Bab 20

Romance Completed 21516

“Qal. Behave yourself!” – Tan Sri Affendi.

Gluuurrppp.

Menyedari ketelanjurannya. Dia bukan terpesona dengan keanggunan model tersebut, tetapi dia terkejut.

Masakan dia lupa susuk tubuh yang dirindui itu. Dia yakin. Yang dia tidak salah orang. Dia pasti model tersebut Athirah Ardilla.

Sebaik sahaja Athirah Ardilla menuruni tangga, Nad terus sahaja datang menerpa kepadanya, lantas tubuh itu di peluk erat.

“Thanks Athirah. U dah selamatkan I malam ni,” penuh terharu ucapannya.

“Tak ada apa-apalah. Hal kecil je,”

“Hal kecil U cakap?? U tahu tak, ni my new collection. I baru nak launch malam ni. Kalau U tak ada I rasa macam nak mati malam ni,”

Baru Athirah Ardilla faham mengapa busana itu terlihat begitu ekslusif, jika di bandingkan dengan busana yang lainnya.

Athirah Ardilla hanya mampu memberi senyuman. Dia juga tidak sangka yang dia buat kerja gila malam itu. Tidak pernah dia terfikir untuk mecabar dirinya sehingga ke tahap itu.

“Ada apa-apa yang saya perlu buat ke lepas ni? Tukar baju lain ke?” sekadar bertanya.

“No. itu je. Next kalau I ada fesyen show I undang U, U jangan tolak ye. Bakat yang U ada rugi kalau tak di asah. U ada pakej lengkap,”

Merona merah wajah Athirah Ardilla di puji sebegitu.

“In-Shaa Allah,”

Perlahan dia masuk menuju ke bilik persalinan. Baju krew fotografer di sarung kembali.

Kemudian dia terus mendapatkan teamnya yang berada di dalam dewan.

“Wow! Athirah. Tadi tu awak kan?” Anne menegurnya.

“Ma….” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya.

“Well. Tak sangka yang U ada bakat terpendam,” terdengar suara garau bersuara dari belakang.

Dia kemudian menoleh untuk melihat sosok tubuh yang menegurnya. Fareed? Tak ada lelaki lain ke yang dia perlu jumpa dalam dewan ni.

“Apa maksud awak ni,” buat-buat tidak faham.

Kemudian dia melangkah ke satu sudut. Memberi ruang kepada krewnya menjalankan tugas. Fareed mengekori Athirah Ardilla dari belakang.

“Wow. Dah banyak cakap ea sekarang. Kalau dulu, nak dengar suara U pun susah,”
Fareed masih lagi berusaha.

“Saya tengah kerjalah sekarang. Jangan ganggu boleh?”

“Mana ada I ganggu U. I Just nak beritahu U yang I tak sangka yang U ada bakat modelling,”

“Apa yang awak merepek ni?”

“Athirah. Walaupun U make-up setebal 1 inchi pun I masih lagi boleh cam u. Cara jalan U walaupun ada perubahan, I tetap perasan U. I dah lama sukakan U. Tergila-gilakan U. U je yang tak nak pandang I,”

Sedikit berubah riak wajah Athirah Ardilla. takkan sampai macam tu?

“Oiii Fareed!” terdengar suara Farah nyaring.

“Sampai sini ea kau cari dia,” sambungnya lagi.

“Mana ada aku cari dia. Terserempak lah. Itu di namakan jodoh,” matanya sedikit di kenyitkan ke arah Athirah Ardilla.

“Bye bye sayang,” Fareed berlalu pergi.

“Apa mamat psycho tu nak? Tak sangka pula aku yang dia cari kau sampai sini,”

“Hmmmm biarlah dia Madi. Tapi betullah dia cakap tadi. Kita orang terserempak ,”

Business Card di hulur ke arah Farah Madhihah. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan gadis itu terkebil-kebil.

Dia sebenarnya sangat-sangat berterima kasih kepada Farah Madhihah yang sentiasa menyelamatkan dirinya dari Fareed. Jika tiada gadis itu, pasti keadaan bertambah lagi sukar.

Wajah Farah Madhihah sedikit berkerut. Seakan tidak percaya pada business card yang ada di tangannya. Fareed?? Tak mungkin.
Tubuh Athirah Ardilla yang semakin menghilang di sebalik tetamu yang ada di dewan itu, di toleh sekilas.

*****

Seperti yang di jangka, tepat pukul 12 malam majlis tersebut berakhir. Terasa penat dan letih seluruh anggota badannya.

Dia dan Farah Madhihah melangkah pantas menuju ke keretanya.

“Macam mana, best tak malam ni,” ucap Farah Madhihah setelah mereka masuk ke dalam kereta. Enjin di hidupkan dan mereka beredar dari hotel mewah tersebut.

“Best lah. dapat pengalaman baru. Thanks Madi. Kalau tak kerana kau, aku tak dapat rasa semua ni,”

“Tak ada apalah. Macam aku cakap tadi. Dah rezeki kau,”

“Tapi bukan ni je. Esok aku ada kejutan untuk kau,”

Rencana yang sudah di atur sebaiknya, di harap berjalan lancar. Pasti sahabatnya itu terkejut.
Kereta terus di pandu menuju ke banglo mewah. Kelihatan keduanya sudah mulai penat dan letih.

*****
Pagi itu Athirah Ardilla bangun sedikit lewat. Penat semalam masih belum hilang. Masih ada saki baki tapi di gagahkan juga tubuhnya untuk bangun kerana terhidu bau masakan yang membuka seleranya.

Pasti Farah Madhihah masak sesuatu. Bonda dan ayahnya hanya tumpang tidur sekejap sahaja, kemudian mereka terus menuju ke hotel yang telah mereka tempah dari awal.

Kata bonda, mereka ingin honeymoon sekali lagi. Terukir senyuman di wajahnya bila teringat kembali kata-kata bondanya itu.

Dengan berat kakinya terus sahaja melangkah menuju ke bilik air. Tubuhnya perlu di segarkan. Teringat pula janji Farah Madhihah malam tadi. Ada kejutan buatnya. Apa dia ea?? Dia berbicara sendiri.

Tidak berapa lama kemudian Athirah Ardilla sudah siap berpakaian. Dia tidak mengenakan tudung ataupun selendang memandangkan di rumah itu hanya dia dan Farah Madhihah.

Perlahan kaki di atur menuju ke dapur, haruman masakan Farah Madhihah benar-benar buatnya merasa lapar.

Dia yang tidak menyedari apa-apa terus sahaja melangkah menuju ke dapur. Namun tidak semena-mena dia melanggar satu susuk tubuh sasa yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari dapur. Dengan perasaan terperanjat dan tubuh yang tidak dapat diimbang, nyaris sahaja dia mencium lantai marbel yang sudah terhidang.

Arghhhh! Sedikit terkejut dengan situasi yang tidak jangka itu. Matanya yang terpejam terus sahaja di buka apabila terbau haruman yang sudah lama dia rindui.

“Abang…” perlahan sahaja dia menyebut.

Wajah Harith Haiqal di renung dalam.

“Eheeemmm.. Eheemmm. Sakitlah mata aku tengok korang ni,” suara Farah Madhihah menyedarkan mereka.

Pantas sahaja dia membetulkan kedudukan.

“Sorry Dilla. Aku pun tak sangka Abang Qal akan datang sini,” Farah Madhihah sedang menghidangkan sesuatu di atas meja.

Athirah Ardilla dan Harith Haiqal yang sudah merona merah wajahnya menghayun langkah menuju ke meja makan. Perlahan Athirah Ardilla merapatkan tubuhnya ke arah Farah Madhihah.

“Bukan ni ke kejutan yang kau maksudkan malam tadi?”

Sepantas kepalanya di gelengkan.

“Tak lah. Yang tu hal lain. Kalau yang ni, aku pun terkejut. Ingatkan lelaki mana lah yang ceroboh dapur pagi-pagi buta.”

Dia benar-benar terkejut melihat Harith Haiqal sudah ada di dapur ketika dia berkira-kira ingin memasak sarapan pagi itu. Bila abang sepupunya tiba, dia pun kurang pasti.

“Abang baru je sampai. Tak sangka sayang ada dekat sini,”

Faham topik yang di bincangkan ada kaitan dengan dirinya. Dia yang pada mulanya ingin ke pejabat merasa terpanggil untuk ke rumah banglonya itu. Dia tahu Farah Madhihah ada di situ, namun dia tidak sangka isterinya juga ada bersama.

Athirah Ardilla yang merasa bersalah merapati suaminya. Dia tahu dia tidak sempat memberitahu suaminya dan meminta izin. Keadaan agak kelam-kabut.

“Saya minta maaf.”

“Tak apa. Lain kali jangan buat lagi,”

“Okeylah. Korang makanlah. Aku nak keluar. Aku bagi ruang untuk korang berdua. Tapi esok… Dilla, Farah punya. Abang Qal jangan ganggu ye,” sempat saja dia memberi pesanan untuk abang sepupunya.

Tas tangan di capai, lalu dia keluar.
Sebaik sahaja mendengar enjin kereta Farah Madhihah hilang dari pendengaran, lantas sahaja tubuh Athirah Ardilla di raih. Di rangkul erat tubuh langsing itu. Haruman yang terbit dari tubuh itu begitu mengghairahkan.

“Abang rindu sayang,” bibir mekar itu di kucup lembut.

Athirah Ardilla hanya membiarkan sahaja segala tindakan Harith Haiqal. Dia juga dahagakan sentuhan dan belaian lelaki itu.

“Jom,” matanya sudah di kenyitkan.

“Nak pergi mana?”

Harith Haiqal hanya menjawab dengan isyarat mata yang di halakan ke atas. Merona merah wajah Athirah Ardilla, faham akan maksud suaminya itu.

“Kita kan nak sarapan,” helahnya.

“Sarapan tu nanti-nanti boleh. Abang tak boleh tahan tengok sayang ni,” bisiknya.

Nafasnya juga kedengaran keras sahaja.

Tanpa menunggu jawapan Athirah Ardilla, tubuh itu terus sahaja di campung. Perlahan di bawa menuju ke bilik atas. Athirah Ardilla sedikit terkejut dengan tindakan suaminya itu, namun akhirnya dia merangkul leher suaminya.

Kepalanya pula di rebahkan ke dada bidanng itu.
Mudah sahaja Harith Haiqal mencampung tubuhnya sambil menaiki tangga. Kuat betul stamina lelaki itu.

Perlahan pintu bilik di buka. Sedikit berkerut dahi Athirah Ardilla. Bagaimana suaminya tahu itu biliknya? Dalam dia berfikir..

“Ini rumah abang, rumah kita,” bsisknya. Tubuh itu di baringkan ke atas tilam perlahan.

Wajah Athirah Ardilla di renung. Perlahan wajahnya di dekatkan dengan wajah Athirah Ardilla, dan sekali lagi bibir mereka bertaut lembut.

Perlahan leher lelaki itu di rangkul Athirah Ardilla. Dia membalas setiap gerakan di bibirnya. Dia juga sangat-sangat merindui lelaki itu.

“Sayang betul-betul dah goda abang,” bisiknya apabila satu persatu butang baju kemejanya di tanggalkan Athirah Ardilla.

“Sekejap ye,” lantas telefon bimbitnya di capai. Di dail nombor seseorang.

“Izzat. Hari ni aku tak masuk pejabat. Nanti kau tolong inform Nat. suruh dia batal semua appoiment aku hari ni,”

Talian di matikan.

Dan perbuatan yang tergendala sebentar tadi, di teruskan. Kini telinga Athirah Ardilla pula menjadi sasarannya. Butang baju kemejanya sudah terbuka semua. Tanpa berlengah dia membuka baju kemejanya dan di buang ke lantai.

Tangan nakalnya sudah menyusup masuk ke dalam baju isterinya itu. Mencari sesuatu, lalu di urut lembut.

Nafas Athirah Ardilla juga sudah tiada irama. Hanyut dalam belaian asmara.

“I love u sayang,” leher isterinya pula di kucup lembut, dijilat, di hisap di sedut.

“I love u and missed u so much abang,”

Gerakan semakin meliar. Baju yang di sarung Athirah Ardilla di buka. Meninggalkan baju kecil sahaja. Seluarnya juga di tanggalkan meninggalkan seluar kecilnya.

Perlahan Athirah Ardilla duduk di sisi katil. Tubuh suaminya yang berdiri di sisi katil di sentuh. Perlahan seluar yang di sarung lelaki itu, di tanggalkan. Dada sasa itu di kucup lembut.

Dan akhirnya mereka tenggelam dalam belaian yang menghangatkan.

*****

Kedua-dua akhirnya terbaring kepenatan. Entah berapa kali mereka mengulanginya. Gelora yang sudah lama di tahan.

Di toleh tubuh isterinya. Terlihat banyak kesan merah di dada gebu itu. Di sentuh lalu dia tersenyum. Sekali lagi bibir mekar itu di kucup.

Athirah Ardilla yang baru berkira-kira ingin memejamkan matanya sebentar, terus sahaja mencelikkan mata saat terasa bibir itu menyentuh bibirnya.

“Nak lagi?” bisiknya di telinga Harith Haiqal.
Terdengar lelaki itu ketawa.

“Rehat dulu sayang. Penat abang.” Ujarnya.

Namun tubuh itu tetap di rangkul.

Athirah Ardilla mendekatkan wajahnya ke dada sasa itu. Di kucup lembut . Terasa ubun-ubunnya di kucup. Bahagianya rasa di layan seperti itu.

“Bila sayang sampai sini?” soalan yang sudah lama ingin di tanya.

“Dah tiga hari,” ujarnya.

“Jadi betullah model malam tu sayang?”

Sedikit terkejut mendengar kata-kata suaminya lantas kepala di dibgak ke atas. Mecari anak mata itu.

“Abang ada kat sana?”

Dia sangka suaminya ingin memarahi dirinya. Terlihat sahaja senyuman terukir di bibir lelaki itu, terus sahaja hilang resahnya.

“Mestilah ada. Hotel itu family abang punya. Event malam tu pun sempena annual dinner company abang,” ucapnya perlahan.

Pastinya isterinya itu belum tahu latar belakang familynya.
Rambut isterinya di main-mian dengan jari.

“Cantik betul sayang malam tu. Sampai mama dengan papa pun tak cam sayang,” sedikit ketawa.

“Mama dan papa abang ada? Malunya…” dia menyebamkan wajahnya ke dada sasa itu semula.

“Ye. Bonda dan ayah pun ada, tapi mereka tak beritahu abang yang sayang ada kat sini. Mesti diorang nak beri kejutan untuk kita,”

“Abang tak tahu pula yang sayang minat modelling. Ada bakat terpendam,” sambungnya lagi.

“Taklah. Semua tanpa sengaja. Saya datang untuk ganti fotografer yang ada hal emergency last minit. Tak sangka pula, model juga tak datang. Kira buat kerja bidan terjun,”

“Abang marah? Maaf tak minta izin abang,”

“Mula-mula abang memang terperanjat tengok sayang atas pentas. Tambahan pula dapat tepukan majoriti tetamu. Tetapi bila fikir balik, bagus juga. Sekurangnya abang tahu serba sedikit tentang sayang. Bakat yang sayang ada. Mujur malam tu peragaan busana muslimah,”

“Hurmmm. Kalau busana lain, saya memang tolak.”

“Kenapa abang tak tegur sayang,” sedikit pelik.

“Lepas sayang turun dari pentas, tak lama lepas tu abang ada cari sayang, tapi tak jumpa. Jadi abang ingat mata abang yang salah pandang. Ye lah dah rindu sangat. Semua benda pun abang nampak sayang. Pandang mak cik cleaner pun abang nampak sayang. Mujur tak peluk je,”

Terus sahaja Athirah Ardilla ketawa besar. Pandai sahaja suaminya itu membuat lawak.

“Hurmmm… jom,” ujar Harith Haiqal.

“Jom,”

Baru sahaja dia ingin bangun dan duduk, terus sahaja tubuhnya di tolak perlahan. Rebah kembali.

“Tadi cakap jom,”

“Jom ni lah sayang,”

Tubuh itu di tindih perlahan.

Dan entah untuk keberapa kali mereka hanyut dalam gelora masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience