Bab 19

Romance Completed 21516

Sudah 3 minggu berlalu. Dalam tempoh itu, tidak seminit pun Harith Haiqal melupakan Athirah Ardilla. Ada waktu terluang pasti di hubungi isterinya. Adakalanya video call, adakala melalui mesej. Peristiwa yang lepas banyak memberinya pengajaran.

Keluarga Harith Haiqal sudah pun bersetuju untuk mengadakan majlis resepsi kedua belah pihak dalam tempoh 3 bulan lagi.
Waktu hujung minggu begini, Athirah Ardilla banyak meluangkan masa di laman milik bondanya sambil menikmati pemandangan yang mendamaikan.

Sedang dia elok melayan perasaan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Menandakan ada mesej masuk.

Madi-
“Assalamualikum Dilla. Kau free tak? Aku ada hal penting nak bincang dengan kau ni.”

Sedikit berkerut sedikit dahi Athirah Ardilla membaca pesanan ringkas Farah Madhihah itu.
Lantas nombor telefon sahabatnya itu di cari kemudian button dial di tekan. Belum sempat ring berbunyi, sudah kedengaran suara Farah Madhihah di hujung talian.

“Bapak laju kau angkat telefon.” seloroh Athirah Ardilla.

“Hehehe.. kau sibuk ke?”

“Tak lah. Aku duduk-duduk je ni,”

“Kau ada dapat tawaran kerja kat mana-mana tak?”

“Belum lagi…. Hmmmm.. belum ada rezeki aku lagi,”

“Good! Aku ada tawaran hebat untuk kau ni, tapi lebih kepada nak minta tolong sebenarnya,”

“Hmmm.. cakaplah. Kalau boleh aku tolong, aku akan tolong,”

“Macam ni Dilla. Kawan aku. Dia ada event sabtu ni, tapi fotografer dia admit hospital. Pembantu dia pula ada kat luar negara sekarang. So dia buntu sekarang nak kena cari fotografer ganti. Event dia lagi dua hari. So orang aku terfikir sekarang, kau je,” sedikit nafas di ambil.

“Tolong kawan aku Dilla. Event diorang ni besar. VVIP semua ada. Kerja kau senang je, jadi fotografer je. Barang-barang semua dah di sediakan,” sambung Dilla lagi.

“Uissshh! Event besar? Mana setara dengan aku. Aku ni baru je nak belajar. Kerja pun tak lagi. Mana ada pengalaman,”

“Aku tau kau boleh. Kau mampu Dilla. Hasil kerja kau pun aku dah tengok dulu masa belajar. Not bad Dilla.”

“Kau saja nak puji aku kan Madi. Sebelum ni tak pernah pun kau puji aku macam ni.”

“Tak lah Dilla. Aku memang kagum dengan cara kau ambil gambar. Ada teknik-teknik. Dan hasil juga gah,”

“Kau tak cuba cari fotografer freelance dekat online ke? Dia orang lagi banyak pengalaman,”

“Dah Dilla. Diorang pun sibuk. Biasalah. Waktu-waktu macam ni memang ramai orang buat event kan.”

Betul juga kata Farah Madhihah. Waktu cuti persekolahan seperti ini, memang ramai yang akan ambil peluang untuk membuat event dan sebagainya.

“Bila event tu?”

“Lagi dua hari,”

“Haaa?? Lagi dua hari dan baru sekarang kau inform aku?”

Farah Madhihah menggelengkan kepalanya. Dia pun sebenarnya buntu apabila tiba-tiba mendapat panggilan dari Izzat pagi itu, memaklumkan hal ini. Farah Madhihah dan Izzat sudah mulai rapat apabila Izzat meluahkan perasaannya beberapa bulan yang lepas.

“Fotografer tu baru admit hospital pagi ni Dilla. Dia keracunan makanan,”

“Oh! Patutlah. Event tu dekat mana? Kalau kawasan sini, aku boleh je minta tolong ayah aku hantarkan,”

“Itu lah. Ni yang masalah. Event tu dekat sini,” sedikit perlahan suara Farah Madhihah di hujung talian.

“Ishh! Kau ni. Jauh tu. Kalau aku setuju, aku kena bertolak hari ni lah ye?”

“Aah. Lebih kurang lah.”

Kedengaran ada seseorang menuju ke arah Athirah Ardilla dari belakang. Sepantas dia menoleh. Terlihat Puan Sri Sarah sudah tegak berdiri di belakangnya dengan senyuman.

“Siapa call? Qal ea?”

“Tak lah. Madi ni,”

“Oh!,” Puan Sri Sarah melabuhkan punggung di sisi Athirah Ardilla.

“Siapa tu Dilla,”

Terlupa Farah Madhihah masih di talian.

“Bonda aku,”

“Kirim salam rindu aku kat bonda kau ye. Kau cuba bincang dengan bonda kau. Mana tau dia benarkan kau memandu ke sini. Kau ada lesen dah kan?”

“Hurmm. Tengoklah nanti. Apa-apa aku bagitahu kau.”

“Jangan lambat tau Dilla. Event dia lagi dua hari,”

Talian di tamatkan.

“Kenapa tu. Macam ada hal serius je,” Puan Sri Sarah menegur setelah melihat wajah anaknya itu sedikit berkerut sebaik sahaja panggilan di matikan.

“Madi minta tolong adik. Tapi… kalau adik setuju.. adik kena pergi sana,” sedikit takut-takut dia meluahkan.

“Pergi Batu Ferringhi?”

Athirah Ardilla hanya mengangguk.

“Hurmmm. Kebetulan. Bonda dan Ayah pun nak ke sana. Sebaba kawan ayah ada undang ke majlis mereka. Bonda baru teringat nak ajak adik. Tapi memang adik kena ikutlah ni kan?”

Senyuman terukir di kedua-dua bibir mereka.

“Bila bonda bertolak?”

“Malam ni. Tapi majlis kawan ayah tu lagi dua hari. Bonda ingat nak pergi jalan-jalan dekat sana dulu,”

“Oh! Adik kena packinglah ni kan,”

Sedikit mengangguk Puan Sri Sarah. Athirah Ardilla lantas memohon untuk naik ke biliknya.

Pakaian-pakaiannya perlu di kemas segera.
Sambil dia melangkah, telefon di tangan di toleh. Nombor Farah Madhihah di dail untuk memaklumkan keputusannya.

“Hello, Madi. Aku boleh bantu kau. Parents aku kebetulan nak pergi sana. Boleh lah aku ikut mereka sekali. Tapi macam mana tempat tinggal aku?”

Athirah Ardilla sudah sampai ke biliknya. Perlahan pintu di tutup rapat. Beg bagasi yang elok tersimpan di keluarkan.

“Oooo ye ke? Baguslah macam tu. Tempat tinggal, makan minum semua kau jangan risau. Aku akan uruskan. Nanti aku send location dekat kau,”

Farah Madhihah hampir terlupa yang event yang akan berjalan lagi dua hari adalah dari Hotel Mewah, milik keluarga Harith Haiqal. Pastinya keluarga Athirah Ardilla di undang sekali memandangkan mereka adalah rakan niaga dan bakal berbesan. Tetapi… sedikit berkerut dahi Farah Madhihah. Takkan Athirah Ardilla tidak tahu.

Hmmmm.. sedikit mengeluh. Faham akan sikap sahabatnya itu. Athirah Ardilla bukan jenis yang suka menyibuk hal orang. Dia banyak menguruskan hal dirinya sendiri. Pasti Arthirah Ardilla belum tahu latar belakang suami serta bakal ibubapa mertuanya.

“Okey. Aku nak kemas-kemas ni. Malam nanti aku bertolak. Nanti jangan lupa send location dekat aku,”

Talian di matikan.

Penuh berhati-hati dan teliti Athirah Ardilla mengemas bagasinya. Memastikan baju yang sesuai dan cukup di bawa bersama. Tidaklah nanti dia kelam-kabut.

*****

Tepat pukul 5 pagi Athirah Ardilla dan keluarganya tiba di Batu Ferringhi. Tan Sri Affendi memandu kenderaannya menuju ke arah lokasi yang di hantar Farah Madhihah. Beberapa minit kemudian mereka tiba di sebuah rumah banglo yang agak besar dan mempunyai halaman yang cukup luas.

“Waahhh,” sedikit tergamam Athirah Ardilla.

Betul ke ni lokasi yang di beri Farah Madhihah. Pintu pagar automatik akhirnya terbuka sendiri.
Tanpa berlengah Tan Sri Affendi memandu masuk kenderaannya. Pintu pagar automatik tertutup kembali. Tidak berapa lama kemudian, terjengkul wajah Farah Madhihah di sebalik pintu..

“Aku ingat salah rumah,” lantas tubuh sahabatnya di peluk.

“Tak akan salah punya kalau ayah yang pandu,” seloroh Tan Sri Affendi yang berada tidak jauh dari mereka.

“Auntie. Uncle,” Farah Madhihah bersalam dengan Puan Sri Sarah. Dan menganggukkan kepalanya ke arah Tan Sri Affendi.

“Besar rumah ni Madi. Rumah kamu ke ni?”- Tan Sri Affendi.

“Jemput masuk auntie.. uncle. Tak lah. Ni rumah Abang Q…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, baru tersedar Athirah Ardilla ada di sisinya.

Dia sengaja ingin membuat kejutan untuk kedua-dua pasangan itu. Puas juga dia memujuk Harith Haiqal, untuk memberinya kunci rumah banglo mewah itu. Pelbagai alasan di beri dan akhirnya, termakan juga pujuk abang sepupunya itu.

“Tak lah. Ni rumah sepupu saya. Pinjam sekejap. Lagi pun dia jarang balik sini,” luahnya.

Athirah Ardilla di sisi di toleh. Fuhh! Nasib baik dia tak perasan.

“Auntie.. Uncle nak minum? Saya buatkan sekejap,” – Farah Madhihah.

“Tak apalah Madi. Aunite dengan Uncle nak rehat sekejap. Penat rasa badan ni,”

Farah Madhihah kemudian menunjukkan bilik tetamu kepada Puan Sri Sarah dan Tan Sri Affendi.

Kemudian dia melangkah menuju ke Athirah Ardilla.

“Bilik kau kat sini. Jom,”

Mereka beriringan menuju ke tingkat atas.

“Ni bilik kau,” sebaik pintu bilik di tolak, sekali lagi Athirah Ardilla sedikit terkejut. Besar sungguh.

“Biar betul kau ni. Besar bilik ni. Takkanlah aku tidur kat bilik ni,” pintu bilik tersebut terus di tutup Athirah Ardilla.

“Tak apa. Kau tidur kat dalam bilik ni. Aku tau kau penat,” pintu bilik di buka, tubuh Athirah Ardilla di dorong ke hadapan. Lantas pintu bilik di tutup kembali.

Farah Madhihah sudah tersenyum keriangan. Plannya seakan berjalan lancar.

*****

Seperti yang di beritahu, Athirah Ardilla melangkah masuk ke dalam dewan serba mewah itu. Hari ini dia bakal menjadi fotografer gantian seperti yang di maklumkan oleh Farah Madhihah. Segala kelengkapan telah pun tersedia.

“Hai. Saya Athirah Ardilla. Selamat bekerjasama.”

Die menegur salah seorang krew yang ada di situ. Memandangkan mereka memakai t-shirt seragam sepertinya.

“Hai. Saya Anne,”

Gadis di hadapannya membalas lembut.

“Ni Adam. Daniel dan Zack,”

Anne memperkenalkan Athirah Ardilla pada krew yang ada di situ.

“Semua dah setting ke?” tanya Athirah Ardilla sambil memandang ke arah kamera yang ada di situ.

“Dah. Tapi kalau Athirah nak checking boleh juga.”
Mereka memberi hormat pada Athirah Ardilla memandangkan gadis itu merupakan ketua mereka pada hari itu memandangkan Michael masih berada di wad.

Satu persatu kamera di sentuh. Krew yang lain hanya melihat sahaja tindakan Athirah Ardilla.

“Okey dah. Semua sila ke tempat masing-masing ye. Pastikan tiada satupun babak yang kita missed malam ni,” dengan tegas Athirah Ardilla memberi arahan.

Krew yang lain hanya mengangguk faham. Dengan pantas mereka bergerak ke tempat masing-masing seperti yang telah di tetapkan.

Selang beberapa minit kemudian dewan tersebut mula di penuhi dengan para tetamu VVIP. Athirah Ardilla yang sedang sibuk membantu krew yang lain, tidak perasan akan kehadiran Harith Haiqal, Datin Nora, Datuk Kamal yang melangkah masuk ke dalam dewan tersebut.

Tidak lama kemudian kedengaran suara Pengerusi Majlis, menandakan majlis itu akan bermula sebentar sahaja lagi. Di satu sudut juga, terdapat cameraman yang bertanggungjawab mengambil video suasana majlis tersebut.

Suasana majlis cukup meriah. Tidak pernah lagi dia menghadiri majlis sebesar itu, di hotel mewah. Dia lupa nama hotel tersebut di sebabkan terlalu excited.

Majlis itu jangka akan tamat tepat pukul 12 malam. Pelbagai acara akan di jalankan termasuklah peragaan baju muslimah terbaru koleksi pereka fesyen muda yang baru meningkat naik.

Tiba-tiba Athirah Ardilla di sapa seseorang.

“Athirah kan?”

Athirah Ardilla lantas menoleh susuk tubuh di sisinya. Wajahnya sedikit terkejut.

“Fareed!”

“Kecil betul dunia ni. Akhirnya kita jumpa di sini,”

“Sorry Fareed. I sibuk ni. Lain kali kita borak,”

“Okey. Ni kad I. kalau U senang-senang boleh contact I,”

Teragak-agak dia ingin mengambil kad di tangan lelaki itu. Setelah kad beralih tangan, dia melihat Fareed melangkah pergi. Kad di tangan di toleh sekilas. Daaim Fareed bin Datuk Rahman. Ketua Pengurus Projek.

“Dilla.”

Sedikit terkejut. Terjungkit sedikit bahunya. Diingat Fareed berpatah semula. Lega hatinya apabila di lihat Farah Madhihah berdiri tegak di sisinya. Lantas lengan Athirah Ardilla di tarik menuju ke tempat yang tersorok sedikit.

“Kau kena tolong aku lagi Dilla,” bagaikan merayu.

“Tolong apa lagi ni Madi, banyak betul masalah kau ni,”

“Yang ni last. Aku janji,”

“Habis tu, sape nak ganti aku ni,”

“Tak apa. Budak-budak kau ni dah expert. Aku pasti diorang boleh handle. Sekejap je,”

“Ishhh! Kau ni. Hari ni hari masalah kau agaknya kan. Sekejap, aku bagitahu Anne,”

Tidak berapa lama kemudian Athirah Ardilla kembali mendapatkan Farah Madhihah yang sudah tersengeh seperti kerang busuk.

“Okey. Jom,”

Athirah Ardilla di bawa menuju ke belakang dewan, langkah mereka menuju ke arah satu bilik. Masuk sahaja ke bilik tersebut, terlihat pereka fesyen muda itu, sedang sibuk menyiapkan model di hadapannya.

“Okey Nad. I bawakan ni,”

Athirah Ardilla yang kelihatan keliru hanya mampu tersenyum.

“Oh! Good. Tukar baju ni.” Satu set busana di beri kepada Farah Madhihah.

“Jom,”

“Jap. Kau suruh aku buat apa ni?” Walaupun sedikit bingung, dia masih berfikir waras.

“Macam ni. Model yang sepatutnya peragakan baju ni, tak datang. Puas Nad tu call tapi tak angkat. So nak tak nak, kena cari model gantian, dan…” dia tersenyum ke Arah Athirah Ardilla.

“Aku? Kau ni memandai je. Malam ni aku jadi bahan uji kaji kau ke apa ni,?” mencerut sudah wajahnya.

“Anggap je ni rezeki. Aku pun tak tahu jadi macam ni,”

Nak tak nak, Athirah Ardilla hanya menurut sahaja. Nasib baik pakaian muslimah, jika tidak. Dia memang berkeras akan menolak. Setelah di sarung busana tersebut, dia sendiri terpegun melihat dirinya di dalam cermin. Aku ke ni?

“Wahhh! Cantiknya kau Dilla. Tak salah aku pilih orang ganti,”

“Wow… U look very beautiful. Busana ni sesuai betul dengan U. Pandai U pilih Farah,” Nad di sisinya bersuara.

Wajah Athirah Ardilla di solek nipis atas permintaan gadis itu. Dia tidak mahu dirinya terlihat over dengan solekan yang tebal. Kemudian tudung di kenakan di kepalanya.

Setelah siap semuanya, sedikit terpegun melihat dirinya yang sudah lengakap dengan busana muslimah.

“Okey I ajar U cara jalan.” Nad ajar beberapa step mudah. Dan dengan mudah Athirah Ardilla mengikut apa yang di ajari.

“Nad. Diorang dah panggil.” Terjengkul wajah seseorang di muka pintu.

“Okey. U Alls dah sedia?”

Semua mengangguk kecuali Athirah Ardilla. Dia sedikit tidak yakin dengan apa yang akan di lakukan. Berjalan catwalk di hadapan tetamu VVIP. Tidak pernah seumur hidup dia impikan.

“Tak apa. Aku yakin kau boleh,” Farah Madhihah setia di sisi memberi semangat.

“Aku pergi depan dulu tau. Aku tau kau boleh. Good luck,”

Perlahan dia mengatur langkah mengikut langkah Nad dan model-model yang lain. Mereka berhenti seketika di satu sudut.
“Okey. Saya bagi isyarat je, sorang-sorang masuk ye.” Nad sudah memberi arahan.

Tidak berapa lama kemudian terlihat Nad mengangkat tangannya. Menandakan sesi peragaan sudah bermula. Dengan penuh debaran Athirah Ardila perlahan mengatur langkah. Dia sempat melihat tetamu yang ada di hadapannya. Mereka bagaikan terpegun melihatnya beraksi di atas pentas. Perlahan wajahnya di ceriakan. Dan terdengar tepukan diberikan kepadanya.

Tanpa di sedari ada mata yang sedang memerhatinya tidak berapa jauh.

“Tak pernah I nampak model ni. Baru ke? Pandai Nad pilih”

Datin Nora bersuara di sisi Harith Haiqal.

“Aah. Cantik betul model tu. Muka asia. I pun tak pernah nampak Nad bawa model ni di mana-mana acara,” rakan Datin Nora pula bersuara.
Harith Haiqal yang kaku di sebelahnya, di toleh sekilas.

“Qal, Behave yourself!” – Tan Sri Affendi.

Memohon maaf atas kelewatan update chapter bru.. tq alls masih setia support -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience