Bab 32

Romance Completed 21516

Bab 32

Bunyi kicauan burung dan kokokan ayam mengejutkan Athirah Ardilla yang masih berselimut. Matanya terkebil-kebil memandang syiling. Dia mengeliat kemudian menggosokkan kelopak matanya menggunakan hujung jari.

Pejam celik. Pejam celik sudah sebulan dia di situ. Dan dalam sebulan itu, kerinduan pada suaminya semakin menebal. Makin dia cuba lupakan semakin susuk tubuh suaminya itu hadir di dalam setiap mimpinya. Bahkan kadang-kala dia melihat susuk tubuh itu di mana-mana. Gilakah aku?

Dia menggelengkan kepalanya. Tidak! Aku mesti kuat. Aku mesti lupakan dia.

Dia teringat kata-kata Natilia sewaktu dia cuba menghubungi nombor telefonnya. Tujuan dia menghubungi nombor telefonnya kerana ingin tahu, telefon bimbitnya ada pada siapa. Sewaktu dia ke rumah pusaka arwah ibu dan abahnya tempoh hari, dia sempat membeli telefon dan simkad baru.

Mula-mula dia call, nombor telefonnya gagal dihubungi. Mungkin telefonnya di matikan. Jadi dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp dan menyamar menjadi salah seorang kenalan Athirah Ardilla. Apabila telefonnya di hidupkan sudah pasti dia mendapat blue tick dari mesej tersebut yang menandakan mesej itu sudah di terima dan di baca.

Dan beberapa hari lepas dia mendapat blue tick dari mesej-mesej yang di hantar. Dengan pantas dia menghubungi nombor telefonnya.

Tutttt... Tuttt..
Tutttt.. Tutt..

Lama. Dan panggilan di biarkan begitu sahaja. Dia merasa sedikit hampa. Namun setelah beberapa minit dia menamatkan panggilan, dia menerima panggilan dari nombor telefonnya. Mula-mula dia berasa yakin telefon bimbitnya ada pada suaminya, namun apa yang terjadi, sebaliknya.

"Hello," Dia mendengar suara wanita di hujung talian.

Terkunci mulutnya tiba-tiba. Siapa dia?

"Hello. Siapa tu? Awak ada bagi mesej dan call tadi kan,"

Senyap. Lama.

Okey! Natilia. Aku dah agak, dia yang ambil. Dia mengetap giginya. Dia ingin menamatkan panggilan namun dia menghentikan perbuatannya.

"Oh! Okey. Baru aku faham. Kau rupanya. Kau kan Athirah Ardilla. Kenapa kau senyap? Terkejut telefon kau ada pada aku. Aku nak tolong jagakan je. Macam mana aku jagakan suami kau,"

Hahahahah! Dia ketawa.

"Terima kasih sebab dengan mudah kau blah dari hidup Qal. Dia memang tak layak untuk kau,"

"Kau jangan risau. Qal sihat dan dia pun aku tengok happy je tanpa kau. Makan minum dia, sekarang aku yang jaga. And pluss I dah pindah duduk rumah you alls berdua. Opss! Rumah kami," gedik sahaja suaranya.

Terdengar ada pintu di buka di hujung talian. Natilia menunjukkan hujung jari di bibirnya. Fareed yang kebetulan ingin memanggil kakaknya terhenti seketika. Perlahan dia mengangguk.

"Sayang.. kenapa you panggil I. Oh! Nak jak I makan. Okey sekejap ea," dia berlakon. Padahal dia bukan di rumah Harith Haiqal.

Sengaja dia ingin membuat Athirah Ardilla sakit hati dan dengan mudah gadis itu menuntut cerai dengan Harith Haiqal. Itu rancangan dia seterusnya.

Terdengar pintu di tutup kembali.

"Okeylah. Kekasih hati aku dah tunggu. Aku letak telefon ye. Daaa,"

Sebaik talian di matikan, Natilia menjerit kegirangan.

Fuh!
"Tak sia-sia aku hidupkan kau," telefon bimbit Athirah Ardilla dicium berkali-kali.

Prangggg!

Bunyi pinggan mangkuk terjatuh menyentak lamunannya. Dia menyeka air matanya, kemudian dengan pantas dia bangun dan turun dari katil. Dia berlari-lari anak menuju ke dapur.

Seekor kucing sedang memanjat di rak pinggan mangkuknya.

"Ya Allah meow. Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku ni? Ni kau panjat-panjat tinggi-tinggi, kau cari apa? Lipas? Ke cicak,"

Sebaik mendengar suara Athirah Ardilla, kucing tersebut terperanjat lalu terjun dan lari keluar melalui satu lubang kecil.

Melihat reaksi kucing tersebut secara tak sengaja Athirah Ardilla memegang telinga mengecilkan matanya, takut-takut ada lagi pinggang mangkuk yang bakal jatuh menyembah bumi.

Fuh! Nasib baik tak jatuh. Ucapnya apabila melihat pinggan mangkuk tadi hanya bergerak-gerak di tempatnya.

"Macam manalah ada lubang kecil ni. Hari tu macam tak ada," membebel sorang-sorang. Lupa sudah kesedihannya tadi.

Dia mengambil satu botol air mineral satu litre dan mengisinya dengan air. Kemudian botol itu di sumbat ke dalam lubang yang di lalui kucing tadi. Harap-harap tak ada yyang dapat masuk lagi.

*****

"Dah siap?" Dia melihat Natilia dengan senang hati duduk bersimpuh di tas sofa sambil menonton TV.

"Huh? Qal. Jom teman I tengok movie ni. Best cerita ni. Cerita korea. Crash Landing On You," dia menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.

Pertanyaan Harith Haiqal dibiarkan. Harith Haiqal yang baru sahaja menuruni anak tangga terus sahaja pergi ke arah Natilia tetapi bukan untuk duduk di sofa sebelah wanita itu. Dia mengambil remote TV dan button on/off di tekan. Gelap sudah paparan TV.

"Ishhh!" Dia menghentak-hentakkan kakinya seperti anak kecil yang tidak dapat mainan.

"Qal. Kan I cakap. I nak teman you, please," jari-jemari lelaki itu ingin di sentuh. Namun Harith Haiqal lebih pantas. Dia sudah masak dengan perangai Natilia.

"I bagi masa dekat you lima minit je. Dalam masa lima minit you tak ada, hari ini last you jumpa I okey. I tunggu you dekat kereta,"

Pantas sahaja dia meninggalkan Natilia di situ. Natilia sudah memasamkan mukanya. Bantal sofa di tumbuk-tumbuk lalu di baling tanda protes.

"Pintu rumah you macam-mana? Tak payah kunci? Tak takut perompak masuk?" Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di tempat duduk penumpang.

"Perompak tu you. You je yang berani masuk rumah I," pedas ayatnya namun dia tahu tidak berbekas pun di hati Natilia.

"I nak rompak hati you je," dilirikan suaranya. Jari-jemari bermain dengan hujung rambutnya.

"Nah," dia menghulurkan telefon bimbitnya.

"Masukkan alamat rumah you. Senang,"

Natilia hanya menurut. Dia tidak cemas seperti sebelum ini kerana Fareed tiada di rumahnya. Dia outstation seminggu. Atas urusan apa, dia malas ambil tahu.

Harith Haiqal hanya diam. Dia memandu kereta keluar dari perkarangan rumah.

Dia menarik nafas lega apabila Natilia di sisinya sudah mampu mengawal tindakannya. Sesekali di kerling, wanita itu duduk bersandar sahaja.

Dia bukan tidak cantik. Cutting ala model tapi sejak dulu, hatinya tidak pernah terpaut. Dia mencari wanita itu hanya untuk suka-suka dan di kala dirinya dilanda kebosanan. Tapi itu semua cerita dulu. Cerita lima belas tahun lepas. Sekarang dirinya bukan dirinya yang dulu. Dia benar-benar sudah insaf.

"You jeling apa Qal. Nakal ea you ni. Curi-curi pandang I," Natilia tersenyum simpul.

"Ehemmm. I suka tengok you pakai baju kurung ni. Nampak sopan tapi tu lah perangai tu pun kena seiring," matanya di hala ke hadapan.

"I tau. Tapi Qal. Tak boleh ke kita macam dulu-dulu. You and I... Ehemm. You know what I mean,"

Ah sudah. Dia sudah mula. Baru puji sikit.

"Nat. I pernah cakap dengan you kan. Antara you dengan I tak akan lebih dari seorang kawan. Pleaselah. You tak penat ke kejar I dari dulu sampai sekarang. And now hati I hanya ada my wife sorang je, tak muat untuk you,"

Bosan menerangkan hal yang sama berulang kali.

"Alah Qal. Lelaki boleh kawin empat kan. I sanggup bermadu,"

Harith Haiqal hanya senyap. Melawan kata dengan wanita ini tidak akan pernah habis. Ada sahaja ideanya untuk membidas. Baginya diam itu lebih baik. Biar dia sahaja yang tahu apa yang ada jauh dilubuk hatinya.

"Ouchhh!" Natilia merintih. Perlahan dia memicit kepalanya.

"Dah kenapa dengan you ni,"

"Kepala I tiba-tiba sakit," dia sedikit mengerang. Sahaja ingin memohon simpati lelaki di sebelahnya.

"Eh! Tadi elok je. Ni dah nak sampai rumah you. Sikit je lagi tiba-tiba boleh sakit ea?" Dia menggelengkan kepalanya. Masak benar dengan perangai Natilia. Dari dulu tak pernah berubah.

"I betul-betul sakitlah Qal. Bukan saje-saje. Dah sakit ni nak datang time ni. Bukan I nak pun," jari-jemari masih bermain di kepalanya.

Harith Haiqal hanya tersenyum sinis. Keretanya betul-betul berhenti di hadapan pintu pagar rumah Natilia.

"You sorang je duduk kat rumah besar ni?" Ayat pancing. Sambil matanya meliar melihat kawasan rumah Natilia.

"Ehemm. You nak teman I? Jom. I boleh buatkan you coffee,tea or me?"

"Eh! Dah hilang ea sakit you. Okey. Enough dengan lakonan you. Now can you please," luah Harith Haiqal.

Natilia masih berkeras di tempat duduk pemandu. Tanpa kata-kata Harith Haiqal keluar dan pintu sebelah penumpang di buka. Dia menarik tangan Natilia keluar. Mujur berlapik dengan lengan baju kurungnya. Natilia sudah memuncungkan bibirnya tanda protes.

"Awww! Sakitlah Qal. Ye.. ye.. I boleh keluar sendiri. Tak payah tarik-tarik boleh tak," tangannya di rentap. Sakit jangan cakaplah. Pasti berbekas.

"I cakap elok-elok you yang tak nak dengar,"

Kringgg... Kringgg..

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Harith Haiqal menunjukkan isyarat jari telunjuk di bibirnya.

"Okey pa. Qal datang sekarang,"

Laju sahaja dia meninggalkan Natilia di situ. Setelah kenderaan Harith Haiqal hilang dari pandangan, Natilia tersenyum sendirian. Apa yang di fikirkan. Hanya dia yang tahu.

heppy reading. tq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience