Bab 33

Romance Completed 21516

Bab 33
Athirah Ardilla sedang duduk santai di belakang rumah sambil mengadap komputer ribanya. Ada beberapa projek baru di kirim Micheal melalui email. File yang sudah di muat turun dan di simpan dalam komputer ribanya di buka.
Belakang rumah adalah kawasan strategik yang kebiasaanya menjadi tempat ahli keluarganya bersantai di waktu petang. Arwah abahnya ada membuat satu pangkin. Dan tidak jauh dari pangkin ada anak sungai. Suasana memang nyaman. Terdapat beberapa pokok kelapa dan ada juga pokok manggis yang tidak berbuah tetapi daunnya merimbun. Dan ada beberapa pokok lagi yang dia kurang pasti pokok apa. Keretanya pula dari awal dia sampai ke situ, sudah di sorokkan di belakang rumahnya dan di tutup menggunakan car cover outdoor.
Matanya di kalih melihat paparan skrin komputer ribanya. Ada lima file kesemuanya. File satu di buka. Seperti biasa di dalam file ada file lagi. Namun kali ni setiap file sudah di namakan. Ada file nikah, sanding, tukar baju. File nikah di pilih dan di buka. Kebiasaanya begitulah. Dia perlu meneliti setiap gambar sebelum di edit untuk mengambil mood.
Memandangkan bulan ini masih dalam mood cuti. Maka projeknya banyak berkaitan perkahwinan.
Cantik! Bisiknya. Kekunci arrow ke kanan di tekan. Silih berganti gambar keluar di paparan skrin.
Fikirannya tiba-tiba melayang. Teringat kenangan pertemuan pertamanya dengan Harith Haiqal. Bagaimana dia terpegun dengan ketampanan suaminya itu. Orangnya berkulit putih bersih, rambutnya ikal, sedikit berkumis. Membuatkan sesiapa sahaja melihatnya pasti terpesona. Dia tersenyum sendirian. Bentuk badan tegap seperti hero remaja.
"Ishh! Apa pula remaja. Umur pun dah nak dekat 40" dia ketawa kecil.
Fikirannya menerawang lagi. Teringat detik dia di hotel, di mana die tertinggal baju ketika hendak mandi.
"Yang tu memang memalukan," dia menutup matanya. Tidak dapat di bayangkan perasaannya ketika itu.
Dia menarik nafas. Kemudian menghembusnya perlahan.
"Apalah yang abang buat sekarang? Rindu tak abang pada Dilla? Dilla rindu abang. Senyum abang. Layanan abang tak pernah kurang. Macam-mana Dilla nak benci abang?" Ucapnya perlahan.
Komputer ribanya di tutup kembali. Dia membawa lututnya rapat ke dada. Kedua tanggannya di bawa kehadapan memeluk lutuknya. Dagunya di tumpangkan di atas kepala lutut kanan. Ya Allah. Sampaikanlah rindu ini pada dia.
"Ya Allah! Mak dah agak ada orang kat sini," suara seseorang mengejutkannya.
"Oh mak kau jatuh!" Athirah Ardilla melatah lagi.
Matanya berpaling pada wanita tua yang bertubuh gempal yang berdiri betul-betul di hadapan pintu dapur. Dan di sebelahnya ada perempuan muda dalam lingkungan umur 40-an. Dia mengecilkan matanya untuk mengingati sesuatu. Perlahan dia bangkit dan langkah di atur menuju ke arah dua wanita tersebut.
Senyumannya semakin lebar.
"Mak Leha? Kak Su?" Dia bertanya.
Dua wanita tersebut mengerutkan dahinya. Macam-macam gadis itu boleh kenal dirinya. Dan tiba-tiba wajahnya terkejut.
"Adik?" Mak Leha bertanya.
"Ye Mak Leha," tubuh wanita tua itu di peluk kejap.
Mak Leha sudah berjujuran air mata. Dia membalas pelukan Athirah Ardilla dan ubun-ubun gadis itu di cium berkali-kali.
"Rindunya Mak Leha pada adik. Lama adik tak balik," ujarnya.
"Maafkan adik," itu sahaja mampu diucap.
"Dah.. dah. Jom duduk dulu. Banyak nak sembang ni," Kak Su pula mencelah.
Mereka beriringan menuju ke arah pangkin. Duduk santai di situ.
"Errrr. Macam-mana Kak Su dengan Mak Leha masuk. Pintu depankan terkunci," begitulah dia. Demi merahsiakan kehadirannya di rumah itu, pintu utama di mangga seperti tiada orang di situ.

"Mak Leha ada kunci. Tuan Harith bagi. Dia minta Mak Leha tolong tengok-tengokkan rumah ni. Dah lama dah. Sejak abah dan ibu kamu pergi," perlahan sahaja tutur katanya.

"Setiap bulan dia ada bagi Mak Leha duit. Upah katanya sebab Mak Leha jaga rumah ni. Mula-mula Mak Leha tolak tapi Tuan Harith tu baik. Bila Mak Leha tolak duit, dia beli barang-barang dapur Mak Leha. Macam-mana akal dia tu. Duit pun dia beri. Masuk terus dalam akaun Mak Leha. Ni lah. Kak Su kamu senyap-senyap bagi nombor akaun Mak Leha pada Tuan Harith tu," dijeling anak perempuannya di sebelah.
Oh! Baru dia tahu. Selama ini, Harith Haiqal yang menjaga rumah pusaka arwah orang tuanya. Patutlah kemas bersih.

"Mak Leha ni bukanlah hari-hari datang jenguk sini. Dalam sebulan sekali Mak Leha datanglah. Ye lah. Apa saje yang nak di kemas. Bukan ada orang. Paling-paling tidak sapu-sapu daun-daun kering, buang-buang habuk kat dalam rumah tu. Sawang kalau ada. Itu je,"
"Tapi satu malam tu, Mak Leha perasan rumah ni terang benderang. Mak Leha ingat Tuan Harith yang datang. Tapi tak nampak pula kereta. Itu yang Mak Leha ajak Kak Su kamu ke mari,"
Panjang lebar wanita tua itu bercerita. Jika ibunya masih hidup, pasti begitulah rupa ibunya. Tangan tua yang sudah berkedut itu di capai. Diusap lembut seperti memegang tangan ibunya.
"Terima kasih Mak Leha, Kak Su. Tapi jangan bagi tau Tuan Harith yang adik ada kat sini," perlahan sahaja dia bersuara.
"Kamu kenal Tuan Harith tu?"
Athirah Ardilla menganggukkan kepalanya perlahan.
"Dia suami saya,"
"Haaa.. betul lah mak. Su ada beritahu mak hari tu. Nampak gambar korang dalam majalah wanita. Dalam surat khabar pun ada keluar. Dekat fac pun ada. Tapi mak tak percaya," Kak Su pula bercerita.
Athirah Ardilla hanya tersenyum melihat keletah dua beranak itu.
"Oh kisahnya. Patutlah dia beria nak jaga rumah ni. Padahal setahu Mak Leha ibu dan abah kamu anak tunggal. Tak ada saudara-mara. Mak Leha nak tanya lebih, Mak Leha segan,"
Kemudian mereka mula rancak bercerita. Banyak perkara yang di kongsi namun tragedi itu biarlah menjadi rahsia. Dia tidak perlu bercerita pada sesiapa. Untuk apa dia ceritakan semuanya. Takdir Allah, siapa kita untuk menidakkan semua itu. Cuma dia perlu mencari kebenaran. Betul ke semua yang diceritakan Natilia padanya.

*****
"Explain this," Datuk Kamal melempar beberapa keping gambar di atas meja kopi berhadapan Harith Haiqal.

Sebaik menerima panggilan dari papanya sebentar tadi, dia terus sahaja ke rumah orang tuanya. Dia pelik melihat papa dan mamanya duduk di ruang tamu sambil di tangan papanya ada sampul surat berwarna kuning.

Satu persatu gambar di ambil. Dia serta merta terkejut melihat gambar tersebut. Gambar Natilia yang melangkah masuk ke dalam rumahnya. Natilia yang berdiri di luar rumahnya. Natilia yang naik kereta dengannya. Wajah Datuk Kamal direnung.

"Papa ingat kamu benar-benar dah berubah Qal,"

"Semua ni tak macam apa yang papa dan mama fikirkan,"

"Ya? Sebab tu papa nak kamu explain,"

Datin Nora di sisi suaminya hanya diam membisu. Datuk Kamal jika sudah mula campur tangan, maknanya perkara itu benar-benar hal yang besar.

Perlahan Harith Haiqal menceritakan semuanya. Dari A sampai Z.

Senyap.

"Tengok. Dilla lari dari rumah pun kamu tak baritahu papa dan mama. Ni dah sebulan lebih Dilla pergi, dapat cari dia?"

Harith Haiqal hanya menggelengkan kepalanya.

"Kalau bukan Mamat beritahu papa semua ni. Papa pun tak tahu. Harapkan kamu, sampai ke sudah kamu tak akan cerita. Betul tak?" Mamat adalah orang kepercayaan Datuk Kamal dalam menguruskan hal-hal peribadinya. Termasuklah menjadi spy dan mata-mata untuk anak-anak dan menantunya itu.

"Apa usaha kamu untuk cari isteri kamu ni?" Garang sahaja suara Datuk Kamal.

"Qal ada upah orang untuk cari, tapi sampai sekarang buntu. Tak tahu nak cari kat mana lagi," ujarnya.

"Kamu suruh orang. Kamu ada usaha?" Sinis sahaja pertanyaannya.

"Macam-mana Qal nak cari pa? Setiap minggu ada meeting. Projek dekat Penang pun Qak perlu pantau. Harapkan Izzat dia pun tengah busy uruskan projek dekat Johor Bahru. Dengan dia nak nikah lagi. Lepastu ni Qal baru balik dari oustation. Projek kita dekat Dubai ada masalah. Dan Qal perlu turun padang untuk selesaikan," nampak serabut wajah anaknya itu.

Timbul pula perasaan kasihan. Betul. Dia sedia maklum akan hal itu. Sebab itu dia upah Mamat untuk jejak menantunya. Dan hasilnya, tidak pernah mengecewakan. Teringat gambar-gambar kandid yang di ambil mamat tempoh hari. Alhamdulillah. Menantunya itu selamat. Dan orang-orang Mamat ada di sekitar kawasan itu, untuk pastikan keselamatan menantunya itu. Tetapi dia tidak menceritakan perihal itu kepada anak lelaki tunggalnya.

"Okey. Kalau macam tu, papa beri kamu cuti sehingga hal ni benar-benar selesai. Papa nak kamu bawa balik Dilla ke rumah ni. Pasal Nat tu, papa harap kamu tak hubungi dia lagi. Dia dah kerja dengan kamu lagi kan? So untuk apa kamu contact dengan dia lagi. Ingat Qal. Dia itu orangnya berisiko. Sama ada hubungan kamu dengan Dilla yang tamat atau hubungan kamu dengan Nat tu yang tamat,"

"Act like a man. Kamu dah besar. Umur pun dah nak masuk empat puluh tahun. Papa harap kamu tahu apa yang kamu perlu buat,"

Dia senyap seketika.

"Keluarga mertua kamu dalam perjalanan ke sini. Papa harap kamu cerita perkara sebenar pada mereka. Biar mereka tahu,"

"Pasal Dilla.. kamu jangan risau. Dia selamat,"

Wajah Harith Haiqal terkejut.

"Tapi... No..no..no. papa tak akan beritahu dia di mana. Kamu kena usaha sendiri cari dia. Guna cuti yang papa beri sebaiknya. Hal syarikat, pandai papa uruskan. Ingat act like a man!"

"Sayang jom! Awak pun jangan beritahu anak teruna kesayangan awak ni ye. Saya dapat tahu, beg Bonia limited edition awak tu, awak dapat dalam mimpi je lah ye," sempat pula dia memberi amaran manja pada isterinya.

"Ishh! Abang ni. Sayang akan zip mulut," lengan suaminya di paut. Dan mereka beriringan naik ke atas.

Harith Haiqal menarik nafas berat. Dia kumudiannya melepaskan keluhan. Mukanya di raup kasar. Poket kiri seluar jeansnya di seluk. Telefon bimbit di keluarkan. Nombor seseorang di dail.

"Hello Rudy! Macam mana?"

"Bos! Saya baru nak call bos. Saya dah dapat lokasi isteri bos. Tapi...."

"Hah? Dekat mana?" Cepat sahaja dia memotong.

"Sabar bos. Tapi saya belum pasti lagi betul atau tak. Nanti esok atau lusa saya confirmkan semula," ujar Rudy.

"Ermmm. Cepat sikit. Dah sebulan lebih ni. Berapa lama lagi aku kena tunggu," serius sahaja suaranya.

"Baik bos. Baik," telefon di matikan.

Dia sedia maklum, Rudy bukanlah bekerja full time seperti sebelum ini. Dia juga ada tanggungjawab hakiki yang perlu di beri perhatian.

happy reading guys..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience