Bab 23

Romance Completed 21516

Tanpa di sedari sesiapa, di luar ada kereta yang sedia dari tadi memerhati dari jauh Villa mewah itu. Hatinya bagai di siat-siat.

“Sial kau perempuan!!!” bagaikan orang gila dia menjerit.

Dia menghentakkan tangannya di stereng. Kesakitan yang terasa di tangannya tidak sama dengan kesakitan yang di alami di hatinya.

Dia nekad untuk mengekori kereta Harith Haiqal sejak kereta itu keluar dari Hotel Mewah.

“Siapa kau sebenarnya? Kenapa kau begitu istimewa! Sepanjang aku kenal Qal tak pernah lagi dia bawa aku berjumpa keluarganya. Tapi kau!!!”

Arrrrghhhhh!!! Dia menjerit nyaring. Nasib baik dia berada di dalam kereta yang kedap bunyi. Jika tidak pasti ramai orang sudah mengerumuni kenderaannya.

Akhirnya, dia memandu kembali kenderaannya. Air mata perlahan menuruni pipinya. Geram kerana cintanya tidak berbalas. Sewaktu melintasi villa itu, sempat dia mengerling walaupun hanya terlihat jelas atapnya sahaja.

*****

Setelah siap menjamu selera, Athirah membantu Datin Nora mengemas meja makan. Setelah selesai semuanya, dia tercari-cari kelibat suaminya.

“Jom. Mereka ada kat halaman,”

Sedikit terkejut mendengar suara Datin Nora yang tiba-tiba muncul di sisinya. Dia hanya menurut sahaja langkah ibu mertuanya.

Terlihat dari jauh, suaminya dan bapa mertua sedang dudk berehat di gazebo. Tidak jauh dari gazebo terdapat kolam renang. Cantik betul permandangan di situ.

Dia mengambil tempat di sisi Harith Haiqal. Manakala Datin Nora di sebelah Datuk Kamal.

“Kamu ada apa-apa perancangan untuk majlis resepsi nanti?” tanya Datin Nora

“Tema majlis, warna baju. Ke kamu nak Mama dan Bonda uruskan?” sambungnya lagi.

“Ikut mama lah. Kami ikut sahaja. Tapi tadi kami dah pergi fitting baju kat butik Farah,” balas Harith Haiqal.

“Dia dah tunjukkan baju-baju yang mama pilih. Cantik,” ucap Athirah Ardilla. Farah Madhihah ada memberitahunya sewaktu dia mencuba busana itu tadi.

“Oh! Kamu sukalah ya. Mama risau je pilihan mata ni tak kena pada kamu. Maklumlah pilihan orang tua.”

Seloroh Datin Nora.

“Mana ada tua. Sekali tengok macam baru empat puluh an je mama ni,” ucap Athirah Ardilla.

Seperti bondanya, Datin Nora juga tidak kurang hebatnya dalam menjaga penampilan.

“Malam ni tidur sini ea,” pinta Datin Nora pula.

“Errr. Bukan tak nak mama. Dilla tak bawa apa-apa pakaian,” bukan ingin menolak namun dia benar-benar tak bawa pakaian untuk salin.

“Tak apa. Semua abang dah settlekan.”

“Pakaian kecik pun abang ada bawa,” bisiknya.

Terbuntang mata Athirah Ardilla.

Reaksi Athirah Ardilla di balas dengan ketawa oleh kedua mertuanya. Merona merah wajahnya.

“Apalah kamu ni Qal. Dari tadi tak henti-hanti usik Dilla tu. Kesian ibu tengok dia. Nanti jangan sampai dia tidak mahu ke mari lagi,”

Datin Nora bersuara melihat keletah anak lelakinya itu. Tidak ubah seperti suaminya, suka mengusik. Ada sahaja idea.

“Abang rasa penatlah. Nak rehat sekejap. Jom sayang. Tolong urutkan abang,” ucap Datuk Kamal tanpa segan silu.

“Apalah abang ni, depan anak-anak,”

“Biarlah mereka berdua. Kita ni kacau daun je,”

Akhirnya keduanya beriringan masuk ke dalam rumah. Setelah melihat kedua orang tuanya menghilang, Harith Haiqal akhirnya bangkit dari duduknya.

Dengan pantas dia menanggalkan bajunya. Seluarnya juga di lucut. Tergamam Athirah Ardilla melihat tingkah laku suaminya. Hanya tinggal boxernya sahaja.

“Abang. Malulah nanti mama dengan papa tengok,”

“Mereka dah puas tengok lah sayang. Sejak abang dar kecil lagi. Cuma… sayang je, abang tak tahu puas ke tak tengok,” matanya di kenyitkan.

Perlahan dia menganbil langkah meloncat ke dalam kolam renang. Sudah lama dia tidak melakukan aktiviti itu.

Setelah puas dia berenang sampai ke hujung, dia berpatah semula.

“Sini lah sayang, duduk dekat sini. Duduk jauh sangat buat apa?,”

Athirah Ardilla sebenarnya segan melihat tubuh separa bogel suaminya itu. Perlahan di bawa juga langkah menuju tepi kolam. Kemudian seluarnya di singkatkan, menampakkan betisnya yang putih melepak tanpa sebarang noda. Tertelan air liur Harith Haiqal.

Athirah Ardilla melabuhkan punggungnya. Kakinya di jatuhkan di dalam kolam.

Arghhhh!! Terjerit Athirah Ardilla apabila Harith Haiqal menyerangnya menggunakan air kolam.

“Abang!! Basah lah baju saya,”

Datin Nora dan Datuk Kamal yang mendengar jeritan Athirah Ardilla, cepat menjengah ke cermin sliding mereka. Mereka akhirnya ketawa melihat gelagat kedua anak menantunya.

“Semoga mereka bahagia ke akhir hayat,” doa Datin Nora.

“Apa susah. Kalau basah boleh join abang sekali,”

“Saya tak reti berenanglah,”

“Tak apa abang boleh ajar,”

“Tak nak lah,”

Harith Haiqal terus berenang hingga ke hujung. Kemudian dia berpatah semula. Tiba di tengah kolam, dia berenang jauh ke dalam. Air kolam tiba-tiba hilang riak.

Athirah Ardilla kelihatan risau apabila tubuh itu tidak kelihatan.Terasa kakinya ada sesuatu yang menyentuh. Harith Haiqal tiba-tiba muncul di tengah-tengah antara kedua kakinya.

“Abang!! Suka buat orang terkejutlah,”

“Jom,”

Dia menghulurkan tangannya.

“Tak naklah. Saya takut,”

“Abangkan ada. Bosanlah mandi sorang-sorang,”

Dia lantas menyambut huluran tangan suaminya. Perlahan tubuhnya mencecah air kolam yang sejuk itu. Sedikit menggigil tubuhnya.
Perlahan Harith Haiqal merapatkan tubuhnya ke arah Athirah Ardilla.

“Sejuk ke?”

Ermmm.. Jawap Athirah Ardilla sepatah. Kaget dengan situasi dia dan Harith Haiqal. Terasa pinggangnya di raih.

Wajah mereka semakin rapat.

“Heiii. Nak romantik pergi masuk bilik!” Laung suara Datin Nora dari balkoni.

Terhenti pergerakkan mereka apabila menyedari ada yang memerhati.

“Kacau daunlah mama ni,”

Wajah Athirah Ardilla sudah kemerahan.

“Sorry sayang,” kucupan akhirnya jatuh di dahi isterinya.

“Jom abang ajar sayang berenang,”

Namun lain pula jadinya. Dia senang mengusik isterinya yang sudah basah kuyup dari kepala hingga ke kaki. Nasib baiklah baju yang di pakai isterinya berwarna putih itu tebal, jika tidak pasti pakaian dalam tidak dapat di sorokkan.

Beberapa jam kemudian mereka naik semula ke atas. Mereka membersihkan diri dengan air pancut yang di sediakan di tepi kolam bagi membilas badan dari air klorin.

“Macam mana nak masuk ni. Baju semua dah basah,” luah Athirah Ardilla.

“Tak apa. Kita keringkan badan kat gazebo dulu,”
Mereka beriringan melangkah ke gazebo.

“Banyak yang saya tak tahu tentang abang,” luah Athirah Ardilla.

Harith Haiqal menoleh isterinya di sisi.

“Sorry sayang,”

Jari jemari isterinya di genggam. Jika kau tahu kebenaran, pasti bukan jemari sahaja, mungkin wajah ini juga tidak mahu kau lihat lagi. Dia mengeluh.
“Kenapa mengeluh? Abang menyesal?”.

“Ishhh! Ke situ pula sayang.” Bahu isterinya pula di paut.

Abang ada sesuatau nak beritahu sayang. Tapi bukan hari ni. In shaa Allah satu hari nanti.

“Kenapa tak beritahu sekarang?”

“Nanti sayang akan tahu juga,” balasnya.

“Lagi apa yang sayang nak tahu tentang abang?”

“Sayang nak tahu segalanya tentang abang,”

“Okey kalau macam tu kita kena mulakan dari awal lah kan? Hai adik manis. Nama saya Harith Haiqal,”

Selorohnya dalam loghat bangladesh.

“Abang ni main-mainlah,”

Namun dia tetap ketawa senang. Tetapi ada hiba di hati Harith Haiqal. Bagaimana reaksi dia jika dia tahu kebenaran? Aku tak mahu kehilangannya.Ya Allah bantu hambamu ini. Dalam diam dia merintih.

“Termenung pula dia. Cepatlah cerita,”

“Okey abang ada tiga adik beradik,”

“Yang tu saya dah tau. Mama dah cerita tadi. Lain-lain,”

Baju yang di pakainya sudah kering. Namun tubuh separuh bogel lelaki itu benar-benar menggodanya namun di tahan sahaja.

“Abang kerja kat hotel tadi tu. Abang pernah belajar di London. Ambil jurusan bisness dan perlancongan. Waktu cuti, abang suka pergi gym dengan kawan-kawan abang,”

“Dengan Izzat?” tanya Athirah Ardilla.

“Aah. Mana sayang tahu. Tapi ada lagi kawan-kawan abang yang sayang tak kenal,"

“Tengok badan Izzat pun saya dah tau,” walaupun tubuh Izzat sedikit kecil jika di bandingkan dengan lelaki sado di sisinya itu.

“Nakal juga ea. Sempat lagi menilik tubuh orang,”

“Dah ada depan mata. Orang cakap pandangan pertama tu rezeki, kedua baru dosa,”

Berderai tawa Athirah.

“Amboi..Amboi..Amboii. Jom masuk sayang. Sejuklah. Kita sambung cerita dalam bilik nanti,”

“Alah. Abang pakailah baju dengan seluar ni,” baju dan seluar jean di sisinya di capai.

“Tak nak lah. Abang nak bersihkan badan ni. Sayang pun sama,”

Dia lantas menarik tubuh isterinya. Namun Athirah Ardilla masih kaku. Dengan pantas tubuh itu di campung.

“Kalau nak dukung beritahulah,” ucapnya nakal.

“Abang turunkanlah sayang. Nanti bonda nampak lagi,”

“Kali ni mesti tak. Sebab Gazebo ni terlindung,”

Perlahan dia membawa tubuh itu naik ke biliknya yang berada di tingkat dua. Pintu di buka oleh Athirah Ardilla memandangkan tangan suaminya itu sudah penuh dengan tubuhnya.

“Thanks,”

Tubuh itu di turunkan setelah mereka masuk ke dalam kamar milik Harith Haiqal. Kamar itu dua kali besar kamarnya. Bersih dan berbau wangi.

Selesanya di berada di dalam kamar itu. Katil berbentuk sfera boleh memuatkan tujuh orang. Besar sungguh.

Berhadapan dengan katil terdapat sofa cheterfield berwarna kelabu. Dekorasi ruang bilik itu bertemakan tiga warna. Hitam, putih dan kelabu. Nampak begitu elegant. Di dalam bilik terdapat dua ruangan. Satu bilik adalah bilik pakaian. Bersebelahan bilik pakaian merupakan bilik mandi yang di lengkapi dengan jakuzi.

Terasa berada di hotel 10 bintang.
Terlupa, bahawa suaminya bekerja di bahagian perlancongan. Pasti suaminya itu arif tentang dekorasi.

“Dah puas tengok? Bilik abang ni biasa-biasa je,”

“Cantik, tersusun kemas. Pandai abang dekorasi. Sejuk mata memandang,”

“Jom mandi. Badan abang dah berlengas.”

Lantas selendang yang menutupi kepala isterinya di buka. Sudah biasa begitu. Dia suka jika dirinya sendiri mendedahkan aurat isterinya itu.

Athirah Ardilla tidak mampu menolak. Dia hanya membiarkan sahaja. Sudah acap kali di layan sebegitu, jadi dia sudah biasa.

Tuala mandi di dalam almari di ambil suaminya. Dia di layan seperti permaisuri lagaknya. Serba-serbi di lakukan suaminya.

“Tuala saya tu kan? Bila pula abang ambil bagasi,”

“Masa sayang tolong mama kat dapur. Time tu lah abang ambil,”

“Oh! Pandai abang ea. Dah rancang semuanya.”

“Masa mama call abang tadi, mama dah beritahu. Nak kita tidur sini sehari dua,” ucapnya.

Rambut isterinya yang sudah terlepas melepasi bahu di belainya lembut. Dia kemudian merapatkan tubuhnya. Tubuh isterinya itu di peluk erat. Bibirnya mengucup lembut leher jinjang itu
. “Dah jom mandi,”

Dia menarik lengan isterinya di bawa masuk ke dalam bilik mandi.

Satu persatu pakaian isterinya di tanggalkan. Sehingga tiada lagi seurat benang. Mereka berendam di dalam jakuzi yang sudah pun di penuhi air dan buih sabun. Dia merapati tubuh isterinya yang sudah separuh tenggelam.

Perlahan bibir itu di pagut. Di sedut perlahan. Di hisap. Dan makin lama makin menghairahkan. Air di dalam jakuzi sedikit berkocak mengikut rentak.
Waktu mandi yang sepatutnya setengah jam menjadi berjam-jam pula. Athirah Ardilla hanya membiarkan sahaja. Dan dia turut membalas setiap gerakan suaminya.

*****

Sudah tiga hari dia bermalam di villa itu. Sepanjang tempoh itu, bermacam perkara dia lakukan bersama ibu mertunya memandangkan suami dan bapa mertuanya keluar bekerja pada siang hari.

Dia sempat membawa wanita itu berjalan, shopping. Merehatkan diri di spa. Dan bermacam lagi yang di lakukan bersama termasuklah memilih kad jemputan untuk majlisnya nanti.

Memandangkan dia sudah mempunyai lesen memandu, segala destinasi yang di tuju, dia sendiri yang memandu. Namun menggunakan kereta milik ibu mertuanya. Dia berasa sedikit janggal memandu kenderaan mewah itu pada mulanya. Namun setelah di ajari ibu mertuanya, dengan mudah dia memandu.

Di rumah bondanya, bukan tiada kereta mewah seperti itu, tetapi dia berasa segan untuk menggunakannya. Dia lebih rela keluar bersama dari memandu sendiri.

“Nanti bila-bila masa datang lah sini,” ujar Datin Nora.

“Baiklah mama,” dia memeluk tubuh itu.

Akhirnya dia dan Harith Haiqal beriringan keluar menuju ke keretanya.

“Kita nak ke mana?”

“Adalah.”

Harith Haiqal kelihatan santai memandu. Hari itu mereka mengenakan baju sedondon berwarna merah hati. Seluar jeans berwarna hitam dan kasut kanvas berwarna putih. Athirah Ardilla mengenakan tudung bawal satin bercorak bungaan berwarna krim.

Beberapa minit kemudian mereka tiba di satu butik.

“Ni butik Madi kan? Buat apa kat sini,”

Harith Haiqal hanya tersenyum.
“Jom,”

Mereka beriringan keluar. Jenuh bertanya, namun tiada langsung jawapan di terima. Bell di tekan. Pintu akhirnya di unlock. Mereka masuk ke dalam butik tersebut. Muncul Farah Madhihah dari arah belakang butik tersebut. Di tangannya terdapat beberapa pasang busana.

“Nah. Kau cuba ni,”

“Hari tu bukan dah cuba ke?”

“Yang tu lain. Yang ni hubby kau yang request,”
dia memuncungkan bibirnya ke arah Harith Haiqal.

“Oh!”

“Lagi satu. Ada berita aku sampaikan kat kau ni. Aku rasa mesti kau tak tolak,”

“Apa dia?”

“Tak apa kau pergi cuba dulu baju ni,”

“Okey,”

Dia lantas menuju ke dalam bilik fitting room bersama busana-busana yang penuh di tangannya.

hai korang.. harap korang tak bosan menunggu new chapter PR. bila sek dah mula buka ni, biasalah ke buzy an melanda.. tq masih lagi setia menunggu new update. -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience