Bab 28

Romance Completed 21516

Bab 28

6 bulan kemudian

Alhamdulillah. Majlis resepsi sudah berbulan berlalu. Dan kini satu Malaysia sudah mengetahui Athirah Ardilla hak mutlak Harith Haiqal.

Walaupun kini Athirah Ardilla menjadi suri rumah sepenuh masa seperti yang di janjikan, namun dia juga merupakan free lance untuk photography company Micheal. Apabila Micheal ada banyak job dan memerlukan back-up Athirah Ardilla akan turun padang. Suaminya, Harith Haiqal juga tidak menghalang. Selagi Athirah Ardilla tidak terbeban, Harith Haiqal tidak membantah. Lagi pun dia sedia maklum akan hobi isteri kesayangan itu.

Sekarang bulan 12. Biasa waktu begini semua sedia maklum ramai yang menjadi raja sehari dan seperti biasa, Micheal tidak menang tangan. Athirah Ardilla sedia maklum akan hal itu dan turut serta turun padang.

Hari itu dia tiada job di luar. Oleh itu dia mengambil peluang menggunakan masa yang ada untuk memindahkan semua gambar yang di ambil beberapa hari lepas ke dalam komputer ribaanya.

"Ishh! Kenapa tak boleh on ni?" Dia merungut sendirian.

Button on di tekan berkali-kali. Namun hampa. Komputer ribanya tiada tanda untuk hidup. Paparan gelap menghiasi skrin. Dia bersandar dikerusi meja komputernya. Menarik nafas perlahan. Kepala di dongakkan ke atas. Tangan kirinya mengetuk manja dahinya. Mungkin itu cara untuk ideanya keluar.

"Dalam waktu-waktu macam ni kau tak boleh gelabah," dia memberi kata-kata semangat untuk dirinya.

Matanya di pejam seketika.

Kemudian matanya di kalih menghadap komputer ribanya. Jari jemari menari-nari di atas meja komputernya pula.

"Time-time camnilah kau buat hal ea,"

Nasib baiklah untuk job-job yang lepas sudah di kirim kepada Micheal melalui email dan backupnya di simpan di dalam hard disk.
Otaknya ligat berfikir.

"Macam mana ni ea. Kalau nak hantar repair makan masa. Micheal mesti nak cepat,"

Dia bangun dari kerusi. Langkah di hayun menuju hujung katil. Punggungnya dilabuhkan. Jari jemarinya di patah-patahkan. Begitu lah tabiatnya apabila dia resah. Mungkin cara itu boleh menenangkannya. Meja komputer menjadi tatapan matanya.

"Hurmmm. Call abanglah. Mana tau dia boleh bantu," tiba-tiba idea muncul.

Perlahan dia bangkit. Langkah di hayun ke meja komputer kembali. Telefon bimbitnya di capai kemudian langkah diatur menuju ke kepala katil pula. Nombor suaminya di cari.

Okey. Dapat! Button call di tekan.

Tuttt... Tutt..

Tuttt.. tut.. kedengaran di hujung talian.

"Ishh! Mana abang ni. Ada meeting ke?"

"Ahhh sudah. Macam mana ni,"

Dia mula gelabah kembali. Telefon bimbitnya di letakkan di atas katil. Dia bangun dan langkah kakinya di hayun menuju ke balkoni pula.

Tiba-tiba

Kringgg... Kringgg

Bunyi telefonnya. Dengan pantas dia capai dan mengangkat panggilan tersebut.

"Hello sayang. Assalamualaikum. Ada apa call abang? Abang dalam tandas tadi. Sakit perut. Telefon abang tinggalkan di atas meja,"

Dia tersenyum mendengar penjelasan dari suaminya.

Untuk pengetahuan korang, Natilia tidak lagi berkerja dengan Harith Haiqal. Selepas sambutan anniversary papa dan mama Harith Haiqal, dia menghantar notis berhenti 24 jam atas alasan ada urusan keluarga yang tak dapat di elakkan.

Harith Haiqal menarik nafas lega menerima notis tersebut kerana dia sudah tidak sanggup berhadapan dengan Natilia yang dirasakan semakin hari semakin daring cara pemakaiannya.

Walaupun ditegur beberapa kali masih tidak berubah. Malah pakaiannya semakin singkat dan ketat. Adakalanya payudaranya seakan ingin terkeluar apabila dia mengenakan pakaian sangat ketat dan bahagian dada sedikit terdedah. Benar-benar menguji keimanannya.

"Sayang ada masalah sikit ni. Komputer riba sayang tak boleh on. Tak tahu kenapa. Kemarin guna okey je. Hari ni dah tak boleh on," sayu sahaja nada luahannya.

"Sayang ada banyak gambar yang gelum edit dan perlu hantar kat Micheal. Lambat nanti customer komplain pula," sambungnya lagi.

"Ermm.. tak apa. Abang ada lagi satu komputer riba. Sayang masuk dalam bilik bacaan abang. Dekat situ ada satu komputer riba yang abang jarang guna. Betul-betul atas meja komputer abang. Sayang boleh guna yang tu untuk back-up dulu sementara nanti kita hantar komputer riba sayang pergi repair ea," perlahan dia memujuk isterinya.

"Oh! Okey. Terima kasih abang. Love you," laju saja telefon di matikan.

*****

Di Pejabat Harith Haiqal

Tuk tuk tuk.

Pintu pejabatnya di ketuk dari luar.

"Masuk," - Harith Haiqal.

Izzat masuk seperti yang di arahkan.

"Laaa.. biasa ko main masuk je office aku. Hari ni lain pula ea. Siap ketuk-ketuk lagi. Mimpi ape malam tadi," ujarnya sengaja mengusik.

"Tak lah. Aku nak masuk tadi. Tapi dengar ko macam on call. Aku tak nak lah ganggu. Lepastu aku dengar ko dah senyap. Tu aku ketuk," dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan meja Harith Haiqal.

" Siapa? Dilla? Ke Farah?" Kening di jengketkan.

"Isteri kesayangan aku lah. Komputer riba dia tak boleh nak on. Tu aku suruh je dia pakai komputer riba aku yang lagi satu tu. Pulak dia ada kerja urgent. Tak pe lah. Aku bagi je die guna," Harith Haiqal menerangkan sambil tangannya bermain dengan pen di atas meja.

"Oh! Komputer riba kau yang mana ea. Setahu aku ada satu je kan. Yang...," Tiba-tiba katanya terhenti.

"Yang apa kau ni. Ada dualah. Satu kan yang aku guna ni," dia menunjukkan komputer riba yang sedia terbuka di hadapannya.

"Lagi satu yang..." Tiba-tiba dia juga terdiam.

Alamak!

Cepat- cepat telefon bimbitnya di capai. Nombor isterinya di cari di bahagian panggilan keluar.

Tuttt... Tutt..

Tuttt... Tuttt..

Lama. Namun tiada tanda panggilan akan di angkat.

"Macam mana ni Ijat. Dia tak angkatlah. Ishhh! Aku boleh lupa pasal fail-fail tu. Kalau dia tahu macam mana." Dia mula resah. Izzat juga kelihatan gelisah.

"Itulah. Dah banyak kali aku suruh kau berterus-terang. Tapi kau tak nak,"

"Aku bukan tak nak. Tapi aku tak kuat. Macam mana penerimaan dia nanti." Dia bangkit dari kerusi.

Dia berjalan ke hulur ke hilir dan adakala menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal.

"Sempat tak kalau aku balik sekarang." Dia bertanya pada Izzat di hadapannya.

"Mana boleh. Tak sempat ni. Lagi sepuluh minit meeting dah nak mula."

Mesyuarat kali ni melibatkan ahli lembaga pengarah dan Harith Haiqal merupakan orang penting dan tak boleh menghantar wakil.

"Tak apa. Kita doa banyak. Semoga tak ada apa-apa berlaku. Minta-minta dia tak jumpa fail-fail tu,"

Itu sahajalah yang Izzat mampu buat ketika ini untuk menenangkan sahabat merangkap bos nya itu. Dia pun sudah mati kutu.

*****

Di rumah

Sebaik sahaja panggilan di matikan, Athirah Ardilla mencampakkan telefon bimbitnya di atas katil. Hatinya melonjak kegirangan. Laju sahaja kaki nya melangkah menuju bilik bacaan Harith Haiqal.

Pintu di buka. Perlahan dia melangkah masuk. Bilik yang sederhana besar itu di amati.

"Hurm kemas dan teratur."

Ini pertama kali dia menjejak kaki ke dalam bilik tersebut. Macam masuk ke perpustakaan mini. Terdapat beberapa rak buku yang sudah pun di penuhi dengan pelbagai buku dan bahan bacaan.

Berhadapan dengan pintu adalah meja komputer. Tapi tak macam meja komputer. Macam meja pejabat pula cuma kerusinya sahaja berbeza. Harith Haiqal menggunakan kerusi seperti sofa yang khas untuk meja komputer. Sangat lembut dan gebu. Perlahan dia melabuhkan punggung di kerusi sofa tersebut. Komputer riba yang di maksudkan Harith Haiqal dicari.

"Tadi abang cakap ada atas meja. Tapi kosong je ni. Mana dia letak ea."

Satu persatu laci dibuka dan di tutup kembali. Matanya turut meliar mencari komputer riba yang dimaksudkan suaminya. Tiba di laci yang terakhir, dia ternampak ada satu beg komputer riba. Di ambil kemudian di letakkan di atas meja komputer. Kerusi sofa di tarik merapati meja komputer.

"Abang tak guna ke? Kenapa elok tersimpan di laci bawah," tiba-tiba dia merasa sesuatu yang tak enak.

Ada sesuatu ke yang abang sorok. Dia sekadar menembak sahaja. Dadanya di sentuh.

"Hai jantung. Kenapa kau tiba-tiba berdebar ni. Komputer riba je kot. Bukan beg perang ke, beng senjata api ke," omelnya.

Button on di tekan.

Tit..
Bunyi dari komputer riba tersebut.

Fuh. Alhamdulillah. Masih boleh guna. Dia tersenyum gembira.

Oh! SD card lupa nak ambil. Perlahan dia bangkit dan kakinya laju melangkah menuju ke biliknya. Kamera yang masih terisi SD card di ambil. Segala kelengkapan untuk pemindahan gambar-gambar di ambil kesemuanya. Namun dia terlupa akan telefon bimbitnya yang dia campakkan di atas katil.

"Okey. Semua dah ada. Tapi sekejap. Ni fail apa," dia mengamati satu fail yang ada pada paparan desktop komputer riba itu. Kerusi sofa di tarik rapat ke meja.

"Athirah Ardilla?" Dahi di kerutkan.

"Kenapa ada fail nama aku ni. Aci tak kalau aku buka fail ni," seperti bercakap dengan seseorang.

"Bolehkan. Ye lah. Fail nama aku. Mana tau ada surprise ke. Ahhh. Tiber," dia ketawa sendiri.

Tetikus di capai. Fail Athirah Ardilla di tekan dua kali. Dalam fail ada fail lagi.

"Wahh. Banyaknya fail."

Fail pertama di tulis kampus. Dia membuka fail tersebut. Terdapat pelbagai foto kandid dirinya dan Madi di dalam fail tersebut.

"Wahh. Sejak bila ni? Kenapa aku tak tahu. So selama ni betul lah perasaan aku yang ada orang tengah intip gerak geri aku,"

Gambar di buka besar. Papan kekunci arrow ke kanan di tekan. Satu persatu gambar keluar silih berganti.

"Hurmmm. Nasib baik cantik," dia memuji dirinya yang ada di dalam gambar.

Dia tersenyum sendirian. Dia lupa tujuan asal. Matanya ralit memerhati setiap gambar yang ada di situ.

"Okey. Nak tengok fail yang mana pula ea,"

Matanya tertarik pada fail yang di namakan Nov 2008. Fail tersebut di buka. Dan macam biasa, di dalam fail ada fail lagi.

"Utusan," dia berasa pelik dengan nama fail tersebut. Tetikus di capai dan fail 'Utusan' di buka.

Tiba-tiba badannya menggigil. Apa ni semua? Satu persatu gambar kemalangan jalan raya dan petikan dari surat khabar ternama tersebut dibuka.

"Ni bukan...," Tangannya semakin menggigil. Tidak dapat di kawal perasaannya. Berjujuran air mata jatuh tanpa di pinta.

"Ya Allah. Apa yang Engkau cuba tunjukkan," dia meraung. Seluruh badannya menggigil.

Ting... Tong...

Ting.. Tong..

Bunyi loceng menandakan ada tetamu di luar pagar. Cepat-cepat dia mengesat air mata.
Dia menarik nafas dalam-dalam untuk melegakan sedikit perasaan yang sarat di dadanya.

Perlahan dia menuruni anak tangga. Remote pagar automatik di tekan. Ada seorang wanita sedang menunggu di luar pagar. Sebaik pintu di buka, wanita tersebut pun melangkah masuk.

"Itu macam..... Natilia.. apa dia buat kat sini,"

Dahi dikerutkan. Setelah berbulan-bulan dia tidak munculkan diri tiba-tiba terpacul di depan pintu pagar rumahnya.

Ermm.

Sopan pula pakaiannya kali ini. Sempat dia memberi pendapat.
Dia perasan. Di tangan kanan wanita tersebut seperti memegang fail bewarna merah. Langkah di atur perlahan menuju pintu masuk di mana Athirah Ardilla berdiri.

Walaupun dengan hanya berseluar track suit dan berbaju t-shirt lengan panjang dan berselendang, Athirah Ardilla tetap terlihat anggun. Api cemburunya membuak-buak.

"Kau tahulah nasib kau lepas ni. Aku pasti kau sendiri akan tinggalkan dia," dia berbisik sendiri.

Air muka sengaja di jernihkan supaya tidak nampak ketara api cemburunya.

"Oh! Natilia. Sorry Abang Qal tak ada. Dia masih kat office,"

"Sape cakap aku nak jumpa dia?" Sinis sahaja ucapannya.
Ehem..

Athirah Ardilla perasan ada kelainan pada setiap tutur kata wanita tersebut.

" Habis awak datang nak jumpa siapa?"

"Ceh! Dasar budak hingusan. Kalau aku tak nak jumpa Qal, maknanya aku nak jumpa kau lah. Ada hal aku nak bincang. By the way. Kau tak nak jemput aku masuk dulu ke? Panas lah kat luar ni,"

Belum sempat Athirah Ardilla membuka mulut, kaki Natilia sudah pun melangkah masuk ke dalam rumahnya. Sengaja bahu Athirah Ardilla dilanggar. Mujur Athirah Ardilla dapat mengawal tubuhnya, jika tidak pasti dia jatuh menyembah lantai kerana kuat juga Natilia melanggar bahunya.

"Ouch! Sengaja," mata hitam sengaja di naikkan.

"Aku duduk kat sofa tu boleh?"

Dia memandang Athirah Ardilla dengan senyum sinis. Tanpa menunggu jawapan dari Athirah Ardilla punggungnya di labuhkan di atas sofa empuk yang dia katakan tadi.

"Kenapa kau tercegat lagi kat situ. Tak nak buatkan aku air ke.. ape ke. Aku kan tetamu kau," dia memandang sinis Athirah Ardilla yang masih tercegat di depan pintu masuk.

Hati Athirah Ardilla semakin panas. Ya Allah kau kuatkan lah imanku. Engkau berilah aku kesabaran. Dia memejam matanya mencari kekuatan. Belum reda perasaannya dengan perkara tadi, kini muncul pula masalah baru.

"Saya tak ada masa nak layan awak. Apa tujuan awak datang sini? Cuba terus terang. Saya banyak kerja nak kena buat ni," - Athirah Ardilla menahan amarah.

"Dah lah sesuka hati datang tak berjemput. Masuk tak di undang. Ada hati nak suruh aku layan. Pergi mam.. lah kau kat sana," hanya di dalam hati. Dia menahan geram. Tangannya di gengam seperti penumbuk.

"Oh! Okey. Tak apa. Kau tak nak layan aku. Ni aku ada kejutan untuk kau. Dalam fail ni. Bukalah,"
Dengan tubuh yang sengaja di lenggokkan setiap kali dia bercakap membuatkan hati Athirah Ardilla semakin menyampah.

Athirah Ardilla memandang fail yang ada di meja kopi. Pintu masuk di biarkan terbuka. Perlahan dia melangkah menuju ke meja kopi sofa. Fail tersebut di ambil dan di buka.

Dan lagi sekali dia terkejut. Beberapa keratan akhbar yang memaparkan kemalangan ngeri berada di tangannya. Sama seperti apa yang dilihat sebentar tadi. Cuma yang ini original. Yang tadi hanya soft-copy.

"Apa semua ni?" air mata tanpa di suruh, berpusu-pusu keluar. Dia terduduk di atas sofa. Bahunya sedikit terhinjut-hunjut. Maknanya, ada orang lain yang mengetahui hal ini.

"Oh! Maknanya kau belum tahu? Suami kesayangan kau tu tak ada beritahu apa-apa?"

Dia merapati tubuh Athirah Ardilla . Badannya sedikit menunduk.Dia berbisik di telinga Athirah Ardilla.

"Kesian! Kau di tipu hidup-hidup. Kau nak tau kebenaran tak?"

Dia kembali menegakkan badannya. Wajah Athirah Ardilla yang kemerahan menahan air mata di pandang sipi. Dasar budak gembeng!

Dia diam sebentar. Athirah Ardilla hanya seperti tadi. Diam membisu. Yang kedengaran hanya tangisan halus.

"Kalau kau nak tahu. Qal tu kawin dengan kau sebab kesian. Bukan dia cintakan kau pun,"

Athirah Ardilla merenung wajah Natilia. Dia tahu wanita itu menipunya.

"Kenapa pandang aku macam tu?" wajah Athirah Ardilla ditolak.

"Tak percaya lah tu kan?"

Keratan-keratan akhbar yang ada pada tangan Athirah Ardilla di rampas.

"Ni...Takkan kau lupa tragedi ni" satu persatu keratan akhbar di baling ke atas meja kopi.

Athirah Ardilla diam. Bahunya masih terhinjut-hinjut. Air mata tak putus-putus keluar. Keadaan itu tidak sedikit pun menimbulkan rasa simpati Natilia terhadap Athirah Ardilla.

"Tragedi di mana kedua mak bapak kau, mati kena langgar,"

"Kau diam!" Matanya mencerlung tajam ke wajah Natilia.

"Kenapa kau nak suruh aku diam? Kau tak nak tahu siapa yang langgar? Hmmmm darling,"

Natilia semakin menggedik. Intonasi suaranya juga sengaja di lenggokkan.
Panahan mata Athirah Ardilla yang tajam merenungnya tidak sedikit pun membuat dirinya goyah. Malah semakin membara perasaan bencinya pada gadis tersebut.

"Kalau kau nak tau, laki yang kau sayang sangat tu lah yang langgar mak bapak kau... Tau.. sampai mati dan dia biarkan je mak bapak kau kat tepi jalan tu. Dia tak tolong pun."

Dan Natilia menceritakan kejadian sebenar apa yang berlaku pada malam kejadian. Ada sedikit yang di tokok tambah supaya Athirah Ardilla membenci Harith Haiqal. Dia tersenyum puas.

Arghhhhh! Athirah Ardilla meraung. Dia berlari menuju biliknya. Beg luggage di ambil. Beberapa helai baju kepunyaannya di ambil dan di masukkan ke dalam beg tersebut. Dia hanya melipat ala kadar sahaja. Langkah kakinya di atur menuju bilik bacaan pula. Kamera dan segala kelengkapan serta komputer riba di ambil.

Setelah semuanya siap di packing, dia menarik kesemua begnya turun ke bawah menuruni anak tangga. Namun Athirah Ardilla tidak perasan telefon bimbitnya ada di atas tilam di dalam biliknya.

"Eh! Kau nak pergi mana?"

Athirah Ardilla hanya membisu. Dia masih tersedu-sedu.

"Nak aku tolong?"

"Tak payah sibuklah kau." Tiada lagi perkataan saya awak.

"Uishh. Marah. Habis rumah kau ni macam mana? Kau nak keluar macam tu je? Tak nak tunggu beloved husband kau balik ke?"

Sengaja dia mengapikan.

Athirah Ardilla tidak mengendahkan. Kunci kereta di capai. Bonet kereta di buka. Kesemua beg-begnya di letakkan di dalam bonet kereta.

"Oiii. Rumah kau ni macam mana?" Laung Natilia apabila nampak Athirah Ardilla sudah memasuki keretanya.

"Pandai-pandai lah kau," Athirah Ardilla memandu kereta keluar dari perkarangan rumah.

"Pandai-pandai aku? Okey," dia melonjak kegembiraan. Dia merasakan impiannya hampir tercapai.

macam mana? makin panas tak? ape yang jadi selanjutnya??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience