Bab 31

Romance Completed 21516

Bab 31

Jam menunjukkan pukul 5.30pm.

Ini bermakna sudah berjam-jam Athirah Ardilla memandu. Sesekali ada juga dia berhenti di R&R dan hentian sebelah untuk melepaskan 'hajat', mengisi perutnya dan tidak lupa menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya yang kerdil.

Perasaannya kini terasa sikit lega. Air matanya sudah lama berhenti menitis. Dalam hatinya tidak berhenti berzikir, moga Allah tenangkan hati dan perasaannya serta emosinya. Dia tahu, dalam aktu begini macam-macam boleh berlaku jika dia tidak rasional.

Baru sekarang dia terasa sedikit sunyi. Button 'On' radio di tekan. DJ radio sedang memutarkan lagu...

Arief - Haruskah Aku Mati

Andai kau merasakan
Sakit yang kau berikan kepadaku
Ku yakin, kau tak akan
Sanggup untuk bertahan
Andai yang kau lakukan
Dapat kukembalikan kepadamu
Kupastikan dirimu
Lebih rapuh dariku
Namun, ku tak ingin
Lukai hatimu
Aku sekuat hati bertahan
Kamu sebisanya menghancurkan
Aku mengalah kerana cinta
Kamu sengaja menggores luka
Dengan cara apa lagi
Kau melunakkan hati?
Haruskah diriku mati
Agar kau bisa hargai?

Perlahan setitik demi setitik air matanya gugur lagi. Ya Allah. Hati! Kuatlah. Ibu! Abah! Adik rindu...

Dalam diam dia merintih lagi. Dia lap perlahan setiap butir air jenih yang gugur menggunakan hujung jari. Singal di beri ke kanan menandakan dia mahu masuk ke satu simpang.

Dan beberapa minit kemudian.... Dia sudah berada di destinasi yang di tuju. Ya! Ingatan itu masih segar. Perlahan keretanya melalui satu jalan yang tidak asing baginya. Rumah yang tersergam indah, di kirinya terdapat satu poko rambutan yang rendang. Pada pokok tersebut terdapat satu tali. Dan pada tali tersebut terikat satu papan. Ya! Di situlah tempat dia bermain bersama ibu dan abahnya. Di buai itulah, setiap petang dia akan bersama orang tuanya.

"Abah! Hayunkan adik laju-laju," jeritnya

"Abang jangan ikut sangat cakap adik tu. Nanti dia jatuh!" Ibu pula memberi amaran dari beranda rumah.

Ya.. kenangan itu. Masih segar. Kini suasana di situ terlalu sunyi. Yang ada hanya suara ciapan burung yang sudah mula pulang ke sarang. Sesekali terdengar kenderaan yang lalu lalang.

Dia memberhentikan kenderaannya betul-betul di bawah pokok rambutan.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Dan perlahan dia lepaskan perlahan. Huh! Ya Allah andai ini takdir yang kau tuliskan untukku, kau hadirkanlah kekuatan untuk aku menempuhinya. Aaminn.. perlahan dia berdoa.

Pintu kereta di buka. Kakinya perlahan di turunkan menjejak pasir-pasir dan batuan kecil. Masih seperti dahulu. Walaupun lama sudah di tinggalkan persekitaran rumah itu tetap kemas dan bersih. Mungkin bonda dan ayah ada upah orang untuk membersihkannya.

"Ibu.... Abah.. adik balik," lagi sekali, manik jernih itu turun.

"Ibu... Abah.." rintihnya.

Perlahan dia menutup pintu keretanya. Dan kaki di bawa melangkah ke buaian di situ. Punggung di labuhkan.

"Lama dah adik tak balik. Bukan adik dah lupa, cuma adik tak kuat. Rasanya macam baru semalam ibu ayah pergi," ucapnya perlahan. Seperti bercakap dengan seseorang.

Dia teringat kembali macam mana dia rebah di saat jenazah ibu dan ayahnya di bawa naik van jenazah untuk ke tanah perkuburan. Ketika itu dia tidak kuat. Dan sekarang masih sama. Cuma, dia harus lawan perasaan itu.

Perlahan kakinya bergerak, menolak kebelakang dan di angkat kedua belah kakinya. Maka berbuailah dia. Pokok rambutan tersebut juga bergerak sama. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar-nampar pipi dan selendangnya.

"Adik betul- betul tak sangka. Dia penyebab semua ini. Adik tak tahu perasaan adik ketika ni. Nak marah ke?.. nak benci? Nak dendam?"

Terngiang kembali setiap kata-kata Natilia.

"Dia kawin dengan kau sebab dia kesian. Dia tak cintakan kau,"

"Dia penyebab mak bapak kau mati. Dia yang langgar!"

Hahahahaha! Masih segar di cuping telinganya bagaimana wanita itu ketawa setelah dia habis bercerita. Tidak sedikit pun dia rasa bersalah.

Rumah itu di pandang sepi.

"Kalau ibu abah ada, mesti adik tak macam ni kan?"

Tak redhakah aku? Bisik hatinya.

Entah bila dia melangkah, dia pun tidak sedar. Yang dia tahu dia sudah berada di anak tangga pertama rumah tersebut. Satu persatu anak tangga di daki dan sampai yang terakhir. Dia melihat seluruh beranda yang luas. Masih cantik, bersih dan kemas.

Dengan lafaz bismillah kaki kanan di hulur dan untuk pertama kali setelah bertahun, beranda itu di jejak. Berbunyi sedikit papan-papan menandakan ada beban di atasnya. Satu persatu langkah di atur. Setiap kali kakinya melangkah dan setiap kali itulah lantai itu berbunyi.

Di hadapannya kini adalah pintu utama rumah. Mangga di sentuh. Kunci yang sedari tadi berada di dalam genggamannya di lihat. Mencari anak kunci dan setelah dapat apa yang di cari, anak kunci di masukkan.

Takkk!

Bunyi mangga terbuka. Dengan berhati-hati mangga tersebut di keluarkan. Dan perlahan pintu di tolak.

Krikkkk.... Bunyi nyaring pintu.

Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahis sholihin. Senyap. Tiada satu bunyi pun kedengaran.

Dengan lafaz bismillah dia menghulurkan kaki kanannya ke hadapan dan alhamdulillah. Dia kini berada di dalam rumah yang telah mencatat pelbagai memori suka duka bersama keluarganya. Ya. Rumah ibubapa kandungnya. Setelah ibu dan ayahnya pergi bertemu Sang Pencipta, dari detik itu dia tidak pernah jejak kaki ke sini. Bukan dia lupa sal usulnya. Namun hati seorang Athirah Ardilla bukan sekuat yang disangka. Nampak dari luaran dia begitu cekal mengharungi segala perit kehidupan namun jauh di sudut hatinya, dia begitu lemah sebenarnya. Hidup sebatang kara. Tiada tempat mengadu dan tempat berlindung.

Hanya keluarga angkatnya sahaja tempat die menumpang kasih. Itu pun dia sentiasa jaga batas-batas sebagai anak angkat dan adik angkat kepada ayah angkat dan adik-beradik angkatnya. Walaupun mereka melayan Athirah Ardilla tiada sedikit pun kurang kasih sayang, namun Athirah Ardilla sedar siapa dirinya dalam keluarga yang serba mewah itu. Siapa tidak kenal dengan keluarga angkatnya yang sentiasa di segani. Ahli perniagaan yang terkenal. Malah bondanya sendiri ahli pegerusi sebuah pertubuhan NGO dan mempunyai beberapa buah rumah perlindungan untuk anak-anak sepertinya.

Persekitaran diperhatikan. Tidak sedikit pun berubah. Walaupun telah lama berlalu, susun atur rumah itu masih segar diingatannya. Tempat jatuh lagi di kenang ini kan pula tempat bermanja. Begitulah bak kata pepatah.

Rumah itu tidak banyak berubah. Walaupun telah di ubah suai kerana rumah asal banyak yang telah di makan anai-anai, namun dekorasi dan susun atur tetap sama. Dia tidak pasti siapa yang lakukan pengubahsuaian dan menjaga kawasan persekitarannya. Dia tidak pernah sesekali bertanya kepada ayah dan bondanya. Walaupun ketika bonda menghulurkan kunci rumah itu padanya. Tiada satu soalan pun yang keluar dari bibirnya. Begitulah pahit perjalanan hidupnya.

Disaat dia di ambang bahagia bersama suami tercinta, Allah mengujinya lagi. Ya! Selagi kita bernafas. Selagi itu kita di uji. Dan setiap yang bernyawa pasti di uji.

Sebulan berlalu.

"Qal," bahunya terasa di goyangkan. Dihi sedikit di kerutkan.

"Qal..." Terasa pipinya disentuh. Kemudian bibirnya pula. Matanya masih terpejam.

"Qal.." jari-jemarinya pula di belai. Tidurnya sedikit terganggu. Perlahan dia membuka matanya.

Serta merta dia terus duduk. Comfirter di tarik menutup dadanya yang bogel. Wanita itu tersenyum padanya.

"Kau... Kau.. buat apa kat sini? Macam mana kau masuk?" Tergagap pula dia tiba-tiba. Kepalanya di pegang. Terasa pening. Manakan tidak, sedang asyik tidur terpaksa bangun secara mengejut begitu.

"Sshhhh." Seperti memujuk anak kecil.

"You pening ea? Sini I urut," pantas sahaja kepala lelaki itu disentuh.

"Kau buat apa ni?" Tubuh wanita itu di tolak kasar.

"Awwww! Qal.. sakitlah," rengeknya.

"Nat! You tak malu ke? I ni lelaki. You tu perempuan. Lepastu suka hati you masuk bilik I ni." Dia memperkemaskan comfirter yang masih di tubuhnya.

"Dah. You keluar! I nak pakai baju ni," pintanya.

"Buat apa nak malu Qal. I dah pernah tengok you, lebih dari ni," sengaja di lenggokkan suaranya. Dan comfirter yang berada di tubuh Harith Haiqal cuba di tarik.

"Nat! Please respect. Kalau you nak I layan you baik-baik. Better you dengar apa yang I cakap. Please," tangannya menunjuk isyarat keluar pada pintu biliknya.

"Okey. Fine! I tunggu you kat bawah okey sayang. I ada bawakan you sarapan. I masakkan sendiri tau. Don't take much time darling. Takut I rindu," bibir di muncungkan. Hidung Harith Haiqal di sentuh manja.

Setelah Natilia keluar dari biliknya dengan pantas dia turun dari katilnya dan menuju ke pintu bilik. Pintu itu di tutup dan di kunci dari dalam.

Gila!

Dadanya berdebar tiba-tiba. Apa lagi perempuan ni nak buat. Bisiknya geram. Tuala mandi di capai.

Sepuluh minit kemudian.

Perlahan dia menuruni anak tangga. Matanya meliar mencari kelibat seseorang.

Hurmmm. Dia menarik nafas lega. Dah balik kot. Dia tersenyum.

"You cari I ke?" Natilia yang tiba-tiba muncul dari dapur memeranjatkannya.

"Oh! Mak kau mampos," dia mengurut dadanya.

"Opss!! Sorry.. sorry." Natilia ketawa melihat reaksi Harith Haiqal.

"Sejak bila you melatah ni? I tak tahu pun you melatah," Natilia di meja makan di biarkan.

Dia berjalan menghampiri pintu utama. Pintu itu di buka luas.

Natilia yang sejak dari tadi memerhati Harith Haiqal sedikit mengerutkan dahinya.

"Kenapa you buka pintu tu. Tutup je lah," omelnya.

Di perhatikan sahaja tindak tanduk Harith Haiqal. Dia tersenyum melihat Harith Haiqal menghampiri meja makan. Lelaki itu mengenakan baju putih lengan panjang dan seluar jean panjang berwarna biru gelap. So hensome. Dengan dada yang bidang. Mana

"You gila ke? Nanti orang fikir bukan-bukan. Kita bukan mahram. You kena ingat tu,"

"Sebelum ni. I mean, sebelum you kawin. Okey je. I keluar masuk rumah you. You tak kisah pun,"

Dia malas melayan apa yang di katakan Natilia. Dia tahu dan dia sedar. Dulu dia memang sosial. Mana perempuan yang tak pernah di ajak bersamanya. Termasuk Natilia. Tapi sejak tragedi itu. Dia benar-benar berubah.

" You masak apa ni," sengaja mengubah topik.

"Simple je. Nasi lemak. Dan ada kuih sikit. Jom makan. I dah lapar ni,"

Ermmm. Itu sahaja balasannya.

"Lepas makan ni I hantar you balik," sebaik sahaja dia menjamah makanan yang terhidang.

"Alaa.. I baru sampai. I nak spend time dengan you. I baru ingat nak masak lunch nanti," suara di lirihkan.

"No. I ada hal sekejap lagi,"

Natilia membuat wajah cemberut.

"And lagi satu. Soalan I tadi. You tak jawab lagi. Macam mana you boleh masuk rumah ni?" Dia meletakkan sudu di dalam pinggan. Wajah Natilia di hadapannya di renung tajam.

"Ermm.. jangalah pandang I macam tu. Tadi I tengok pintu gate you tak tutup so I masuklah. Then sampai kat pintu depan, I bagi salam, tak ada siapa sahut. So I saje try buka pintu rumah you tu. Pun tak berkunci. You memang tunggu I datangkan? Nakal juga you ni," Natilia sudah tersenyum gedik.

Meluat pula Harith Haiqal melihat keletahnya. Malas melayan, dia meneruskan suapannya sehingga habis.

hai guysss.. happy reading.. jgn lupa komen and bagi star ye tanda korang support karya MH. tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience