Bab 10

Romance Completed 21516

“Awak..Kita balik rumah bonda boleh tak?”

Wajah Athirah Ardilla nampak sedikit cemas.

Ketika itu mereka sudah berada di lobi hotel. Hati Athirah Ardilla tidak keruan. Dia tidak pernah berada di mana-mana hotel. Apatah lagi saat ini dia bersama lelaki itu. Rasa ingin menangis ketika itu juga.

“Heiii. Sayang. Kenapa ni? Wajah sayang nampak pucat sangat ni?”

Harith Haiqal sedikit cemas melihat wajah pucat pujaan hatinya itu. Tubuh gadis itu lantas di peluk. Terdengar esakan kecil Athirah Ardilla. Sungguh dia tidak tahu kenapa gadis itu nampak cemas dan wajahnya pucat begitu.

“Kita balik rumah bonda. Pleasesssss,” rayunya.

Sedangkan berdua bersama lelaki itu di dalam kereta pun sudah sesak nafasnya, apatah lagi jika berdua di dalam kamar hotel.

Dia tidak sanggup dan dia belum bersedia.

“Sayangggg… Abang penat. Please faham,” dia masih kurang faham.

Sepatutnya isterinya itu gembira dapat berdua-duaan dengannya, tapi lain pula jadinya. Bahu Athirah Ardilla di pegang lembut. Tubuhnya di renggang sedikit.

Wajah menunduk Athirah Ardilla di di tatap. Dagu gadis itu di sentuh. Dia mahu gadis itu menatapnya. Dilihat Athirah Ardilla menutup matanya. Issshhhh dia ni nak goda aku ke? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jika di ikut gelora lelakinya, lama sudah bibir gadis itu di jamahnya.

Bagi Athirah Ardilla pula, dia bukan mahu menggoda lelaki itu. Tetapi dia malu mahu bertentang mata dengan lelaki tampan di hadapannya. Tambahan pula jarak mereka ketika itu sangatlah dekat.

“Buka mata awak sayanggg. Sayang cuba goda abang ke ni?”

Terdengar nafas lelaki itu tiada irama. Pantas sahaja tubuh lelaki itu di tolak keras. Kedengaran ketawa lelaki itu kuat. Bergema sedikit ruangan lobi hotel ketika itu. Athirah Ardilla berpaling dari melihat lelaki di hadapannya.

“Apa yang sayang takut sebenarnya ni. Hmmm tell me?"

Jari jemari Athirah Ardilla di sentuh. Kekuranya di bawa ke bibir lalu di kucup.

Meremang bulu roma Athirah Ardilla lantas tangannya di tarik kasar.

“Awak nak cuba goda saya ke?” ada getar pada suaranya.

Ketakutan menjalar di tangkai hatinya. Hhhuurmmm . terdengar lelaki itu menghembuskan nafasnya perlahan.

“Okey. Abang tak sentuh. So tell me apa yang sayang takutkan? Jom naik ke bilik,” ajak Harith Haiqal kemudian.

Dia sudah berada di hadapan lift. Saat lift terbuka dan dia ingin membuka langkah untuk masuk ke dalamnya, namun langkah terpaksa di matikan. Di sisinya tiada Athirah Ardilla. Seingatnya gadis itu mengekorinya.

“Hhhmmm. Mana pula dia ni pergi?” gumamnya sendiri.

Dia mencari-cari Athirah Ardilla. Puas matanya meliar mencari susuk tubuh gadis itu. Akhirnya dia dapat melihat satu susuk tubuh sedang duduk di sebuah kerusi panjang. Lalu kakinya di atur laju ke arah Athirah Ardilla.

Niat ingin memarahi gadis itu, namun bila terdengar esakan tangisan hatinya pula di runtun pilu. Apa yang mengganggu gadis itu?

“Ssshhh. Sayangggg. Kenapa ni?”

Dia sudah melabuhkan punggung di sisi gadis itu. Bahunya kembali dia pegang. Perlahan Athirah Ardilla merapatkan kepalanya di dada lelaki itu. Makin menjadi esakan Athirah Ardilla.
Orang yang lalu lalang pandang pelik ke arah mereka, namun Harith Haiqal buat tidak endah.

“Ssssshhhh. Sayanggg. Dah.. malulah orang lalu tengok kita macam ni,” ujarnya cuba memujuk.

“Kenapa teruk sangat sayang nangis ni. Takkan lah sebab abang tak nak balik rumah bonda malam ni, sayang nangis teruk macam ni?"

Pelbagai tanda tanya bermain di kepalanya. Badannya yang letih membuatkan dia merasa tidak berapa selesa.

“Awak mungkin dah biasa masuk hotel dengan mana-mana wanita kan Qal? Sebab tu awak tidak kisah. Tapi bukan bagi saya. Awak faham tak apa yang saya rasa? Berdua dalam kereta pun saya dah tak selesa. Apatah lagi terpaksa berdua di dalam bilik tu. " laju air matanya menitis. Geram melihat Harith Haiqal seperti tidak faham perasaanya.

Ooooo. Itu sebabnya mengapa dia nangis. Berdua-duan dengannya di dalam bilik hotel buat gadis itu tidak keruan.

“Jauh sangat awak fikir ni sayang. Walaupun kita sudah sah, tapi kalau awak belum bersedia, saya janji takkan buat apa-apa. Trust me,” luah Harith Haiqal.

Dia faham kini kenapa gadis itu ketakutan. Badannya yang keletihan meminta untuk di segarkan segera.

Dia berdiri di sisi gadis itu. Dia menghulurkan tangan di hadapan gadis itu mengharap Athirah Ardilla menyambut huluran tangannya. Dia nampak wajah Athirah Ardilla naik memandang wajahnya. Meminta kepastian di situ. Lantas matanya di pejam sedikit dan kepala di anggukan.

Mengharapkan kepercayaan gadis di hadapannya. Perlahan , teragak-agak Athirah Ardilla menyambut huluran tangan Harith Haiqal. Setelah tangan mereka bersatu,

“Trust me darling,” ujarnya di telinga gadis itu setelah mereka beriringan menuju ke bilik hotel.

Tanpa di ketahui Athirah Ardilla, hotel itu adalah milik bapa Harith Haiqal. Oleh itu dia berhak memilih mana-mana bilik yang dia sukai. Sudah tentu bagi Harith Haiqal, dia memilih bilik VVIP. Luas dan kelengkapannya penuh.

Dada Athirah Ardilla tetap berlari laju walaupun berkali-kali lelaki itu berjanji tidak akan apa-apakannya. Namun bagi Athirah Ardilla, dia perlu juga berhati-hati.

Setelah sampai di pintu bilik, kunci di keluarkan. Setelah pintu di tolak dari luar, Harith Haiqal masuk kemudian suis lampu di buka semua. Dia keluar semula untuk memberi laluan pada Athirah Ardilla masuk terlebih dahulu. Beg bagasi Athirah Ardilla yang di bawa Harith Haiqal, di simpan di dalam almari.

Tanpa berlengah tuala di ambil. Badannya perlu di segarkan segera.

“Abang bersihkan diri dulu ya. Sayang nak ikut?”
mata di kenyitkan.

Laju Athirah Ardilla menggelengkan kepala.

Harith Haiqal tersenyum kambing. Suka dia melihat malu-malu isterinya itu. Kemudian dia menghilang di dalam tandas.

Saat Harith Haiqal ada di dalam bilik air, Athirah Ardilla cepat-cepat mengeluarkan pakaian yang perlu di pakai malam itu. Dari yang kecik sampailah yang besar. Dia pastikan semuanya ada. Termasuklah tudung. Dia lebih selesa menyarungkan tudung sarung sahaja. Semuanya dia gulungkan menjadi satu gulungan dalam tuala mandinya.

Dia meletakkan gulungan pakaiannya itu di birai katil. Kemudian langkahnya di atur menuju ke balkoni. Cantiknya pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam. Dia kagum melihat bangunan Menara Kuala Lumpur dan KLCC yang tidak jauh dari hotel yang dia diami kini.

“Cantikkan pemandangan Kuala Lumpur,” ujar satu suara yang dia rsakan begitu dekat. Harith Haiqal betul-betul ada di belakangnya
Tangan sasa lelaki itu memegang besi penghadang di hadapanya kiri dan kanan membuatkan tubuhnya berdiri kaku di situ. Jika dia bergerak sedikit, pasti dia menyentuh lelaki itu.

“Ya Allah, dugaan apa yang kau ingin beri kepadaku ini,”

Athirah Ardilla memeluk tubuhnya. Tangannya sudah kesejukkan. Dia mati kutu. Matanya di pejamkan.

Perasan akan tindak balas Athirah Ardilla, dia mula menjarakkan sedikit tubuhnya.

“Dah pergilah mandi,” ujar Harith Haiqal di sisinya.

Mendengar sahaja suara Harith Haiqal di sebelahnya, sepantas kilat Athirah Ardilla membuka matanya lantas lelaki di sisinya di toleh. Namun sekali lagi matanya tertutup. Kali ini dia menutup menggunakan ke dua belah tangannya sekali.

“Eeeeee. Awak ni tak malu ke Qal,” marah Athirah Ardilla.

Harith Haiqal tanpa segan silu hanya mengenakan tuala berwarna putih separas pinggang sahaja. Sempat juga Athirah Ardilla melihat dada yang sasa itu.

“Kenapa?” Harith Haiqal sudah tertawakannya. Keletah Athirah Ardilla benar-benar mencuit hatinya.

Malas mahu bertekak, Athirah Ardilla mula berpaling dan laju dia berlari menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Alamak!! Baju pula lupa ambil. Kemudian dia berpatah semula untuk ambil gulungan pakaiannya di birai katil. Sempat dia melihat Harith Haiqal dari ekor mata. Lelaki itu sedang bersandar di besi penghadang sambil memandang ke arahnya.

“Nak pandang abang, pandang je lah. Tak payah curi-curi pandang macam tu. Kitakan dah halal,”

Sempat juga di menyakat Athirah Ardilla. Langkah kaki isterinya itu laju menuju bilik air. Aisshhh.. Athirah Ardilla. Banyak lagi yang dia perlu belajar dari gadis itu. Beberapa minit tubuhnya di biarkan di sapa angin malam, kemudian dia melangkah masuk menuju ke almari pakaian.

Malam itu dia hanya mengenakan seluar pendek dan baju singlet kelabu. Setelah menyimpan tuala mandinya, kaki di atur menuju ke katil. Dia lantas duduk di atas katil dengan kaki di lunjurkan.

Selimut di tarik separas pinggang. Telefon bimbitnya di gapai.

Terdengar pintu tandas di buka menandakan Athirah Ardilla sudah siap menyegarkan diri. Sedikit berkerut dahi Harith Haiqal melihat pakaian Athirah Ardilla pada malam itu.

Berbaju t-shirt lengan panjang berwarna kuning, kemudian dia mengenakan seluar track bottom berwarna hitam dan memakai tudung sarung di kepalanya.

Athirah Ardilla tidak peduli pandangan pelik Harith Haiqal di atas tilam. Langkahnya di atur ke almari untuk menyimpan tuala dan baju kotor. Segala baju kecil harus di sembunyikan dari terlihat lelaki itu. Setelah siap, dia bangun untuk menyimpan tuala mandinya pula. Dia tidak perasan, laci almari di atas kepalanya terbuka.

Dia terlupa menutupnya setelah menyimpan alat mandianya di dalam laci tersebut. Lalu tanpa sengaja kepalanya menjamah laci tersebut. Namun belum sempat kepalanya mencecah, dia terasa ada satu benda lembut menyapa kepalanya.

Dia sedikit terperanjat melihat tubuh lelaki itu berada dekat dengan tubuhnya. Berusaha untuk menjarrakkan sedikit namun ada halangan di situ.

“Qal, apa yang awak cuba buat?” melihat pakaian yang di pakai suaminya itu, jujur dia hampir terfoda.

Perlahan matanya di pejamkan. Setitik manik jernih keluar menitis turun ke pipi mulusnya.

Harith Haiqal pula kaget melihat reaksi gadis itu. Tujuannya untuk menyelamatkan gadis itu di salah erti. Salahnya juga, berdiri terlalu rapat dengan gadis itu.

Ehemm..

“Sorry,” itu sahaja yang mampu di luahkan. Dia kembali mengatur langkah menuju ke katil.

Athirah Ardilla membuka mata apabila terdengar perkataan SORRY dari Harith Haiqal. Nafasnya di tarik lega. Dia melihat Harith Haiqal sudah berada di atas katil sambil menelek telefon bimbitnya.

Bapak laju dia jalan. Sekejap ada dekat dengan aku. Sekejap je dah ada atas katil. Aku ni kawin dengan super hero ke apa. Sempat fikirannya melayang memikirkan suaminya itu.

Dia ingin menutup almari pakaian , tetapi macam ada sesuatu tersekat. Baru dia perasan laci almari yang di bukanya tadi, dia lupa menutupnya semula. Oh! Sebab itukah dia ada di sini tadi? Gumamnya di dalam hati. Aahhhh! Aku dah salah faham. Dia mengutuk dirinya yang cepat berfikiran negatif.

Setelah menutup kembali laci dan almari, langkah di atur menuju ke meja solek. Dia perasan Harith Haiqal hanya memerhati dari ekor mata. Haiishhh. Sesak betul nafasnya berada di dalam kamar tersebut. Cepatlah hari berlalu. Dia nak segera pulang ke rumah bonda.

Tidak peduli dengan panahan mata Harith Haiqal, perlahan lotion malam di buka lalu di picit sedikit di atas telapak tangan. Kemudian dia mula menggosok lotion malam tersebut dengan ke dua belah tapak tangannya lalu dia ratakan di seluruh tangan dan lehernya.

Harith Haiqal yang sedari tadi memrhati gerak-geri Athirah Ardilla beberapa kali menelan air liur. Dia bukan tidak pernah melihat wanita seksi. Natilia, setiausahanya yang suka memakai pakaian menjolok mata sikit pun dia tidak pernah terliur. Tetapi dengan Athirah Ardilla, hanya melihat tangan putih gebu gadis itu, jiwa lelakinya sudah bergelojak hebat. Aahhhh!!! Sabar Harith Haiqal.

Telefon bimbit di tangannya hanya terbiar sepi. Gerak-geri Athirah Ardilla di meja solek menjadi tatapan matanya kini. Dia perasan Athirah Ardilla mula mengatur langkah menuju ke sofa. Sedikit pelik melihat gerak-geri isterinya itu. Terlihat Athirah Ardilla cuba membaringkan tubuhnya di atas sofa panjang di situ.

Tingggg…. Tongggg.. bunyi loceng pintu menandakan ada orang di hadapan pintu.

“Room service sir!” terdengar suara lelaki di luar.

Athirah Ardilla yang berkira-kira ingin baring di atas sofa terpaksa membatalkan niatnya apabila terdengar loceng berbunyi.

Harith Haiqal sudah mengatur langkah menuju ke arah pintu, lalu pintu di buka.

“Sorry disturb sir. Here your dinner sir,” ujar pelayan lelaki itu.

“Oh! Okey. Please come,” ujar Harith Haiqal memberi laluan kepada pelayan lelaki itu masuk.

Setelah mendapat kebenaran Harith Haiqal, pelayan itu masuk menuju meja makan yang ada di pantri. Hidangan makan malam di susun rapi di atas meja. Setelah siap, dia keluar kembali.

“Sayanggg. Jom makan,” ajak Harith Haiqal.

Mendengar sahaja ajakan Harith Haiqal, lantas kakinya laju menuju meja makan. Perutnya lapar minta di isi.

Harith Haiqal menarik satu kerusi lalu matanya di lirik pada Athirah Ardilla. Faham dengan isyarat mata Harith Haiqal, Athirah Ardilla melangkah menuju ke kerusi di hadapan Harith Haiqal.

“Thanks,” ujarnya lembut.

“Most welcome darling,”

Harith Haiqal sudah berada di hadapannya. Sedikit segan apabila terpaksa makan berdua dengan lelaki itu. Tangannya di angkat menandakan ingin membaca doa. Melihat tindakan lelaki itu, pantas sahaja Athirah Ardilla turut menadah tangan.

Mereka makan dengan penuh berselera. Mungkin keduanya sudah kelaparan. Sesekali Athirah Ardilla perasan lelaki itu mencuri pandang dirinya. Dia juga begitu. Dan tanpa di sengajakan, mata mereka bersatu. Terhenti seketika suapan keduanya.

Akhirnya tatapan mata terhenti apabila terdengar nada dering nyaring ke luar dari telefon bimbit Athirah Ardilla.

Cepat-cepat matanya di kalihkan. Dia berdiri. Telefon bimbitnya yang ada di meja solek, di ambil. Tertera nama bonda di situ.

“Assalamualaikum bonda,” ujarnya sedikit perlahan.

“Waalaikumsalam adik. Senyap je, dah sampai sini ke?” tanya Puan Sri Sarah.

“Aah bonda. Petang tadi sampai,”

“Qal jemput adik kan?"

“Ye bonda,” jawabnya sapatah. Malu sebenarnya.

“Balik sini tak malam ni?”

“Errr. Tak bonda. Qal… Errr abang Qal cakap esok kot baru balik rumah bonda. Dia penat drive malam tadi,”

“Oh! Okeylah macam tu. Tak lah bonda risau. Adik rehatlah ye,”

Talian di matikan.

Dia kembali semula ke meja makan. Terlihat hidangan di pinggan Harith Haiqal masih lagi penuh. Dia tunggu aku ke? Athirah Ardilla mula berfikir. Dia dengar ke apa yang aku cakap dengan bonda tadi?

“Dah jom sambung makan,”

“Awak tunggu saya?”

“Yup. Tak seronok makan sorang-sorang,” mata di kenyitkan.

Tersipu malu Athirah Ardilla lihat keletah Harith Haiqal.

Selsai makan, Athirah Ardilla mencuci pinggan dan cawan yang di gunakan mereka. Pada mulanya Harith Haiqal ingin melakukan sendiri, namun di tegah gadis itu.

Selesai mencuci segala kelengkapan, dia mula berkira-kira mahu ke sofa. Mahu baring di situ.

“Sayanggg. Sinilah,” panggil Harith Haiqal sambil menepuk-nepuk tilam di sebelahnya.

Athirah Ardilla mati kutu.

“Kalau sayang ada niat untuk tidur atas sofa tu, abang tak teragak-agak untuk dukung sayang tidur kat atas tilam ni,”

“Nak rasa abang dukung ke?” sambungnya lagi.

Nampak sahaja Harith Haiqal seperti mahu turun dari atas tilam, cepat-cepat Athirah Ardilla berlari-lari anak menuju ke katil. Issshhhh! Dia ni sajakan. Muka di kerutkan sedikit. Geram diperlakukan begitu.

Derai tawa Harith Haiqal pecah akhirnya.

“Sayang ni dulu masa sekolah, masuk olahraga lari pecut 100 meter ke?” ada tawa di situ.

Hurmmmm.

Dia berkira-kira untuk baring di sisi lelaki itu.

“Tidurlah. Abang tak kacaulah kalau sayang tak sudi,” jawab Harith Haiqal jujur.

Dia pun sebetulnya ingin merehatkan badannya. Kelopak matanya juga sudah berat, di tahan sejak tadi.

“Tudung tu tak nak buka ke?”

“Tak apa. Saya selesa macam ni,”

Athirah Ardilla lantas baring di sisi Harith Haiqal. Matanya yang berat sudah tidak dapat di tahan lagi.

Sepantas kilat dia sudah tertidur.

Harith Haiqal yang melihat keletah Athirah Ardilla hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Perlahan dia turun dari katil. Suis lampu di tutup. Hanya lampu bilik air dan balkoni di biar terbuka. Lampu di sisi katilnya juga di tutup.

“Selamat malam sayang,” ucapnya perlahan.

Dia lantas memjam matanya.

Akhirnya lena keduanya di dalam kamar tersebut. Athirah Ardilla sedikit lega, apabila Harith Haiqal mengotakan janjinya walaupun kadangkala kelakuan Harith Haiqal menyesakan nafasnya.

Pukul 3 pagi Athirah Ardilla tersedar dari lenanya.
Di toleh tubuh Harith Haiqal di sisinya. Terlihat lelaki itu tidur menghadap ke arahnya. Lena. Sempat dia menatap wajah tampan di sisinya itu atas bantuan cahaya dari luar. Kacaknya! Susah nak percaya yang dia belum pernah berkahwin.

Along, angah yang biasa-biasa tu pun ramai gadis terkejar-kejar sebelum kedua-dua akhirnya menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan masing-masing.

Untungnya siapa dapat memiliki lelaki ini. Bagai tersedar, akulah tu kannnn. Dia tersenyum sendirian. Aahhh! Layan perasaan kau ni, sampai esok tak sudah. Ujarnya.

Langkah kakinya laju di bawa menuju ke bilik air, tersedar yang dirinya belum lagi menunaikan solat jamak takhir Isyak dan Maghrib.

Tanpa Athirah Ardilla sedar ada senyuman terukir di bibir Harith Haiqal. Lelaki itu baru sahaja ingin sambung tidur semula setelah selesai menunaikan solat jamak takhir Isyak dan Maghrib.

Melihat sahaja tubuh Athirah Ardilla sedikit bergerak, sengaja dia mematikan dirinya. Pura-pura tidur. Dia juga perasan gadis itu asyik menerokai wajahnya sebentar tadi.

Setelah selesai solat, Athirah Ardilla menghantar langkah kakinya menuju katil. Di baringkan tubuhnya di sisi Harith Haiqal. Wajah lelaki itu di tatap buat kesekian kalinya. Tubuh lelaki itu masih seperti tadi. Tidur mengiring menghadapnya. Melihat Harith Haiqal yang lena di sisinya, pandangannya di bawa menghala ke syiling. Tanpa dia sedar, tiba-tiba tangan Harith Haiqal melingkar di pinggangnya.

Sebenarnya Harith Haiqal sedari tadi belum tidur. Dia cuba beberapa kali untuk tidur, namun terasa payah. Melihat Athirah Ardilla ada di sebelahnya, dia sengaja mencuba nasib untuk memeluk gadis itu. Harapnya gadis itu tidak menolak.

Ternyata Athirah Ardilla tidak menolak tangannya yang sudah melingkar di pinggang gadis itu. Di lihat gadis itu sudah memjam matanya. Ada senyuman terukir di situ.

“Thaks sayang,” hanya terluah di dalam hati.
Dan dia akhirnya betul-betul lena di sisi gadis itu sambil memeluknya.

mood mengarang datang malam ni. hopefully enjoy this chapter. -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience