Bab 22

Romance Completed 21516

“Hai Nat. Nak pergi mana?”

Sapa Harith Haiqal melihat wanita itu berada di receptionist.

“Errr. Saja turun sini. Bosan dekat atas U tak ada.” Sengaja dia melirikkan suaranya.

Dia tahu jika dia memberi alasan untuk keluar makan tengah hari, pasti lelaki itu memarahinya memandangkan ada berbaki satu jam lagi sebelum waktu lunch hour.

“Oh! Baguslah U ada kat sini. Tolong ambilkan I beberapa fail. Nanti hantar kat kereta I”

Harith Haiqal sebenarnya malas naik ke tingkat empat belas yang menempatkan pejabatnya. Setelah memberitahu beberapa fail yang di kehendaki, akhirnya dia melangkah semula ke kenderaannya.

“Aikk. Cepatnya.” Sapa Athirah Ardilla.

Dilihat tangan suaminya kosong. Tadi cakap nak ambil sesuatu.

“Rindu!”

“Gatal!” dia ketawa senang.

“Abang suruh staff abang ambilkan tadi. Sekejap lagi dia turun,”

Tidak berapa lama cermin tingkapnya di ketuk dari luar. Dia hanya menurunkan cermin tingkapnya sedikit.

“Okey thanks,”

Kemudian dia terus menutup kembali tingkap cerminnya. Setelah pasti Natilia sudah masuk ke dalam hotel itu, dia teruskan pemanduannya.

Natilia yang memandang dari jauh, melepaskan geramnya. Dia baru ingin mencuri pandang wajah gadis di sebelah Harith Haiqal, tetapi seolah-olah lelaki itu mengetahui sesuatu. Tingkap cermin hanya di turunkan sedikit sahaja muat-muat fail melaluinya.

“Tak apa, mungkin kali ni bukan rezeki aku. Tapi suatu hari pasti aku dapat tahu juga,”

Dia kemudian terus melangkah keluar. Dia tiada niat ingin bekerja hari itu memandangkan Harith Haiqal juga tidak masuk ke pejabat.

Hatinya sakit apabila Harith Haiqal sepertinya ingin merahsiakan siapa gadis itu dari deketahui dirinya. Kau memang nak kena Qal! Kau tak kenal lagi siapa aku.

*****

Harith Haiqal menggenggam kembali jari jemari Athirah Ardilla. Sebelah tangan memegang stereng kereta. Sebelah lagi menggenggam erat jari jemari itu, lalu di bawa ke pehanya.

Athirah Ardilla yang berasa sedikit canggung, menarik perlahan tangannya. Dia tidak biasa sebegitu. Namun belum sempat dia menarik tangannya, jari jemari Harith Haiqal sudah memegang kejap. Dia terkunci di situ. Nak tak nak, dia terpaksa biasakan keadaan itu.

Perlahan Harith Haiqal tersenyum bahagia, kekerasan jari-jemari isterinya, terasa meluntur sedikit demi sedikit. Dia mengambil kesempatan untuk meyelitkan jari-jemarinya di celahan jemari isterinya. Perlahan di bawa jemari itu ke bibirnya. Di kucup lembut.

“I love u honey,” ucapnya lembut.

“Abang ni. Tak kira tempat ea nak romantik,”

“Eleh bukan ada sesiapa pun. Kita berdua je dalam ni,”

Dilirik pandangan ke sisi.

“Abang! Tengok depanlah,” marahnya. Di tampar lembut peha yang sasa itu.

“Rindulah! Sayang duduk sini lama sikit boleh? Sampai habis semua urusan kita,”

“Tengoklah macam mana. Kena beritahu bonda dengan ayah dulu,”

Dia juga sebenarnya tidak puas berdua-duan dengan lelaki itu.

“Yes!”

Ketawa Athirah Ardilla melihat reaksi suaminya.

“Kita nak pergi mana ni?”

“Balik rumah mama. Mama ajak makan tengah hari hari ni,”

“Abang!!”

Harith Haiqal yang terperanjat terus sahaja memberhentikan kenderaan di bahu jalan.

“Kenapa sayang? Ada ulat ke?”

“Tak kelakarlah.”

“Dah tu kenapa menjerit macam tu,”

“Abang kenapa tak bagi tahu sayang nak jumpa family abang. Saya pakai macam ni je,”

Memandang dirinya yang sedang elok memakai t-shirt putih denagn seluar jean denim biru pekat. Dia juga mengenakan selendang warna krim dan mengenakan kasut kanvas putih.

“Okey je abang tengok sayang. Janji sayang tak bogel. Okeylah tu,”

Ada sahaja cara dia ingin mengusik isterinya itu.

“Abang ni main-mainlah.”

Kemudian dia terpaku pada pakaian suaminya. Kenapa dia tak perasan.

“Dah kenapa tengok abang macam tu, jangan berani nak goda abang ea. Kita bukan kat rumah sayang oiii,”

Semakin galak dia mengusik.

“Abang ni. Gatal tak sudah. Tak…. Saya baru perasan warna baju kita sama. Warna seluar pun sama. Tengok kasut… sama… abang tiru saya ea?”

“Sekejap. Tadi pagi abang bukan pakai baju kemeja ke? Bila abang tukar?”

Mendengar sahaja bicara isterinya, terus sahaja dia memegang stereng kenderaannya. Meneruskan pemanduan ke destinasi yang di tuju.

Tidak seperti tadi. Athirah Ardilla dengan senang hati meletakkan tangganya di atas peha sasa itu. Harith Haiqal tersenyum dengan perlakuan isterinya. Lantas dia menyelitkan jemarinya di celahan jemari lembut itu.

“Abang lupa hari ni abang masuk half-day ke pejabat. Lepas sayang keluar tadi, abang tukar. Tapi abang tak ada niat nak boria dengan sayang. Tak sengaja sayang. Okeylah ni. Kita sehati sejiwa,”

Di kenyitkan matanya.

“Sayang belum pernah jumpa mama lagi kan?”

Athirah Ardilla hanya mengangguk.

“Mama abang tu garang sikit orangnya. Nak-nak pada yang baru dia nak kenal,”

Berubah sedikit riak wajah isterinya.

“Tapi tak apa. Abang akan ada di sisi sayang,”

Jantungnya kembali berdebar apabila kereta Harith Haiqal memandu ke arah sebuah villa mewah. D’home Villa. Pintu pagar automatik terbuka sendiri apabila kenderaan Harith Haiqal ingin memandu masuk. Sepertinya ada sensor.

Kelihatan beberapa kenderaan mewah ada di kawasan parking. Semua kenderaan dari luar negara. Terasa kekok benar dirinya apabila menyedari dirinya merupakan sebahagian dari keluarga itu.

“Sayang jom,”

Entah bila Harith Haiqal keluar dari kenderaannya, dia tidak tahu. Tahu-tahu saja pintunya sudah di buka dari luar oleh lelaki itu.

Perlahan dia melepaskan tali pinggang keselamatan.

Jemari isterinya di raih lalu mereka berdua melangkah masuk. Sejuk benar jemari itu.

Jika di luar sudah kelihatan mewah, dalam rumah juga seperti istana. Terasa ingin melangkah keluar. Tidak layak rasanya dia berada di situ.

“Mama…” panggil Harith Haiqal.

“Kat dapur ni,” terdengar suara wanita membalas.

Pinggang isterinya pula di paut setelah merasa isterinya itu seperti kaku. Perlahan dia menurut sahaja. Sejujurnya dia tidak mengimpikan semua ini. Berada di rumah keluarga angkatnya juga dia tidak betah, apatah lagi di rumah serba mewah itu.

“Assalamualaikum mama,” ucap Harith Haiqal.

“Waalaikumsalam.. dah sampai. Waahhh! Sedondon hari ye?” Dia lantas memeluk Athirah Ardilla.

Athirah Ardilla kaku diperlakukan begitu. Suaminya cakap mamanya garang, tapi terasa berlainan sekali. Dahi Athirah Ardilla di kucup lembut.

“Qal naik atas sekejap ea,”

Dia lantas meninggalkan Athirah Ardilla yang sudah terpinga-pinga. Tadi cakap tak akan tinggal dirinya.

“Tak apa. Jom ikut mama,”

Dia lantas memeluk lengan Athirah Ardilla. Mereka beriringan menuju ke dapur.
“Sunyi rumah ni bila anak-anak tak ada. Qal ada dua adik perempuan. Seorang dah kawin. Duduk di luar negara. Seorang lagi baru habis belajar. Tapi tak balik sini lagi. Sambung bercuti di luar negara,”

Athirah Ardilla hanya mendengar sahaja. Sedikit sebanyak dia tahu juga latar belakang keluarga itu.

“Err.. Mama nak Dilla tolong apa-apa tak?”

Sedikit janggal ingin menyebut perkataan ‘mama’.

“Boleh juga. Kamu tolong mama potongkan buah ni,”

Di hulurkan buah limau dengan tembikai. Athirah Ardilla menyambut huluran tersebut.

“Dilla pandai masak?”

Soalan cupa mas dirasakan.

“Bolehlah sikit-sikit mama.”

“Oooo. Baguslah. Qal tak cerewet makan. Tapi dia tu ada makanan dietnya sendiri. Tengoklah badan dia yang sado tu,”

Akhirnya keduanya ketawa bersama.

“Kadang-kadang mama sengaja masak nasi lemak. Dia makan juga. Dia pantang tengok nasi lemak, lagi-lagi kalau ada sambal sotong. Memang favourite lah tu. Hilang menu diet dia,”

Ada sisa ketawa.

“Mama tak ada orang gaji? Rumah ni besar. Jenuh nak kemas ni,”

“Ermmm ada tapi datang seminggu sekali je. Mama pun ada tukang masak. Tapi hari ni dia cuti. Anaknya demam. Itu yang sunyi betul hari ni,”

“Kebetulan tadi mama telefon Qal. Qal cakap Dilla ada kat sini, tu yang mama ajak mai sini,”

Sesekali keluar juga loghat utara dia.

“Ehemm.. ehem.. mengumpat ea?”

Harith Haiqal sudah berada di sisi Athirah Ardilla.
Keduanya tersenyum.

“Tak ada masa nak umpat kamu,” ujar Datin Nora.

“Sini abang tolong,”

Pisau sudah beralih tangan.

“Biar je Dilla. Qal ni memang rajin tolong mama kat dapur kalau dia cuti,”

Tersenyum melihat kedua anak menantunya.

“Jom tolong mama hidang atas meja sana,”

Athirah Ardilla hanya menurut.

Selang beberapa minit semua sajian sudah terhidang di atas meja.

“Kamu berdua makanlah dulu. Mama tunggu papa kamu balik. Dia beritahu tadi otw balik,”

Tidak sangka hari ini dia bakal berjumpa kedua mertuanya.

“Kalau macam tu tak apalah mama. Kita tunggu papa. Makan sekali,”

Tidak berapa lama kemudian, terdengar kenderaan masuk ke halaman rumah itu.

“Assalamualaikum.” Terdengar suara garau di pintu utama.

Datin Nora setia menunggu suaminya menyambut kepulangan suaminya itu dengan wajah ceria.

“Waalaikumsalam,” jawab mereka serentak.
“Oh! Qal ada. Patutlah nampak kereta di luar. Dilla pun ada juga. Waahhh! Meriah lah rumah kita hari ni ye sayang,”

Datin Nora mengambil briefcase beserta kot suaminya. Lalu di bawa ke atas.

“Papa naik tukar baju sekejap ea,”

Langkah kaki Datuk Kamal menaiki anak tangga di hantar melalui ekor mata.

“Abang tipu ea,”

Geram dengan sikap suaminya yang sengaja mengusik dirinya.

“Alah. Abang saja je nak tengok air muka sayang. Takut juga ea?”

Dia ketawa. Jari-jemari isterinya di pegang. Dia mengelurakan sesuatu di kocek seluarnya. Terdapat sebuah kotak kecil di tangan suaminya.

Kotak tersebut di buka.
Sebentuk cincin cantik elok terletak di dalamnya.

“Dah lama abang nak beri ni. Tapi asyik lupa je,”

Cincin tersebut di sarung ke jari manis isterinya.

“Kan dah ada ni,”

Di tunjuk cincin yang elok tersarung di jari manis tangan kanannya.

“Itu bukan abang yang sarungkan,”

Dia mengenyit matanya. Kedua jemari isterinya di kucup lembut.

Menyedari mertuanya sudah mahu turun, mereka berlagak biasa di hadapan mereka walaupun di dalam hati merasa debaran hangat.

“Jom makan,”

Datuk Kamal dan Datin Nora yang beriringan turun, menuju ke meja makan. Athirah Ardilla menuang air oren ke dalam cawan lalu di hulur. Setelah semua duduk, Datuk Kamal membaca doa makan. Setelah itu mereka semua menjamu selera.
Dalam diam Athirah Ardilla bangga dapat mengenali keluarga itu, kerana masih mengamalkan adat susila orang melayu, di mana masih mengamalkan makan menggunakan tangan. Bukan seperti di dalam drama melayu, yang rata-rata golongan elite menggunakan sudu dan garfu untuk menjamu selera.

“Malam ni tidur sini kan Qal?”

Tanya Datuk Kamal.

“Tidur sini je lah. Dapat juga mama kamu teman berbual,”

Sambungnya lagi melihat anaknya itu hanya diam.

“Papa nak masuk offioce semula ke?”

Walaupun sudah tahu jawapan apabila melihat papanya hanya mengenakan t-shirt biasa.

“Ingat tadi nak masuk pejabat semula. Tapi bila tahu ada menantu datang, papa kamu cancel kan semua temujanji dia,”

Balas Datin Nora tersenyum.

“Nampaknya abang kena bersaing dengan sayang lepas ni. Perhatian mama dan papa pasti teralih pada sayang lepas ni,”

Luah Harith Haiqal.

“Ngada-ngadalah abang ni,”

“Qal ni memang manja sikit Dilla. Ye lah anak lelaki tunggalkan. Nasib baik dia tak sotong,”

Pecah ketawa semua mendengar ucap Datin Nora.

happy reading allss.. tq always support -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience