Bab 34

Romance Completed 21516

Bab 34

Tokk!.. Tokkk!.. Tok!!

Bunyi pintu di ketuk dari luar.
Dahi dikerutkan sedikit. Tidurnya sedikit terganggu.

"Tuan Harith..." terdengar namanya dipanggil.

"Ye... Ye.. kenapa bik?" Jeritnya. Dia tidak sedar bila masa dia tertidur.

Niatnya hanya ingin baring-baring di dalam bilik sambil tunggu keluarga mertuanya tiba.

"Itu... Tan Sri dan Puan Sri udah sampe. Mereka sedang tunggu di bawah," jerit Tanti, pembantu rumah mamanya dari luar.

"Okey. Tq bik. Sekejap lagi saya turun," ujarnya.

Dia bingkas bangun dan menuju ke tandas.

Lima belas minit kemudian.

Dia perlahan menuruni anak tangga.

"Haaa.. Harith. Come" Datuk Kamal menyapanya.

Tiada lagi wajah garang. Yang terlihat hanya senyuman di bibirnya. Mungkin sekadar memaniskan muka di hadapan besannya.

"Ayah.. Bonda," dia menyalami kedua mertuanya.

Sofa disebelah papanya di hampiri. Punggung di labuhkan. Satu persatu wajah di hadapan di pandang. Sebelah kirinya ada papa dan mamanya, di sebelah kanan pula ada ayah dan bonda Athirah Ardilla.

"Apa dah jadi ni Qal," lirih sahaja suara Puan Sri Sarah.

Tan Sri Affendi di sisinya, memaut lembut bahu isterinya. Cuba untuk menenangkannya.
Walaupun wajah itu nampak tenang, namun dia tahu wanita itu sedang menahan tangisan. Tisu yang berada di dalam genggaman wanita itu diperhatikan.

Hmmmm. Dia menarik nafas perlahan dan menghembusnya.

Maknanya, papanya belum lagi cerita apa-apa pada mereka. Papanya benar-benar maksudkan. Dia ingin Harith Haiqal sendiri bercerita.

"Maafkan Qal ayah.. bonda," Harith Haiqal tidak tahu mahu mula dari mana.

" Apa yang terjadi sebenarnya? Mana adik? Kenapa dia lari dari Qal? Apa yang Qal dah buat padanya," bertalu-talu pertanyaan keluar dari mulut bondanya.

Tidak tahan dengan sikap Harith Haiqal yang yang hanya mengeluarkan ayat sepatah-sepatah.

Tan Sri Affendi di sisi hanya senyap. Mungkin itulah cara orang lelaki. Banyak bertenang.

Sebaik menerima panggilan dari Datuk Kamal, terus sahaja Tan Sri Affendi dan Puan Sri Sarah bergegas terbang ke Penang. Sudah sebulan Athirah Ardilla menghilangkan diri, baru kini mereka di beritahu. Betapa luluh hatinya. Mana ada ibu yang tidak risau bila diberitahu berita sebegitu.

"Qal akui. Ini semua salah Qal. Qal yang banyak berahsia," dia menarik nafas dalam-dalam.

Mungkin inilah masanya. Satu persatu wajah di hadapannya di pandang tenang.

"Malam tu..." Terimbas kembali detik-detik malam kejadian. Satu persatu di ceritakan. Tiada satu pun terselindung.

"Qal memang betul-betul tak ingat. Kalaulah malam tu bukan Qal yang memandu," Harith Haiqal menunduk memandang lantai.

"Saya pun ada salah juga abang, kak. Lepas saya dapat tahu berita tu, terus saja saya hantar Qal belajar di US. Dan kes langgar lari tu saya selesaikan di luar mahkamah," Datuk Kamal pula menyampuk.

"Tapi tak tahu pula dalam diam Qal siasat latar belakang keluarga arwah," sambungnya.

"Mula-mula saya pun tak tau. Sampailah dia sendiri beritahu kami dan cakap ingin bertanggujawab atas apa yang dia dah lakukan,"

"Kami pun tidak membantah. Itu yang sepatutnya dia dan kami lakukan dari dulu. Dan sekarang Dilla dah tahu kebenaran. Itu sebab dia lari,"

Puan Sri Sarah sudah tersedu-sedan mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Harith Haiqal dan Datuk Kamal.

"Adik tu kuat orangnya. Saya yakin dia takkan buat perkara yang bukan-bukan. Cuma kena beri dia masa. Dan Qal. Qal tahukan adik sayang sangat-sangat dekat Qal. Bonda pasti, lepas dia dengar cerita sebenar. Dia dapat memaafkan Qal. Adik bukan seorang pedendam. Percayalah tu. Cuma beri dia masa," Puan Sri Sarah bertutur lembut.

Dalam hal sebegini, sebaiknya jangan menggunakan emosi. Bertindak mengikut akal yang waras. Itulah yang sering suaminya, Tan Sri Affendi pesan dan ingatkan padanya.

Tan Sri Affendi dan Puan Sri Sarah sudah sedia maklum di mana Athirah Ardilla berada. Cuma dia perlu merahsiakan dari pengetahuan Harith Haiqal. Itu permintaan Datuk Kamal dan Datin Nora. Biarlah Harith Haiqal selesaikan sendiri masalah rumah tanggannya. Dia bukan kanak-kanak lagi, yang sentiasa perlu di beri tunjuk ajar.

*****

Malam itu Harith Haiqal pulang ke rumahnya seperti biasa. Dia tidak betah duduk di rumah keluarganya memandangkan keluarga mertuanya ada di situ. Biarlah kedua-dua orang tua serta mertuanya meluangkan masa bersama.

Pasti ada banyak perkara yang mereka ingin bincangkan memandangkan keduanya jarang bersua-muka.

Bagi Harith Haiqal pula, selain untuk memberi kedua orang tuanya ruang. Dia juga risau jika tiba-tiba Athirah Ardilla pulang, dia tiada di rumah. Pasti isterinya itu kecewa.

Tingg!

Menandakan ada satu mesej masuk.

Pesanan dari My Love? Terbuntang biji mata Harith Haiqal. Perlahan air jernih turun satu persatu. Ya Allah! Aku tak bermimpikan?? Mesej di terima dari Athirah Ardilla. Tidak terkata betapa gembiranya dia ketika itu. Tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya.

Dia tahu, sejak dua tiga hari lepas. Semua pesanan darinya sudah di bluetick. Ini bermakna Athirah Ardilla sudah pun mengaktifkan semula telefon bimbitnya. Namun apa yang pelik, setiap kali dia cuba menghubungi nombor Athirah Ardilla, tidak pernah berangkat. Malah panggilan seperti sengaja dibiarkan. Bila dia lihat pada aplikasi WhatsApp, Athirah Ardilla aktif dan online. Sedikit pelik di situ.

Telefon bimbit di ambil. Pesanan dibuka.

My Love : Abang apa khabar? Rindu kat sayang tak? Kalau abang masih cintakan sayang, sila datang ke (lokasi di beri).

Hotel Rasa Sayang?? Harith Haiqal mengerutkan dahinya. Ini hotel bajet. Nombor di dail. Namun seperti biasa panggilan sengaja di biarkan.
Hmmmm.. dia mengeluh. Kemudian dia menuruni anak tangga. Kunci kereta di capai.

*****

Natilia menjeling tajam. Telefon yang sedari tadi berbunyi, minta di angkat di biarkan.

Huh! Kau memang tak pernah putus asa kan? Dengan aku, tak pernah pun kau macam ni. Tak apa. Malam ni, kau tahulah nasib kau. Kau akan jadi hak aku!

Jerat hampir mengena. Dia sudah membuat rancangan. Dan dia pasti, racangannya kali ini tidak akan gagal. Malah dia yakin, Harith Haiqal akan mengahwininya. Dia menyanyi riang.

Dia mengambil telefon bimbit milik Athirah Ardilla dan meletakkanya di hujung katil. Kemudian dia tersenyum. Pintu bilik sengaja di biarkan terbuka sedikit.

Langkahnya kemudian di atur memasuki bilik air. Tubuhnya perlu di segarkan terlebih dahulu..
Dia memandang wajahnya di dalam cermin bilik air.

"Qal.. I tunggu you. You jangan lambat tau.." seperti bercakap dengan Harith Haiqal .

Satu persatu pakaian ditanggalkan. Kini tubuhnya berbogel tanpa seurat benang. Air pancut dibuka. Perlahan dia membasahkan kepalanya kemudian seluruh tubuhnya terkena pancuran air.

Sedang seronok mandi, dia terdengar pintu bilik ditolak dari luar. Dia tersenyum lebar. Mangsa dah masuk jerat! Telefon bimbitnya yang ada di sinki di ambil. Satu pesanan mesej dihantar. Dan tak berapa lama bluetik menandakan pembacanya sudah terima dan mesej tersebut sudah di baca. Yes!

"Sayang..." Harith Haiqal memanggil isterinya.

Terdengar bunyi pancuran air di dalam bilik air. Dia tersenyum. Pasti isterinya sedang mandi.
Dia masuk ke dalam bilik hotel tersebut. Langkahnya di atur menuju ke katil. Dia ternampak telefon bimbit milik isterinya dihujung katil. Masakan dia lupa telefon bimbit itu kerana dia yang menghadiahkan telefon tersebut kepada isterinya.

Telefon bimbit di ambil dan dibuka.

Natilia perlahan membuka pintu tandas dengan berhati-hati. Dia tidak mahu mangsa tersedar dan lari. Langkah di atur perlahan-lahan. Tuala di tangan, dibalut kemas ke tubuhnya yang sedang berbogel.

Perlahan. Dan semakin hampir. Harith Haiqal tidak sedar akan dirinya, kerana dia berdiri membelakangi pintu bilik air. Setelah benar-benar rapat, tubuh sasa itu dipeluk dari belakang. Harith Haiqal terkejut. Hampir sahaja telefon di tanggannya terlepas.

Dan tiba-tiba pintu bilik di rempuh dari luar.

"Maaf! Astaghfirullah alazim," mereka beristifar dan memalingkan wajah ke arah bertentangan.
Harith Haiqal juga terkejut lantas memusingkan tubuhnya. Tangan yang elok memeluknya dari belakang ditolak.

"Nat! Apa semua ni?!"sebaik tubuhnya dipusingkan, alangkah terkejutnya melihat tubuh separuh berbogel Natilia di sisinya.

"Cik! Kami beri masa lima minit untuk cik pakai pakaian cik." Salah seorang lelaki yang merempuh bilik hotel bersuara. Natilia pura-pura cemas, kemudian mengambil pakaiannya di dalam tandas dan memakainya.

"Kami dari Jabatan Agama Islam. Dan kami telah terima aduan, yang di dalam bilik hotel ini terdapat pasangan yang belum bernikah duduk berdua-duan hingga menimbulkan fitnah,"

Tiba-tiba beberapa wartawan datang mengambil gambar mereka. Natilia menyorokkan senyumannya. Misinya kali ini berjaya. Harith Haiqal! Kau dah tak boleh lari! Bisiknya di dalam hati.

Harith Haiqal memandang wajah Natilia geram. Panas hatinya. Dia yakin, ini pasti kerja wanita itu. Tangannya digenggam.

"Beri laluan. Beri laluan," tiba-tiba terdengar suara sesorang dari luar. Dan bersamanya ada beberapa orang angggota polis.

"Maaf encik. Ini semua salah faham. Kami sebenarnya memasang perangkap untuk menangkap penjenayah yang paling dikehendaki atas tuduhan membunuh," Fareed berkata kepada pegawai-pegawai jabatan agama Islam tersebut.

Mereka semua mengangguk tanda faham atas segala penjelasan yang di berikan Fareed.

Kemudian mereka memohon maaf sekali lagi dan berlalu pergi. Natilia di sisi Harith Haiqal sudah kebingungan. Ini bukan seperti yang aku rancang.

Arrrrghhhhh! Dia menjerit sekuat hati. Apa semua ni?? Fareed! Kau buat apa ha?? Kau dah rosakkan plan aku!! Dia jerit macam orang gila.

"Sorry kak. Saya terpaksa buat semua ni. Supaya kakak sedar."

"Tuan boleh teruskan," Fareed menoleh kearah pegawai yang ada di sebelah kanannya.

"Okey yang lain boleh bersurai ye. Biar pihak berkuasa ambil alih kes ni. Tolong beri kerjasama," pegawai yang lain mula melakukan tugas masing-masing. Para wartawan semua dipaksa bersurai dan dilarang mengambil apa jua keterangan dan gambar.

"Cik Natilia binti Zubir. Kami terpaksa menahan anda atas tuduhan membunuh ibubapa anda beberapa tahun lepas,"

Natilia terkejut dengan apa yang di dengar. Bukan aku! Bukan akulah yang bunuh!

"Koperal. Tangkap dia," arah pegawai polis tersebut.

"Bukan aku lah!!!" Natilia menjerit sekuat hati apabila beberapa orang pegawai polis menghampirinya.

"Qal.. tolong I Qal. Bukan I. I tak buat semua tu. You kenal I kan," dia cuba meraih simpati Harith Haiqal.

Harith Haiqal pula seperti orang yang baru sedar dari mimpi. Masih bingung dengan apa yang telah berlaku.

haiii.. support guys.. dah hujung-hujung episod ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience