Bab 2

Romance Completed 21516

Seperti yang di rancang, hari ni Athirah Ardilla dan Farah Madhihah keluar bersiar-siar di sekitar kampusnya. Universiti Princeton adalah salah satu universiti yang terkaya di dunia. Sebahagian kekayaan Princeton dilaburkan untuk museum seni. Banyak kesenian yang terukir di setiap bangunannya menyebabkan universiti itu kelihatan unik.
Di sekitar Universiti Precinton ini, boleh melihat berbagai struktur binaan masa lalu dan bangunan-bangunan modern dalam hiasan senibinanya. Terpegun dengan keindahan persekitaran di situ. Di satu sudut, kelihatan dua gadis sedang rancak berbual sambil berjalan melihat sekeliling. Seorang memegang Camera Dslr Canon, seorang lagi posing ala-ala model tak bergaji. Itulah mereka. Athirah Ardillah dan Farah Madhihah.
"Dilla. Nanti, gambar-gambar ni aku nak tau. Aku nak masuk dalam instagram aku," kata Farah Madhihah sambil memegang Camera Dslr Canon milik Arthirah Ardilla. Gambar yang telah di ambil di lihat satu persatu. Begitulah kebiasaan setelah mengambil beberapa keping gambar.
"Boleh je. Nnti aku masukkan dalam laptop, kau boleh terus masukkan dalam insta kau, " balas Athirah Ardilla. Dia pun turut melihat satu persatu gambar yang dah di ambil. Berpuas hati dengan hasil gambar yang di ambil.
"Eh. Dilla. Macam banyak gambar aku je ni. Gambar kau sikit sangat ni. Sini. Bagi camera tu, aku ambil gambar kau pula," luah Farah Madhihah tidak puas hati kerana hanya terdapat gambar dia sahaja dalam camera itu. Gambar Athirah Ardilla ada, tapi berdua dengannya. Itu pun satu dua keping sahaja.

"Eh. Tak apalah. Kau tau kan aku tak suka bergambar ni. Gambar aku kan ada tu. Dengan kau lagi. Cukuplah tu," Arthirah Ardilla cuba mengelak. Dia memang tidak berapa suka bergambar. Tidak tahu kenapa.
"Dah. Dah. Kau diri sana. Aku ambil gambar kau, " sepantans kilat Farah Madhihah mengambil camera di tangan Athirah Ardilla. Camera sudah beralih tangan.
"Okey. Kau berdiri kat situ. Ok. Cantik. Tangan kau macam ni. Kaki tu depan sikit. Ok. Macam tu," arah Farah Madhihah. Lagaknya seperti fotografer profesional. Athirah Ardilla yang sedikit kekok hanya menurut arahan Farah Madhihah. Malas hendak berperang mulut dengan sahabatnya itu. Sesekali Farah Madhihah sengaja mengambil gambar curi Athirah Ardilla. Diakui Athirah Ardilla seorang gadis yang cukup cantik dan menawan. Susuk tubuhnya ala-ala model muslimah kerana Athirah Ardilla seorang yang bertudung. Gaya pakaiannya juga di jaga tapi semua up to date. Cantik. Tidak seperti dirinya yang lebih selesa free hair dan mengenakan baju tidak terlalu terdedah. Tapi cukup mengiurkan pada mata yang memandang.
"Dilla. Senyum," arah Farah Madhihah. Pinggang Athirah Ardilla diraih. Pipinya di rapatkan ke pipi Athirah Ardilla. Mereka berselfi menggunakan handphone milik Farah Madhihah.
"Wow. Cantiknya Dilla," Farah Madhihah memuji gambar yang telah dia ambil.
"Okey lagi sekali. Kali ni buat mulut itik, "kata Farah Madhihah lagi sambil menunjukkan aksi bibir itik ke arah Athirah Ardilla. Athirah Ardilla menurut sahaja. Banyak gambar kenangan yang di ambil berlatar-belakang bangunan-bangunan yang ada di kampus mereka.

Di satu sudut, tanpa di sedari Athirah Ardilla dan Farah Madhihah terdapat sepasang mata memerhatikan mereka di kejauhan. Di tangannya terdapat sebuah Camera Dslr. Beberapa kali camera itu terarah ke arah Athirah Ardilla dan Farah Madhihah tanpa mereka sedari. Dan bunyi 'klik klik ' berbunyi beberapa kali menandakan button capture di tekan beberapa kali. Setelah puas, camera di amati. Melihat hasil tangkapannya hari ini. Setelah puas, dia beredar dari situ.

Tepat pukul 5.15 petang Athirah Ardilla dan Farah Madhihah kembali ke asrama. Letih berjalan seharian hari ini. Kedua mereka hilang ke bilik masing-masing. Arthirah Ardilla perlahan melabuhkan punggungnya ke atas tilam empuk di biliknya. Badannya sedikit di renggangkan. Letih hari ini berjalan dengan sahabtnya. Teringat kembali memori dia berjalan bedua bersama sahabatnya hari ini. Dia rasakan sepertimereka diperhatikan. Beberapa kali dia menoleh di sekeliling mencari-cari jika ada sesuatu yang mencurigakan Namun hampa. Hmmmm mungkin perasaannya sahaja.

Ikatan tudung di belakang tengkuknya di buka. Pin di bawah dagu juga di buka. Tudung yang melingkar di kepalanya, di lucutkan. Anak tudungnya di buka. Keduanya di bawa ke bakul kotor yang terletak di sebelah pintu tandas. Tuala mandi di raih. Hari ini terasa ingin berendam lama di dalam bath tub. Sebelum membuka baju, pintu bilik di kunci dari dalam kerana di khuatiri jika tanpa dia sedar Farah Madhihah meluru masuk ke dalam biliknya tanpa dia sedar. Kebiasaannya sahabatnya memang suka begitu. Terjah masuk ke biliknya tanpa perlu di ketuk terlebih dahulu. Setelah yakin pintu di kunci, perlahan baju di lepaskan dari tubuhnya. Pakaian kecil yang menutup dadanya juga di buka. Tuala mandi di balut separas dada di badannya. Kemudian seluar pula menjadi sasaran di lucutkan. Seluar kecik juga tidak ketinggalan. Setelah semua dilucutkan, pakaian kotor tersebut di masukkan ke dalam bakul kotor. Kini tiba giliran sanggul di rambutnya. Ikatan getah di rambutnya di leraikan. Terasa ringan kepalanya. Terserlah keayuan wajah Athirah Ardilla apabila rambut yang ikal melepasi bahu, di biarkan bebas sebegitu. Benar apa yang di katakan Farah Madhihah, dia cantik semula jadi. Rambutnya yang asli keperangan menyerlahkan lagi kecantikan wajah bujur sirih putih mulusnya. Tetapi bagi Athirah, walaupun berkali-kali di puji cantik oleh sahabatnya itu namun baginya kecantikannya biasa-biasa sahaja.

Pintu bilik air di buka dan di kunci dari dalam. Walaupun pintu bilik sudah diyakini berkunci, namun tetap juga pintu tandas di kunci dari dalam. Sudah terbiasa sebegitu. Perlahan tuala yang membaluti tubuhnya di buka dan di sangkut di tempat tuala yang di sediakan di dalam bilik air tersebut. Terserlah kecantikan tubuh Athirah Ardilla tanpa seurat benang. Kakinya perlahan melangkah menuju ke bath tub yang sudah penuh terisi air suam di dalamnya. Perlahan dia masuk dan siap sedia untuk berendam di dalamnya. Aaahhhh... Segarnya. Luahnya perlahan. Dengan kepenatan yang sebegitu, dapat pula dia berendam, alangkah nikmatnya. Dia memejamkan matanya.

Setelah 30 minit berendam di dalam bath tub dan terasa benar-benar badannya segar, Athirah Ardillah bangkit kemudian keluar dari bath tub. Air pancut di buka. Dia mula mandi membersihakn diri seperti biasa. Setelah 20 minit mandi dan membersihakan diri, dia keluar dari bilik air. Tuala mandi di sangkut separas dadanya. Dia menuju ke almari pakaiannya pula. Satu tuala mandi yang bersih di capai. Tuala mandi tersebut di gunakan untuk mengeringkan rambutnya yang basah. Perlahan kakinya melangkah ke almari solek pula sambil kedua-dua tangannya sedang rancak mengeringkan rambut menggunakan tuala. Setelah yakin rambutnya lembab, hair dryer yang tersimpan rapi di laci almari solek, di capai. Rambutnya de keringkan.

15 minit kemudian setelah lengkap mengenakan pakaian tidur, Athirah Ardillah keluar dari bilik. Suasana di luar sudah terang benderang dengan sinaran lampu. Semua tingkap dan langsir juga sudah di tutup. Ini mesti kerja Farah. Telinganya tertangkap bunyi bising di dapur. Perlahan kakinya di hayun ke arah bunyi tersebut. Dilihat Farah Madhihah sedang rancak memasak sesuatu di atas dapur gas. Perlahan dia menghampiri gadis itu senyap-senyap.
"Bahhhhh, " sergah Athirah Ardilla.
"Ooooiiii mak kau meletup!!" Farah Madhihah terperanjat.
"Dilla!!!!!! Jahatlah kau ni. Nasib tak gugur jantung aku ni," marah Farah Madhihah sambil tangannya laju ingin memukul sahabatnya.
Athirah Ardilla menyeringai ketawa. Dia memang suka menyakat sahabatnya itu. Sempat juga di mengelak dari kena tamparan hebat sahabatnya itu dari terkena bahunya. Dia melangkah laju menuju ke sofa di ruang tamu. Tubuhnya di henyak di atas sofa. Remote control televisyen di ambil. Button merah di tekan. Bunyi bising di kaca televisyen kedengaran.
"Kau masak apa tu Madi. Harum banunya. Untuk aku ada tak?" laungnya sedikit kuat. Namun tiada sahutan dari sahabatnya itu. Lama. Dia kemudian bangkit dari duduknya menuju ke arah dapur. Di lihat sahabatnya itu masih sibuk memasak. Perlahan dia mendapatkan sahabanya itu. Lengan Farah Madhihah yang kecil di raih.
"Sorrylah. Aku tau kau marah. Entah setan mana tadi hasut aku suruh terkejutkan kau. Janji tak buat lagi," kata Athirah Ardilla. Bibir sedikit di cembengkan seperti budak-budak mahu menangis tak dapat gula-gula. Tangan kanan di angkat separas bahu seperti berikrar.
"Aku tak sukalah kau buat macam tu. Kalau betul-betul jantung aku jatuh tadi macam mana?" kata Farah Madhihah. Suaranya mendatar sahaja. Marah betul gamaknya.
"Kalau jantung kau jatuh.. Aku ambil gam lekatkan balik," kata Athirah Ardilla. Senyum kambing di berikan khas untuk sahabatnya itu.
"Kau ni. Aku serius ni tau. Kalau jantung aku jatuh. Aku mati. Aku harap aku jadi hantu, kacau kau siang malam. Padan muka kau. Time tu baru kau rasa. Madi! Madi! Tolong aku, " Farah Madhihah geram. Dan kata-kata Farah Madhihah tu di sambut derai tawa dari Athirah Ardilla.
"Ye lah. Ye lah. Maafkan aku," kata Athirah Ardilla sedar keterlaluannya. Tidak mahu rajuk sahabatnya berpanjangan.
"Kau masak apa? Untuk aku ada tak?" sambungnya lagi sambil matanya menjeling-jeling apa yang di masak gadis itu.
"Aku masak murtabak maggie je. Untuk kau ada ni, aku buatkan sekali, " balas Farah Madhihah. Suaranya tidak seperti tadi.
"Kau buat apa dalam bilik tadi lama sangat. Aku ketuk pun kau tak menyahut. Aku ingat kau tidur," Farah Madhihah memulakan perbualan. Kali ini dia dah tak marah seperti tadi. Tenang sikit hantinya menerima ucapan maaf sahabatnya itu. Dengan Athirah Ardilla hatinya cepat sejuk kerana sahabatnya itu pandai memujuk.
"Aku mandi tadi. Sebelum tu rendam dulu dalam bath tub. Penatlah jalan-jalan tadi. Penat tergelak lagi," kata Athirah Ardilla. Murtabak yang sudah siap di letakkan di dalam pinggan di ambil dan di bawa ke meja makan. Sudu dan garfu juga di ambil.
"Kau nak air apa-apa tak?" soal Athirah Ardilla kepada Farah Madhihah. Dia menuju ke kabinet dapur. Lantas dua mug di ambil.
"Aku nak hot coklat satu," balas Farah Madhihah.
Dia menuju ke meja makan. Dengan pantas Athirah Ardilla membuat air seperti yang di pinta Farah Madhihah. Satu lagi mug di bancuh nescafe gold untuk dirinya. Setelah siap, dua cawan di bawa ke meja makan. Seperti biasa, setelah duduk bacaan doa sebelum makan di baca. Kemudian santapan di teruskan.
"Madi. Kau ada rasa tak macam apa yang aku rasa masa kita keluar tadi, " kata Athirah Ardilla sambil satu suapan murtabak masuk ke dalam mulutnya.
"Apa yang kau rasa?" kata Farah Madhihah pelik.
"Aku rasa macam kita diperhatikan," balas Athirah Ardilla. Bulu romanya tiba-tiba terasa tegak berdiri.
"Perasaan kau je kot. Aku tak rasa apa-apa pun," balas Farah Madhihah pula. Sebetulnya dia juga ada rasa seperti Athirah Ardilla rasa. Cuma dia tak mahu sahabatnya itu terlalu memikirkannya. Memandangkan sahabatnya itu baru pulih semangatnya.
"Tak ada apalah tu. Biasalah tu. Orang cantik macam kau. Ramai je orang ingat kau artis kot, tu yang duq pandang-pandang intip-intip. Lepastu stalker kau macam si Fareed tu selalu buat,"senyum Farah Madhihah sambil senyum manis. Dia tak mahu sahabtnya itu terlalu risau. Fareed adalah rakan seuniversiti mereka yang berasal dari Malaysia juga. Dia sudah lama mempunyai perasaan terhadap Athirah Ardilla sejak awal tahun lalu namun tidak di layan Athirah Ardilla. Bagi Athirah Ardilla pula, sekarang bukan masanya untuk dia bercinta dan mencari pasangan. Tumpuan penuh harus di beri pada pengajiannya yang jarang-jarang orang dapat kelebihan seperti itu. Dia antara pelajar Malaysia yang ditaja penuh oleh kerajaan Malaysia kerana keputusan SPMnya yang sangat cemerlang. Dapat pula belajar di universiti terkemuka dunia, sesuatu yang sangat membanggakan. Jika ibu dan abah masih hidup, pasti di saat ini mereka antara orang yang sangat bangga memiliki anak sepertinya. Orang tua-tua cakap, sejuk perut ibu yang melahirkan.

Setelah selesai makan dan bersihkan segala apa yang telah digunakan, Farah Madhihah dan Arthirah Ardilla menghilangkan diri ke dalam bilik masing-masing. Penat dan letih berjalan masih lagi tersisa. Setelah selesai menunaikan solat Maghrib dan seterusnya solat I'syak beberapa minit kemudian, Athirah Ardilla membaringkan dirinya di atas tilam. Mungkin terlalu letih, mudah benar matanya terpejam.

"Ibu!!!!! Ibu!!!!! Abah!!!! Abah!!!" jerit Arthirah Ardilla di suatu tempat. Luas. Putih. Dia tidak tahu dia berada di mana. Di melihat sepasang tubuh manusia yang cukup di kenali dan dirinduinya. Dia berlari dan memeluk tubuh mereka.
"Ibu...Abah...Adik rindu. Kenapa ibu.. Abah tinggalkan adik. Kenapa cepat sangat," air mata deras mengalir melalui pipinya. Dia merasa tubuhnya dipeluk erat oleh kedua ibubapanya. Rindu yang tidak dapat ditafsirkan.
"Ibu dan abah tak tinggalkan adik. Ibu dan abah ada perhatikan adik. Adik jangan risau. Ibu dan abah sentiasa ada bersama adik," kata ibunya, Faridah Jari ibunya mengesat tubir air yg keluar dari anak matanya yang tidak henti-henti. Terdengar esakan kecil Athirah Ardilla. Sesungguhnya dia benar-benar merindui kedua orang tuanya.
"Adik terima dia ya. Ibu percaya dia boleh membahagiakan adik," ibunya berkata lagi. Pelukan dileraikan. Terlihat ibu dan bapanya melangkah jauh. Jauh dan semakin jauh.
"Ibu.. Ayah.. Nak pergi mana. Jangan tinggalkan adik lagi," kali ini makin jelas tangisan Athirah Ardilla. Air matanya laju keluar membasahi pipinya.
"Dilla.... Dilla... Bangun Dilla. Bangun," terasa bahunya di goncang. Kemudian terasa sesuatu yang sejuk menyentuh pipinya. Perlahan dia membukakan matanya.
"Kau mengigau lagi Dilla," kata Farah Madhihah. Matanya juga berkaca melihat keadaan Athirah Ardilla. Dia tahu pasti sahabtnya itu mimpikan arwah ibu dan bapanya. Sekarang kerap juga dia mendengar Arthirah Ardilla mengigau di dalam tidurnya. Tetapi kali ini semakin teruk kerana dia mendengar Athirah Ardillah menjerit kuat dari dalam biliknya. Dia yang terbangun untuk menuju ke bilik air, bergegas menuju ke bilik sahabtnya itu apabila dia mendengar suara jeritan dari kamar sahabatnya.
"Aku jumpa ibu dan abah aku tadi Madi. Tapi jumpa sekejap je. Lepastu diorang tinggalkan aku," kata Athirah Ardilla sambil bangun dari pembaringannya. Tubuh Farah Madhihah di sisi di peluk erat. Dia melepaskan tangis di bahu sahabatnya itu. Farah Madhihah turut sama menangis. Benar. Merindui orang yang tiada amatlah pedih dan tiada penghujung. Lagi-lagi jika orang itu adalah orang yang terpenting dalam hidup kita.

Farah Madhihah membiarkan tubuhnya dipeluk sahabatnya itu seketika. Membiarkan perasaan sahabatnya itu reda. Setelah beberapa minit, dilihat mata Athirah Ardillah sudah terpejam. Terdengar nafas halus keluar dari bibir gadis itu. Tertidur dah dia di bahunya. Perlahan dia membaringkan semula Athirah Ardilla di pembaringannya. Sempat dia menukar bantal yang di gunakan Athirah Ardilla kerana bantal yang di gunakan sebelum tadi sudah basah dek kerana air mata Athirah Ardilla.
Kesian kau Dilla. Aku sentiasa doakan semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kau selepas ini.
Perlahan dia melangkah keluar. Sempat matanya melirik ke arah Athirah Ardilla sebelum pintu kamar di tutup rapat.

Tepat pukul 3 pagi, Athirah Ardillah terjaga dari tidurnya. Dia rasakan matanya bengkak. Mungkin sebab lama dia menangis. Kesian Farah Madhihah. Pasti tidur sahabatnya itu terganggu disebahkan jeritannya tadi. Tapi aku menjerit ke tadi? Dia bermonolog sendiri. Tanpa mahu berfikir panjang.. Kaki nya laju turun dari katil pantas menuju bilik air. Niat ingin menunaikan solat tahajjud kemudian sedekahkan surahtul Yassin buat kedua orang tuanya. Walaupun ibubapanya di beri pinjam hanya seketika, namun kasih sayang yang pernah dia rasakan dari kedua orang tuanya suatu ketika dulu masih hangat sehingga sekarang. Dan dia berharap kehangatan itu akan terus kekal hingga bila-bila.

*************
4.00 pm waktu Malaysia

"Kau ada ikut dia hari ini?" suara garau seorang lelaki kedengaran. Pandangannya di buang ke luar jendela. Terarah ke lautan biru Batu Ferringhi.
"Ada boss. Hari ini dia keluar dengan kawannya," suara di hujung talian membalas. Dengar sahaja perkataan keluar bersama kawan, terasa panas wajahnya. Namun cepat-cepat dia buang perasaan itu. Heeemmmm... Hemmmm.. Dia berdehem kecil.
"Siapa kawan dia tu? Kau kenal? Perempuan ke lelaki" membetulkan intonasi suaranya agar tidak terlihat yang dia terasa dengan perkhabaran yang baru di dengari sebentar tadi.
"Saya tak berapa cam boss. Perempuan boss kawannya tu. Nampak mereka happy sangat," luah suara di hujung talian.
"Ok.. Bagus. Terus ekori diorang. Jangan lupa terus update aku. Kalo ada apa-apa cepat-cepat hubungi aku. Faham?" katanya tegas. Talian di matikan. Senyuman terukir di bibirnya. Ya. Dia akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Dia ingin menebus kesalahannya. Semoga Allah permudahkan usahanya. Telefon bimbit diamati. Tombol panggilan di tekan. Mencari nama Mama di situ. Setelah jumpa apa yang di cari, terus dia menghubungi nombor tersebut. Lama talian berbunyi. Dan akhirnya...
"Assalamualaikum Mama," Harith Haikal memberi salam.
"Ya. Waalaikumsalam. Kamu dah nak balik ke?" Datin Nora bersuara di hujung talian. Lembut suaranya.
"Tak la ma. Qal lambat balik hari ni. Ada kerja sikit ni, " kata Harith Haiqal. Sejujurnya bukan itu tujuan dia menghubungi mamanya.
"Ma. Qal nak tanya sesuatu," Harith Haiqal ingin meneruskan ke agenda yang sebenar.
"Apa yang penting sangat kamu nak tanya, sampai tak sempat tunggu sampai rumah?" Datin Nora pelik dengan sikap anak keduanya ini. Sejak beberapa tahun yang lepas. Perangai anaknya ini sedikit berubah. Walaupun tidak nampak ketara, namun sebagai ibu dia perasan akan perubahan itu.
"Macam mana lamaran Qal tu ma. Mereka dah bagi keputusan?" tanya Harith Haiqal tanpa berselindung.
Datin Nora tersenyum dihujung talian. Inilah salah satu perubahan yang dia lihat pada anak terunanya itu. Jika sebelum ini, jika di sebut tentang perkahwinan, tentang jodoh pasti anaknya itu akan mengelak. Ada sahaja alasan yang dia beri. Tapi tidak kali ini. Berlainan sekali. Dia sering kali di gesa oleh lelaki itu. Siapakah wanita yang berjaya melembutkan hati anaknya itu.
"Mereka belum bagi kata putus lagi Qal. Anak kawan mama tu belajar jauh. Susah sedikit mereka nak berbincang. Tapi tak apa. Mereka minta masa. Harap Qal boleh bersabar ya." luah Datin Nora. Gelojoh sangat anak terunanya ini. Tidak sabar nampaknya.
"Ooooo.. Kalau macam tu tak apalah mama. Nanti kalau ada apa-apa mama cepat-cepat bagi tahu Qal ye," balas Haiqal. Berharap rancangannya akan berjaya. Talian di matikan.

# FlahBack
11 tahun lepas.

"Qal. U tak boleh macam ni lah. U mabuk ni. Biar I hantar U balik hotel," kata Natalia merangkap setiausahanya di pejabat. Hari itu mereka ada seminar di sebuah hotel terkemuka Melaka iaitu Holiday Inn. Seminar itu berlangsung 3 hari 2 malam. Disebabkan seminar mereka di adakan di hotel tersebut, maka penginapannya juga di taja oleh bahagian pengurusan hotel tersebut. Mereka di layan kelas VVIP. Mana tidaknya. Siapa yang tidak mengenali Harith Haiqal bin Datuk' Kamal. Anak usahawan yang berjaya di Batu Feringgi. Memiliki beberapa hotel dan syarikat perlancongan di sekitar Pulau Pinang. Harith Haiqal juga terkenal di kalangan model-model dan golongan VVIP kerana rupa parasnya yang kacak. Dadanya yang bidang, tinggi lampai. Wajahnya yang putih bersih serta berkumis sedikit menaikkan lagi daya tarikan rupa parasnya. Menjadi kegilaan kebanyakan golongan VVIP dan model-model terkenal. Siapa sahaja yang tidak mahu mendekati Harith Haiqal. Dia menduduki carta tertinggi antara lelaki kacak dan berpengaruh. Sesuai di jadikan calon suami. Mungkin disebabkan kelebihan yang dimiliki, dia di cop playboy kerana sering dilihat bertukar-tukar pasangan setiap kali keluar makan atau berjalan. Tidak ketinggalan juga sepupunya Nabila Adilia. Merupakan model suam-suam kuku dan sekarang wajahnya sentiasa terpapar di kaca televisyen kerana giat berlakon dalam drama melayu. Nabila Adilia juga ada menyimpan perasaan kepada Harith Haiqal namun ditolak mentah-mentah oleh lelaki itu kerana baginya Nabila Adilia merupakan adik sepupunya sahaja. Tidak akan lebih dari itu. Sudah acap kali dia beritahu gadis itu, namun tidak di endahkan. Bagi Nabila Adilia, selagi abang sepupunya belum mendirikan rumahtangga, peluang untuknya mendapatkan Harith Haiqal adalah cerah. Dia akan berusaha lebih keras.
"I boleh lah Nad. U jangan risau. Okey," ujarnya kepada Natilia. Lengan sasanya di pegang kejap wanita itu. Berusaha membantu Harith Haiqal berjalan menuju ke keretanya. Harith Haiqal jarang mabuk sebegitu. Tetapi lain pula yang terjadi malam itu. Apabila Harith Haiqal terasa tercabar apabila rakan-rakan niaganya mencabarnya untuk meminum air haram itu. Pada mulanya dia menolak, namun apabila maruah setiausahanya di jadikan cagaran ianya tidak boleh di biarkan. Natilia terpaksa menemani salah seorang rakan niaganya jika Harith Haiqal tidak menurut apa yang mereka mahukan. Oleh yang demikian Harith Haiqal terpaksa menurut kemahuan mereka demi menyelamatkan maruah setiausahanya. Walaupun Harith Haiqal seorang yang playboy, namun dia begitu menjaga pergaulannya lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pergaulannya dengan wanita yang menghampirinya. Tidak pernah terfikir di mindanya untuk mengambil kesempatan kepada kaum hawa itu walaupun majoriti yang dia kenali kebanyakkan mengharapkan dia lebih daripada itu terhadap mereka.

Sampai di keretanya, remote kereta di tekan. Pintu bahagian pemandu di buka. Dia terus masuk dan enjin di hidupkan. Natilia pula belari-lari anak menuju ke tempat duduk penumpang di bahagian hadapan. Tali pinggang keselamatan di pakai.
"Qal, U yakin ke U boleh pandu ni. I tengok U tak stabil ni," ujar Natilia kerisauan. Tali pinggang keselamatan di pegang kejap.
"I boleh. Tengok ni. I pandu luruskan?," kata Harith Haiqal sambil tersengeh seperti kerang busuk. Lurus apa. Dari tadi sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Gumam Natilia di dalam hati. Geram dengan sikap Harith Haiqal yang berdegil.

Tiba di satu selekoh yang agak tajam, tambahan pula di kawasan itu tidak terdapat lampu jalan kereta yang di pandu Harith Haiqal hilang kawalan. "Qallllllll!!!" jerit Natilia diikuti dengan bunyi bammmmmmmm yang kuat. Kereta secara automatik berhenti di bahu jalan. Muka Natilia pucat lesi. Jika digores dengan pisau, pasti tidak kelihatan darah keluar. Peluh jantan mula keluar. Di sebabkan dia mengenakan tali pinggang keselamatan, badannya terselamat dari menjadi habuan dashboard kereta di hadapannya. Tidak bagi Harith Haiqal. Dahinya dengan pantas mencium stereng kereta di saat keretanya berhenti dengan mengejut. Di toleh ke sisi tempat Harith Haiqal duduk. Ada percikan darah keluar di situ.
"Qal. U okey tak ni," dalam gementar tangan kanan menyentuh bahu Harith Haiqal sambil tangan kirinya membuka ikatan tali pinggang keselamatan.
"Aduhhhh!! Sakitnya," ujar Harith Haiqal sambil tangan kirinya menekup dahi. Terasa ada cairan keluar dari celahan dahinya.
" Sial!!! Apa benda yang aku langgar tadi?" marah Harith Haiqal lagi. Seperti ada renjatan elektrik, baru Natilia menyedari bahawa mereka seperti melanggar sesuatu. Dengan pantas pintu kereta di buka. Tangannya masih lagi menggeletar. Setelah keluar dari perut kereta dia terus menuju bahagian hadapan kereta. Bahagian hadapan kereta sedikit remuk di bahagian kiri. Apa yang di langgar mereka tadi. Serasa tiada apa-apa di jalan raya. Tiba-tiba dia terdengar suara halus di belakang kereta. Hatinya pantas berdegup kencang. Harith Haiqal di dalam kereta masih berkeadaan begitu. Masih menunduk sambil tangan menekup luka di dahinya.
Dengan perlahan dia mengatur langkah menuju ke belakang kereta. Di lihat ada motor yang sudah pun terpelanting di bahu jalan kanan. Dan betul-betul di celahan semak bersebelan kereta Harith Haiqal terdapat susuk tubuh yang sedang bertelekung sedang mengerang kesakitan.
"Nak. Tolong mak cik nak," terus tubuh badan Natilia menggeletar. Dia terus berlari menuju ke bahagian hadapan kereta di bahagian pemandu. Pintu kereta di buka. Harith Haiqal di tarik dengan kasar.
"Eh.. U ni kenapa!" marah Harith Haiqal. Terperanjat dengan tindakan Natilia. Orang tengah sakit ni boleh pula main tarik-tarik.
"Ce...cepat Qal. U duduk kat sebelah. Biar I pandu. Sebelum ada orang lalu kat sini, U dah langgar orang," terang Natilia sedikit gagap. Cemas dengan apa yang se dang mereka lalui. Mendengar sahaja perkataan langgar orang, dengan pantas Harith Haiqal keluar dari kereta dan terus menuju ke tempat duduk sebelah penumpang hadapan tanpa melihat sekeliling. Menyedari apa yang di lakukan Harith Haiqal, terus sahaja Natilia masuk ke dalam kereta bahagian pemandu. Pintu di tutup. Hanyir bau darah Harith Haiqal di biarkan. Apa yang penting mereka harus menyelamatkan diri. Kereta meluru laju menuju ke hotel penginapan.

#FlashBack End

Di sebabkan peristiwa itu Harith Haiqal di hantar papanya, Datuk Kamal ke luar negara bagi menyambung pengajian dalam bidang perlancongan. Sebetulnya, dia ingin anaknya lari dari hukuman di atas kes langgar lari yang menyebabkan kematian. Ya. Orang yang Harith Haiqal langgar pada malam itu meninggal di tempat kejadian. Dan lagi menejutkan bukan seorang tetapi pasangan suami isteri yang baru pulang dari majlis tahlil keluarga sabahatnya.
Harith Haiqal meraup muka. Dia pantas menuju sofa yang ada di pejabatnya. Dia duduk berteleku. Kedua tangannya menutup muka. Ya Allah bagi aku peluang untuk kali ini. Rintihnya di dalam hati.

terima kasih kerana support karya saya. sila komen hasil karya saya ini jika ianya berjaya menambat hati anda. -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience