nak peluk, beritahu dulu. Baru abang boleh siap sedia,”

Merona merah pipi Athirah Ardilla.

“U look blushing,” sambungnya lagi.

Suka melihat keletah Athirah Ardila.

Perlahan tangannya di tarik dan di jarakkan sedikit tubuhnya apabila ramai pelatih sudah pun turun menyertai Farah Madhihah di dalam air.

“Abang pergi dulu ye, jaga diri,”

Faham dengan situasi itu, Athirah Ardilla hanya menganggukkan kepalanya sedikit.

Farah Madhihah pula mengambil alih tempat Harith Haiqal.

“Amboiii! Jelousnya aku tengok,”

“Kau ni kacau daun je,” terbeliak mata Farah Madhihah mendengar bicara gadis itu. Tidak di sangka. Biasa Athirah Ardilla akan memarahinya jika dia menyakat.

Waahh!!.. Perubahan yang bagus ni.
Terdengar lembut nafas di tarik dan di hembus keluar.

“Mungkin sudah masanya aku buka pintu hati aku kan Madi. Bagi ruang untuk dia,” sedikit senyuman terukir.

“Ni yang aku nak dengar. Kalau dia dengar, mesti dia pun happy,”

Ujar Farah Madhihah bahagia. Bahagia dengan ucapan jujur sahabatnya itu.

“Tapiii! Kau jangan beritahu dia. Biar aku sendiri yang luahkan. Baru best,” bagaikan memberi satu amaran.

Farah Madhihah hanya tersengeh seperti kerang busuk. Jari di tunjuk isyarat ok.

Pritttt!!! Prittt!! Terdengar bunyi wisel tiba-tiba.
Semua peserta kebingungan. Bukan tadi cakap aktiviti bebas ke.

“Cepat naik! Berkumpul di sini. Saya kira sampai sepuluh. 1…2…3..” laung satu suara wanita dari atas.

Semua panik dan terus sahaja keluar dari air. Basah lencun semua. Sebaik tiba di atas, tempat kawasan berkumpul, baru dia tahu pemilik suara berkenaan. Nampak garang wajahnya. Berlainan wajahnya pada awal mereka sampai. Diana! Ya, yang cuba goda suaminya secara terang-terangan.

“Kamu tahu apa salah kamu?”

Semua memandang pelik. Bertanya sesama sendiri.

“Tahu tak?!” Dia menjerit lagi.

Isshhh! Tak suka betullah dari tadi terjerit-jerit. Ingat tarzan ke.

Semua menggelengkan kepala.

“Siapa beri kebenaran kepada kamu semua mandi sungai? Siapa?”

Senyap. Athirah Ardilla mahu menjawab tapi melihat wajah bengis itu terus dia matikan niatnya.

“Saya dapat aduan lagi! Ada yang ambil kesempatan berdua-duan lagi. Bermesra-mesraan. Apa kamu ingat ini hotel?” marahnya terus di hamburkan.

Panas hatinya melihat kemesraan Harith Haiqal dan Athirah Ardilla.

Peserta lain yang tidak faham, hanya mampu memandang satu sama lain. Kerana seronok bermain air, lupa melihat sekeliling.

Dengan dirinya, Harith Haiqal tidak pula di layan sebegitu. Cemburunya meluap.

“Turun semua! Saya mahu kamu semua buat tubi sebanyak 10 kali,” Diana mengarahkan.

Dengar keluhan dari semua pelatih. Dalam nak tak nak, diikutkan juga arahan itu.

“Saya nak tangan kamu di genggam macam ni,”
Semua mata tertumpu ke arahnya. Penumbuk di tunjuk.

“Alaaa cik. Sakitlah! Dah la jalan tar ni,” ujar satu suara.

“Ah! Saya tak peduli. Siapa suruh kamu tidak ikut arahan. Kalau ada yang tidak mahu ikut arahan saya, saya tambah lagi sepuluh,”

Semua merengus geram. Terpaksa juga diikutkan arahan yang tidak masuk akal itu.

“Saya kira 1 baru kamu semua turun. Serentak. Faham?!” jeirt Diana lagi.

“Faham,” dengan rasa sebal semua menyahut.

“Saya tak dengar,”

“Faham!!!” bergema terus.

“Cepatlah cik! Tak tahan ni. Dah la panas lagi,” suara lain pula bersuara. Keras! Mereka sedari tadi sudah sedia dengan kedudukan tekan tubi penumbuk itu.

“Okey. Satu,”

Semua turun mengikut arahan yang di beri.

“Bawah lagi! Turun lagi” jeritnya apabila ada yang cuba mengelat.. senyuman sinis di tuju pada tubuh Athirah Ardilla. Namun gadis itu tidak perasan. Padan muka! Getusnya.

“Oiii. Buatlah betul-betul!” jerit lagi satu suara.

“Okey naik. Dua!”

“Patikan tubuh betul-betul turun ye. Saya boleh nampak siapa yang cuba mengelat,” saja mahu mereka lama dalam keadaan begitu.

“Okey naik! Tiga”

“Turun lagi! Kamu tak nak ikut arahan saya, lama lagi lah kamu macam ni,”

“Okey naik. Em….”

Sebelum sempat ayat di habiskan.

“Semua duduk,” terdengar suara Fuad.

Serentak semua menarik lafaz lega. Masing-masing melihat buku lima mereka. Berbekas dan sedikit perit di situ.

“Diana! Apa kamu buat ni?” marah Fuad.

“Errr..Diorang yang langgar peraturan Encik!” jawabnya sedikit rasa bersalah.

“Mana ada encik. Kami cuma mandi air sungai je. Kan encik cakap aktiviti bebas,” ada suara berani menegakkan kebenaran. Perasan akan situasi sedikit tegang itu.

“Awak tahukan. Hanya saya sahaja yang layak bagi arahan! Siapa bagi kebenaran kepada kamu Diana!” merona merah muka Diana apabila dimarahi Fuah di depan peserta.

“Saya minta maaf,” lantas dia beredar dari situ.

Athirah Ardilla kesian melihat raut wajah Diana. Ishh! Siapalah yang bermesraan tadi tu. Geram betul! Kat sini pun nak buat maksiat. Dia berbicara sendiri. Tidak sedar, di tuju pada dirinya.

Kekuranya yang sakit di usap. Terlihat ada sedikit luka kecil. Hurmmm..

“Okey semua boleh bersurai,” Fuad beri arahan.

Rasa belas pada semua pelatih terutama Athirah Ardilla. Dia terlihat dari tadi asyik mengusap kekuranya.

Fuad mengeluh berat. Dia dengan team yang lain sedang sibuk menyediakan check point untuk aktiviti malam itu. Tidak tahu pula Diana akan berubah seperti itu.

hai.. ada yang tak puas baca chapter before kan. ok saya bagi new chapter.. nak lagi?? komen lah dulu.. jangan lupa bg star.. tq -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience