Bab 35

Romance Completed 21516

Bab 35

Laptop di buka seperti biasa. Hari ini tiada mood untuk membuat editing. Aplikasi Fac dibuka. Hurmmm. Tiada apa-apa yang menarik. Semua update tentang life sendiri. Haus pulak!

Dia masuk ke dapur. Satu mug dan sudu kecil di ambil. Dan sachet tiga dalam satu dicapai lalu di koyak dan di masukkan ke dalam mug. Air panas dari mesin penapis terkemuka di tekan.

Setelah itu adunan campuran air di kacau perlahan. Satu bekas biskut di ambil dan langkahnya di atur menuju ke pangkin. Itulah tempat yang tenang baginya untuk bersantai-santai.

Paparan laptop discroll ke bawah. Dan ada satu paparan dari Media Hiburan menarik minatnya.

"SEORANG USAHAWAN MUDA DI TANGKAP KHALWAT" namun artikel itu tidak di baca penuh. Susuk tubuh itu amat dia kenal. Ya! Jam tangan lelaki itu. Yes! Jenama Alexander Chirstie limited edition.

Tubuhnya kaku. Tangannya menggigil. Tidak! Tak mungkin! Dia menggelengkan kepalanya. Perlahan satu persatu manik turun membasahi pipinya.

"Dilla...." Lembut sahaja panggilan itu.

"Madi?...." Wajahnya berpaling. Air mata di seka laju.

Lantas dia berlari memaut tubuh sahabatnya. Tubuh itu dipeluk kuat. Dia menangis dibahu Farah Madhihah tanpa henti. Diluah semua perasaan pada sahabatnya itu. Farah Madhihah mengusap lembut tubuh itu. Dibiarkan tubuhnya di peluk erat.

Beberapa detik.

"Sayang... Kan I...." Ucapannya terhenti melihat drama air mata di depan mata.

Seperti jejak kasih gamaknya. Saudara yang telah lama terpisah bertemu semula.

Farah Madhihah menunjuk isyarat jari telunjuk di bibirnya. Izzat membalas dengan isyarat 'okey' dan berlalu pergi meninggalkan dua gadis tersebut.

"Betul ke apa yang aku baca tu?" Dia merenggangkan sedikit tubuhnya.

Soalan pertama yang keluar dari bibirnya. Farah Madhihah tersenyum. Pinggang Athirah Ardilla di peluk erat. Dia membawa tubuh itu ke pangkin.

"Kau sabar ea," pujuknya.

Air mata gadis itu di seka menggunakan hujung jarinya.

Dia merenung wajah di hadapannya.

"Kau dah kenapa tenung aku macam tu?" Athirah Ardilla menampar manja peha Farah Madhihah.

Dia tersenyum.

"Kau kenapa ni? Aku tengok sensitif semacam. Ni pipi ni. Kenapa gebu semacam. Berapa paket yis kau telan ni," dia memicit pipi pau Athirah Ardilla.

"Ouchh! Sakitlah. Ape salah pipi selalu kena cubit.. tiberrr," keduanya ketawa serentak.

"Nampak gemuk ke?" Dia meraba-raba pipinya. Selendang di betulkan kedudukannya.

"Boleh tahanlah. Ni badan pun aku tengok berisi dah. Orang... Kalau jauh hati, merajuk ke kan. Setahu aku. Badan makin cengkung. Berat badan susut. Kau ni.. aku tengok macam happy jek," Farah Madhihah sudah mula mengeluarkan segala hujahnya.

"Merepek lah kau ni. Mana ada aku merajuk. Jauh hati lagi lah. Lamberrrttt lagi. Aku saja datang sini. Rindu kat rumah ni," sengaja mencipta alasan.

"Yelah tu. Takkan sampai sebulan lebih. Hurmmm," tangan gadis itu di capai. Jari-jemari di genggam lembut.

Perlahan komputer riba yang sedari tadi terbuka di hala ke arah Athirah Ardilla.

"Cuba kau baca artikel ni betul-betul. Buka. Baca,"

"Buat apa nak baca. Buat sakit hati je," dia menolak kembali komputer ribanya ke arah Farah Madhihah.

"Betul tak aku cakap. Kau ni makin sensitifkan. Dulu tak macam ni pun. Ke....," Dia berjeda. Kemudian sengaja keningnya di jungkit-jungkit. Kemudian dia tersenyum lebar.

Athirah Ardilla mengerutkan keningnya. Perlahan jari-jemari menyentuh lembut dahi Farah Madhihah.

"Kau kenapa? Ke.. ke.. ke.. apa? Cuba bagi ayat habis," rajuk Athirah Ardilla.

"Merajuk pula. Betul lah kau ni. Aku rasa. Baik kau pergi check-up,"

"Hurmmm.. dah nak check-up buat apa. Aku bukan sakit,"

"Orang buat check-up tak semestinya sebab sakit je sayang oiii. Ishhh geram lah aku tengok pipi montel kau ni," sekali lagi pipi itu menjadi sasaran.

"Isshhh! Kau ni. Bak sini tangan kau ni aku gigit," Athirah Ardilla sengaja mengacah.

"Dah tu. Kalau tak sakit. Buat apa nak pergi check-up bagai tu," sambungnya.

"Manalah tahu kan... Kot-kot.. kau tu... Kena... Buatan orang," satu persatu ayat keluar dari bibirnya. Penuh kelembutan.

"Ni dah lebih. Takkan lah pipi aku tembam ni sebab ada orang nak kenakan aku," Athirah Ardilla mula kerisauan.

Farah Madhihah hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Cepatlah kau berbaik semula dengan abang Qal tu. Semakin teruk dah aku tengok kau ni. Makin lembab pun ya. Aku berkias sikit pun jauh nun fikiran kau ye,"

Athirah Ardilla semakin pelik. Dia malas nak melayan kerenah Farah Madhihah.

"Macam mana kau tau aku kat sini? Ni kau datang dengan sape? Jangan cakap kau datang dengan abang Qal kesayangan kau tu ea," jari telunjuk di awang-awangkan menanda sebagai amaran.

"Kalau aku datang dengan abang Qal. Tak ada makna aku yang tercongok depan mata kau sekarang ni. Sah-sah laki kau yang tengah sarat rindu tu yang ada depan mata kau sekarang ni tau,"

Ehemm..

"Bapa mertua kau yang bagi tau kau kat sini," dia menepuk-nepuk manja peha Athirah Ardilla.

"Kau betul tak nak baca artikel tu betul-betul? Ke nak aku bacakan," duga Farah Madhihah.

"Hurmmm.. tak payah lah. Aku tak rela lagi nak sakit hati. Sakit yang ada ni pun, aku tak tahu bila nak baik," ujarnya perlahan. Komputer ribanya di tutup. Dia nekad.

"Kalau kau dah cakap macam tu. Terpulanglah. Kau jangan menyesal pula. Kau tak nak ajak aku masuk ke? Tengok rumah kau yang cantik ni,"

Rumah kampung yang tersergam indah di pandang. Walaupun sudah di beri nafas baru, namun tetap ada unsur-unsur traditional yang masih di kekalkan.

"Aah.. aku lupa. Ni kau datang dengan sape? Eh! Eh! Dia ni kan. Dari tadi tanya bukan nak jawab," peha Farah Madhihah ditepuk kuat.

Ehemmm.. terdegar ada suara garau berdehem di sebalik dinding. Lantas keduanya berpaling.

Izzat tersengeh.

"Dah lama ke diri kat situ?" Athirah Ardilla sedikit segan. Tambahan pula Harith Haiqal tiada di sisi. Biasanya mereka bertemu bila ada Harith Haiqal.

"Lama jugalah. Sempat lah tertengok sesi jejak kasih tv3 tadi," guraunya.

"Dah. Kau tak payah nak segan-segan dengan kita orang," lengan Athirah Ardilla di peluk. Mereka berdua berdiri.

"Jom lah. Jemput masuk," Athirah Ardilla menjemput.

"Rumah kampung je. Harap korang selesalah ye,"

Athirah Ardilla membawa kedua tetamunya duduk di ruang tamu. Dia kemudian ke dapur, menyediakan apa yang patut.

"Oh mak kau meletup," Athirah Ardilla melatah sebaik bahunya di sentuh dari belakang. Hampir sahaja jug di tangan terlepas.

Farah Madhihah sudah ketawa mengekek. Sejak bila gadis itu mengekorinya, dia tidak pasti.

"Kau pun dah macam aku. Berjangkit lah ni ea," dia tersenyum. Namun tiada balasan dari Athirah Ardilla.

Dia memerhati saja gerak geri gadis itu yang lincah membuat air dan menyediakan sesuatu untuk santapan mereka.

"Kau dah berapa bulan tak datang period," sengaja berbisik. Dia takut Izzat mendengar.

"Apa punya soalan lah kau ni," Athirah Ardilla mengerutkan dahinya.

"Alah. Jawab je lah,"

"Entah. Adalah dalam sebulan.. eh tak.. dua bulan.. ke lebih. Entah. Aku pun tak pasti. Kau ni kenapa,"

"Kau tak risau?"

"Nak risau kenapa? Masalah hormon je kot. Kau pun cakap aku makin tembam kan? " Dia blurr.

Inilah diri Athirah Ardilla. Tidak ambil pusing tentang kesihatan diri sendiri. Tidak boleh salahkan dirinya seratus peratus. Kalau ibu dan abahnya masih hidup tentu hidupnya tidak sesukar sekarang. Banyak kesedihan dia lalui sendiri. Kuatnya kau Dilla! Jujur dia memuji. Perlahan tubuh itu dipeluk.

"Kenapa kau manja sangat dengan aku ni. Sekejap lagi Izzat nampak. Apa entah dia fikir," tidak pula dia menghalang. Hanya membiarkan.

"Aku sayang kat sahabat aku ni," air mata yang ingin jatuh di seka laju. Tidak mahu Athirah Ardilla perasan.

"Pelik lah aku tengok kau ni. Over semacam. Tahulah tak lama lagi nak tukar status dah," sekadar mengusik.

Farah Madhihah memegang tangan Athirah Ardilla. Dia tidak tahu kenapa sewaktu dia ingin bertemu Athirah Ardilla, hatinya kuat menyuruh membeli 'benda' itu untuknya. Kemudian dia menyuruh Izzat berhenti di mana-mana farmasi berdekatan.

Satu beg plastik yang kecil bertukar tangan.

"Nanti kau test ea. Mana tahu. Ada rezeki aku terima anak buah," sudah tidak sanggup dia berbasi-basi dengan sahabatnya itu. Mungkin sebab inilah Allah menggerakkan hatinya.

Palstik kecil di buka. Di dalamnya terdapat satu kotak. Dia mengambil kotak tersebut. Di pegang.

"UPT-Pregnancy Test?" Athirah Ardilla pelik.

"Hurmmm. Kau test ea nanti. Kalau kau nak test sekarang pun boleh. Yang ni semua biar aku buat," Farah Madhihah begitu teruja.

"Eh.. eh kau ni. Nanti-nantilah," tiba-tiba hatinya berdebar. Ada kemungkinan ke? Dia pun tidak pasti.

"Okey. Nanti kau dah test. Jangan lupa bagi tahu resultnya,"

Dia membantu Athirah Ardilla. Ada sedikit kuih-muih turut di beli ketika dalam perjalanan ke sana turut di hidang.

"Cantik dekorasi rumah ni," Izzat bersuara sebaik sahaja kedua gadis itu tiba dengan sedulang hidangan setiap seorang.

"Hurmm.." itu sahaja yang mampu di ucap.

"Jemput makan Izzat. Madi. Kau orang datang tak beri tahu. Kalau tak aku boleh masakkan sesuatu," ucapnya kemudian.

"Eh! Ni pun dah cukup. Kita orang dah makan mase on the way ke sini. Tak nak lah susahkan kau. Lagi pun. Aku mana tahu nombor telefon kau. Nombor yang lama tu aku call macam dah tak aktif je," sengaja dia menduga Athirah Ardilla.

Dia sudah tahu semua cerita tentang apa yang berlaku. Dia cuma mahu menduga gadis itu. Ingin lihat berapa banyak perkara yang mahu di selindungkan darinya. Ya! Athirah Ardilla banyak menyimpan masalah sendiri. Banyak memendam perasaan sendiri. Pura-pura ceria. Namun dia tahu gadis itu sedang bersedih. Kuatnya dia.

"Aah. Telefon lama aku hilang. Tak tahu cicir kat mana. Tu yang terpaksa tukar nombor baru, telefon pun baru," dia tersengeh. Sengaja menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jari jemarinya di patah-patahkan.

Dan petang itu perbualan mereka di lanjutkan sehingga hampir senja. Banyak yang mereka bualkan. Termasuk tentang susun atur rumah itu yang di rasakan cantik, moden dan ada unsur-unsur klasik. Mana tidaknya. Semua idea itu datang dari suaminya yang sudah tentu arif tentang dekorasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience