Bab 37

Romance Completed 21516

Bab 37

Dahinya yang berkeringat dikerutkan. Matanya masih terpejam. Cuba memusingkan tubuhnya. Namun masih tidak selesa. Bahang dari cahaya luar mengejutkannya. Perlahan mata dibuka. Memandang syiling. Fikirannya kosong.

"Ahhh.. dah pukul berapa ni?"

Telefon bimbit yang berada di atas almari sisi katil digapai.

"Dah pukul 9.45 pagi. Patutlah rasa bahang. Matahari dah keluar,"

Telefon bimbit diletakkan semula di atas almari kecil itu. Dia memandang ke sisinya pula.

Kosong.

Dia mengeliat kecil. Perlahan dia bangun dan duduk di atas katil. Badannya dipusing ke kanan. Kemudian ke kiri.

Prappppp!

Praaapppp!

Kepalanya pula.

Prap! Prap!

Ahhhh! Leganya. Dia kemudian turun dari katil. Baju harus di ganti. Dia memandang keseluruh bilik. Namun tidak nampak kehadiran beg luggagenya.

"Aishh! Mana pulak pergi. Pagi tadi bukan aku letak dekat sisi katil tu?"

Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Sisi katil yang kosong dipandang.

Kemudian matanya beralih kearah almari pula. Tak tahu apa yang menariknya, sekejap sahaja dia sudah berdiri di hadapan alamari.

Pintu almari dibuka. Dia tersenyum melihat baju-bajunya sudah siap tersusun di dalam almari. Elok tergantung. Satu baju t-shirt dan seluar pendek di ambil. Dia melucutkan kain pelekatnya. Kemudian bajunya pula. Baru sahaja ingin melepaskan kepalanya dari baju kurta, pintu bilik tiba-tiba dibuka dari luar.

"Opppsss! Sorry," Pantas sahaja pintu itu di tutup kembali.

Athirah Ardilla di luar mengutuk dirinya. Dia menggelengkan kepalanya cuba membuang pergi dimindanya objek yang baru dilihat sebentar tadi.
"Huh! Nasib baik dia pakai boxer," malunya ketika itu usah di cakap. Dia kemudian terus menuju ke dapur. Kemudian keluar duduk di pangkin. Hanya tempat itu yang boleh menenangkan hatinya yang penuh debaran.

"Kenapa tak masuk je tadi?" Suara garau itu mengejutkannya.

Nasib baik dia tidak melatah. Diurut sahaja dadanya.

"Abang tu. Kalau nak tukar baju. Kuncilah dulu pintu tu," dia memasamkan wajahnya.

Akhirnya. Terdengar juga berpatah ayat dari bibir mungil itu. Dia tersenyum.

"Buat apa nak kunci. Rumah ni ada kita berdua je kan? Ke.... Ada orang lain? Hmmm."

Ruang kosong di sisi isterinya di pandang kemudian punggung dilabuhkan di situ. Sengaja tangannya disilangkan di belakang Athirah Ardilla. Dapat dia merasa tubuh hangat isterinya.

"Buat apa duduk dekat sini?"

Tangan gatalnya menyentuh pinggang isterinya pula. Dia dapat merasa tubuh itu sedikit terkejut dengan tindakannya.

"Errr... Errr.." tak tahu nak cakap apa.

Akhirnya hanya gelengan kepala di beri sebagai jawapan.

Seledang yang hampir melorot di bahu isterinya dibetulkan kedudukan. Alhamdulillah. Dia bersyukur. Allah mengurniakan dia isteri yang sentiasa jaga maruah dan aibnya sebagai suami. Beruntung dirinya.

Tidak semena-semena perasan itu terlahir dan senyuman lebar terukir dibibirnya.
Athirah Ardilla yang perasan menoleh. Dahi suaminya disentuh menggunakan belakang telapak tangan.

Harith Haiqal mengerutkan dahinya.

"Panas?" Soalnya sebaik tangan itu dialihkan.

Athirah Ardilla hanya menggelengkan kepala.

"Memanglah. Sebab abang bukan deman. Tapi..... Abang sakit. Kat sini," di tunjuk dada kirinya.

Peha pejal itu ditepuk Athirah Ardilla secara spontan. Begitulah dirinya. Mudah terhibur.

Namun bila tersedar keterlanjurannya, tangan pantas di alihkan.

Harith Haiqal merapatkan lagi kedudukan tubuhnya supaya benar-benar rapat dengan isterinya. Rindu betul dengan tubuh itu setelah hampir dua bulan mereka tidak bertemu. Bibirnya perlahan menyentuh bahu yang ditutupi selendang dan baju t-shirt.

"Abang rindu sayang. Rindu sangat-sangat," seakan berbisik. Namun masih jelas dipendengaran Athirah Ardilla.

Kedua tanggannya kini betul-betul berada di atas perut isterinya. Diperkemaskan. Menikmati haruman yang terbit dari tubuh itu.

Pelukan itu dibalas Athirah Ardilla dengan mengusap kekura suaminya perlahan serta tubuhnya dirapatkan ke dada yang luas.

Nyamannya.

Lama mereka dalam keadaan seperti itu. Saling melepaskan rindu yang terbuku.

"Abang lapar tak?"

Terasa kepala di bahunya digerakkan.

"Jom makan. Dilla ada masak nasi lemak," tangan itu ditepuk manja.

"Ermmm.. tak nak nasi lemak," terasa kepala dibahu digelengkan.

"Habis tu nak apa? Roti canai? Mee hun? Kalo nak yang tu semua, abang kena pergi beli lah. Tapi dah pukul berapa ni? Ada lagi ke jual?"

"Tak. Abang tak nak semua tu," idea nakal sengaja mahu mengusik isterinya.

"Dah tu nak apa?" Dia cuba melirik wajah suaminya dibahunya.

"Nak sayang," dia berbisik ke telinga isterinya.

Meremang bulu roma Athirah Ardilla bila terasa gegendang telinganya bergegar dengan bunyi yang halus itu. Geli!

"Main-main ea...," Dicubit manja kekura suaminya.

"Dah jom lah makan. Dilla lapar ni. Tu lah tadi ingat nak kejutkan abang sarapan. Tak tahu pula abang...," Ayat itu tergantung.

"Abang apa?" Sengaja mengusik.

"Ermm tak ada apalah. Jom makan. Lapar," dia cuba meregangkan kedua tangan yang elok memeluk dirinya.

Kemudian tangan itu ditarik manja.

Kedua tangan Athirah Ardilla dipegang kemudian. Matanya menatap wajah isterinya yang sudah berdiri menghadapnya.

Dikucup kekura itu.

"Sayang tak nak tanya abang apa-apa?"

"Nak tanya apa?"

"Apa-apa je,"

"Ada.."

"Apa dia?"

"Bila kita boleh makan?"

Hahahaha terhambur juga tawanya. Athirah Ardilla hanya memuncungkan bibirnya. Dia akui sekarang memang dia kuat makan dan mudah terasa lapar.

"Okey... Okey.. jom," dia kemudian bangkit. Bahu isterinya dipeluk. Mereka beriringan menuju ke meja makan yang terletak di dapur.

Kerusi di tarik. Kemudian mempersilakan isterinya duduk.

Kemudian kerusi di sebelah pula di tarik. Baru sahaja punggung ingin menyentuh kerusi, tangan isterinya di sentuh.

"Tak apa. Biar abang yang buat. Sayangkan dah penat masak ni semua,"

Athirah Ardilla hanya mengikut sahaja. Tak berdaya ingin menghalang. Perut yang lapar benar-benar minta di isi.

Dihadapanya terhidang nasi lemak, kacang goreng, ikan bilis, sambal udang, timun, telur rebus. Lengkap semuanya.

"Nak lagi," ucapnya bila pinggan yang sudah terisi dengan nasi diletakkan dihadapanya.

"Tak cukup?" Dia hanya menggelengkan kepalanya.

"Okey. Dah?"

"Sikit lagi... Lagi... Oooo..okey. ngam!" Ucapnya.

Pinggan diletakkan dihadapanya semula. Sudu dan garfu di ambil dan diletakkan di dalam pinggan. Dia menunggu giliran suaminya pula.

"Banyak sayang makan ea? Selalu bising kalau abang letak banyak-banyak nasi,"

Senyap. Malas melayan. Yang dia tahu dia lapar.

"Tak takut gemuk ke?" Sambung Harith Haiqal separuh berbisik.

"Takkk," balasnya selumber.

Tangan di tadah setelah Harith Haiqal siap. Harith Haiqal membaca doa makan.

"Aaminn,"

Dan mereka mula makan. Hanya terdengar sudu dan garfu yang sentiasa berlaga antara satu sama lain. Masing-masing saling menikmati hidangan sarapan pada pagi itu.

"Opss! Sorry ganggu," ujar satu suara dari belakang.

Mereka berdua menoleh.

"Madi!!!" Athirah Ardilla menjerit. Dia kemudian berlari-lari anak mendapatkan sahabatnya itu.

"Oi... Jaga-jaga,"

Sepantas kilat mulut Farah Madhihah ditutup Athirah Ardilla.

Harith Haiqal yang sempat mendengar ayat yang keluar dari mulut Farah Madhihah mula bangun. Dan kakinya mengorak langkah mendapat kedua gadis di hadapannya.

"Kenapa?" Soal Harith Haiqal.

Keduanya senyap. Hanya isyarat mata sahaja terlihat.

"Kau datang dengan siapa?" Sengaja mengubah topik.

"Hei! Bro!" Suara garau Izzat pula memecah kesunyian.

Izzat mendapatkan Harith Haiqal yang sedang berdiri bersebelahan Athirah Ardilla dan Farah Madhihah.

"Asal?" Soal Izzat.

Harith Haiqal hanya menjungkit bahu.

"Haaa ni aku ada bawa sarapan. Tapi sikit je lah. Tak tahu pula kau ada kat sini. Aku bawa untuk mak buyung je lah,"

Farah Madhihah dan Athirah Ardilla menepuk dahi kemudian
. Huh! Keduanya mengeluh.

"Kenapa? I ada salah cakap ke?" Pelik melihat reaksi kedua gadis di hadapannya.

"Explain please? Mak buyung? Apa tu?" Harith Haiqal bersuara tidak puas hati. Seperti ada sesuatu yang mereka sorokkan.

"Oooo.. aku dah faham. Okey. Tak apa. Aku hidangkan ni dulu," Izzat baru tersedar keterlanjurannya. Cepat sahaja dia mencari alasan mahu melarikan diri.

"Huh! Biy.. I tolong you" tangan Athirah Ardilla yang masih menggenggam tangannya di tepis perlahan. Dan dia berlalu sambil mengenyitkan mata ke arah Athirah Ardilla.

"Good luck!" Sempat juga dia berbisik.

Selepas keduanya hilang Harith Haiqal memandang Athirah Ardilla dengan satu renungan yang minta penjelasan.

"Okey. Dilla akan explain. Tapi. Abang kena ikut Dilla dulu,"

"Jom," sambungnya.

Dia menarik tangan Harith Haiqal supaya mengikutnya menuju ke bilik. Namun apabila hampir sahaja di muka pintu, langkah Harith Haiqal tiba-tiba terhenti.

"Kita ada tetamukan sayang,"

"Tak apa. Diorang faham," ucap Athirah Ardilla.

"Okey abang duduk kat sini dulu," Athirah Ardilla menyuruh Harith Haiqal duduk di hujung katil. Dia kemudian menuju ke laci pakaian keciknya.

Mengeluarkan sesuatu.

"Nah! Bukalah,"

"Apa ni?" Satu kotak yang sudah siap berbungkus seperti hadiah di pegang.

Flash back!

Aplikasi WhatsApp dibuka.

Nombor Farah Madhihah di cari. Dia teringat pesanan Farah Madhihah yang beberapa kali berpesan untuk dia membuat ujian.

Athirah Ardilla: Assalamualaikum. Madi. Kau busy ke? -send-

Online

Typing...

Farah Madhihah: waalaikumsalam. Tak lah. Aku tak da customer ni. Tengah relaks santai-santai je. Kenapa?

Athirah Ardilla tersenyum mendapat balasan dari Farah Madhihah. Gambar yang sudah di snap di hantar.

Athirah Ardilla: apa yang kau nampak.

Typing...

Farah Madhihah: serius ke??

Athirah Ardilla: ye. Baru buat tadi. Aku tak faham sangat. Macam dua garis. Tapi satu tu macam kabur.

Typing...

Farah Madhihah: aku datang sekarang.

Athirah Ardilla: haaa? Kau tak kerja ke?

Namun mesej itu tidak dibuka. Dan hanya satu tick.

Tidak berapa lama kemudian terdengar bunyi kereta memasuki perkarangan halaman rumahnya.

Laju sahaja Farah Madhihah keluar dari kereta.

"Dah kau pergi siap sekarang!" Arahnya.

"Kenapa pula," Athirah Ardilla bingung.

"Pergi je lah,"

*****
Selesai rawatan.

"Tahniah puan! Melalui ujian air kencing yang saya ambil tadi. Puan positif,"

Melihat muka terkejut Athirah Ardilla dan blurrr doktor itu tersenyum.

"Tahniah puan. Puan di sahkan mengandung. Anak pertama ye?" Soal doktor.

Athirah Ardilla yang masih blurr kelihatan bingung.

"Aah. Anak pertama. Maaf doktor. Kawan saya ni tekejut agaknya. Dah berapa bulan doktor,"

"Mengikut rekod dan keterangan saya ambil tadi, kemungkinan sudah masuk dua belas weeks. Tapi tak apa. Nanti saya scan perut,"

Mereka berdua terkejut.

"Dah tiga bulan?" Soal keduanya serentak. Doktor tersebut hanya mengangguk.

"Puan tak tahu puan mengandung?"

Athirah Ardilla hanya menggelengkan kepala.
Doktor wanita itu hanya tersenyum. Sudah biasa dengan situasi tersebut.

"Tak apa. Sepanjang tempoh ni, tak ada rasa lain ke? Contohnya pagi-pagi kerap rasa mual. Muntah-muntah. Pening,"

"Ada tapi saya ingat itu perkara biasa. Sebab lately saya memang busy sikit. Makan, rehat pun tak tentu masa," ucapnya.

"Okey. Faham. Saya pun kerap dapat patient yang mengalami situasi macam awak. Kes yang paling saya tak lupa, ada patients saya tak sedar yang dia mengandung. Tahu-tahu nak bersalin je," cerita doktor itu membuat kedua gadis itu melopong. Macam tu pun ada ea.

Mujur minggu itu Farah Madhihah ada job di Melaka. Jika tidak, sudah pasti sehingga kini dia pun tidak sedar yang dirinya sedang berbadan dua.

Flash back end!

happy tak???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience