Bab 1

Romance Completed 21516

"Dilla...." lembut suara menyapa. Athirah Ardilla memandang suram wajah putih mulus itu. Farah Madihah. Ya. Satu-satunya kawan, sahabat dan kadang-kala 'musuh' yang dia ada. Sentiasa ada dalam susah senang. Dalam waktu suka atau duka. Farah Madihah menghayun lembut langkah kakinya menuju ke arah gadis yang sedang duduk bersimpul di atas sofa. Farah Madihah melabuhkan duduk dihadapan gadis itu, lalu tangan gadis itu dipegang lembut.
"Kau yakin ke dengan keputusan kau ni." Farah Madhihah meneruskan kata-katanya. Wajah gadis di hadapannya di renung. Kagum dengan gadis di hadapannya ini. Masih kelihatan tenang walapun seakan satu beban yang berat sedang menghipap gadis tersebut. Sejak 3 bulan yang lalu, wajah Athirah Ardilla sudah makin hilang serinya, apabila bonda angkatnya Puan Sri Sarah mengutarakan niat sahabat karibnya untuk mengambil Athirah Ardilla sebagai menantunya. Jarang sudah senyuman terukir di bibir mungilnya. "Hmmm." Athirah Ardilla mengeluh halus. Ya. Suatu keputusan yang bakal merubah segalanya. Merubah status dirinya. Merubah corak pergaulannya walaupun sebelum ini dia memang menjaga batas sosialnnya. Perlahan Athirah Ardilla mengukir senyuman buat 'musuh'nya itu. Sahabat yang sentiasa ada untuk dirinya. Sahabat yang tidak takut untuk mengkritik dirinya seandainya sesuatu keputusan yang dia ambil tidak kena pada pandangan sahabatnya itu. Itulah Farah Madhihah. Sahabat yang dia kenali seawal kakinya menjejaki kaki di bumi asing ini. Universiti Princeton, New Jersey. Tempat di mana dia dan Farah Madhihah menuntut ilmu. Jurusan yang mereka ambil juga sama, Kejuruteraan Awam. Mungkin sebab itu mereka rapat. Dan yang paling penting Farah Madhihah mulut murai. Ada sahaja celoteh yang keluar dari bibir gadis tersebut. Dia membalas genggaman tangan sahabatnya itu.
"Kau jangan risau ye. Doakan untuk aku. " katanya lagi. Dia sendiri tidak tahu, mampukah dia bersama lelaki yang dia sendiri tidak kenal. Apa yang dia tahu dari bondanya Puan Sri Sarah, bakal suaminya itu di kalangan orang yang baik-baik. Itu sahaja. Cukup ke??
"Hmmm.. Aku pun tak tau nak cakap apa dah. Macam-macam aku cakap tapi satu pun kau tak nak dengar. Tapi... Satu je aku nak cakap. Aku sentiasa ada untuk kau, " luah Farah Madhihah. Geram juga dia dengan perangai sahabatnya yang satu itu. Pantas tubuh sabahatnya itu diraih. Mereka berpelukan. Mungkin dengan cara itu sedikit sebanyak boleh bagi kekuatan untuk Athirah Ardillah. Dia faham bukan mudah untuk sahabatnya itu membuat keputusan sebesar itu. Diam-diam dia kagum dengan gadis tersebut yang kini sudah 2 tahun dia kenali.
Pelukan dileraikan.
"Aku sakit perutlah, " tiba-tiba Athirah Ardilla bersuara. Muka sedikit dikerutkan. Seperti menahan kesakitan.
"Eh.. Eh.. Kau ni dah kenapa. Nak berak ke?" bising Farah Madhihah. Pantas hidung di tutup dengan hujung jari.
Kurang asam betul. Asal sakit perut je mesti di kaitkan dengan tugas yang satu itu.
"Aku laparlah. Anak cacing aku ni dh lama tak rasa makanan yang sedap-sedap, " sengeh Arthirah Ardilla. Perutnya di gosok-gosok. Bibir di muncung sedikit. Mata dikebil-kebilkan. Itulah keistemewaan Athirah Ardilla, pandai sembunyikan masalah yang dia hadapi. Kalau mereka bukan sahabat dan duduk serumah pasti dia sendiri tak tahu masalah yang gadis itu terpaksa hadapi. Kagum dengan sifat gadis itu, seorang diri di bumi Allah yang besar. Pandai dia atur hidupnya yang dia sendiri pasti tidak dapat lakukan jika dia seorang diri seperti Nur Athirah Ardilla bin Jamal. Dia tau, sahabatnya itu anak yatim piatu yang kematian ibubapanya seawal usianya 10 tahun. "Hebat betul kau Athirah Ardillah." luahnya dalam hati.
"Ok. Kau nak makan apa. Hari ni aku rasa mood masak aku tak jadi nak ambil MC, " sedikit senyuman di hadiahkan khas untuk sahabatnya itu. Simpati pada nasib sahabatnya itu. Disebabkan masalah yang di hadapi, selera makan sahabatnya itu juga seakan lari entah ke mana. Masa banyak di habiskan di dalam bilik. Bila di tanya. Dia akan cakap dirinya ok. Walhal dia tau sahabatnya itu sedang mencari kekuatan.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Skill memasak Farah Madhihah bukan kaleng-kaleng. Boleh buka restoran sendiri. Hehehehe.
"Aku rasa, aku nak makan nasi goreng kampung kau tu... Perhhh," sahut Athirah Ardillah bersemangat. Jam di dinding di toleh sekilas.
"Ya Allah. Patutlah anak cacing aku meraung. Dah pukul 3.00pm." seakan baru tersedar dari mimpi. Mulut Athirah Ardilla ternganga besar.
"Dah. Dah. Tutup mulut tu," kata Farah Madhihah seraya tangannya menolak dagu gadis itu seakan membantunya untuk menutup mulut. Senyuman lebar terukir di bibirnya.
"Terima kasih Ya Allah. Engkau kembalikan sahabat aku yang dah lama hilang, " sambung Farah Madhihah lagi. Kedua tangan di tadah tanda berdoa. Kemudian meraup mukanya. Aaminn
"Engkau tak payah nak berdrama sangat ea Nur Farah Madhihah Binti Mohamad Zubir," bahu gadis di tepuk lembut. Terhibur dengan keletah sahabatnya itu.
"Madi. Sorry. Kalau selama beberapa bulan ni aku jauhkan diri dari kau. Mesti kau sunyikan," sambung Athirah Ardilla. Jari-jemari Farah Madhihah digenggam erat.
"Tak apa Dilla. Aku faham," dia membalas genggaman tangan Athirah Ardilla. Jika orang tak tahu, mesti ingat yang dia dan Athirah Ardilla adalah pasangan lesbian. Sekejap peluk. Sekejap berpegang tangan. Dan adakala dia cium pipi flawless gadis itu. Itu sahaja cara untuk dia tunjukkan yang dia sangat sayangkan sahabatnya itu. Jika boleh dia tak nak hati gadis itu di sakiti. Dan jika boleh dia tak nak gadis itu menghadapi sebarang masalah walaupun sekelumit kuman. Tapi siapa dia untuk atur hidup sahabatnya itu. Sedangkan ulat di dalam batu pun di uji. Inikan pula dia hanya manusia biasa. Bagi Farah Madhihah, ujian yang dihadapi Athirah Ardilla sudah cukup hebat. Dia tak sanggup melihat sahabatnya itu ditimpa masalah. Sedih melihat tubuh sahabatnya yang sedikit susut. Mungkin jadual makan yang tak teratur serta kurangnya selera makan sahabatnya itu, sedikit sebanyak mempengaruhi berat badan ideal gadis tersebut.
"Ok. Aku rasa. Aku nak masak nasi goreng kampung dengan ayam goreng krispy krap krup krap untuk kau," kata Farah Madhihah sambil dua jarinya menari-nari didagunya. Kening di jungkit-jungkit dan mata melirik gadis itu. Harap menu hari ini boleh buka selera sahabatnya itu. Athirah Ardillah ketawa kecil. Terhibur dia dengan gelagat sahabatnya itu. Ya Madi. Aku tau kau sayang aku.
Dia tahu sejak kebelakangan ini selera makannya seakan mati. Setiap makanan yang masuk ke mulutnya dia rasakan tawar. Betul-betul berat ujian aku kali ini. Dia bermonolog sendiri.
"Kau nak aku tolong apa-apa tak. Potong bawang ke. Ape ke. Cakap je. Hamba sedia menurut perintah," tawar Athirah Ardilla sambil kedua telapak tangan dirapatkan dan di arah ke wajahnya.. Kepalanya sedikit di tundukkan. Senyuman masih mekar di bibir. Tenang sedikit dia rasa ketika ini. Setelah keputusan muktamad yang dia rasakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga ibu angkat. Selain dari untuk menjaga reputasi hubungan antara ibu angkatnya dan sahabat karib ibu angkatnya.
"Ok. Bagus juga kau nak tolong. Taklah aku bosan kat dapur sorang-sorang. Jom kita start sekarang. Mati pula anak-anak cacing kau tu nanti, " kata Farah Madhihah sambil bangkit dari sofa menuju ke dapur. Athirah turut membuntuti langkah sahabatnya itu. Walaupun di asrama yang di diami mereka ada menyediakan makanan untuk para siswa, kadang kala anak tekak terasa juga nak merasa makanan dari Malaysia. Nak jimat kenalah masak sendiri walaupun rasa tidaklah sehebat jika menu itu di masak di Malaysia, namun boleh lah sekadar hendak mengingati menu simple itu.
"Aku rasa esok aku nak keluarlah. Nak jalan-jalan dekat-dekat sini. Kau cuti jugakan esok?" Athirah Ardilla mengutarakan rancangannya untuk mengisi masa cutinya esok memandangkan ada beberapa kuliahnya di batalkan.
"Esok? Aah. Aku cuti esok. Pukul berapa kau nak keluar? Jangan awal sangat. Aku ingat nak bangun lambat sikit esok pagi, " Farah Madhihah menjawab sambil tangannya laju menyediakan bahan-bahan untuk santapan mereka berdua sebentar nanti.
"Ye. Aku faham tu. Aku ingat nak keluar dalam tengah hari sampai petang. Kita makan tengah hari kat luar je lah, " kata Athirah Ardilla. Wajahnya ceria. Jarang Farah Madhihah menolak perlawaannya untuk keluar bersama. Biasanya, walau sesibuk mana pun gadis itu tetap akan berusaha untuk mencuri waktu bagi memenuhi permintaannya. Tidak sampai setengah jam, menu makan tengah hari merangkap minum petang sudah terhidang di atas meja. Nampak menyelerakan. Athirah Ardillah sudah menghilangkan diri ke bilik untuk menunaikan waktu Zuhur. Sepuluh minit kemudian dia kembali ke meja di mana Farah Madhihah sedang menantinya di situ. Farah Madhihah ABC.
"Laaa... Kenapa kau tak makan dulu? " Kerusi di hadapannya di tarik perlahan lalu dia melabuhkan punggungnya di situ. Duduk berhadapan dengan Farah Madhihah.
"Tak lah. Saja aku tunggu kau. Makan ramai-ramai baru syok. Kita bukan selalu macam ni kan. Dapat makan sama-sama." Farah Madhihah mula menadah tangan. Bacaan doa sebelum makan di baca perlahan. Athirah Ardillah juga turut sama membaca doa sebelum makan.
"Mmmmm... Sedapnya Madi."kata Athirah Ardilla ketika suapan pertama masuk ke dalam mulutnya. Matanya tertutup sambil menikmati setiap kunyahan di dalam mulutnya. Berbahagilah anak-anak cacing dalam perutnya kerana dapat menikmati air tangan Farah Madhihah yang jarang-jarang dapat di rasa. Namun mungkin kerana dua tiga bulan kebelakangan ini, jadual makannya tidak teratur. Mungkin sebab terlalu tertekan dengan assignment dan juga memikirkan permintaan bonda. Farah Madhihah menepuk lembut meja.
"Ahhhh kau. Tak payahlah over sangat sampai macam tu. Masakan aku ni takdelah sesedap mane pun. Kau tu jek sebenarnya yang dah lama tak kenal nasi. Ye lah. Hari-hari aku tengok, tak roti, mee segera. Tak mee segera, biskut. Itu je lah yang kau doq ulang-ulangkan. Tapi tak apa. Aku faham. " suapan masih di teruskan. Suasana tiba-tiba sunyi. Kadang kala kedengaran bunyi sudu garfu yang berlaga di atas pinggan. Wajah Athirah Ardilla di jeling sekilas. Marah ke dia kat aku. Gumam Farah di dalam hati. Itu lah kau, main cakap je. Tak pasal-pasal member kau dah terasa. Dia baru nak ceria. Kau dah rosakkan mood dia. Wajah Athirah di jeling lagi. Wajah flawless Athirah Ardilla tiada riak. Nak kata marah, tak macam marah. Nak kata suka, tak senyum pun. Rasa bersalah pula sebab jika tidak kerana kata-katanya tadi pasti suasana tidak sesunyi sekarang.
"Kau dah kenapa duq pandang-pandang aku. Jeling-jeling aku dari tadi, " Athirah Ardilla menepuk meja makan perlahan.
"Ooooohh mak kau meletup pap pup papp papp, " Farah Madhihah melatah. Terkejut disergah Athirah Ardilla tanpa di sangka. Sudu dan garfu di tangan terpelanting jatuh ke lantai akibat tindakan drastik yang tak dapat di kawalnya. Ketawa besar Athirah Ardillah melihat gelagat sahabatnya yang satu itu. Sebelah tangan menekup mulut supaya dapat menahan volume ketawa yang keluar dari mulutnya agar tidak terlalu kuat . Dan satu lagi tangan memegang perut. Lama sudah dia tak ketawa sebegitu sejak bonda menyuarakan hasrat sahabat karibnya untuk menjadikan Athirah Ardilla sebagai menantu.
"Sakit perut aku weii, " masih lagi ada sisa ketawa di hujung kata-katanya. Air mata di sapu menggunakan hujung jari. Berair matanya akibat terlalu asyik ketawa.
"Kau lah. Terkejutkan aku. Tengok. Sudu dan garfu aku pun dah terbang sama. " kata Farah Madhihah sambil membongkokkan badan mengambil sudu dan garfu yang ada di atas lantai.
"Dah. Tak payah guna sudu dan garfu tu. Dah kotor tu. Ni. Guna aku punya. Aku dah habis makan, " kata Athirah Ardilla sambil meletakkan sudu dan garfunya ke dalam pinggan Farah Madhihah. Sudu dan garfu Farah Madhihah sudah bertukar tangan.
"Wahhh. Cepatnya kau makan. Aku baru habis setengah pinggan je, " kata Farah Madhihah sambil matanya memandang pinggan Athirah Ardilla yang sudah licin. Tiada sebutir nasi pun yang tertinggal. Hanya yang ada adalah tulang-tulang ayam yang di susun elok di satu sudut di dalam pinggan gadis tersebut.
"Bukan aku yang cepat makan. Kau tu yang lambat dari tadi. Mata tak habis-habis tengok aku. Cantik sangat ke aku hari ni? Naik meremang bulu tengkuk aku ni. Nasib baik kau tu perempuan tau. Sahabat aku pula tu."kata Athirah Ardilla sambil bangun dari kerusi meja makan. Kerusi di rapatkan kembali ke bawah meja. Sudah terbiasa begitu. Pinggannya yang telah kosong di ambil dan di bawa menuju ke sinki. Sempat matanya melirik pada Farah Madhihah yang masih duduk di meja meneruskan suapan makanan ke dalam mulutnya. Senyum terukir di bibir gadis itu.
"Siapa yang bakal di jodohkan ni. Aku ke kau. Aku tengok kau macam tengah praktis makan beradap je tu, " jerit Athirah Ardilla dari sinki. Pancuran air dari sinki menyebabkan dia terpaksa menekankan sedikit suaranya agar dapat di dengari Farah Madhihah yang tidak jauh dari situ. Tersembur keluar nasi goreng dari mulut Farah Madhihah.
"Kau ni kan Dilla. Saja nak sakat aku kan. Nasib baik tak tercekik tulang ayam, "kata Farah Madhihah sambil tangannya menyapu mulut menggunakan jari. Dia ketawa sedikit. Makan nasi goreng. Tapi tercekik tulang ayam. Hahahaha. Apa-apa sajelah kau ni Farah Madhihah. Gumamnya sendiri. Nasib baik Athirah Ardilla tiada di situ. Jika tidak pasti dia di sakat lagi oleh gadis itu. Suapan terakhir masuk ke dalam mulutnya.
"Alhamdulilah.. Syukur Ya Allah atas kurniaan nikmat makanan yang Engkau beri, " kata Farah Madhihah. Pinggan yang kosong dibawa terus ke sinki. Athirah sudah pun melabuhkan punggungnya di atas sofa. Niatnya untuk menonton rancangan yang best di televisyen. Namun niatnya terpaksa di batalkan setelah mendengar bunyi kerusi di meja makan. Farah Madhihah sudah selesai makan dan berjalan menuju ke sinki dan di tangannya ada pinggan kosong yang di gunakan tadi.
Athirah Ardillah bingkas bangun dari sofa yang dia duduki. Langkah kakinya menuju ke kabinet dapur dan kain lap dan penyembur meja di ambil lalu di bawa ke meja makan. Perlahan di sembur meja makan yang telah kosong dan di lap dengan kain lap meja yang bersih. Begitulah dia kebiasaannya. Akan mengemas barang-barang yang telah digunakan. Kerusi yang diduduki Farah Nabihah di susun dan di masukkan ke bawah meja. Setelah siap dan berpuas hati dia kembali ke kabinet dapur. Kain lap dan penyembur di letakkan di tempat yang sama seperti mula-mula di ambil. Farah Madhihah telah pun berada di ruang tamu sambil di tangannya ada mug air. Dia melabuhkan punggungnya di sofa dan meneruskan niat Athirah Ardilla yang terbantut mahu menonton televisyen. Athirah Ardillah hanya memerhati gelagat sahabatnya itu dari dapur. Dia mencapai penyapu dan penyeduk sampah lalu di bawa menuju ke meja makan. Walau tiada sisa makanan yang jatuh di atas lantai, tetap juga dia mahu membersihakan di kawasan sekitar itu. Di khuatiri terdapat sisa-sisa makanan yang kecil-kecil jatuh ke lantai sewaktu mereka berdua menikmati juadah sebentar tadi. Lagi pula, Farah Madhihah tadi telah terkejut beruk di meja makan akibat di sergah perlahan olehnya. Tiba-tiba bibirnya menguntum senyuman. Tidak boleh dia lupakan adegan yang di tunjukkan Farah Madhihah. Dengan memek muka spontan, hilang kecomelan wajah putih mulus gadis itu. Reaksinya itu tidak disedari Farah Madhihah. Gadis itu sedang kusyuk menonton rancangan master chef di televisyen. Setelah selesai tugasnya, Athirah Ardilla menyimpan kembali perkakas yang dia gunakan sebentar tadi. Die menuju ke sinki dan tangannya di cuci menggunakan handwash dan dibilas kemudian di lap kering tangannya. Mug di ambil. Dan air kosong di curahkan ke dalam mugnya. Dia kemudian mengambil mug yang telah berisi air kosong dan mengatur langkah menuju ke sofa rung tamu. Arthirah Ardilla melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan Farah Madhihah. Mug di tangannya di letak kan di atas meja kopi di hadapannya.
"Cerita apa kau tengok ni, " walaupun sudah tau racangan yang di tonton Farah Madhihah , saja dia bertanya sekadar berbasi-basi.
"Ni master chef final. Nasib baik sempat on tv ni. Dapatlah tengok walaupun dah separuh, " kata Farah Madhihah. Mata masih tekun menatap televisyen. Bersungguh dia melihat racangan realiti tv itu.
Athirah Ardillah kurang berminat dengan racangan seperti itu. Sungguh pun begitu bukan bererti dia tidak tahu memasak. Cuma tidak lah sesedap masakan Farah Madhihah. Untuk melepaskan nafsu makan. Bolehlah.
Tiba-tiba Farah Madhihah memandang sahabat di sebelahnya. Sunyi. Tiada suara atau apa-apa bicara dari bibir mungil gadis itu. Termenung ke dia tu. Mata tak berkedip pun. Peha Athirah Ardilla disentuh perlahan. Terjungkit sedikit bahu gadis itu. Terkejutlah tu tapi tidak lah seteruk Farah Madhihah tadi.
"Kau ok tak ni? Kenapa kau senyap je dari tadi, " sapa Farah Madhihah. Tumpuannya kini di alihkan ke wajah gadis disebelahnya.
"Kau kan tengah tengok rancangan favorite kau. Aku tak naklah ganggu, " kata Athirah Ardilla. Matanya tertumpu di kaca televisyen.
"Dilla. Kalau kau ada apa-apa cerita nak kongsi dengan aku. Aku sedia mendengar. Aku ada je untuk kau. Kau kena tau tu, " kata Farah Madhihah.
Matanya kembali tertumpu di kaca televisyen.
"Aku okeylah. Kau jangan risau. Kalau aku ada apa-apa masalah pasti kau orang pertama yang aku cari," kata Athirah Ardilla pula.
"Eeerrmmm kau rasa, anak sahabat bonda aku tu. Yang aku kena kawin dengan dia tu. Hensome tak ea. Ada macam Zul Ariffin tak ea. Tak pun macam Aeril Zafrel ke." Athirah Ardilla memasang angan-angan.
"Amboiii. Gatal kau ea. Nak suami level-level retis." Mereka ketawa bersama.
"Tak apalah. Manalah tau. Boleh dapat yang sebiji macam ke.. Tak pun ada rupa iras-iras ke," Athirah Ardilla senyum sendiri dengan kata-katanya.
"Kau bila nak hubungi bonda. Bincangkan hal ni." akhirnya terkeluar juga soalan yang dah lama ingin di tanya.
"Mungkin dua tiga hari lagi kot. Aku nak betul-betul bersedia. Baru boleh fokus nanti. Banyak benda yang aku nak tanya dengan bonda nanti."luah Athirah Ardilla.

**********************************
#Flash Back
3 bulan sebelum

Muzik On My Way kedengaran bernyanyi melalui telefon bimbit Athirah Ardilla menandakan ada pemanggil di hujung talian. Athirah Ardillah baru pulang dari kampus. Hari itu, dia pulang awal dari biasa. Kelas yang sepatutnya bermula pukul 3 petang di batalkan disebabkan pensyarahnya ada urusan kecemasan. Telefon bimbit di dalam beg di cari. Ishhhh time-time camnilah cari telefon tak jumpa. Bunyi ada. Dan tiba-tiba senyap. Talian sudah pun putus sebelum sempat dia angkat. Ok. Kat sini rupanya kau. Ngomel die sendirian. Farah pulang lewat sikit kerana mahu ke perpustakaan katanya. Dia pula terus pulang ke asrama. Telefon bimbit di capai. Dia memerhati siapa gerangan pemanggil tadi. Bonda?? Apa bonda nak call dia di waktu sebegini. Biasa bonda akan hubunginya pada waktu malam sekitar pukul 8 atau 9 malam waktu di sini dan di Malaysia lebih kurang pukul 9 atau 10 pagi. Beza 13 jam.
Tidak berapa lama, telefon bimbitnya kembali berdering. Tanpa berlengah dia mengesek butang hijau, dan telefon bimbitnya di rapatkan ke telinga. Terdengar suara lembut wanita yang dirindui di hujung talian.
"Assalamualaikum adik." Puan Sri Sarah memberi salam di hujung talian.
"Waalaikumsalam bonda. Ya Allah bonda. Maaf tak sempat jawab panggilan bonda yang awal tadi sebab adik baru balik dari kelas. Dengar bunyi, tapi cari hand phone tak jumpa sebab terhimpit dengan buku kuliah." petah dia bercerita. Takut bondanya berkecil hati.
"Eh. Tak apa adik. Bonda faham. Adik mesti penatkan. Tak apalah lain kali lah bonda hubungi adik," balas Puan Sri Sarah. Hatinya gelisah memikirkan permintaan sahabatnya yang ingin menyunting anak daranya yang satu itu. Walaupun Athirah Ardilla cuma anak angkatnya, tetapi kasih sayang terhadap anak gadisnya itu seperti anak sendiri. Memandangkan Athirah Ardilla tiada sesiapa di dunia ini apalah salahnya jika anak gadis itu menumpang kasihnya. Dia sendiri tidak dikurniakan anak perempuan. Mungkin ini adalah hadiah terindah dari Allah untuk dia dan keluarganya. Perkahwinannya bersama Tan Sri Affendi dikurniakan 2 anak teruna. Dan kemudian dia tidak boleh lagi mengandung disebabkan faktor kesihatan. Dia teringin ada anak perempuan. Alhamdulilah. Allah makbulkan permintaannya. Walaupun bukan lahir dari rahimnya, dia tetap bersyukur.
"Bonda. Tak apa. Adik tak penat pun. Bonda sihat? " Athirah Ardilla meneruskan kata-katanya. Mungkin ada hal penting sehingga bondanya terpaksa menghubunginya di waktu begini. Jika di Malaysia, waktu sekarang kebanyakkan orang sedang diulit mimpi. Mana tidaknya. Jika diikutkan pada perkiraannya, sekarang baru masuk pukul 3 pagi waktu Malaysia. Die berfikir sejenak. Apa yang mengganggu bonda di saat ini.
"Alhamdulilah adik. Bonda sihat. Ayah sihat. Angah dan Along pun sihat. Mereka semua kirim salam pada adik," jawab Puan Sri Sarah ikhlas.
"Adik dah makan? Jaga kesihatan. Makan kena ikut waktu. Adik kat sana sorang-sorang. Bonda risau," sambungnya lagi. Athirah Ardillah ketawa kecil di hujung talian. Sudah di hafal dialog bondanya setiap kali menelefonnya. Risau benar wanita itu terhadap kesihatan anak gadisnya itu. Tapi dia tau bukan itu tujuan bondanya menelefon.
"Sudah bonda. Adik makan dekat kafe dengan Madi tadi. Ni Madi tak ada. Dia ke perpustakaan,"terang Athirah Ardilla. Dia tau bondanya risau. Mereka dipisahkan beberapa benua jauhnya. Jika dia di tempat bondanya, pasti dia pun berkelakuan begitu.
"Bonda ada hal penting ke nak cakap dengan adik? Adik macam rasa bonda ada benda nak sampaikan," teka Athirah Ardilla di hujung talian.
Puan Sri Sarah terkedu seketika. Dengan Athirah Ardilla memang sukar untuknya menyerokkan sesuatu. Dapat sahaja di hidu anak gadisnya itu. Memang tidak berubah. Jauh lagi dapat di hidu apatah lagi jika mereka tinggal sebumbung. Tersenyum Puan Sri Sarah sendirian. Teringat memori bersama dengan anak gadisnya di Villa Suria itu.
"Bonda.. Ooo bonda.. Senyap pula bonda ni.. Tidur ke?" Athirah memanggil Puan Sri Sarah apabila dirasakan lama wanita itu membisu di hujung talian.
"Ada.. Ada.. Bonda ada ni. Adik betul-betul free kan sekarang ni. Bonda rasa, lama lagi nak berbual dengan adik ni. Banyak perkara bonda nak tanya." Puan Sr Sarah sekadar berbasi-basi. Takut jika anak gadisnya tidak lapang di waktu ini.
"Ya bonda. Adik free sangat-sangat ni. Kalo nak layan borak bonda setakat 5 ke 6 jam. Tak ada masalah." kata Athirah Ardilla sekadar berseloroh demi meyakinkan bondanya yang dia benar-benar free di waktu itu. Terdengar Puan Sri Sarah berdehem kecil di hujung talian. Mengambil sedikit kekuatan.
"Ok. Macam ni.. Adik kenal Datin Nora? Sahabat bonda. Suaminya Datuk Kamal. Rakan niaga ayah," Puan Sri Sarah memulakan bicara.
"Ooo.. Datin Nora yang muka macam ada iras-iras cina tu ea bonda. Kalau yang tu. Adik kenal. Anak lelaki dia kawan baik angah kalau adik tak silap. Kenapa bonda, " balas Athirah Ardilla panjang lebar.
"Baguslah adik ingat. Macam ni. Minggu lepas keluarga Datuk dan Datin ada datang ke rumah ni. Saja datang bertanya khabar. Tiba-tiba Datin Nora bertanyakan adik. Dia cakap dah lama berniat nak jadikan adik menantunya. Mula-mula bonda ingat Datin saja bergurau. Tapi... 2 hari lepas dia masih menanyakan tentang adik," Puan Sri Sarah menerangkan satu persatu suapaya Athirah Ardilla faham. Dalam waktu sebegini, kedua perlu bertenang. Dia tau bukan mudah untuk anak gadisnya itu membuat keputusan.
"Errr... Errr.. Bonda serius ke ni," Athirah Ardilla terkedu. Mula rasa seram sejuk.
"Bonda serius lah sayang. Bonda tak paksa tapi kalau boleh adik terimalah ya. Keluarga Datuk dan Datin tu dari keluarga yang baik-baik. Bonda pun dah lama kenal dengan mereka. Anak-anaknya pun hormat orang tua. Rajin. Pandai," bicara Puan Sri Sarah penuh berharap. Sebenarnya, dia juga ada berniat untuk satukan anak gadisnya dengan anak teruna Datin Nora. Harith Haikal.
"Ermm.. Adikkan masih belajar lagi bonda. Lagipun muda lagi nak fikir pasal kawin ni," Arthirah Ardilla mencari alasan. Walaupun dia dapat rasakan yang dia harus akur dan alasannya tidak berapa kukuh.
"Sayang. Bonda dulu pun kawin waktu muda. 18 tahun keluarga ayah dah datang melamar bonda," kata Puan Sri Sarah dalam nada memujuk.
"Bonda betul-betul berkenan dengan anak lelaki Datin Nora tu. Harith Haikal," sambungnya lagi. Nama lelaki tersebut juga di sebut. Sengaja ingin memancing Arthirah Ardilla.
"Adik rasa peluang untuk adik menolak macam tipis je," bungkam Athirah Ardilla. Bukan niat untuk tidak mendengar kata. Tapi disaat ini fikirannya kosong. Apatah lagi jika ianya melibatkan soal jodoh. Orang yang akan sentiasa bersamanya sehingga hujung nyawa. Orang yang berkongsi segalanya dengannya. Hhhmmmm. Suara bonda juga penuh berharap. Sepertinya bonda sangat kenal dengan Harith Haiqal ni.
"Adik. Janganlah cakap macam tu.. Sedih pula bonda dengar. Bonda bagi masa untuk adik fikir ya," tenang hatinya bila hasrat sahabatnya telah pun di sampaikan kepada tuan badan. Dia tau lelaki yang dipilih untuk menjadi menantunya nanti adalah orang yang terbaik untuk menjaga anak gadisnya itu.
"Ayah. Along dan Angah dah tau tentang ni? Apa mereka cakap. Mereka setuju?" pertanyaan demi pertanyaan Athirah Ardillah keluarkan.
"Dah.. Semua dah tau. Mereka semua ikut keputusan adik. Tapi bonda harap adik tak menolak," Puab Sri Sarah benar-benar berharap Athirah Ardilla tidak menghampakan permintaan Datin Nora dan kini menjadi permintaannya juga.
"Adik.. Adik tak tau nak cakap apa. Tapi bonda boleh bagi masa untuk adik fikir," Arthirah Ardilla mula bingung. Fikirannya benar-benar kosong.
"Okey. Baiklah. Berapa lama masa yang adik perlu?" Puan Sri Sarah berkata perlahan.
"3 bulan," pendek Athirah Ardilla balas.
Puan Sri Sarah terkejut namun dia akur. Dia tau bukan mudah bagi anak gadisnya itu membuat keputusan. Ini berkaitan dengan masa depan. Talian dimatikan setelah Puan Sri Sarah mahu mengundurkan diri. Hari sudah semakin lewat waktu Malaysia. Pasti bondanya sudah lama menahan mata.

#Flash Back End
***************************************
Sunyi. Hanya kedengaran suara televisyen. Dan pandangan di kerling ke sisi. Farah Madhihah sudah lena di sofa. Sejak bila gadis itu tertido dia pun tidak pasti. Lama betul dia termenung. Remote control diambil. Button merah di tekan. Siaran di televisyen bertukar hitam. Dia meletakkan kembali remote control di atas meja kopi. Mug kosong yang ada di atas meja juga di ambil lalu di bawa ke sinki. Siap mencuci dan mengeringkan tangan. Die berjalan keluar dari dapur menuju ke biliknya. Sempat dia menjeling tubuh kaku Farah Madhihah yang masih lena dalam tidurnya. Dia tersenyum. Meneruskan langkah menuju ke bilik. Mana-mana pun dia boleh tidur. Gumamnya sendiri.

jika anda rasa karya saya dapat menambat hati anda. sila bagi star and komen. -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience