Bab 4

Romance Completed 21516

Malam itu Athirah Ardilla merasa ada sedikit debaran di hatinya. Ya Allah permudahkan lah urusan hamba-mu yang kerdil ini. Arthirah Ardilla masih berteleku di hamparan sejadah. Lama dia berkeadaan sebegitu setelah selesai menunaikan solat Fardhu I’syak. Memohon sedikit kekuatan dari Yang Maha Kuasa Pemilik Hati. Jika benar jodoh yang di aturkan oleh keluargaku ini, benar milikku. Engkau permudahkanlah Ya Allah. Muka di raup perlahan. Dia bangun dari duduk antara dua sujudnya. Perlahan hamparan sejadah dilipat kemudian dia meletakkanya di dalam almari pakaiannya. Telekung tidak di tanggalkan. Dia berjalan terus menghala ke katil. Dia melabuhkan punggungnya di hujung katil. Telefon bimbit yang tidak jauh dari tempat duduknya di pandang sepi. Berkira-kira ingin menghubungi bondanya.

“Assalamualaikum bonda,” salam di beri setelah panggilan di hujung talian di sambut.
“Waalaikumsalam. Adik” lembut suara Puan Sri Sarah menjawab salam anak gadisnya.
“Adik sihat? Tengah buat apa tu,” sambungnya lagi sekadar berbasi-basi.
“Adik baru lepas solat I’syak. Alhamdulillah adik sihat. Bonda sihat? Ayah , Along, Angah sihat?” balasnya pula. Terasa sedikit kekok untuk memulakan bicara pada tujuan utama dia menelefon Puan Sri Sarah.
“Alhamdulillah kami kat sini semua sihat,” suara Puan Sri Sarah sedikit tenggelam timbul. Mungkin di sebabkan dia berada di halaman rumah kerana kedengaran bunyi bising motorsikal yang melintasi villa itu.
“Adik. Sekejap ye. Bonda masuk ke dalam rumah dulu. Kat luar ni bising pula pagi-pagi ni. Sekejap lagi bonda telefon ya. Adik jangan telefon bonda tau. Biar bonda yang hubungi adik,” talian di matikan.

Beberapa minit kemudian. Dada Athirah semakin rancak bergendang tidak diketahui rentaknya. Fuuhhhh!!! Hembusan nafas yang keras di lepaskan. Mengharapkan kegelisahannya hilang. Telefon di angkat setelah ianya berbunyi nyaring menandakan ada pemanggil di hujung talian.
“Adik. Sorry lambat sikit. Bonda pergi tandas tadi. Kemudian Ayah pula panggil, minta bonda pakaikan tali leher,” ada tawa kedengaran di situ. Dia sudah arif dengan sikap ayah angkatnya yang suka bonda sendiri mengikat tali lehernya sebelum dia keluar ke pejabat.
“Okey bonda. Tak adalah lama sangat. Adik pun tak ada buat apa-apa ni,” hujung kain telekungnya di pintal-pintal Athirah Ardilla. Gugup sebenarnya.
“Okey.Bonda dah sedia nak dengar keputusan adik,” suara Puan Sri Sarah tenang di hujung talian. Begitulah bonda angkatnya. Sentiasa tenang dan lemah-lembut tutur bicaranya. Hheeemmm.. Heeemmm.. Athirah Ardilla sedikit berdehem.
“Bonda. Adik nak sikit boleh?” tanya Athirah Ardilla. Bukan dia sengaja untuk melengahkan namun beberapa persoalan sentiasa bermain di mindanya sejak dua tiga bulan yang lepas. Sejak bondanya menyampaikan hajat sahabat baiknya.
“Mestilah boleh. Okey silakan. Mana yang bonda boleh jawab, bonda akan jawab, tapi andai soalan adik tu bonda tiada jawapan, adik jangan marah tau,” Puan Sri Sarah menjawab tenang. Ada tawa di situ.
Nasfas di hembus lembut. Telekung masih lagi tersarung di tubuhnya.
“Siapa nama anak Datin Nora tu? Berapa umur dia? Kerja apa? Dia pernah jumpa adik ke? A” tanya Athirah Ardilla laju dalam satu nafas.
“Sekejap. Sekejap. Banyaknya soalan. Satu-satulah sayangggggg,” pertanyaan Athirah Ardilla di pintas Puan Sri Sarah. Terkeluar juga tawanya.
“Okey pertanyaan pertama, nama anak Datin Nora tu Harith Haiqal Bin Datuk Kamal. Umur dia kalau bonda tak salah beza 10 tahun dari adik. Kiranya sebaya dengan Along,” giliran Puan Sri Sarah pula mengambil nafas. Athirah Ardilla hanya tekun mendengar di hujung talian.
“Bab pernah jumpa adik ataupun tidak itu bonda tak pasti. Sebab dia lama duduk kat luar negara dulu sebab Datuk Kamal hantar dia sambung study dekat Perht Australia,” panjang jawapan Puan Sri Sarah. Athirah Ardilla mengangguk kepala seperti bondanya ada di hadapannya, dapat melihat reaksinya ketika itu.
“Lagi…?” tanya Puan Sri Sarah. Dirasakan lama Athirah Ardilla berdiam diri.
“Errrrmmm. Dia bujang ke bonda? Atau dah kawin? Duda? Ada anak?” tanya Athirah Ardilla bertalu-talu. Pecah juga derai tawa Puan Sri Sarah. Athirah Ardilla hanya tersengeh. Salah ke pertanyaan aku tadi. Dahinya di kerutkan. Ye lah. Jika dia sebaya Along maknanya dia dah kawinlah kan. Along sekarang pun dah kawin dan mempunyai dua orang anak.
“Harith Haiqal tu bujang lagi adik. Bukan suami orang. Bukan juga tunang orang. Masih single and available,” balas Puan Sri Sarah diringi tawa. Soalan Athirah Ardilla sedikit di rasakan lucu. Aaaahhhh rindu benar dia dengan Athirah Ardilla.
“Apa yang bonda tau, dari cerita Datin Nora. Harith sendiri yang meminta Datin Nora bertanyakan adik. Maknanya adik dan dia pernah berjumpa lah kot kan. Datin Nora pelik juga. Lepas 10 tahun baru hati Harith Haiqal tu terbuka untuk mendirikan rumah tangga. Sebelum-sebelum ni, asal di tanya tetang kawin, soal jodoh pasti Harith Haiqal tu mengelak,” sambung Puan Sri Sarah lagi.
“Adik nak tengok gambar Harith Haiqal? Nanti bonda send dekat whatsapp ea. Bonda yakin lepas adik tengok pasti adik cair,” kata Puan Sri Sarah bersungguh-sungguh. Dia ingin meyakinkan anak perempuannya itu dengan pilihannya.
“Eh. Tak apalah bonda. Adik yakin. Pilihan bonda yang terbaik. Jika baik bagi bonda, Insha-Allah baik juga bagi adik,” Athirah Ardilla berkata lembut.
“Alhamdulillah. Maknanya adik terimalah ya?” terdengar suara Puan Sri Sarah sedikit girang. Bertakung air mata di tubir matanya. Doanya di makbulkan. Dia bersyukur Allah telah menganugerahkan dia anak perempuan sebaik Athirah Ardilla. Jika anaknya itu ada di hadapannya ketika ini, pasti tubuh badan anaknya itu berada di dalam pelukannya sekarang. Perlahan Air mata yang hampir jatuh, di seka dengan hujung jari.
“Bonda dah boleh mula buat persiapan ni. Sekejap nanti bonda nak telefon Datin Nora untuk bagitahu berita gembira ini,” ujar Puan Sri Sarah lagi.
“Mula buat persiapan? Maksud bonda?” tanya Athirah Ardilla pelik.
“Ya Allah. Bonda lupa nak beritahu. Keluarga Datin Nora ada beritahu bonda tempoh hari. Dia cakap seandainya adik setuju majlis ni akan berlangsung lagi sebulan,” kata Puan Sri Sarah satu persatu supaya di dengari Athirah dengan jelas.

“Haaaaa???? Lagi sebulan. Awalnya bonda. Sempat ke bonda adik nak balik sana?” soal Athirah Ardilla dengan nada terkejut.
“Adik jangan risau. Adik tak perlu balik ke Malaysia. Segala urusan nanti kedutaan kita di sana akan uruskan. Adik hanya perlu persiapkan diri je. Yang lain keluarga kita dan keluarga Datin Nora akan uruskan,” lembut suara Puan Sri Sarah menerangkan.

“Harith Haiqal tahu ke mengenai perkara ni bonda?” akhirnya, nama lelaki tersebut keluar juga dari bibir mungil Athirah Ardilla.
“Mestilah dia tahu, ni semua cadangan dari dia,” jawab Puan Sri Sarah perlahan. Senyuman terukir di bibirnya. Pada mulanya dia juga terkejut dengan cadangan Harith Haiqal, namun akhirnya dia bersetuju memandangkan umur Harith Haiqal yang semakin meningkat. Lagi pula Athirah Ardilla masih lama lagi di luar negara untuk sambung pelajarannya. Athirah Ardilla terasa ingin pitam mendengar pengakuan Puan Sri Sarah. Peluh jantan sudah keluar membasahi dahinya.

“Sebenanrnya, bonda merasa bertuah sangat sebab Harith Haiqal memilih adik sebagai suri hati dia……” kata-kata Puan Sri Sarah di biarkan sepi. Fikirannya kosong ketika ini. Benarkah pilihan yang di buat? Teringat kembali mimpi dia. Dalam mimpinya itu, ibunya menyuruh dia menerima lelaki itu. Adakah ini yang di maksudkan mimpi itu?
Athirah Ardilla memejam matanya. Dahinya di picit-picit. Bukan dia merasa sakit di bahgian itu, tetapi dia rakan fikirannya benar-benar kosong.
“Adik…Adik dengar tak?” soal Puan Sri Sarah di hujung talian. Dia merasa Athirah Ardilla sepi di hujung talian.

Menyedari bondanya masih di talian, dia kembali semula ke alam realiti. Pipi di cubit. Sekadar untuk dia menyedari apa yang berlaku adalah sesuatu yang realiti bukannya mimpi. Oooucchhhh!!! Dia menjerit kecil.
Puan Sri sarah di hujung talian merasa sedikit pelik dengan bunyi yang baru di dengari.
“Adik.. Bunyi apa tu?” soal Puan Seri Sarah risau.
“Errrr. Tak ada apa-apa bonda,” Athirah Ardilla menjawab perlahan.
“So. Macam mana,” soal Puan Sri Sarah.
Soalan Puan Sri Sarah di rasakan pelik. Hhhaaaaa?? Macam mana apa? Soalnya di dalam hati. Itulah kau, tak fokus. Dia mengutuk dirinya sendiri kerana sibuk melayan perasaan.
“A..aaa..apa dia bonda,” matanya di kenyitkan sedikit. Kepala yang tidak gatal di garu. Harap bondanya tidak marah kerana dia tidak memberi perhtian setiap kata-kata bondanya.
“Bertuah punya budak. Adik tak dengar apa yang bonda cakap dari tadi?” sedikit suara di keraskan. Dia benar-benar serius namun anaknya itu seperti main-main.

“Bonda tanya, adik nak nombor telefon Harith Haiqal tak? Mana tau sebelum nikah ni ada perkara yang adik dan Harith Haiqal nak berbincang berdua,” Puan Sri Sarah mengulang ayatnya. Kali ini dia bercakap satu-satu dan nadanya juga tidak lembut seperti tadi. Ada ketegasan di situ.
“Eeerrrr…tak perlu lah bonda. Bonda uruskan lah semua. Adik yakin dengan bonda,” sebenarnya dia mahu mengelak diri. Dia belum bersedia untuk mengenali lelaki itu walaupun tarikh pernikahannya hanya beberapa hari sahaja lagi.
“Nanti bonda dan family Harith Haiqal datang sini ke untuk majlis pernikahan tu nanti?” soal Athirah Ardilla kurang faham dengan perancangan yang di atur familynya. Jika dia tidak perlu pulang ke Malaysia, ini bermakna keluarganya dan keluarga Datin Nora perlu ke mari untuk majlis itu nanti. Itu apa yang di fikirkan. Namun berlainan pula jawapan Puan Sri Sarah.
“Tidak….aa” sebelum ayatnya di habiskan Athirah Ardilla sudah terlebih dahulu memotong .
“Ha??? Habis tu macam mana,” ujarnya sedikit bluuurrr. Tidak faham.
“Dengarlah dulu. Biar bonda habis cakap dulu. Suka betul potong cakap bonda ye,” geram dengan sikap Athirah Ardilla yang kurang sabar itu.

“Sekarangkan teknologikan dah canggih. Tidak ada siapa yang perlu ke sana, atau ke mari. Majlis itu akan di buat secara live ataupun secara video call memandangkan adik masih ada 3 tahun untuk habiskan pengajian. Harith Haiqal tidak mahu pengajian adik kat sana terganggu. Buat yang wajib dahulu. Nanti adik dah pulang ke Malaysia kita rancang untuk majlis besarnya pula ye. Majlis akad nikah tu nanti di buat secara tertutup. Hanya ahli keluarga yang penting sahaja terlibat. Okey faham?” panjang lebar Puan Sri Sarah menjelaskan satu persatu agar anaknya itu faham dan tiada lagi soalan ulangan. Athirah Ardilla hanya mengangguk tanda faham.

“Okey bonda harap adik jelas. Adik jangan risau. Setakat yang bonda kenal Harith Haiqal tu, dia memang anak yang baik. Mendengar kata orang tuanya. Bagi bonda, dia calon yang terbaik untuk di jadikan calon suami. Kewangan di juga kukuh. Muka hensome. Rugi kalau adik tolak,” ujar Puan Sri Sarah. Faham dengan kerisauan anaknya itu apabila bakal di jodohkan dengan orang yang tidak di kenali.

Setelah bersetuju dengan beberapa perkara, talian di matikan. Bondanya tidak sabar untuk memberitahu perkara gembira itu kepada keluarga Datin Nora dan Datuk Kamal.
Suasana di rasakan sunyi setelah talian di matikan. Athirah Ardilla termenung seketika. Wajahnya di tekup dengan kain telekung yang masih tersarung. Tiba-tiba… Ya Farah Madhihah. Jam di dinding di pandang sekilas. Pukul 12.15 tengah malam. Lama juga dia berbual dengan bondanya tadi.

Langkah kakinya di ataurkan menuju bilik sebelah yang di diami Farah Madhihah. Berharap sahabatnya masih lagi berjaga. Kebiasaan jika cuti mereka akan tidur lambat.
Pintu bilik sahabatnya itu di ketuk. Lama. Tiada balasan. Di ketuk sekali lagi. Dan dia mendengar ada derap kaki menghampiri pintu.

“Aaaaarggghhhhhh!!!! Hantu!!!” jerit Farah Madhihah setelah pintu biliknya di buka. Mendengar sahaja perkataan hantu keluar dari mulut rakannya itu, Athirah Ardilla juga terkejut dan dia melompat masuk ke dalam bilik Farah Madhihah.

Sahabatnya itu sedang menutup mata sambil mencangkung, Athirah Ardilla pula memberanikan diri untuk melihat sekeliling, jika benar apa yang Farah Madhihah katakan.
Pandangannya berhenti pada cermin meja solek milik Farah Madhihah. Dia juga turut terkejut. Lantas dia beristighfar dan di urut dadanya. Dia tidak sedar yang dirinya masih lagi bertelekung sewaktu ke bilik gadis itu.
Pandangan matanya di jatuhkan ke arah Farah Madhihah yang masih mencangkung. Derai tawanya pecah akhirnya. Farah Mdhihah yang masih mencangkung pelik. Perlahan wajahnya di angkat untuk melihat pemilik suara di hadapannya. Dia yakin itu suara milik Athirah Ardilla. Athirah Ardilla masih lagi ketawa besar sambil menekan-nekan perutnya. Air mata yang terbit akibat terlalu asyik ketawa di sapu menggunakan kain telekungnya.

“Celaka kau Dilla! Aku ingat hantulah tadi. Kau pe hal datang bilik aku macam ni,” tubuh Athirah Ardilla di terkam. Athirah Ardilla tidak sempat mengelak serangan dari Farah Madhihah. Tubuh mereka jatuh di atas lantai. Nasib baik lantai bilik sahabatnya itu di alas dengan karpet berbulu tebal. Tidaklah sakit jika mereka jatuh sebegitu.
Kedua mereka akhirnya terbaring secara terlentang menghadap syiling. Terhembur ketawa masing-masing menyedari kelakuan mereka sepeti anak-anak sekolah tadika.
“Sebulan lagi aku nak kawin,” perlahan sahaja suara yang keluar dari mulut Athirah Ardilla namun masih lagi dapat di dengari Farah Madhihah. Athirah Ardilla sedar tujuan sebenar dia ke bilik milik sahabatnya itu.
Seakan ada satu renjatan elektrik, Farah Madhihah tersentak dengan apa yang keluar dari mulut sahabtnya itu.

“Haaaa?? Kau dah nak kawin lagi sebulan? Biar betikkk,” kata Farah Madhihah. Badannya mengiring ke kanan menghadap Athirah Ardilla yang masih terbaring. Terlihat kepala Athirah Ardilla sedikit di anggukan. Tangan kanan gadis itu berada di dahinya, manakala tangan kiri di atas perut . kakinya di silangkan. Tak nampak macam orang tengah sedih pun. Getus hati Farah Madhihah.
“Hurrmmm. Ini semua angkara Harith Haiqal tu lah. Dah gatal sangat. Tak pasal-pasal kene kawin awal. Muda-muda tak nak kawin. Dah tua baru gatal nak kawin. Lepastu nak cepat pula tu,” tidak pasal-pasal Farah Madhihah menjadi tempat untuk dia meluahkan rasa geram di hatinya.
Wajah Farah Madhihah sedikit di kerutkan. Harith Haiqal?? Siapa pula lelaki tu. Tak pernah dia dengar mana-mana nama lelaki yang keluar dari bibir mungil gadis itu. Nama Fareed, lelaki yang terkejar-kejar dirinya juga tidak pernah dia sebut. Siapa Harith Haiqal? Bluuurrr pula di tiba-tiba. Dan tiba-tiba……

“Oooooo.. Bakal suami kau tu nama dia Harith Haiqal ke?” mindanya mula beroperasi.
“Ye lah. Habis tu tak kan nama anak jiran sebelah rumah bonda aku pula,” balas Athirah Ardilla sedikit lemah. Dia tidak tahu sama ada dia perlu suka atau pun sedih.
“Sedap nama dia. Harith Haiqal… mesti hensome kan. Mana gambar. Aku nak tengok,” ujar Farah Madhihah tidak sabar.
“Isssshhh kau ni. Gatal ea. Aku tengah sedih ni. Eh tak. Hermmm. Entah. Aku tak tau nak sedih ke. Suka ke,” balas Athirah Ardilla sedikit bingung.
Farah Madhihah membaringkan semula badannya di sebelah Athirah Ardilla. Seperti gadis itu, kakinya turut di silangkan. Tangan kanannya di perut manakala tangan kirinya di dahi.
“Nanti kau kena balik Malaysia lah kan. Oder sekali tiket untuk aku. Aku tak nak nak duduk rumah ni sorang-sorang. Dapat juga aku tengok kau nikah nanti,” Farah Madhihah sudah menyimpan angan-angan.
“Itu yang aku fikir. Tapi tak. Majlis tu akan di adakan di sini,” balas Athirah Ardilla perlahan.
“Oooo. Family kau ngan diorang datang sini ea?? Waaahhh seronoknya,” ujar Farah Madhihah girang. Tak sabar rasanya. Dia pula terlebih excited.
“Tak juga…..” balas Athirah Ardilla pendek.
“Eh kau ni. Itu tak. Ini tak. Mana yang betul ni,” getus Farah Madhihah geram. Geram dengan sahabatnya itu yang hanya membalas sepatah-sepatah. Dia kemudian duduk bersila menghadap Athirah Ardilla yang masih lagi terbaring. Kedudukannya masih lagi seperti tadi. Tidak sedikit pun berubah.
Tiba-tiba Athirah Ardilla bangun dari pembaringan. Duduk bersila menghadap sahabatnya itu. Tangan kedua sahabatnya itu di sentuh.
“Madi. Kau tampar pipi aku,” pinta Athirah Ardilla.
“Kau biar betul. Serius nak aku tampar kau?” tanya Farah Madhihah kembali. Dia rasakan sahabatnya itu hanya bergurau.
“Ye.Tamparlah cepat….” Belum sempat dia habiskan kata-katanya. Pppaaaapppp. Satu tamparan hinggap di pipi kanannya. Terkejut dia seketika. Di pandang Farah Madhihah tajam.
“Janganlah tengok aku macam tu. Kau yang minta. Aku buat je,” ujar Farah Madhihah. Takut dia melihat mata tajam milik Athirah Ardilla tajam merenungnya.
“Aku tak mimpi,” balas Athirah Ardilla.
“Sakitttt dooohhh kau tampar aku. Kau balas dendam ke apa ni?” sambungnya lagi. Dia menggosok-gosok pipinya yang menjadi sasaran jemari halus Farah Madhihah. Hehehehe Farah Madhihah menyeringai.
“Cepatlah cerita. Apa yang berlaku sebenarnya. Bonda kau cakap apa tadi,” ujar Farah Madhihah tidak sabar.

Athirah Ardilla menarik nafas panjang. Kemudian nafasnya itu di lepaskan perlahan. Dia mula bercerita semua dari A sampai Z kepada Farah Madhihah. Farah Madhihah pula hanya senyap dan tekun mendengar cerita sahabatnya itu. Dia benar-benar sahabat yang baik. Dia ada ketika susah. Dia juga ada ketika senang. Dia tidak menjauh ketika sahabatnya itu sedih. Bak kata pepatah. Cubit peha kiri, peha kanan pasti terasa. Begitulah keakraban hubungan persahabatan mereka berdua.

Malam itu Athirah Ardiulla tidur di temani Farah Madhihah di bilik gadis itu. Lena tidurnya setelah semua perkara di ceritakan kepada sahabatnya itu. Terasa sedikit kurang sedikit beban di kepalanya.

Jika karya saya menambat hati anda, jangan lupa bagi star dan komen ye. Harap anda terus menyokong saya. nantikan new chapter. ikhlas - MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience