Bab 9

Romance Completed 21516

**3 tahun kemudian

Hari yang di nanti-nanti telah tiba. Saatnya Athirah Ardilla, Farah Madhihah dan beberapa penuntut yang ada di universiti tersebut pulang ke negara masing-masing.

Kelihatan dua susuk tubuh gadis jelita menolak bagasi menuju ke balai menunggu. Itulah Athirah Ardilla dan Farah Madhihah.

“Punah semua harapan bersama
Sekira kau larut dalam hati
Aku menanti bayangmu kini
Andai engkau nyata dalam mimpi
Kurasa resah bila kau tiada
Hadirmu mengubah sejuta rasa pedih

Yang memilih aku adalah dirimu
Jika benar itu jangan khianati
Berjanji padaku, percaya selalu
Biarkan semua mereka berkata
Asal jangan pernah engkau khianati
Berjanji padaku, percaya selalu”

Lagu yang acap kali di putar Athirah Ardilla sewaktu dirinya berada di dalm perut pesawat.
Lagu yang benar-benar buat hatinya tersentuh. Jangan Khianati Aku – Azlan and The Type Writer.

“Yang memilih aku. Adalah dirimu…” part yang sering di ulang-ulang oleh Athirah Ardilla.

Sepanjang 3 tahun bergelar isteri kepada Harith Haiqal, sepanjang itulah hatinya di bekukan dari menghubungi lelaki yang sudah pun sah bergelar suaminya itu. Baginya biarlah takdir yang mnentukan segala. Jika benar Harith Haiqal jodohnya, pasti lelaki itu akan datang mencarinya. Dia pun kini telah pulang ke tanah air tercinta.

“Alhamdulillah. Sampai juga kita akhirnya. Tidak banyak yang berubah,” luah Farah Madhihah sewaktu mereka tiba di balai menunggu.

Kata-kata Farah Madhihah membuatkan dirinya kembali ke alam nyata.

“Manalah mama dengan papa aku ni. Takkan tak sampai lagi. Tak sabar ni nak jumpa mereka,"

Athirah Ardilla yang sepi di sisinya di kerling.

“Oiiii. Kau dah kenapa senyap je dari tadi,” lengan gadis itu di siku.

“Tak ada apa-apalah Madi. Cuma nanti kita dah jauhlah Madi kan. Aku mesti rindu kat kau,” luah Athirah Ardilla.

“Kau rindu aku ke kau rindu suami kau,”
Kening di gerak-gerakkan.

“Dah 3 tahun Madi. Bukan setakat panggilan, mesej pun aku tak pernah terima,”

“Siapa yang minta macam tu? Bukan kau ke yang beria dulu tak nak kenal dengan dia. Alasan akan ganggu pelajaran kau kan?”

“Ye. Aku ingat Madi,”

“Sekarang kita dah habis study, kita pun dah ada kat Malaysia. Kau tak nak ke jejak dia?”

Farah Madhihah mengharapkan sahabatnya itu melembutkan hatinya dan membuka sedikit ruang di hatinya untuk Harith Haiqal. Tanpa pengetahuan Athirah Ardilla, Harith Haiqal setia menunggu.

“Nantilah aku fikir. Sekarang masa untuk rest. Lepastu cari kerja. Yang lain nantilah aku fikir,”

Hhhhmmmmm. Terdengar nafas Farah Madhihah di lepaskan keras.

“Ikut kau lah Dilla. Malas dah aku nak nasihat kau. Buat aku geram je,” luah Farah Madhihah yang tidak faham kekerasan hati Athirah Ardilla.

“Haaaa. Tu mama dengan papa aku dah sampai,” ucap Farah Madhihah girang.

Tangannya di lambai-lambai ke arah kenderaan yang memasuki balai menunggu itu.

“Mama..Papa..” tubuh wanita yang anggun keluar dari kenderaan di peluk Farah Madihah.

“Ma..Pa.. kenalkan Athirah Ardilla. Sahabat baby semasa di US,”
Tangan di hulur ke arah Datin Rodziah, namun tubuhnya pula di raih lalu di peluk. Nyaman dengan bau haruman yang terbit dari tubuh wanita di dalam dakapannya ini.

“Ini ke Athirah Ardilla yang selalu baby cerita tu?”

Pelukan di leraikan. Pipinya pula menjadi sasaran. Cantik. Tinggi lampai. Macam berdiri sebelah model pula mama rasa.

“Kaannnn,” ujar Farah Madhihah pula. Lengan Athirah Ardilla pula di pegang gadis itu.

“Assalamualaikum,” ujar satu suara garau dari belakang. Semua mata tertumpu pada pemilik suara tersebut.

“Waalaikumsalam,” serentak salam di jawab.
Semua mata bagai terpegun pada susuk tubuh yang ada di hadapan mereka.

“Mak Long. Pak Long,” sambil tangan di hulur.

“Qal? Suami Athirah Ardilla?” laju sahaja soalan keluar dari mulut Datin Rodziah.

Namun senyuman sudah lama terukir di bibir Farah Ardilla.

Terdengar sahaja perkataan suami Athirah Ardilla, seperti mahu gugur jantungnya. Suami aku ke ni? Hensome gila. Badan sado macam Zul Ariffin. Putih. Tinggi lampai. Pandangannya tak berkedip.

“Hensomekan laki kau? Rugi kau tak kenal dia 3 tahun lepas,” Farah Madhihah berbisik.

“Tutup mulut kau tu Dilla,” ketawa pula kedengaran.

Pipinya terasa tebal. Mesti menahan malu.

“Nak jemput isteri ea?” tanya Datuk Azamuddin pula di sisi isterinya.

“Ye Pak Long,” jawabnya sepatah. Kepalanya di angguk sedikit.

“Alang-alang dah jumpa ni, jom kita p minum sat dekat mana-mana restoran terdekat,” ajak Datin Rodziah.

Athirah Ardilla di sisi masih lagi berdiri kaku. Dia tidak menyangka Harith Haiqal kini berada di hadapannya. Bagaimana reaksi yang perlu dia tunjukkan. Bahagia? Gembira? Suka? Sedih?

Perlu ke dia salam dan mencium tangan lelaki yang sah menjadi suaminya ini? Arrrggghhh.. dia benar-benar dalam dilema.

“Jom Athirah,”

Dia kembali ke alam realiti. Langkah ingin di atur menuju ke arah kereta orang tua Farah Madhihah, namun di halang gadis itu.

“Eh..Eh.. kau nak ke mana?”

“Naik kereta dengan kau lah,”

“Iiishh kau ni. Habis, cik abang kau tu.. kau nak letak mana?” mulut di muncung ke arah Harith Haiqal.

Genggaman tangannya pada jari jemari Farah Madhihah di genggam erat. Dia sedikit menggeleng.

“Kalau dekat US dulu boleh lah kau elak, dekat sini.. aku harap kau dapat berdepan realiti,” bisik Farah Madhihah. Genggaman tangan di lepaskan.

“Jumpa kau dekat restoran tu nanti. Jangan lambat,” ujar Farah Madhihah sebaik tubuhnya masuk ke dalam perut kereta di bahagian penumpang belakang.

“Jom,”

Terdengar dekat suara garau di telinganya. Dia hampir rebah apabila tubuhnya dan tubuh Harith Haiqal hanya di pisahkan dengan sehelai kertas. Terlalu dekat. Sempat badannya di peluk lelaki bertubuh sasa itu. Mata mereka bertamu.

“Sampai bila kita nak macam ni?” tanya Harith Haiqal.

Merona merah wajah Athirah Ardilla. Badannya sedikit di jarakkan. Kemudian dia memperbetulkan baju dan tudung yang di pakainya.

“Bonda dan ayah tak dapat ambil. Mereka ada hal. Itu sebab abang yang datang ambil Dilla,”

Harith Haiqal menerangkan. Dari riak wajah terkejut Athirah Ardilla sewaktu melihatnya tadi, dia dapat mengagak bahawa gadis itu tidak tahu.

Dahi Athirah Ardilla sedikit berkerut. Abang?? Namun langkah kaki Harith Haiqal menuju ke keretanya di ekori Athirah Ardilla. Bagasi gadis itu, di bawa Harith Haiqal.

Lajunya jalan. Di dalam hati dia berkata. Dia terpaksa berlari-lari anak untuk mengejar langkah kaki Harith Haiqal. Sampai sahaja di kereta lelaki itu, pintu penumpang di bahagian hadapan di buka Harith Haiqal dengan gaya mempersilakan Athirah Ardilla masuk ke dalamnya.

Sekali lagi wajah Athirah Ardilla merona mereah. Tidak pernah dia di layan sebegitu.

“Macam mana study? Ok? Dengar Dilla dapat anugerah pelajar cemerlang,” Harith Haiqal memecah kesunyian.

Kereta di pandu menuju destinasi yang dinyatakan Datin Rodziah sebentar tadi.

“Hhhhmm,” itu sahaja yang keluar dari bibir gadis itu.

Pandangannya di lempar ke luar tingkap. Sesak nafasnya berdua-duan dengan lelaki yang baru di kenali itu, walaupun lelaki di sebelahnya itu sudah sah menjadi suaminya 3 tahun lalu.

“Abang tau, Dilla masih lagi terkejut. Kita pun belum sempat suai kenal lagi kan,” ujar Harith Haiqal lembut namun tiada balasan dari gadis di sebelahnya.

Sesekali dia mencuri pandang gadis di sebelahnya. Benar-benar anggun. Dia memuji. Dalam gambar cantik. Tengok depan-depan lagi cantik. Patutlah ramai lelaki terkejar-kejar isteri aku ni. Dalam diam dia berbicara sendiri. Ada senyuman terukir di bibirnya.

“Okey. Kita dah sampai,” ujar Harith Haiqal namun masih lagi tiada sahutan.

Dia menoleh ke sisi. Terlihat Athirah Ardilla sedang termenung jauh. Di petik jari di hadapan wajah Athirah Ardilla.

“Jauh termenung,”

Athirah Ardilla kembali ke dunia realiti.

“Hhhhhmmm. Sorry. Kita kat mana ni?”

Terukir senyuman di bibir Harith Haiqal. Akhirnya, dapat juga dia dengar beberapa patah perkataan keluar dari bibir mugil gadis itu.

Athirah Ardilla pelik melihat senyuman terukir di wajah lelaki di sebelahnya. Bergetar sedikit wajahnya, melihat ketampanan lelaki itu lebih-lebih lagi apabila lelaki itu senyum.

Salah tak kalau cinta pada suami sendiri? Amboiii gatal kau ye Athirah Ardilla. Dia bermonolog sendiri.

“Kita kan nak pergi restoran yang family kawan awak tu ajak. Kita dah sampai lah ni.”

“Oh,” seraya ikatan tali pinggang keselamatan di lepaskan.

Mereka kemudian beriringan menuju masuk ke restoran. Tercari-cari wajah yang mereka kenal. Telihat ada satu lambaian tangan di satu sudut meja yang agak tersorok. Itulah lambaian tangan dari Farah Madhihah.

Athirah Ardilla dan Harith Haiqal beriringan menuju meja yang telah pun menjadi pilihan keluarga Farah Madhihah. Sewaktu berjalan Harith Haiqal perasan ada mata nakal lelaki yang mencuri pandang gadis di hadapannya ini, lalu langkah di bukakan sedikit besar bagi menyaingi langkah Athirah Ardilla.

Sekilas Athirah Ardilla menoleh Harith Haiqal yang kini berada di sisinya. Pelik. Dah kenapa pula dia ni??

Sampai sahaja di meja, terdapat dua kerusi kosong sebelah Farah Madhihah. Bermakna dua kerusi tersebut memang khas untuk dirinya dan lelaki di sisinya.

“Saja kau nak kenakan aku kan?” sempat Athirah Ardilla berbisik di telinga Farah Madhihah sewaktu dia melabuhkan punggung di kerusi.

Harith Haiqal di sebelahnya di pandang sekilas. Lelaki itu turut melabuhkan punggung di sebelah Athirah Ardilla.

Haruman yang hadir dari tubuh lelaki di sebelahnya membuat jantungnya sedari tadi bergendang rancak, tidak tahu apa muzik yang di alunkan.

“Hehehehe. Bagilah can aku nak tengok kau duduk rapat dengan abang sepupu aku tu,” Farah Madhihah saja melirik lelaki di sebelah Athirah Ardillah.

Perasan seakan dirinya menjadi tajuk perbualan dua gadis itu, dia menunjukkan wajah macho.

“Qal bila sampai ? Kalau tahu Qal ada sekali, boleh kita turun sama-sama jemput mereka,” Datuk Azamuddin memulakan perbualan.

Hilang sudah wajah machonya apabila tiba-tiba di tegur Datuk Azamuddin.

“Qal sampai malam tadi Pak Long. Ikutkan memang tak rancang nak ambil Dilla, tetapi keluarga dia tak dapat datang sebab ada urusan. Pak Long dan Mak Long sampai bila? Menginap di hotel mana?”
“Oooo. Patutlah Dilla nampak terkejut. Romantiknya dapat surprise dari husband. Mak Long dulu masa awal-awal kawin dulu pun rajin juga Pak Long kamu ni buat surprise. Cuma dah tua ni, dia malu agaknya,” tersenyum manis Datin Rodziah di sisi Datuk Azamuddin.

“Apa ni darling. U saja nak malukan I ke? Seganlah depan anak-anak. Apalah yang mereka fikir,” jari-jemari Datin Rodziah di genggam Datuk Azamuddin.

Merona merah wajah wanita itu apabila tanpa segan, suaminya menunjukkan sikap romantisnya.

“Nampak gayanya, dapat lah kau adik lagi nanti Madi,” dalam tersenyum- simpul sempat dia menyakat Farah Madhihah.

“Aku yang dapat adik ke, kau yang akan dapat baby? Dari tadi aku tengok abang Qal tak bekerdip tengok kau,”

papppp. Bagai ada satu panahan di jantungnya apabila matanya dan mata Harih Haiqal bersatu. Dia saja untuk memastikan benarkah apa yang di katakan Farah Madhihah bahawa Harith Haiqal sentiasa memerhatikannya. Tidak tahu pula lelaki itu sedang asyik memerhatikannya.

“Nampak gayanya tak lama lagi dapatlah Pak Long dengan Mak Long cucu saudara ea,”

Pipi Athirah Ardilla sudah seperti udang kena panggang. Merona kemerahan dari tadi di usik keluarga sahabatnya itu.

“Sudahlah darling. Kesian I tengok Dilla,” tangan gadis itu di raih. Jari-jemari gadis itu di genggam erat. Sejuk.

“Dah jomlah kita makan,” ujar Farah Madhihah apabila makan yang di pesan sudah sampai.
Mereka memilih untuk makan nasi putih bersama hidangan berlauk. Mudah.

“Saya tak tahu pula selama ni auntie…errr Mak Long dengan Pak long saudara dengan Harith Haiqal,” ucap Athirah Ardilla.

“Aku bukan sengaja tak nak bagi tau kau,” suara Farah Madhihah terdengar kendur.

“Bukan salah Madi. Abang yang suruh Madi rahsiakan,” suara garau di sisinya mula bersuara. Berderau jantungnya.

Sejurus kemudian, mereka semua menikmati makanan yang terhidang tanpa lagi ada suara kedengaran. Semua sedang kelaparan mungkin. Hanya kedengaran bunyi garfu dan sudu yang sering berlaga antara satu sama lain.

“Qal bila balik Batu Ferringhi?” ucap Datuk Azamuddin sejurus habis hidangan di dalam pingganya.

“Belum tahu lagi Pak Long. Dulu seorang. Sekarang dah berdua. Kena berbincang dengan Dilla dulu,” balas Harith Haiqal pula.

Perkataan berdua yang keluar dari mulut Harith Haiqal membuat hati Athirah Ardilla merasa tidak keruan.
Setelah semua habis menjamu selera, Datuk Azamuddin dan Datin Rodziah mohon untuk beredar kerana perjalanannya masih jauh.
Mereka satu family ingin terus pulang ke Batu Ferringhi.

Setelah langkah mereka hilang dari pandangan, mata Athirah Ardilla tertumpu pada lelaki di sebelahnya. Sempat mata nakalnya meneroka wajah tampan lelaki itu. Sedikit berkumis. Bibir pink. Menandakan lelaki itu tidak merokok. Rambut ikal. Membuatkan wajah tampan lelaki itu lagi terserlah.

“Dah puas tengok?” ucap Harith Haiqal menghentikan mata nakal Athirah Ardilla meneroka wajah lelaki itu.

“Eeerrrr. Sorry,” ucapnya menahan malu.

“Okey jom,”

“Nak pergi mana?”

“Ikut je lah,” Harith Haiqal menghulurkan tangannya, mengharapkan Athirah Ardilla menyambutnya namun hampa. Gadis itu berdiri. Huluran tangan lelaki itu di biar sepi.
Hhhhmmm. Harith Haiqal mengeluh perlahan.

Kenapa hati kau keras Athirah Ardilla. Ujarnya di dalam hati.

Mereka berdua berjalan menuju kenderaan milik Harith Haiqal. Seperti biasa, pintu di sebelah penumpang hadapan di buka Harith Haiqal. Sekali lagi merona merah pipi Athirah Ardilla apabila Harith Haiqal melayannya sebegitu. Terasa dirinya di hargai.

“Awak nak bawa kita ke mana?” masih kekok bahasakan diri lelaki itu denfan panggilan ‘abang’.

“Adalah. Dilla penat ke? Kalau penat kita balik hotel je lah,” ada senyuman terukir di bibir lelaki itu. Tidak faham apa makna senyuman itu.

“Balik hotel? Kenapa tak balik terus rumah bonda? Buka jauh pun dari sini ke Melaka,”
Dengar je perkataan hotel lagi laju jantungnya lari.

“Abang penatlah sayang nak drive dari sini ke Melaka. Penat malam tadi pun tak hilang lagi,”

Sebenarnya, Harith Haiqal perlu memantau hotel yang dimiliki bapanya yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Memandangkan Athirah Ardilla juga pulang pada hari yang sama, maka dia menawarkan diri untuk menjemput gadis itu. Perkara itu telah pun di maklumkan kepada keluarga Athirah Ardilla.

Fikiran Athirah Ardilla sudah bercelaru ketika ini. Dengan panggilan “sayang” yang keluar dari bibir lelaki itu. Bertambah berkecamuk perasaannya. Hanya Tuhan sahaj yang tahu.

Kenderaan Harith Haiqal berhenti di Taman Tasek Titiwangsa. Waktu begini ramai orang beriadah di sekitar tasek itu.

Waktu menunjukkan tepat pukul 5 petang. Mereka turun dari kenderaan. Kaki di bawa melangkah menuju kerusi kosong yang ada di situ.

“So. Macam mana perasaan Dilla, sejak jadi isteri abang. Are u happy?”

Harith Haiqal memulakan perbualan selepas punggung di labuhkan di atas kerusi.

“Entah,” bahu sedikit di jungkit.

“Hurmm.. keras betul hati Dilla kan?”

Panahan matanya tajam memandang lelaki di sisinya. Tidak sangka itu yang lelaki itu fikir tentang dirinya.

Hhhhmmm. Nafas di lepaskan perlahan. Menghilangkan rasa sesak di dadanya.

“Terpulanglah awak nak fikir apa. Nak cakap saya hati batu sekalipun saya tidak kisah,”

Padangan di bawa memandang tasek di hadapannya. Tenang dan mendamaikan. Hilang sikit penatnya yang lebih 21 jam berada di dalam perut pesawat.

“Kita tak sempat berkenalan lagi kan? Jom kita berkenalan. Nama abang Harith Haiqal bin Datuk Kamal,” luah Harith Haiqal bersungguh.

Hurmmm.

“Saya tak berminat,”

Itu sahaja yang terkeluar dari bibir manis itu.

“Abang tahu, Dilla masih keliru. Masih tidak boleh terima keadaan kita kan. Cara pengenalan kita, dan ikatan yang menyatukan kita sekarang,”

Lelaki itu sepi seketika. Nafas di tarik kemudian di lepaskan perlahan.

“Bagi abang peluang,” luahnya ikhlas.

“Jika Dilla nak kita mulakan dari awal perkenalan kita ni, abang tidak kisah. Jika Dilla perlukan masa juga, abang tak ada masalah. Tapi jangan lama. Takut nanti abang………. rindu,” perkataan rindu itu saja di bisikkan ke telinga Athirah Ardilla.

Sebenarnya dia sudah lama jatuh hati pada susuk tubuh gadis di sebelahnya. Namun perasaan bersalah masih menebal dalam dirinya.

Jika gadis di sebelahnya ini tahu siapa dirinya, mampukah dia menerimanya kembali.

Dia berdiri. Langkah kakinya di majukan ke hadapan. Dia tidak mahu Athirah Ardilla perasan perubahan riak wajahnya. Sungguh dia harus kuat. Saat itu pasti tiba.

Sebelum itu, hati gadis itu perlu di tawan dahulu. Dia nekad…

jeng jeng. berjayakah harith haiqal? kerasnya hati dilla kan.. dapat husband hensome tu. rasanya dia cair x? cer komen. tq -MH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience