Bab 25

Romance Completed 21516

Bab 25

“Kau dekat mana sekarang?! Okey send aku location sekarang,” wajah bengisnya tidak dapat diselindungkan lagi.

Natilia yang berada di sebelahnya terlihat sedikit cemas. Tidak pernah dia melihat Harith Haiqal bengis seperti itu. Telefon di tangannya di pandang tajam.

Dia sedikit terkejut pagi itu, melihat wajah yang di rindui melangkah masuk pejabat pada pagi itu. Mengikut pada jadual yang di terima, Harith Haiqal akan pulang lagi beberapa minggu. Melihat susuk tubuh itu, terus sahaja semangatnya untuk bekerja datang.

“Nat! U tolong call Tan Sri Idham, bagi tahunya kita tukar location. Nanti I send U location,” arah Harith Haiqal.

Muka bengis Harith Haiqal masih lagi terukir di wajahnya, menyebabkan semua staff yang ada di situ semua kecut perut.

“Ishh! Siapalah yang dah buat kekasih hati aku panas pagi-pagi ni,” Natilia berbisik sendirian.

Dia perasan yang Harith Haiqal kerap merenung telefon bimbitnya. Pasti ada sesuatu di situ yang membuat mood lelaki itu hilang.

“Okey tu je. Nanti meeting tu, U follow I okey,” ujarnya lagi tanpa memandang Natilia.

Natilia tersenyum senang menerima arahan itu. Sudah lama dia tidak keluar bersama lelaki itu walaupun sekadar untuk berjumpa dengan client. Perlahan dia keluar dari bilik Harith Haiqal.

Ding!
Menandakan ada pesanan di terima. Dengan tangkas dia bangun dari kerusinya. Niatnya ingin membuat kejutan buat isterinya, namun sekarang hatinya pula mendidih melihat gambar-gambar yang di hantar Rudy.

Rudy masih lagi menjadi mata-mata untuknya walaupun bukan sepenuh waktu. Sepanjang dia outstation, dia mengarahkan Rudy untuk sentiasa mengawasi isterinya dari jauh, bukan kerana dia tidak percaya isterinya tetapi dia bimbang keselamatan isterinya itu.

“Okey Nat. Jom!,”

“Errrr. Tapi masih awal lagi ni…..” belum sempat dia mengahabiskan ayatnya Harith Haiqal terus sahaja berlalu.

Mood lelaki ini memang sukar di jangka. Sudah lama dia tidak melihat Harith Haiqal begitu dingin seperti ini. Pasti ada sesuatu yang mengganggu lelaki itu.

“Ishhh! Sapelah yang buat hati lelaki pujaan aku ni sakit. Kalau aku tau siapa. Siaplah dia. Lunyai aku kerjakan,” ujarnya di dalam hati.

Langkah kakinya di hayun laju untuk mengejar Harith Haiqal yang sudah jauh ke depan. Skirt yang di pakai sedikit singkat di tarik sedikit ke bawah. Rambutnya di betulkan sedikit berharap penampilanya hari ini boleh melembutkan sedikit hati Harith Haiqal.

******

“Mana kau bawa ni? Kan aku cakap makan dekat-dekat area office aku je. Ni macam dah jauh je,” Fareed di sisi di kerling tajam.

Rasa menyesal pula menerima perlawaan lelaki itu untuk naik satu kereta denganya.

“Dekatlah ni. 15 minit je. Tempat ni sedap. Rugi kau tak cuba,” ujarnya.

Kereta di berhentikan berhadapan satu restoran. Ramai juga pelanggan ketika itu, memandangkan ketika itu memang waktu rehat makan tengah hari.

Mereka berdua beriringan keluar dari perut kereta. Pada mulanya Fareed menawarkan diri untuk membukakan pintu kereta untuknya namun cepat-cepat di tolak.

Apa pula tanggapan orang keliling melihat gelagat mereka sebegitu walaupun mereka tidak di kenali. Wajah muncung Fareed tidak di hiraukan.

Langkah kakinya laju menuju masuk ke restoran. Cepat makan cepat balik gumamnya.

Meja sedikit tersorok menjadi pilihan memandangkan hanya meja itu sahaja yang tinggal. Pasti makanan di situ sedap. Lihatlah betapa ramai pelanggan di situ.

Dia perlahan melabuhkan punggung di kerusi. Hidangan di tangannya di letakkan di atas meja.

“Aikk… sikit je makan. Takkan makan kuih je,” Fareed.

Pinggannya yang penuh terisi nasi dan lauk-pauk di letak di atas meja. Punggungnya di labuhkan di atas kerusi berhadapan Athirah Ardilla.

“Tak apelah. Aku dah kenyang. Makan ni pun cukup,” ujarnya.

“Rugi tau kau tak cuba masakan panas kat sini. Lebih-lebih lagi asam pedas ni. Paling popular tau. Nah. Kau cuba ni,” Fareed menyuakan sudu yang penuh dengan nasi dan sedikit menu asam pedas ke mulutnya.

“Eh! Tak apalah. Kalau aku nak, aku boleh ambil sendiri.”

“Please….,” sudu yang penuh dengan nasi dan asam pedas masih seperti tadi. Menunggu empunya membuka mulut. Di kerdip sedikit matanya.

“Ishhh… aku tak suka lah Fareed. Apa orang kata nanti kalau nampak kita macam ni,” tidak selesa dengan layanan Fareed.

“Okey.. Fine. Aku nak kau rasa je. Tu pun salah ke?” sudu terus sahaja di sua ke mulutnya sendiri.

Ingatkan dapatlah dia menyuapkan gadis di hadapannya, namun hampa.

Malas memanjangkan cerita, Athirah Ardilla memilih untuk berdiam diri sahaja. Kuih-muih di hadapannya di ambil satu persatu. Sedap, bisiknya sendiri.

Tiba-tiba terasa bahang pipinya. Matanya yang sedari tadi hanya tunduk memandang piring di hadapannya, di bawa tegak di hadapan dan bersatu dengan mata redup milik Fareed.

Patutlah pipinya terasa bahang. Rupanya dalam di diam dia menjadi perhatian Fareed.

Jari-jemarinya yang berada di atas meja, cepat-cepat di tarik dan di letakkan di atas pehanya. Dia dapat mengagak tindakan Fareed seterusnya apabila melihat jari-jemari tersebut cuba untuk menyentuh jari-jemarinya.

“Hurmmm…” terdengar lelaki itu mengeluh.

“Sampai bila awak nak macam ni. Sentiasa mengelak apabila cuba di dekati. Takkan awak nak membujang sampai ke tua,” sambungnya lagi.

“Kalau itu dah ketentuan, siapa aku nak menolak,” – Athirah Ardilla

“Aku ni dari dulu sukakan kau. Tapi kau tolak mentah-mentah,” – Fareed.

“Aku tak sukakan kau. Dan aku tak boleh paksa diri aku untuk sukakan kau. Maaf Fareed,” terasa sedikit tegang.

“Kau tak pernah cuba pun Dilla. Mana kau tahu. Kau tak bagi aku peluang langsung nak dekati kau,” – Fareed tersenyum sinis.

“Fareed. Bukan aku seorang je wanita kat dunia ni. Ramai lagi. Kenapa aku juga yang kau kejar, sedangkan kau tau dari dulu aku tak pernah sukakan kau. Aku tak pernah meletak apa-apa harapan pun kat kau kan,” – sedikit tegas.

“Aku.. kalau dah sayang dan suka kan seseorang, bukan mudah untuk aku cari yang lain,”

Sedikit bengang mendengar penjelasan Fareed. Dia melihat keadaan sekeliling mana tahu ada yang meemerhati tingkah mereka berdua yang seakan mahu bergusti. Alhamdulillah. Situasi masih terkawal.

Para manusia di situ sibuk menjamu juadah di hadapan. Ada yang sibuk memilih makanan di buffet yang di sediakan. Mereka seakan tidak hiraukan keadaan sekeliling.

“Masalah aku ke? Dah lah Fareed. Aku tak pernah ada hati dan perasaan dekat kau. Dan aku tak pernah bagi apa-apa harapan. Kau boleh je bagi peluang kat mana-mana perempuan tapi bukan aku,” cepat sahaja handbagnya di gapai.

Dia terus berdiri dan laju sahaja ingin melangkah keluar dari restoran tersebut. Terasa bahang dengan topik yang tak di sangka keluar dari mulut Fareed.

“Dilla!”

Tidak di hiraukan suara garau itu. Tangannya laju sahaja ingin menolak pintu utama restoran tersebut namun pintu tersebut terlebih dahulu di tolak dari luar. Athirah Ardilla yang tidak dapat menjangkakan situasi tersebut gagal mengawal tubuhnya dan hampir sahaja tubuhnya mencium lantai.

Matanya cepat sahaja tertutup. Bersedia apa sahaja kesakitan yang bakal dirasai. Namun lain pula yang di rasa. Terasa satu tangan sasa melekap tegap di pinggangnya. Cepat sahaja dia membuka matanya.

“Aaaa…bang!” seakan tidak keluar suara dikerongkongnya. Mereka masih berkeadaan seperti itu.

“Qal.. are u okey?” Natilia di sisi menyedarkan ke dua pasangan tersebut.

Sakit pula hati aku. Dengan aku tak pernah pula jadi macam tu.

“Ehemmm…” berdehem sambil membantu Athirah Ardilla memperbetulkan posisi dirinya.

“Dilla! Kau okey ke? Macam mana boleh jatuh,” walaupun dia dapat menyaksikan sendiri drama tersebut di depan matanya, namun dia sengaja tidak mahu mempersoalkan.

“Okey Fareed. Better kau balik dulu,” ujarnya sedikit malu.

Malu sebab bukan sahaja Fareed namun beberapa pasang mata sedang memerhatikan mereka termasuk wanita seksi di sisi suaminya. Siapa dia?

“Hurmmm. Macam mana kau nak balik nanti,” – Fareed.

Dia dapat melihat tangan sasa lelaki di sisi Athirah Ardilla masih di pinggang gadis itu. Siapa dia? Kenapa Athirah Ardilla seakan merelakan keadaan itu? Sedikit cemburu di hatinya.

“Pandai-pandailah aku nanti,” –Athirah Ardilla.

Tanpa berlengah masa, dia terus berlalu pergi tanpa menyapa Harith Haiqal dan Natilia.

Sebelum api cemburunya tidak dapat di kawal, baik dia beredar. Dia juga perasan akan perubahan raut wajah lelaki bertubuh sasa itu apabila dia cuba mendekati Athirah Ardilla.

Mereka bertiga bergerak sedikit ke tepi memberi laluan untuk Fareed dan beberapa pelanggan keluar masuk restoran tersebut memandangkan mereka betul-betul berada di pintu masuk restoran.

“Nat.. U boleh balik office dulu. Nanti meeting tu I sendiri handle,” – Harith Haiqal.

Athirah Ardilla memerhati wanita bertubuh genit tersebut dari atas ke bawah. Kilang kain dah banyak tutup ke. Pakaian macam tak cukup kain. Habis semua dia nak tunjuk. Nauzubillah. Gumamnya di dalam hati. Rupa cantik tapi….

“Ta…” –Natilia.

“Now!” terhenjut sedikit bahu wanita tersebut.

Athirah Ardilla juga terkejut. Garangnya.

Natilia di sisi Harith Haiqal sedikit membentak. Tidak suka di layan sebegitu lebih-lebih lagi di hadapan gadis tersebut. Siapa dia? Kenapa tangan Harith Haiqal tegap di pinggangnya.

Sedikit pun gadis tersebut tidak menolak. Tapi… kalau aku pun, aku biarkan sahaja. Tersenyum sinis. Jelingan tajam di hadiah kepada Athirah Ardilla sebelum dia berlalu pergi. Pintu di tolak kasar.

“Ermm.. bila..” belum sempat dia menghabiskan ayat, jari terlunjuk lelaki tersebut sudah menyentuh bibir munggilnya.

“Teman abang,” – Harith Haiqal.

“Tapi sayang nak kena balik office,” –Athirah Ardilla.

“Ini bukan permintaan. Tapi arahan,”

Dia memperkemaskan lagi kedudukan jari-jemarinya di pinggang gadis tersebut. Athirah Ardilla tidak berani mempersoalkan lagi. Dia faham makna di sebalik wajah tegang lelaki tersebut. Setiap arahan perlu di ikut tanpa banyak soal.

Mereka berdua beriringan keluar dari restoran tersebut. Dari jauh sepasang mata memerhati. Siapa dia? Aku macam pernah nampak.

“Cik. Dah boleh jalan ke? Kalau tak, Cik boleh turun. Saya ada banyak lagi customer request ni,” – Faizul.

“Ye lah. Ye lah. jalan lah bang. Ishhh! Suruh tunggu kejap pun dah bising. Bukan aku tak bayar,” –Natilia sedikit merungut di kerusi penumpang belakang.

Tidak pasal dia terpaksa balik office menggunakan perkhidmatan grab. Ini semua sebab kau lah perempuan sial! Siapa kau?! Aku macam pernah nampak kau. Tapi aku lupa. Dia sedikit mengetuk-ngetuk kepalanya.

“Cik..cik tak apa-apa ke? Cik sakit kepala? Nak saya bawa ke klinik,” – Faizul.

Dia sedikit kehairanan melihat gadis tersebut dari cermin pandang belakang mengetuk-ngetuk kepalanya. Dia juga mendengar wanita tersebut seperti membebelkan sesuatu namun dia kurang pasti isinya memandangkan suara wanita tersebut seakan berbisik.

“Ish! Kau ni. Tak boleh pandu je ke? Sibuk nak tanya itu ini,” – Natilia.

Pemandu grab tersebut hanya menggelengkan kepalanya. Melihat sahaja pakaian wanita tersebut nafsu jantannya sedikit goyah namun cepat dia beristighfar. Dia tau tanggungjawabnya untuk mencari rezeki yang halal untuk anak isterinya di rumah.

*******

“Kita nak ke mana?” wajah suaminya di sisi di jeling. Masih tegang.

Mata masih tertumpu pada pemanduan. Hilang romantis lelaki tersebut. Dia nampak ke apa yang berlaku? Ish! Redha je lah. Kalaulah aku berkeras dengan Fareed tadi pasti benda ni takkan jadi. Tapi ada hikmah juga.

Siapa Nat tu? Seksi betul. Tak bergetar ke laki aku ni berhadapan dengan wanita tersebut. Gumamnya.

Terasa jari-jemari yang elok bertaut dengan jari-jemari lelaki tersebut di lepaskan perlahan. Telefon bimbit di gapai. Tanpa kekok nombor di telefon di dail.

Athirah Ardilla menarik lafas lega. Jika jari-jemarinya di genggam dalam keadaan emosi suaminya tak stabil, terasa keras sahaja. Terasa lemas.

“Ha! Ijat. Kau cuba tengok Nat. Ada tak kat meja dia? – Harith Haiqal.

Senyap. Hanya suara radio dan penyaman udara kedengaran.

“Oh! Okay. Thanks. Tak ada apalah. Tadi ada hal sikit. Aku suruh dia balik sendiri. Aku pun lupa dia datang dengan aku tadi,” masih serius nada suaranya.

Talian di matikan. Athirah Ardilla sedikit terkejut apabila ada sesuatu yang dingin menyentuh jari-jemarinya. Perlahan jari-jemari bertaut.

Lamunan yang singgah sebentar lari entah ke mana. Perlahan terasa tangannya di awang-awangan. Terasa sesuatu yang lembut dan dingin menyentuh kekuranya pula. Terbuai seketika perasaannya. Perlahan tangannya di labuhkan di atas peha pejal milik suaminya.

Walaupun wajahnya masih seperti tadi tetapi layanan tetap romantis.
Soalan Athirah Ardilla di biarkan sepi. Tergantung. Namun Athirah Ardilla tidak mahu memanjangkan persoalannya. Dia sendiri membiarkan persoalannya itu dengan tanda tanya. Jauh juga perjalanan mereka. Sedari tadi masih belum tiba ke destinasi yang dia sendiri kurang pasti.

Tidak berapa lama kereta Harith Haiqal membelok ke kanan menuju ke satu bangunan yang agak tinggi dan mewah. Tertera di satu sudut “Hotel Iskandar”.

Tidak perasan bila kereta Harith Haiqal berhenti di kawasan parking VIP. Hanya tersedar apabila pintu penumpang sebelah hadapan di buka dari luar. Tangan di hulur. Ada senyuman terukir di bibirnya. Tidak seperti tadi. Dia terbuai dengan keindahan itu.

“Ehem.. sayanggg.. Sampai bila nak tenung wajah hensome abang ni,” hidungnya di cuit.

Terasa bahang seketika pipinya. Malu pula apabila di tegur suami sendiri. Huluran tangan itu di sambut dengan senyuman bahagia. Bahagia apabila wajah suaminya tidak mencuka seperti tadi. Bahagia kerana tetap di layan romantis walaupun sebentar tadi ada konflik berlaku.

Mereka beriringan masuk ke dalam hotel mewah yang tesergam indah. Haruman yang segar menerjah ke rongga hidungnya. Nyamannya. Mereka beriringan menuju kuanter recieptionis. Tangan sasa yang memaut pinggangnya sedari tadi di perkemaskan.

“Tan Sri Helmi ada?” – Harith Haiqal.

“Tuan Harith Haiqal ye?” – Zana, penyambut tetamu yang bertugas hari itu.

Harith Haiqal hanya tersenyum dan mengangguk sahaja.

“Tan Sri sudah ada di cafe. Mari saya tunjukkan,” ujar Zana.

“Waahhh hensomenya Harith Haiqal. Sebelum ni hanya nampak dalam majalah, sekarang jumpa depan mata. Macam tak percaya. Tapi siapa gadis cantik sebelahnya. Anggun.. bergaya. Takkan isterinya. Kekasih mungkin,” – Zana berbicara di dalam hati sendiri.

Puukkk! Kepalanya terhantuk pada pintu kaca yang menghubungkan cafe dan hotel.
Aduh! Malunya aku.

“Eh awak. Awak tak apa-apa,” suara lembut menyapa gegendang telinganya dan ada sesuatu menyentuh bahunya.

“Eh. Tak apa-apa. Maaf,” – Zana.

“Mari saya tengok. Mana tau ada luka,” –Athirah Ardilla.

“Wow! Kalau betullah ni kekasih hati Harith Haiqal, memang sepadan. Dah lah anggun, cantik, bergaya, lemah lembut pula tu. Bau pun wangi je,” sekali lagi dia bermonolog sendiri.

“Cik…cik.. Hurmmm. Awak ni suka berangan ya. Sebab tu lah pintu besar ni pun awak tak nampak ya,” selorohnya.

Matanya sedari tadi tidak lari dari mengamati dahi gadis cantik bertudung itu. Baju kebaya songket berwarna hitam, menambah lagi seri pemakainya. Mesti baju syarikat ni memandangkan rata-rata semua pekerja yang ada di situ mengenakan pakaian yang hampir serupa. Lelaki juga memakai baju melayu, bersampin kain songket namun gayanya sahaja di modenkan. Bernas idea ini. Boleh jadi daya penarik untuk pelancong satang ke hotel mewah tersebut.

“Okey ni. Tak ada luka. Lain kali hati-hati ya,” senyuman manis di beri untuk gadis manis bertudung di hadapannya.

Perlahan gadis itu menolak daun pintu kaca dan memberi laluan kepada dua pasangan sama cantik sama padan itu masuk ke dalam kafe.

“Terima kasih,” ucap Athirah Ardilla, manakala Harith Haiqal hanya menguntum senyuman sambil menunduk sedikit kepalanya tanda hormat dan terima kasih.

Sebaik sahaja pintu di tutup kembali, cepat-cepat Zana berlari anak menuju ke kuanter receiptionis. Dia kemudian mencangkung di bawah kuanter manakala mukanya di sembam ke kepala lutut.

“Eh! Kau kenapa ni. Tak sihat ke? Nampak hantu? Ke kena kejar dengan hantu,” amik kau. Soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Puteri.

Dia kemudian sama-sama mencangkung di sisi Zana.

“Ishh! Malu lah aku Puteri. Hari ni, hari yang memalukan aku rasa,” – Zana. Mukanya masih di sembam ke kepala lutut.

“Eh! Kenapa kau ni. Cer citer,” Puteri menggosok-gosok bahu gadis itu supaya tenang.

“Aku jumpa Tuan Harith Haiqal tadi,” – Zana.

“Haaa? Mamat hensome teruk tu,” cepat-cepat Puteri berdiri.

Matanya meliar ke kiri ke kanan mencari kelibat empunya badan. Namun dia kembali tunduk mencangkung apabila tangannya di tarik kasar oleh Zana.

“Dia dah tak ada lah. aku dah hantar dia pergi cafe jumpa Tan Sri,” – Zana.

“Oh! Dah tu. Apa yang memalukan pula?” Puteri menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia juga seperti Zana, mengenakan tudung khas yang di sedikan pihak hotel untuk para pekerja.
Zana mula menceritakan apa yang terjadi. Tak ada satu pun tertinggal. Begitulah Zana. Kalau bercerita dia memang nombor satu. Tidak ada satu pun tertinggal.

“Hahahahaha,” ketawa besar Puteri. Kemudian cepat-cepat dia menutup mulutnya. Sedar akan keterlanjurannya.

Tuk! Tuk! Meja receiptionist di ketuk.

“Oiii. Korang buat apa kat bawah tu. Mengumpat?” suara garau Razlan pula kedengaran.

Dengar sahaja suara Razlan cepat-cepat ke dua gadis itu berdiri.

“Ah! Kau ni. Asal perempuan je dikaitkan dengan mengumpat. Kau ingat lelaki ni tak ada yang mengumpat ke?” jerkah Puteri.

Razlan hanya tersenyum kambing.

“Dah tu kau orang buat apa kat bawah tu kalau bukan mengumpat,” – Razlan.

“Errr…Errr.. Haaaa. Cari pen ni ha. Jatuh. Zana tak jumpa jadi aku bantu lah dia. Itu pun satu kesalahan ke?” pen di tangan sengaja di awang-awangkan.

“Ye lah tu. Dah. Dah. Kerja. Jangan paandai nak curi tulang,” Razlan berlalu pergi. Malas di layan dua gadis hingusan tersebut.

“Oiii. Puteri. Tadi tu bukan mengumpat kan?” tanya Zana sambil menunjukkan wajah blurnya.

“Tak…”- Puteri.

“Kot..” sambungnya lagi sambil tersengeh.

“Tak apalah. Dah jom buat kerja. Aku lupa, tadi Encik Taufiq minta kau key-in ni,” Puteri menghulurkan satu dokumen kepada Zana.

“Dia nak kau submit sebelum pukul 5 petang ni,” sambungnya lagi.

“Okey,” –Zana.

Dokumen beralih tangan. Bakat dan kecekapan Zana mengendalikan data memang tidak perlu di sangkal. Sebab itu dia di beri kepercayaan Encik Taufiq selaku penyelia di situ.

hadiah utk yang setia menanti.. tq always support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience