Bab 8

Romance Completed 21516

** Sebulan Kemudian..

“Aku terima nikahnya Nur Athirah binti Jamil dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai,”

kedengaran suara garau lelaki melafazkan akad dengan di sambut sah beberapa suara orang saksi.

“Alhamdulillah Dilla. Kau dah sah jadi isteri orang,” ujar Farah Madhihah di sisinya seraya memeluk tubuh kaku Athirah Ardilla yang sedang berlinang air mata.

Benarkah aku dah menjadi milik orang? Athirah Ardilla kel n tetap mengukir senyuman.

“Madi. Aku tak mimipikan?” ujar Athitah Ardilla.

Dia sempat melirik paparan video call yang ada pada laptop dan di sambung terus ke projektor. Terlihat tubuh seseorang yang lengkap berpakaian melayu serba putih. Tetapi hanya belakang lelaki itu sahaja yang terlihat. Harith Haiqal sengaja duduk begitu. Dia belum bersedia untuk Athirah Ardilla mengenali siapa diri nya.

“Tak Dilla. Inilah hari bersejarah kau, tapi unik sikitlah sebab suami dan keluarga kau semua kat Malaysia. Kita je kat sini,” tersenyum Farah Madhihah menerangkan.

Macam manalah rupa paras suami aku ni. Semasa akad tadi hanya kedengaran suara sahaja. Athirah Ardilla tidak berani menatap wajah di skrin paparan putih dari projektor. Apabila ada sedikit kekuatan, hanya tubuh belakang lelaki itu sahaja yang kelihatan. Hhhmmmm. Dia menghela nafas panjang.
Sebulan sebelum ini, ketika bonda hendak mengirimkan gambar lelaki yang kini sudah sah bergelar suaminya dia berkeras tidak mahu. Sekarang dia pula tertanya-tanya siapakah lelaki yang melafazkan akad tadi.

Menerusi aplikasi skype, majlis akad nikah yang menjarakkan beberapa benua itu, dapat di jalankan dengan jayanya. Majlis pembatalan air sembahyang di lakukan oleh wakil kedutaan Malaysia. Manakala segala kelengkapan hantaran dan mas kahwin semua telah di atur oleh keluarga agkat dan keluarga suaminya. Nampak simple tetapi meriah.

Makeup dan andaman Athirah Ardilla pada hari itu adalah hasil tangan Farah Madhihah, sahabatnya sendiri. Manakala busana indah yang cantik tersarung pada tubuh badannyadalah kiriman dari ahli keluarganya. Benar kata bonda,dia tidak perlu buat apa-apa. Hanya perlu bersedia di hari bahagia ini sahaja.

Farah Madhihah menghulurkan laptop dan meletakkannya di atas riba Athirah Ardilla. Terlihat wajah ceria bonda, ayah, along dan angah di skrin.

“Tahniah Adik,” ucap Puan Sri Sarah sambil tersenyum bahagia.
“Tahniah Adik,” ucap along, ayah dan angah pula.

Athirah Ardilla mengukir senyuman bahagia. Benarlah ketika ini semuanya bukan mimpi. Dia lantas menunjukkan cincin yang cantik elok tersarung di jari manisnya ke arah kamera yang ada di laptop itu. tangannya itu di gerak-gerakkan sedikit.

“Waaaaahhhh..Cantik. Pandai Qal pilih,” ujar Puan Sri Sarah bahagia.

“Adik dah jadi isteri orang sekarang. Walaupun jarak memisahkan harap adik jaga batas di sana ye,” pesan Puan Sri Sarah lagi. Ayahnya dan adik beradik lelaki sudah menghilang. Melayan tetamu mungkin.

“Ye. Bonda, adik faham,” ujar Athirah Ardilla.

“Cantik make-up adik. Baju pun ngam-ngam ea. Macam barbie doll bonda tengok,”

“Ini....budak ni punya kerja. Hasil tangan dia lah bonda,” tubuh Farah Madhihah di tarik.

“Hai Auntie. Uncle mana? ,”sapa Farah Madhihah di skrin laptopnya.

"Uncle ada tadi. Ni dia dah pergi layan tetamu, "

“Pandainya Madi mekap. Auntie tak tahu pula yang Madi ni mak andam,” Puan Sri Sarah memuji.

“Sikit-sikit boleh lah auntie,” Farah Madhihah tersipu-sipu malu apabila dirinya dipuji.

“Auntie. Pengantin lelaki mana? Nak tengok juga. Borak-borak kat sini,” laju sahaja mulut Farah Madhihah bertanya.

“Aah laaa.. lupa pula auntie nak panggil. Sekejap ea. Tadi mereka ada kat sini,” ujar Puan Sri Sarah.

Terlihat matanya meliar mencari kelibat seseorang.

Dada Athirah Ardilla tiba-tiba berdegup kencang. Tidak tahu irama apa yang di mainkan. Jari jemari Farah Madhihah di sisinya di genggam.

“Wow.. sejuk beku jari-jemari kau ni Dilla,” Farah Madhihah mengusik Athirah Ardilla di sebelahnya.

Pada awalnya Athirah Ardilla ingin memarahi sahabatnya akibat mulut yang lancang bertanyakan tentang suaminya itu yang sah dinikahi sebentar tadi, namun niatnya itu di matikan. Dia juga ingin mengenali lelaki itu walaupun bibirnya kerap kali menidakkan.

Tidak berapa lama kemudian terlihat Puan Sri Sarah datang. Wajahnya sedikit di muramkan.

“Adik. Pengantin lelaki dan keluarganya dah balik. Mereka nak cepat. Ada urusan di luar katanya,” perlahan Puan Sri Sarah menerangkan.

Hhhhmmm. Ingatkan dapat lah tengok muka. Mmmmm tak ada rezeki kau lah Dilla. Gumam Athirah Ardilla di dalam hati.

“Adik okey tak,” terlihat wajah Athirah Ardilla sedikit berubah.

“Adik okey je. Baguslah tak dapat tengok. Takut nanti tak sabar nak balik Malaysia,” selorohnya sambil ketawa di buat-buat.

“Amboiii gatal…” bisik Farah Madhihah di sebelahnya. Puan Sri Sarah di depannya juga tersenyum bahagia.

“Itulah. Bonda nak kirim gambarnya, adik tak nak. Kan sekarang dah tertanya-tanya,”

“Tak apalah bonda. Satu hari nanti, kenal juga kan?”

“Satu hari nanti tu lama lagi lah sayang oiiii. Awak tu lagi 3 tahun kat sana,” ujar Puan Sri Sarah faham kedegilan anaknya yang seorang itu.

“Bonda betul ke adik nampak cantik,”

Terus sahaja Athirah Ardilla berdiri dan sedikit menjauh dari skrin laptopnya. Lalu badannya di pusingkan untuk memudahkan bondanya melihat tubuhnya yang cantik bepakaian baju lace serba putih itu.

“Ye sayang. Macam Barbie Doll dah bonda tengok,”

“Terima kasih bonda, atas semuanya,”
Athirah Ardilla merapati laptop kembali. Kesedihan datang menerjah kembali.

“Dah.. Dah.. Tak baik sedih. Nanti majlis besar kita buat lepas adik balik Malaysia ea,”

Faham apa yang di rasai anaknya itu.

“Tiga tahun bukannya lama, pejam celik-pejam celik dan 3 tahun,” Puan Sri Sarah memujuk anaknya
. “Mana ayah bonda? Tadi cakap sekejap je, lepastu lari dah,” tanya Athirah Ardilla sengaja mengubah topik.

“Ayah.. Along dan Angah tengah sibuk tu. Layan tetamu,” Ujar Puan Sri Sarah.

“Oooo. Ramai ke bonda yang datang?”

Bondanya terus sahaja memusingkan laptop untuk menunjukkan suasana di situ ketika majlis itu berlangsung. Ramai juga sanak-saudara yang rapat hadir di rumah bondanya.
Setelah beberapa detik, talian di matikan. Puan Sri Sarah memberi ruang untuk dia merehatkan diri.

“Dilla jom,” ajak Farah Madhihah.

“Nak pergi mana?” Athirah Ardilla sedikit bluurrr.

“Laaaa. Sesi photoshootlah. Outdoor photoshoot,” ucap Farah Madhihah lagi sambil tangan Athirah Ardilla di tarik.

“Eh.. Aku tak tahu pun. Bonda pun tak cakap apa-apa,” dalam pelik, dia ikut juga rentak kaki Farah Madhihah.

Sebenarnya, tanpa pengetahuan Athirah Ardilla, Harith Haiqal yang rancang semua ini. Hubungan persaudaraan antara Farah Madhihah dengan Harith Haiqal juga lelaki itu mohon gadis itu rahsiakan. Dia tidak mahu Athirah Ardilla mengenalinya dari bicara atau mulut orang lain.

Biarlah dia sendiri yang memperkenalkan dirinya di hadapan Athirah Ardilla kelak. Keputusan Harith Haiqal itu dipersetujui Farah Madhihah memandangkan Athirah Ardilla sendiri berkeras tidak mahu mengenali lelaki yang baru sahaja di nikahi itu.

“Alaaa. Ikut je lah. Bonda kau sajalah tu nak suprisekan kau,”
Sesi outdoor photoshoot itu hanya di lakukan di kawasan kampus Universiti Princenton.

Walaupun nampak biasa, tetapi jika teknik yang di gunakan betul, gambar yang di ambil pasti nampak ekslusif. Universiti Princenton bukanlah calang-calang universiti. Bangunan dan senibina yang ada di situ cantik dan unik.

Selesai sesi photoshoot itu, Farah Madhihah dan Athirah Ardlilla pulang ke asrama mereka. Barang-barang hantaran dan segala yang berkaitan telah pun di hantar ke asrama mereka itu, sebelum mereka keluar outdoor photoshoot.

“Madi. Tolong bukakan vale aku ni,”

“Okey. Mari sini. Nanti lepas gambar kau dah siap, diorang akan pos gambar kau tu ke Malaysia untuk di gabungkan dengan gambar husband kau. Diorang akan jadikan 1 album nanti,”

“Eeerrrmm..” balas Athirah Ardilla.

“Tu je. Kau macam tak berminat je,”

Satu persatu jarum peniti di cabut. Dia tahu, Athirah Ardilla pasti sedikit keliru dengan situasi yang dia lalui sekarang. Jika dia pun, pasti dia juga akan berperasaan yang sama. Menikahi lelaki yang tidak di kenali, kemudian akad nikah di lakukan dalam jarak jauh. Hanya skype, video call sahaja penghubung majlis tersebut. Nampak pelik, tetapi unik.

“Entahlah Madi, rasa macam mimpi. Lagi pun aku tak kenal pun lelaki tu, alih-alih dah jadi husband aku. Walaupun mulai saat ni kitorang PJJ,”

“Satu hari kau pasti kenal dia. Time tu kau jangan tak kenal pula yang dia tu suami kau,”

“Lama lagi aku nak fikir benda tu. 3 tahun. Bukan sekejap,”

“Terpulanglah kat kau Dilla. Hari tu bonda kau nak bagi gambar, no telefon husband kau tu, kau tolak. Sekarang kau lah rugi. Dia tu dah lah hensome. Badan sado, kau hado??” lincah Farah Madhihah berkata-kata tanpa dia sedari Athirah Ardilla memandangnya pelik.

“Kau kenal suami aku tu ke?”

“Ehh. Mana ada. Kan bonda ada cakap husband kau tu hansome, kau pun ada cerita kat aku hari tu kan. Apa yang bonda kau cakap. Aku teka je lah,” Farah Madhihah sudah mulai gelabah.

Hampir sahaja rahsianya pecah.

“Dah lah. Kau pergi lah mandi. Bersihkan diri. Aku pun nak pergi bersihkan badan,” laju sahaja kakinya melangkah sebelum dia terlepas cakap lagi.

Vale yang siap di cabut dari tudung Athirah Ardilla di letakkan di tepi.
Walaupun Athirah Ardilla berasa sedikit pelik. Dia malas fikir apa-apa. Yang dia tahu tubuh badannya tidak selesa, perlu di bersihkan segera.

3 bulan selepas majlis pernikahan.

“Dilla. Kau tak nak call husband kau ke? Tanya khabar dia ke?” tanya Farah Madhihah setelah mereka habis makan malam.

“Aahhh. Tak kuasa aku. Lagi pun no telefon dia mana aku ada,”

“Minta lah kat bonda kau. Mesti bonda kau ada no telefon husband kau tu,”

“Kau nak tengok movie apa malam ni?” Athirah Ardilla cuba menukar topik.

“Tengok lah kau, asal cakap tentang husband kau, mesti kau cuba mengelak,”

Sebenarnya Harith Haiqal kerap kali menghubungi Farah Madhihahl untuk mengetahui keadaan isterinya itu.

“Aku bukan mengelak lah Madi. Kau tahu tak. Sebagai lelaki sepatutnya dia yang hubungi aku dulu. Ni tak. Tak nak lah aku macam nampak terhegeh-hegeh kat dia,”

“Tak apalah nampak terhegeh-hegeh pun. Laki kau kot tu. Dah sah pun kan?” balas Farah Madhihah kurang senang.

“Aku sebenarnya, tak nak dia ganggu aku lah Madi. Aku ni dah lah tak pernah bercinta. Nanti kalau aku call husband aku tu, dengar suara dia macam romeo. Tak ke aku gila bayang nanti. Pelajaran entah ke mana. Siapa susah?,”

“Hherrrmmmm. Ikut kau lah Dilla. Berbuih mulut aku cakap pun, sikit pun kau tak nak dengar,”

Bukan setakat nombor telefon Athirah Ardilla tak nak, duit yang Harith Haiqal kirim setiap bulan juga dia tidak mahu. Duit yang di beri Harith Haiqal setiap bulan kepada Puan Sri Sarah untuk Athirah Ardilla, semua gadis itu tolak. Tidak faham apa yang ada di fikiran gadis itu.

Terpaksalah senyap-senyap, Harith Haiqal membuka satu akaun , kemudian di kirirm kad itu kepada Farah Madhihah. Dan segala duit nafkah setiap bulan di masukkan terus ke akaun tersebut.

Apabila Athirah Ardilla bertanya mana datangnya duit banyak-banyak untuk membeli segala keperluan gadis itu, Farah Madhihah terpaksa menipu bahawa duit itu dari simpanan perbelanjaan yang di kirim keluarganya.

Demi kau Athirah Ardilla. Nampak sahaja lembut tetapi hati kau keras. Padan lah muka Harith Haiqal dapat isteri macam Athirah Ardilla.

tq setia menunggu. MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience