Bab 27

Romance Completed 21516

Bab 27

Begitu polos dia melihat suaminya tidur. Dengkuran halus sesekali kedengaran. Athirah Ardilla hanya tersenyum memandang wajah suaminya. Perlahan bibirnya menjamah dahi yang bersih itu. Kemudian dia memperbetulkan comfirter yang menutupi dada bidang suaminya. Dengan gerakan perlahan dia menuruni katil.

" Penat betul ni. Sampai tidur pun berdengkur," bisiknya perlahan.

Die tersenyum sendirian. Terima kasih abang. Walaupun penat, masih ada masa untuk layan kerenah isteri abang yang macam-macam kerenah ni.

Perlahan kakinya di hayunkan menuju ke balkoni. Angin malam menerpa ke tubuhnya dan menyapa pipinya dengan lembut. Cantik betul pemandangan waktu malam. Dia menarik napas kemudian menghembuskannya perlahan.

"Sape Nat tadi ea? Pekerja abang ke? Mungkin kot. Sebab tadi dia ada call staff tanya si Nat tu dah sampai ke belum dekat office," dia bicara sendirian sambil jari jemarinya bermain di bibir.

Sesekali dahinya di kerutkan seperti memikirkan sesuatu.

"Kalau staff abang, kenapa pakaian dia macam tu. Euwww. Kilang kain kat Malaysia ni dah banyak bankrupt ke. Pakai baju macam nak pergi kelab malam,"

"Uissshhh," sesekali die menggelengkan kepalanya.

Keletah Athirah Ardilla dalam diam diperhatikan Harith Haiqal dari atas katil. Dia tersenyum melihat keletah isterinya. Comel betul. Dengan dahi berkerut-kerut. Apalah yang difikirkan isterinya itu.

Perlahan dia bangkit dan menyandarkan badannya di kepala katil.
Matanya yang berat sedari tadi tiba-tiba menjadi segar apabila terasa kosong di sisinya. Niat hati ingin memeluk isterinya, namun hampa apabila dia membuka mata, isterinya tiada di situ.

Badannya terasa begitu sakit. Mungkin hari ni dia banyak melakukan larian marathon. Mana tidaknya, hari ni sahaja berapa tempat terpaksa dia pergi dan perlu kejar masa.
Perlahan dia melakukan sedikit regangan di atas katil.

Prappp! Prappp!

Bunyi tulang belulangnya apabila regangan di lakukan. Fuh! Lega. Perlahan dia menuruni katil. Niat hati ingin terkejutkan isterinya.

Perlahan dia menghampiri balkoni dan pinggang isterinya di sentuh lembut dari belakang.

"Oh mak kau," Athirah Ardilla melatah kerana terkejut dengan sentuhan yang tiba-tiba itu.

Terasa tubuhnya sedikit bergoyang. Pasti Harith Haiqal sedang ketawa.

"Abang ni. Suka sangatlah buat sayang terkejut. Jangan nanti sayang jadi macam Madi tu," dia memuncungkan bibirnya.

Tiada apa-apa riaksi daripada Harith Haiqal, cuma tangannya yang berada di pinggangnya di perkemaskan. Perlahan bibirnya menyentuh bahu Athirah Ardilla yang sedikit terdedah.

Meremang bulu tengkuk Athirah Ardilla apabila menerima kucupan lembut dari suaminya.
Perlahan dia menyentuh kedua tangan suaminya dan menarik ke hadapan dan meletakkannya di atas perutnya.

Keadaan ini menyebabkan mereka berpelukan begitu rapat. Athirah Ardilla suka keadaan itu, dengan aroma yang datang dari tubuh suaminya terasa begitu nyaman. Perlahan satu kucupan hinggan di pipinya.

"Abang bukan tidur ke tadi. Sayang dengar abang berdengkur. Ingat dah tidur lena," die mengelus lembut tangan suaminya.

Badannya sahaja di beratkan kebelakang supaya tubuhnya melekap di dada bidang suaminya itu.

"Love you," satu kucupan hinggap di lehernya pula.

"Abang ni. Dengar tak apa sayang cakap,"
Harith Haiqal memejamkan matanya. Perlahan kepalanya di letakkan di atas bahu isterinya. Dia mengangguk.

"Penat sangat ke? Sampai cakap pun dah tak boleh ni. Kalau abang penat, abang pergilah rehat. Sayang nak tengok panorama malam dekat sini."

Terasa kepala Harith Haiqal di gelengkan. Ishhh! Guna bahasa isyarat je. Ngomelnya di dalam hati.

"Sape Nat,"soalan yang sedari tadi membuak-buak ingin keluar akhirnya terluah juga.

"Nobody,"

Eh! Eh! Main-main pula.

"Abang!" Saja dikeraskan suaranya.

"Ye sayang. Abang ada ni,"

"Serius lah. Sape Nat tu. Kenapa dia ada dengan abang,"

Senyap.

"Lagi satu. Bukan abang balik lagi dua minggu ke?"

"Banyaknye soalan sayang. Mana satu nak jawab ni,"

Matanya masih dipejamkan. Dia ingin menikmati tubuh isterinya yang begitu selesa di dalam dakapannya. Haruman yang terbit dari tubuh itu begitu nyaman.

"Jawab dulu. Siapa Nat,"

"Okey Nat tu setiausaha abang. Dah lama dia bekerja dengan abang. Hampir 10 tahun macam tu. Kenapa sayang. Hmmm,"

"Oh maigad. Nak dekat 10 tahun dia bekerja dengan abang. Sebagai setiausaha lagi. Dengan pakaian macam tu. Seronok lah abang ea hari-hari boleh cuci mata," nada seperti cemburu.

Harith Haiqal membuka matanya. Dia menjarakkan sedikit tubuh isterinya kemudian bahu isterinya di sentuh lembut. Dia memusingkan tubuh isterinya menghadapnya.

"Hey. Cemburu ke? Mana ada cuci mata sayang. Abang tak tengok pun dia tu. Sini, pandang mata abang ni,"

Dagu isterinya disentuh. Wajah isterinya di renung. Perlahan bibirnya menyentuh dahi isterinya. Dua minggu tidak berjumpa isterinya itu, membuat dirinya lamun kerinduan.

Perlahan tubuh Harith Haiqal dipeluk Athirah Ardilla. Mukanya di sembam di dada bidang suaminya yang ditutupi baju.
Harith Haiqal membelai lembut rambut isterinya dengan tangan kanan. Tangan kirinya memeluk erat pinggang isterinya.

"Office abang tak ada undang-undang untuk etika berpakaian ke? Sakit betul tengok gaya pakaian dia tadi. Macam nak pergi kelab malam." Perlahan saja suara Athirah Ardilla namun masih boleh di dengari Harith Haiqal.

"Dulu tak macam ni sayang. Baru-baru ni je macam tu, abang pun tak tahu kenapa. Abang memang nak tegur, Izzat pun perasan perubahan Nat tu tapi tak ada masa sayang. Abang kan sibuk, sampai lupa,"

"Hmmm. Better abang tegur dia dengan staff-staff yang lain. Tengok gaya dia, macam nak goda abang,"

Athirah Ardilla memperkemaskan lagi pelukannya. Tidak sanggup rasa suaminya di goda perempuan lain.
Lebih-lebih lagi pekerja sendiri.

"Okey sayang. Nanti abang minta Izzat buat memo untuk ingatkan staff-staff abang tentang etika berpakaian. Mungkin mereka lupa,"

"Itu je? Ada lagi?" Sambungnya.

"Soalan kedua, bukan abang sepatutnya pulang lagi dua minggu?"

Hurmm. Dia mendengar suaminya menarik nafas panjang kemudian melepaskannya perlahan.

"Abang kena attended meeting dengan Tan Sri Helmi. Dah tak boleh tangguh. Tu terpaksa turun hari ni. Tapi lusa abang kena flight semula," luahnya tenang.

Athirah Ardilla hanya mengangguk faham. Dia sudah masak dengan kesibukkan suaminya. Dapat melepaskan rindu sekejap pun dia sudah bersyukur. Dia sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa melindungi suaminya dari anasir-anasir jahat dan semoga Allah sentiasa merahmati hubungan mereka.

*****

Ting Tong.
Bunyi bell pintu rumahnya menandakan ada orang datang.

"Sekejap," laungnya dari dalam. Dia berlari-lari anak.

Remote pagar auto di tekan. Terlihat Madi di luar pagar sedang menunggu.

"Oh! Madi. Masuklah,"

Remote di tekan semula untuk menutup pintu pagar semula. Sejak ketiadaan suaminya, dia memang akan memastikan semua pintu dan tingkap sentiasa tutup dan di kunci untuk elak perkara baruk terjadi.

"Kau tak siap lagi?" - Madi.

Athirah Ardilla hanya tersengeh macam kerang busuk.

"Macam mana nak siap. Baju pun aku tak ada."

Oh ye la! Farah Madhihah mengetuk dahinya. Semua kelengkapan ada padanya. Baju yang menjadi pilihan Harith Haiqal tempohari di beri kepada Athirah Ardilla.

"Dah kau pergi siap. Pakai baju ni. Eh jap! Kau dah mandi belum?"

"Opcos dah. Okey aku tukar baju dulu. Tapi perlu ke pakai baju elegant macam ni. Kita nak pergi majlis anniversary mertua aku je kan?"

Sempat pula dia membebel. Athirah Ardilla mengambil baju di tangan Farah Madhihah kemudian bawa menuju ke biliknya. Dia terus masuk ke dalam toilet untuk menukar pakaian kerana dia malu untuk menukar baju di hadapan sahabatnya itu memandangkan Farah Madhihah sedari tadi mengekorinya hingga ke bilik.

"Entahlah Dilla. Dah Abang Qal suruh kau pakai baju ni, kau pakai je lah" suaranya sedikit di keraskan supaya Athirah Ardilla mendengar apa yang dia perkatakan.

Pintu bilik air dibuka. Athirah Ardilla keluar setelah siap berpakaian.

"Tolong ni," dia memusing badannya untuk menyuruh Farah Madhihah membantunya zip baju di belakang.

"Alah. Pakai cantik-cantik pun bukan suami aku ada," omel Athirah Ardilla.

Farah Madhihah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Malas dia mengulas lebih memandangkan mereka kesuntukan masa.

Sebenarnya ada kejutan untuk Athirah Ardilla nanti tapi Harith Haiqal memintanya merahsiakan. Dia tidak tahu kejutan yang macam mana, namun seperti yang dia janji dia tidak memberitahu Athirah Ardilla.

Tanpa berlengah, dia mula mendandani Athirah Ardilla.

Setelah selesai.

"Kau jangan lupa. Nanti Pak Mail jemput kau tepat pukul 6.30 petang. Jangan kau memandai pergi sendiri."

Farah Madhihah mengingatkan. Athirah Ardilla mengaangguk tanda faham.

"Kenapa aku tak boleh pergi dengan kau. Kau pergi sekali kan majlis tu," Athirah Ardilla mencebek sedikit mulutnya memohon simpati.

"Errr... Ermmm.. mana boleh Dilla. Aku pergi dengan family aku. Lagi pun aku takut aku lambat. Kau tengok. Aku pun belum siap lagi kan?"

Dia tidak tahu nak bagi alasan apa. Athirah Ardilla hanya termenung.

"Tak apa. Kat sana nanti aku tunggu kau,"

Dia tahu Athirah Ardilla tidak pernah menghadiri majlis besar sebegini. Semestinya sahabatnya tu sedikit cuak. Tambahan pula dia perlu menghadiri majlis itu sendirian. Dia bukan tidak kasihan tapi ini semua sudah di rancang. Dia tidak mahu merosakkan rancangan Harith Haiqal.

*****

Seperti yang diberitahu. Pak Mail sampai tepat pada waktunnya.

"Sila masuk Puan,"

Pak Mail membuka pintu penumpang belakang untuk Athirah Ardilla. Perlahan Athirah Ardilla melangkah masuk dan duduk di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

Perlahan pintu di tutup dan Pak Mail berlari anak menuju pintu di bahagian pemandu. Kereta bergerak perlahan.

Jantung Athirah Ardilla bergerak laju. Dia sedikit berdebar. Mana tidaknya, pergi majlis tersebut sendirian. Dia tidak tahu apa yang akan jadi seterusnya.

Tidak berapa lama kemudian.

"Kita dah nak sampai Puan. Puan dah sedia?"

Lain macam soalan Pak Mail namun Athirah Ardilla tetap membalasnya dengan senyuman serta kepala di anggukkan sedikit.

Kereta yang di pandu Pak Mail tiba di bahagian VVIP, kemudian kereta berhenti. Pintu di sebelah Athirah Ardilla dibuka oleh seorang lelaki yang tunduk hormat padanya.

"Selamat datang Puan," Athirah Ardilla kagum melihat Hotel Mewah. Dia perlahan keluar dari perut kereta. Pintu di tutup kembali oleh lelaki penyambut tetamu.

"Sila ikut sini Puan," ujar lelaki itu menunjukkan jalan pada Athirah Ardilla.

"Okey. Terima kasih."Athirah Ardilla tunduk hormat pada lelaki tersebut.

Ramainya orang. Segannya. Dia mengomel sendiri. Dia perasan ramai tetamu yang baru tiba di situ majoriti berpasangan.

Dan mata masing-masing tidak lepas dari memandangnya. Athirah Ardilla hanya mampu memberikan senyuman setiap kali matanya bertemu dengan mata tetamu di situ yang tidak henti-henti memerhatikannya.

"Mana Madi ni. Kata nak tunggu. Tapi batang hidung pun tak nampak." Matanya melilau mencari kelibat Farah Madhihah namun hampa.

Dia perasan ada seorang gadis kecil molek datang menghampirinya.

"Puan Athirah Ardilla kan?" Tanya gadis tersebut.

"Ye saya,"

"Puan boleh masuk. Semua tetamu dah ada. Tinggal Puan seorang je kat luar ni,"

Eh! Macam mana dia boleh tak perasan kawasan yang sedari tadi tidak putus-putus kereta lalu lalang menghantar tetamu, akhirnya sunyi. Hanya dia yang ada di situ.

Dia sedikit malu. Tu lah berangan je dari tadi. Kutuknya sendiri.

Gadis itu menghantar Athirah Ardilla betul-betul di depan pintu dewan hotel. Perlahan pintu dewan tersebut di tolak Athirah Ardilla.

Wah! Kenapa gelap ni. Salah tempat ke? Athirah Ardilla sedikit cuak namun kakinya tetap melangkah ke hadapan.

Tiba-tiba...

Satu lampu sport light menghala ke arahnya. Matanya sedikit silau. Dia mengecilkan matanya dan wajahnya sedikit menunduk. Dia betul-betul terkejut dan malu. Baru dia perasan yang dia betul-betul berada di atas hamparan karpet merah. Betul-betul di tengah dewan.

Zapp!

Dia terkejut apabila ada tangan melingkar di pinggangnya. Dia hampir ingin melatah namun di tahan. Dan terdengar satu tepukan dan disambut dengan tepukan dari seluruh dewan. Bergema seketika seluruh dewan dengan bunyi tepukan.

"Cantik sayang malam ni. Macam Princess."
Dia kenal suara itu. Suara itu betul-betul dekat di cuping telinganya.

"Saya ingin memperkenalkan kepada hadirin semua,"

Ah! Aku kenal suara ni. Ni suara mertuaku.

"Athirah Ardilla binti Jamal. The one and only my little princess my daughter-in-law,"

Seluruh dewan hiruk-pikuk sebentar. Dan lampu seluruh dewan di nyalakan semula. Terang benderang seluruh dewan.

Athirah Ardilla dapat melihat semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang tersenyum dan ada juga yang berbisik sesama sendiri. Abaikan je lah. Bisiknya.

Matanya melirik tubuh sasa disebelahnya. Lantas pinggang lelaki itu di peluk kemas. Tubuh sasa yang sentiasa di rindui.

"Missed you sayang," umbum-umbun isterinya yang di tutupi selendang di kucup.

"Jom kita naik ke pentas," jari-jemari isterinya di genggam kemas. Perlahan mereka mengatur langkah menuju ke pentas. Sekali lagi seluruh dewan bising dengan bunyi tepukan. Kali ini langkah Athirah Ardilla penuh yakin.

"Assalamualaikum. Selamat sejahtera," - Harith Haiqal berucap. Genggaman tangan isterinya diperkemaskan.

Ehem. Dia sekadar mengosongkan tekak.

"Terima kasih pa. And first of all sebelum terlupa happy anniversary to papa and mama." Wajah kedua orang tuanya yang berada di atas pelamin indah di lirik. Terlihat keduanya menundukkan sedikit kepala. Patutlah dia sendiri berpakaian sebegitu kerana mengikut tema majlis. Matanya di halakan ke hadapan. Baru dia perasan rata-rata tetamu mengenakan busana pengantin.

"Terima kasih atas kejutan ni. Saya pasti bukan isteri saya je, tapi anda semua pasti terkejut juga," terdengar seluruh dewan bergema seketika dengan ketawa dari semua tetamu.

"Doakan anakmu ni bahagia till Jannah papa and mama. And of course you are my mentor," sekali lagi kedua orang tuanya di lirik.

"Pasti ramai tertanya-tanya. Sejak bila. Okey. Dah tiga tahun tapi buat yang simple-simple je sebab masa tu my wife study in UK,"

"Oh!" Suara dewan.

"Kalau nak cerita. Cerita dia panjang. Tapi di pendekkan dah jodoh kami,"

Harith Haiqal menarik nafas lega. Matanya meliar melihat kawasan dewan yang di penuhi dengan para tetamu.

"Untuk majlis risepsi. In shaa Allah akan diadakan tak berapa lama lagi. Nanti kad jemputan akan i edarkan. Tunggu kad jemputan dari kami."

"Dan untuk staff Hotel Mewah terima kasih, sebab masih keep it secret sampai ke hari ini."
Terdengar tepukan gemuruh di bahagian belakang dewan. Pastinya itu menempatkan barisan staff-staff Hotel Mewah.

"And last but not list, untuk yang masih menanti saya. Maaf I'm not available anymore." Seluruh dewan bergema dengan hilai ketawa.

"Sekian terima kasih."

Dan acara di dalam dewan di serahkan kepada pengacara majlis. Dengan penuh berhati-hati Harith Haiqal dan Athirah Ardilla turun dari pentas. Mereka menuju ke meja yang telah disediakan khas untuk mereka.

Majlis diteruskan dengan pelbagai aktiviti. Tak lupa juga ada tetamu yang tidak lepas peluang untuk bergambar dengan Athirah Ardilla dan Harith Haiqal. Ramai memuji kecantikan bak bidadari Athirah Ardilla malam itu.

Majlis tamat tepat pukul 2 pagi.

******

Arghhhhhh! Satu bilik bergema dengan jeritannya. Tak sangka mereka dah kawin. Sejak bila??? Kenapa aku tak tahu. Dia tidak dapat menerima kenyataan apa yang di dengar di dalam dewan sebentar tadi.

ñ"Penat aku cuba goda dia. Bertahun kau tau tak. Tapi kau pula yang dapat. Bangsat!!!" Bantal di baling.

Alat-alat mekap, perfume semua habis bertaburan di atas lantai. Natilia tidak sanggup mendengar apa yang di katakan Harith Haiqal di atas pentas. Dia semakin lemah dan cepat-cepat dia meninggalkan majlis. Tak sanggup rasanya melihat melihat orang yang dia sayang selama ini bersama dengan orang lain.

Dringg..

Telefonnya berbunyi minta di angkat.

"Hah! Kenapa kau call aku," kasar sahaja bahasanya.

"Hah! Kau mesti dah tau kan kak. Pasal Harith dengan Athirah tu," Fareed bersuara.

"Tu lah kau. Lembab buat keje. Tak guna aku harapakan kau. Kalau tau jadi macam ni, biar aku buat keje sorang-sorang je," amarahnya di lemparkan kepada adiknya.

"Eh! Salahkan orang pula. Akak tu bertahun kerja dengan Harith tu. Satu jerat pun tak mengena. Aaa.." belum sempat ayat di habiskan.

"Hey! Ko diamlah." Natilia menjerit nyaring. Telefon di matikan. Handphone di tangannya di baling geram. Die menggaru kepalanya yang tidak gatal. Habis serabut seluru rambutnya tak ubah seperti orang gila dengan make-up yang sudah comot seluruh wajahnya.

" Kau takkan dapat rampas dia dari aku," tiba-tiba dia mendapat idea.

Hahahahaha dia ketawa nyaring tiba-tiba. Jika orang lain tengok pasti mereka juga akan katakan yang dia sudah gila

hadiah untuk korang yang sedia menunggu.. wait for next chapter okey.. tapi lambat sikit lah ye.. banyak tugasan hakiki yang menanti. kne pandai curi2 masa ni.. see ya.. tq.. love . mmmuahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience