Bab 38

Romance Completed 21516

Bab 38

End!

"Bukalah,"

Dia melabuhkan punggung di sisi Harith Haiqal.
Dia memerhati sahaja Harith Haiqal membuka balutan hadiah dengan penuh berhati-hati.

"Kalau sayang. Dah lama sayang koyak je balutan ni. Tak sabar!"

" Itu sayang. Ni abang. Kan lain,"

Dia tersenyum.

"Pemberian orang kita kena hargai. Kena buka hati-hati macam ni. Nak-nak yang tukang beri tu ada dekat sebelah. Kena lah tunjuk yang kita betul-betul appreciate. Kalau tak, abang pun hmmmm..." Dia tersengeh memandang isterinya.

Balutan berjaya dibuka. Ditangannya terdapat satu kotak seperti kotak pensil. Perlahan dibuka. Debaran pula.

Dan satu kit putih dengan bertanda dua line di renung. Dan dibawahnya pula ada gambar segi empat dengan imej hitam putih.

Dia hanya senyap. Direnung objek di tangannya. Perlahan ada manik yang gugur.

"Sudah tiga bulan," tangan lelaki itu di ambil. Kemudian telapak tangan diletakkan di atas perutnya.

"Benih abang. Zuriat kita," dia senyum. Dia juga tidak dapat menahan air mata. Perlahan gugur juga di hadapan lelaki itu.

"Maafkan abang. Abang tau banyak perkara yang abang sembunyi dari sayang,"

Dia jatuh melutut dihadapan isterinya. Kedua tangan isterinya dipegang. Dia menyembamkan mukanya di atas tangan itu. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis.

Air mata Athirah Ardilla juga berjujuran jatuh. Dia sudah tahu semuanya. Izzat dan Farah Madhihah sudah menceritakan segalanya tanpa ada satu pun tertinggal.

Bermula pada malam kemalangan, apa yang terjadi. Bagaimana dia beberapa kali pengsan sewaktu pengebumian jenazah ibu dan abahnya, semua Harith Haiqal tahu. Sampai begitu sekali Harith Haiqal usaha untuk menjejaki dirinya sehinggalah dia belajar di US pun lelaki itu tahu. Patutlah banyak gambar dirinya ada di laptop lelaki itu.

"Ssshhhh.. Dilla redha. Sudah takdir tertulis begitu. Dilla dah maafkan abang," perlahan bahu itu disentuh dan diusap.

"Tapi abang nak tahu tak," ucapnya perlahan.

Harith Haiqal mendongakkan kepala memandang wajah itu.

"Masa di US. Sebelum Dilla beri kata putus untuk terima lamaran keluarga abang. Dilla ada mimpi ibu dengan abah. Mereka datang dalam mimpi Dilla. Dan malam tu juga, ibu beritahu suruh terima lamaran keluarga abang," dia tersenyum. Membalas renungan redup suaminya.

"Oh! Sebab tu sayang terima?"

"Ya. Antara salah satu sebab. Lagipun bonda dan ayah sudah banyak bekorban untuk besarkan Dilla. Dilla yakin pilihan orang tua, pilihan paling tepat. In shaa Allah,"

Mereka senyap seketika.

"Ehemm. Abang nak bertahu sesuatu. Fareed minta maaf. Dia suruh abang sampaikan kat sayang masa kes tangkap khalwat tu," dia menunduk kembali wajahnya.

"Dia dah lama tahu rancangan kakak dia. Natilia tu. Lagipun hari tu, tanpa sengaja dia ternampak telefon sayang dalam bilik kakak dia. Dari situ dia tahu, kakaknya rancang sesuatu lagi. Mungkin kali ni lebih teruk dan mungkin menyebabkan kita berpisah. Dan berkat pertolongan dia juga, kes khalwat tu bertukar menjadi kes perangkap kakaknya,"

Dia menarik nafas lega. Allah permudahkan segalanya. Cuma dia begitu ralat kerana mengambil masa begitu lama untuk menjejaki isterinya, Athirah Ardilla.

Mungkin ini lah hikmahnya. Mereka saling bermuhasabah diri atas segala kekhilafan dan kesalahan yang pernah dilakukan.

Perlahan perut itu disentuh dan diusap.

"Terima kasih sayang. Tak sabar nak tunggu dia lahir,"

Senyuman lebar terukir di bibirnya.

"Ishhh! Lambat lagilah. Ada lagi lebih kurang dalam 6 bulan lebih. Macam-mana fasa nak kena tempuh ni. Abang dah ready ke?"

Kening sengaja dijungkit-jungkitkan. Dia tersenyum gembira. Tak sabar menempuh perjalanan tempoh mengandung, melahirkan, berpantang bersama suami tercinta. Dan paling dia teruja apabila perutnya makin membesar dari bulan ke bulan sehingga genap 9 bulan 10 hari.

"Semoga dia membesar dan sihat dengan sempurna,"

"Sayang kat dalam jangan nakal-nakal tau. Jangan suka susahkan mama," dia berbicara dengan perut Athirah Ardilla. Inilah momen yang di nanti. Melihat Harith Haiqal berbual bersama kandungnya.

Perlahan tangannya jatuh pada kedua belah kaki Athirah Ardilla.

"Ada sakit-sakit tak? Rasa lenguh-lenguh ke?" Kaki itu dipicit lembut. Dia duduk bersimpuh di atas lantai. Kaki kanan Athirah Ardilla di ambil dan diletakkan di atas ribaannya.

Perlahan di picit-picit lembut kaki itu.

"Buat masa ni, belum ada rasa apa-apa. Baby pun kecil lagi,"

Dia begitu ceria melihat keletah suaminya itu. Akhirnya rindu yang sarat sampai juga penghujungnya.

Semoga perhubungan ini sentiasa di rahmati dan sentiasa di bawah redha Illahi.

"Sayang jom lah keluar. Kesian pasangan sejoli kat luar tu tunggu kita lama kat dalam bilik ni. Entah apa yang mereka fikir nanti,"

Hingga terlupa yang mereka ada tetamu di luar. Mereka bangun dan jalan beriringan keluar dari bilik.

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience