Bab 12

Romance Completed 21516

Sudah 3 bulan Athirah Ardilla pulang ke Malaysia, bermakna sudah 3 bulan juga dia tidak berhubung dengan suaminya. Selepas kejadian di hotel tempoh hari, itulah kali pertama dan terakhir dia berjumpa dengan Harith Haiqal.

Adakah lelaki itu merajuk? Hurmmm.. Dia tahu, tidak adil jika dia menyalahkan lelaki itu sepenuhnya atas apa yang berlaku. Dia sendiri pun ada kecuaian juga. Dalam diam dia memendam rindu terhadap suaminya itu.

Sikap romantis suaminya sepanjang berada di kamar hotel membuat dirinya adakala terbuai sendiri. Dalam marah, dia suka sebenarnya. Ada debar di dadanya terutama setiap kali dia merenung atau mencuri pandang lelaki itu sewaktu dia lena di sisinya. Aahhhh! Dia sendiri keliru dengan perasaannya.

Namun jauh di lubuk hatinya, dia benar-benar mengaharapkan lelaki itu menghubunginya. Untuk menghubungi lelaki itu sendiri, dia malu. Sewaktu dalam perjalanan menghantarnya ke rumah bonda tempoh hari, dia hanya membeku di dalam kereta di sisi lelaki itu. Dia bukan marah, cuma ketika itu perasaan malunya menebal.
Mana dia nak letak mukanya, berhadapan lelaki itu dalam keadaan yang menghairahkan seperti itu.

Setibanya mereka di rumah family angkatnya itu, Harith Haiqal hanya singgah sebentar sahaja. Dan dia perlu pulang semula ke Batu Ferringhi kerana ada urusan di sana. Sebelum pulang, dia dan Harith sempat bertukar-tukar nombor telefon walaupun nombor telefon Athirah Ardilla sudah lama tersimpan rapi.

Waktu petang-petang begini, dia suka berehat di kolam ikan yang ada di halaman rumah family bondanya itu. Sejuk mata mendang dekorasi laman di situ dengan konsep kehijauan itu. Di satu sudut terdapat juga gazebo, tempat untuk family itu duduk lepal-lepak di waktu petang mahupun malam.

Terimbau kembali memori dahulu, bagaimana dia boleh menjadi sebahagian dari keluarga ini.

Selepas kematian kedua orang tuanya, Athirah Ardilla banyak berubah. Dari anak kecil yang periang, dia menjadi sangat-sangat pendiam. suaranya juga susah untuk di dengari.

Adakalanya ketika kanak-kanak di rumah perlidungan Cahaya Budi sedang bermain, Athirah Ardilla lebih senang untuk mengasingkan diri di satu sudut. Hanya melihat teman-temanya bermain dari jauh. Adaklanya kawan-kawan mengajak dia bermain, namun dia hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

Berat badannya juga susut. Pada malam harinya pula, Athirah Ardilla kerap mengigau. Keadaan itu membuatkan Puan Sri Sarah risau. Tambahan pula Athirah Ardilla merupakan pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Di sebabkan risau akan perubahan Athirah Ardilla yang semkain hari semakin kronik itu, Puan Sri Sarah terus bawanya berjumpa pakar Psikologi. Dan atas nasihat pakar, Puan Sri Sarah perlu mencari keluarga angkat untuk Athirah Ardilla.

Keluarga tersebut mestilah dari keluarga yang harmoni dan benar-benar layak untuk memiliharanya.. Dari situ serba sediki pasti dapat membantu Athirah Ardilla pulih seperti sedia kala.

Atas beberapa faktor dan tambahan pula Puan Sri Sarah juga benar-benar ingin memiliki anak perempuan tetapi dia tidak boleh mengandung lagi kerana faktor kesihatan, secara perlahan-lahan dia memeperkenalkan Athirah Ardilla dengan family kecilnya itu.

Sesekali Puan Sri Sarah akan membawa Athirah Ardilla pulang ke rumahnya dan bermalam di situ. Apabila melihat perubahan positif pada diri Athirah Ardilla dan penerimaan keluarga bondanya itu amat-amat memberangsangkan, ketika umur Athirah Ardilla genap 15 tahun dengan sah, Athirah Ardilla menjadi anak angkat Puan Sri Sarah. Dan pengesahan juga sudah di buat di mahkamah.

Walaubagaimanapun, ahli keluarga yang ada di Cahaya Budi tidak di lupakan begitu sahaja. Sesekali Athirah Ardilla ada juga pergi ke sana dan bermalam di situ.

Sedang dia mengelamun mengenang memori lama, tiba-tiba telefon di sisinya berbunyi. Sangkanya panggilan dari orang yang di rindui, namun hampa apabila nama Madi yang ada di skrin. Dengan lemah dia menyambut panggilan itu.

“Assalamualaikum. Hai orang jauh. Apa khabar?”

“Waalaikumsalam. Hai. Lemah je suara. Rindu orang jauh ke?” terdengar ada ketawa kecil di hujung talian.

“Aah. Aku tengah rindu kau ni,” sengaja buat-buat tidak faham.

“Eleh. Saje je lah tu buat-buat tak faham,”

“Apa? Betul lah aku rindu kau,”

Mukanya sudah merona merah. Nasib baik gadis itu tidak berada di hadapannya.

“Kau tengah buat apa? Ada apa kau telefon aku ni? Nak datang sini ke?”

“Wow banyaknya soalan,” ceria sahaja suaranya.

“Aku tak ada buat apa-apa pun. Tu saja nak kacau kau. Kau sibuk ke,” sambungnya lagi.

“Tak lah. Aku tengah lepak-lepak kat laman ni. Tengok ikan. Tengok pokok-pokok. Family aku tak ada ni. Tu yang bosan. Nak keluar malas pula,”

“Oooo. So memang tak salah lah aku telefon ni kan?”

“Ye Madi. Kau memanga sahabat aku yang terbaik. Tahu je waktu yang sesuai,” pujinya ikhlas.

“Papa aku suruh bantu dia dekat pejabat. Tapi aku suruh papa aku bagi aku masa. Tak puas rest lagi ni,” Madi memulakan cerita.

“Baguslah. Aku pun ada juga terfikir nak cari kerja. Ingat nak cari bahagian fotografi ni. Tapi belum ada rezeki lagi. Resume dah merata aku hantar tapi belum ada satu pun yang telefon,”

“Hurmmm kau tak rasa rugi ke belajar benda lain. Tapi kerja bahagian lain,” Madi sekadar berbasi-basi. Sebenarnya ada tujuan lain dia menghubingi Athirah Ardilla.

“Errmm. Tak pun. Sebab cari pengalamankan. Mana tahu kalau aku kerja bahagian fotografer ni tak menjadi ke, aku boleh lah apply jawatan kita belajar ni,”

“So kau memang free lah ea. Macam ni Dilla. Syarikat sepupu aku ada buat satu program dekat Negeri Sembilan. Camping kat sana. Sebab sanakan banyak jeram. Aku ingat nak pergi, sebab company dia ada juga offer untuk lepasan U macam kita ni. So aku cadang nak pergi. Tapiiii… aku tak ada kawan. Jom Dilla teman aku.” Hajat sudah di sampaikan.

“Waahhh. Macam menarik. Bila tu? Apa aktiviti yang ada,” ujar Athirah Ardilla sedikit teruja.

“Hujung bulan ni, ermmm lebih kurang seminggu lah dari sekarang. Pergi Jumaat, tapi Jumaat tu sebelum tengah hari kena ada dekat sana. Macam-macam aktiviti Dilla, tu yang aku nak ajak kau ni,”

“Macam best je. Tapi macam mana aku nak pergi sana. Tak ada tarnsport,”

“Yang tu kau tak payah risau. Nanti aku sendiri yang akan ambil kau dekat rumah bonda. Aku dah ada lesen,” terjerit sedikit dia meluahkan.

“Wahhh bestnye Madi. Aku pun cadang nak ambil lesen nanti.”

“So...kau setujulah ea nak join?” sekadar inginkan kepastian.

“ Ye. Dengan syarat kau ambil aku,”

“Okey. Baik boss."

Mereka kemudian terus berbual memandangkan sudah hampir tiga bulam tidak berjumpa. Bermacam perkara mereka bualkan hingga tidak sedar hari makin senja. Tidak berapa lama kemudian, talian di matikan.

Tiba hari yang di nanti, Farah Madhihah tiba di rumah family Athirah Ardilla. Tapi Farah Madhihah tiba sehari awal memandangkan perjalanan dia ke rumah itu memakan masa beberapa jam.

Keesokkanya mereka mula bertolak menuju ke destinasi. Sebelum mereka bertolak Puan Sri Sarah dan Tan Sri Affendi sempat berpesan supaya mereka berhati-hati memandangkan tempat yang mereka tuju adalah kawasan hutan.

Perjalanan mengambil masa hampir dua jam setengah. Jalan yang berliku-liku membuatkan pemanduan Farah Madhihah sedikit mencabar.

“Waaahhh.. Sejuknya Madi. Seram pun ada juga,” ujar Athirah Ardilla di sisi Madi. Matanya sedari tadi asyik memerhati kiri dan kanan yang di penuhi hutan-hutan.

“Tak ada apalah. Aku dah dua tiga kali juga sampai sini, best tempat ni. Mesti kau seronok nanti,”

“Oooo ye ke? Baguslah. Memang tak akan sesatlah kan,” dia tersengeh kemudian.

Terdengar deruan air terjun yang semakin kuat menandakan destinasi yang di tuju mereka semakin hampir.

Penuh parking di kawasan itu, namun apabila melihat papan tanda Pelatih Perkhemahan Hotel Mewah, terus sahaja dia memandu mengikut arah itu.

Baguslah dah ada parking khas untuk semua yang mengikuti perkhemahan itu. Tidak perlu dia bersusah payah mencari parking.

“Ramainya Madi,” ujar Athirah apabila melihat tapak parking khas itu hampir penuh dengan kereta dan dua biji bas.

“Aah. Boleh tahan lah. Tak apa kat sini memang ramai orang buat perkhemanah,”

Mereka akhirnya melangkah keluar dari kereta menuju ke meja pendaftaran untuk melaporkan diri. Beg dan segala keprluan yang di bawa, di biarkan dahulu di dalam kereta.

Berpandukan pada list, lebih seratus orang menyertai perkhemahan itu.

“Cik ambil tag ni dan terus pergi ke tapak sebelah sana. Semua sedang berkumpul di sana,”
ujar gadis yang menjaga meja pendaftaran itu.

“Okey. Terima kasih,” jawab mereka serentak.

Wajah Athirah Ardilla yang terpegun dengan suasana di sekitarnya, di toleh. Ada senyuman penuh makna di situ. Namun Athirah Ardilla tidak endahkan. Baginya mungkin Farah Madhihah sengaja mengejeknya kerana jakun berada di situ.

“Okey. Semua dah ada ye,” terdengar suara lelaki di hadapan. Mungkin jurulatih yang bertanggungjawab menjayakan program itu. Terdapat juga beberapa jurulatih lelaki dan perempuan di sisinya memandangkan mereka memakai baju sedondon.

“Kita yang paling last sampai ke Madi?” bisik Athirah Ardilla.

“Entah. Ye lah kot,”

Terdengar lelaki itu memaklumkan beebrapa aktiviti serta beberapa etika yang perlu di patuhi sepanjang berada di dalam program itu. Athirah Ardilla dan Farah Madhihah serta semua pelatih tekun mendengar.

“Okey. Untuk program kita kali ini, saya berasa sedikit teruja. Sebab program kita akan di sertai oleh tetamu VVIP,” Farah Madhihah di sebelah sudah tersenyum lebar.

Tidak faham maksud reaksi senyuman itu, Athirah Ardilla hanya membiarkan. Malas ambil peduli.

Mendengar bebrapa sorakkan dari beberapa pelatih apabila tetamu VVIP yang di undang sudah tiba. Athirah Ardilla juga ada terdengar suara-suara yang memuji ketampanan tetamu undangan itu. Athirah Ardilla ingin melihat. Puas juga kepalanya di gerakkan ke kiri dan kanan, namun tidak berjaya memandangkan mereka berada di barisan belakang.

“Berikan tepukan untuk tetamu VVIP kita, Encik Harith Haiqal bin Datuk Kamal,” terdengar riuh-rendah bunyi tepukan setelah nama penuh tetamu VVIP itu di umumkan.

Mendengar sahaja nama tersebut di umum, terus sahaja mata Athirah Ardilla kaku memandang Farah Madhihah di sisinya yang sedang tersenyum lebar.

Tanpa pengetahuan Athirah Ardilla, sepanjang perjalanan mereka bermula dari rumah family gadis itu lagi, Harith Haiqal sudah setia mengekori di belakang kenderaan milik Farah Madhihah. Semua telah di rancang Harith Haiqal dan Farah Madhihah. Nampaknya rancangan mereka berjalan lancar.

“Aku tak salah dengarkan?”

Isyarat gelengan kepala Farah Madhihah membuatkan dirinya terasa ingin pengsan. Patutlah bonda dan ayah tak banyak tanya. Mesti mereka dah tau. Gumam dia sendiri.

“Kenapa kau tak beri tahu aku Madi!” ingin di marahi gadis di sebelahnya namun hanya mampu di pendam. Sedar mereka ada di mana.

“Aku dengar dia masih bujang,” terdengar ada suara-suara yang berbicara tidak jauh dari mereka.

“Seriuslah? Boleh try ni. Mana tau sangkut ke,” balas satu lagi suara.

Amboii gediknya. Athirah Ardilla geram. Aikkk aku cemburu ke? Mempersoalkan dirinya sendiri.

“Hensome wei. Kalo dapat ni sumpah tak cari lain,” semakin galak pula suara-suara itu berkata-kata.

Panas telinganya mendengar.

“Okey semua. Sepanjang kamu semua berada di sini, kamu semua perlu memakai t-shirt ini..” terdengar suara jurulatih yang setia berucap sedari tadi di hadapan.

“Okey. Kamu semua boleh pilih pasangan masing-masing, kemudian ambil khemah ni. Sila dirikan khemah di tempat yang dah kami sediakan. Jangan ada yang berani-berani dirikan di luar kawasan ye. Kena culik dengan binatang buas, saya tidak bertanggungjawab,” terdengar deraian ketawa dari semua pelatih apabila perkataan kena culik itu sengaja di lirikkan.

“Selesai dirikan khemah, kamu semua boleh bawa segala peralatan simpan di dalam khemah. Untuk barang yang berharga, terutama pelatih perempuan, sila beri pada jurulatih Diana untuk di simpan. Jika tidak, sebarang ke hilangan… Jangan nanti nangis-nangis cari saya” ujarnya lagi.

“Selesai semua, kamu boleh menjamu selera di sana. Makanan semua telah di sediakan. Tepat pukul 3 petang, semua perlu berkumpul di sini semula dengan siap berpakaian baju yang telah kami sediakan ni. Faham semua??”
Terdengar suara serentak menyahut. Kemudian semua bersurai.

Semua mula sibuk membuat kerja masing-masing seperti yang di arahkan. Seperti biasa, Athirah Ardilla dan Farah Madhihah satu khemah.

“Sampai hati kau tak nak beritahu aku kan?”
Seperti merajuk nadanya.

“Kalau aku beritahu, mesti kau tak nak join kan? Siapa nak teman aku nanti. Dah la aktiviti kat sini best,”

“Hurmm ye laa,” mengalah juga dia akhirnya.

Dalam diam dia juga bahagia mendengar nama yang cukup familiar itu di sebut. Rindu!

Namun sejak bersurai tadi, batang hidung dia pun tak nampak. Mana dia pergi.

“Dah jom pergi makan. Aku lapar ni. Lepas makan baru kita tukar baju ea,” cadang Farah Madhihah.

“Okey. “

Mereka jalan beriringan menuju tempat untuk mereka menjamu selera.

Tepat pukul tiga, semua mula berkumpul.

“Okey, untuk aktiviti seterusnya. Saya akan bahagi kamu semua kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan ada enam orang,” jurulatih yang sama mula bersuara.

Setelah kumpulan mereka di bahagi-bahagikan, Athirah Ardilla sedikit pelik kerana ahli kumpulannya tidak cukup enam orang. Lantas Athirah Ardilla mengangkat tangan.

“Encik! Ahli kumpulan kami tak cukup lagi sorang,”

Nampak senyuman di bibir jurulatih tersebut apabila memandang Athirah Ardilla.
Dan tiba-tiba terdengar suara garau di sebelahnya.

“Sorry lambat. Toilet penuh tadi,” bagai nak gugur jantungnya mendengar suara garau itu.

“Okey. Ahli kumpulan kamu dah cukup?” sebaik sahaja melihat Harith Haiqal sudah menyertai mereka.

“Sudah!” dengan pantas Farah Madhihah menyahut dengan senyuman lebar di bibirnya.

Ada juga suara-suara yang tidak puas hati Harith Haiqal menyertai kumpulan mereka. Ada yang beri jelingan tajam dan tidak kurang juga ada yang suka. Tentulah gadis-gadis di sisinya.
Program itu disertai beberapa kakitangan Hotel Mewah dan beberapa penuntut lepasan universiti dan kolej.

“Okey untuk aktiviti petang ini. Mesti kamu semua tak sabar mandi jeram kan?” pertanyaan itu di sahut dengan beberapa sorakkan mengiakan.

Athirah Ardilla sedari tadi jiwanya bergelora. Wajah yang di rindui benar-benar ada di sisinya. Namun dia perlu kawal supaya perasaan itu tidak di ketahui.

Sejak bebrapa hari yang lalu, dia sudah nekad untuk menghubungi suaminya itu selepas pulang dari aktiviti perkhemahan itu nanti. Namun alangkah terkejutnya, orang yang di rindui sudah ada di depan mata. Pucuk di cita ulam mendatang.

Tetapi dia perlu kawal perasaannya itu. Sedar penikahannya belum lagi di umumkan. Majlis risepsi juga masih dalam perancangan. Ini bermakna semua yang ada di situ kecuali sahabatnya, belum tahu yang dia dan Harith Haiqal adalah pasangan suami isteri.

Perasaan Athirah Ardilla juga tidak senang apabila suaminya itu mendapat perhatian oleh majoriti pelatih perempuan yang ada di situ. Ada yang curi-curi pandang. Ada juga yang cuba merapatkan diri di sisi lelaki itu. Tidak kurang juga ada yang berani mengenyit mata. Aduhh! Panas betul.

“Wei Dilla kau kenapa tercegat lagi. Jom lah,”
Farah Madhihah menarik lengan Athirah Ardilla. Athirah Ardilla baru perasan hanya mereka berdua sahaja yang tinggal. Itulah kau, mengelamun lagi! Mengutuk dirinya sendiri.

“Kita nak pergi mana ni?”

“Laaaa. Kau tak dengar ke tadi?”

Athirah Ardilla hanya mampu tersengeh.

“Tau lah ada cik abang kat sebelah,”

Mula dah dia! Getus Athirah Ardilla di dalam hati.

“Kita kena bina rakit. Tu tengok cik abang sado kau tu. Tu tengok minah-minah kat tepi tu, kau tak cemburu ke. Dari tadi mereka duq usha laki kau je.” Farah Madhihah cuba mencurah minyak.

Sebenarnya dia ingin tahu perasaan sebenar Athirah Ardilla pada abang sepupunya itu. Ini lah satu-satunya cara untuk membuktikannya.

“Biarlah, mereka kan ada mata,” namun di hati hanya Tuhan saja yang tahu.

Terdengar Farah Madhihah ketawa.

“Okey will see. Sejauh mana kau mahu menafikan perasaan kau,”

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia ajak Harith Haiqal pulang. Tapi dia tidak mahu perasaannya itu di ketahui.

“Madi! Dilla! Tolonglah ni,” terdengar Amin memanggil mereka.

“Alaa. Korangkan lelaki. Korang buatlah. Tu Encik Haiqal ada tolong sekali,” Farah Madhihah menjawab.

“Okey. Kalau kita menang, hadiah tak payah kongsi!”

Mendengar sahaja ayat lelaki itu, cepat-cepat Farah Madhihah mula membuka langkah untuk turun ke gigi air sungai. Terlupa pada Athirah Ardilla di sebelahnya yang tidak biasa dengan aktiviti itu.

Perlahan dan penuh berhati-hati Athirah Ardilla mengatur langkahnya tanpa sebarang bantuan. Tidak sedar langkahnya di perhatikan Harith Haiqal.

Senget-senget badan Athirah Ardilla bagi mengelak kakinya terpijak batu-batu tajam.
Matanya sedari tadi hanya memerhati langkah kakinya supaya tidak terpijak batu-batu tajam.

Sesekali sahaja wajah di naikkan memandang ke hadapan bagi memastikan tempat yang di tuju betul.

Setelah dia bersentuhan dengan tubuh seseorang, dia merasa dia berjaya sampai ke sisi Farah Madhihah lantas jemari sahabatnya itu di pegang.

“Yess! Sampai ju…”

Alangkah terkejutnya apabila wajahnya di naikkan, Farah madhihah ada di hadapanya, sedang sibuk membantu Amin dan pelatih yang lain membuat rakit.

Sepantas kilat padangan di kalih ke sisi. Elok sahaja jari jemari lelaki itu di genggam kemas. Harith Haiqal! Macam mana dia boleh salah target.

Menyedari kesilapannya, pantas sahaja pegangannya ingin di lepaskan. Namun di sebabkan dia berdiri di atas permukaan yang tidak rata, mudah sahaja tubuhnya hilang imbangan. Arghhh!! Matanya sudah terpejam.
Belum sempat tubuhnya menyentuh batu-batu yang sedia terhidang, terasa ada tangan sasa memaut pinggang kemas. Terkejut!

Dan….

jeng jeng.. baru sempat update. ade yang menunggu ke? happy reading every body.. tq sentiasa support n komen. sangat-sangat membantu saya berkarya.. MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience