Bab 30

Romance Completed 21516

Bab 30

Air mata tak henti mengalir sedari tadi. Selendangnya habis basah lencun dek kerana air mata yang turun tak berhenti-henti. Penglihatannya sedikit kabur kerana terlindung oleh air mata yang bertakung namun tidak menyukarkan pemanduannya.

Signal di beri ke kiri. Kereta berhenti di bahu jalan. Kepalanya di letakkan di stereng. Terhenjut-henjut bahunya. Dia melepaskan segala tangisan di situ.

Warghhhh!! Dia meraung. Ya Allah kuat kah aku dalam menepuh ujian-MU ini. Dia merintih. Dia dah tiada siapa-siapa untuk mengadu. Untuk mengadu pada bonda? Tidak. Ayah dan bondanya banyak telah berkorban dan bersusah payah dalam membesarkannya. Madi? Big no! Dia tak nak Harith Haiqal tau mana dia berada.

Fikirannya makin buntu. Apa yang Allah cuba tunjukkan padaku hambamu yang kerdil ini.

Tuk! Tuk! Tuk!

Cermin tingkapnya di ketuk. Oh mak kau! Dia terkejut. Cepat air matanya di lap menggunakan hujung selendangnya.

Ada seorang lelaki berdiri di sebelah pintunya. Dia memberi isyarat supaya Athirah Ardilla menurunkan tingkap. Athirah Ardilla berasa sedikit cuak. Lelaki itu tidak di kenalinya. Lelaki itu menunjukkan isyarat tangan, Kenapa? Athirah Ardilla hanya menggelengkan kepala. Lelaki tersebut hanya mampu menggelengkan kepala dan berlalu pergi. Mungkin melihat wajah Athirah Ardilla yang sedikit cemas membuat lelaki itu tidak mahu berdiri lama di situ. Enjin masih di hidupkan. Pasti lelaki itu ingat keretanya rosak dan niat ingin membantunya.

Sebaik sahaja lelaki itu pergi, Athirah Ardilla cepat-cepat berlalu dari situ. Dia tak nak ada orang lain yang salah anggap lagi.

Hampir setengah jam dia memandu. Namun dia belum tahu tempat ingin di tuju. Sekali lagi signal ke kiri di beri, namun bukan untuk berhenti di bahu jalan. Dia ingin berhenti di parking lot kedai. Kebetulan dia nampak ada 7Eleven. Perutnya belum di isi. Niatnya untuk membeli beberapa keping roti dan air sebagai alas perut.

Beberapa minit kemudian.

Sebaik sahaja dia memasuki kereta, perkara pertama yang dia buat adalah mencari air. Terlalu dahaga rasanya. Mungkin terlalu banyak air mata yang keluar membuat dia terasa dahaga. Ada kaitan ke?? Die menggaru kepalanya yang beralas selendang. Hurmmm lantaklah. Air di buka dan di minum rakus. Seperti sudah berbulan tidak merasa air.

Ahhhh! Leganya. Perjalanan mesti di teruskan. Tapi nak ke mana?? Dia berfikir. Tas tangan di ambil. Niat hati ingin mengambil telefon bimbit. Namun setelah berkali-kali dia cari sehingga seluruh isi di dalam begnya di keluarkan, namun apa yang dicari tetap tidak di ketemui.

Dia mula gelisah. Cuba mengingati sesuatu.
"Aku rasa, aku ada ambil telefon tu. Ke tak da?" Dia tidak yakin.

"Okey.. okey. Kau relaks. Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas hembus," seperti bercakap dengan seseorang tetapi sebenarnya bercakap dengan diri sendiri.

"Okey. Last aku ingat, aku guna masa nak call abang. Lepas tu, abang call aku. Aku angkat. Lepastu aku campak atas katil," dia bercakap satu persatu.

Haaaa? Atas katil? Kenapa aku tak nampak masa nak keluar tadi? Dia meremas mukanya. Hai lah Dilla. Apa lah yang kau ingat.

"Habis. Macam mana sekarang. Kalau abang yang jumpa okeylah. Kalau si perempuan gedik tu yang jumpa?" Dia mula bercakap sendirian.

"Ishhh! Tak kan lah. Sebab telefon aku ada dalam bilik. Tapi..."

Ishhh.. lantaklah dulu. Sekarang aku nak pergi mana? Setelah lama berfikir. Yes aku tahu nak ke mana. Dia membuka dashboardnya. Memastikan benda yang di perlukan ada di situ. Orite! Ada. Okey. Jom gerak!

*****
Di restoran

Sesekali matanya melirik pada lelaki tampan dan sado di hadapannya. Wajah dihadpannya sedang kegelisahan. Telefon bimbit sejak dari tadi tidak lepas dari tangannya. Sesekali di bawa telefon itu merapati telinganya. Sesekali skrin telefon itu di tekan beberapa kali menandakan sedang menaip sesuatu.

Huh! Dia mengeluh. Sesungguhnya dia benar-benar sakit hati. Perempuan itu juga yang di cari, di kejar. Aku di depan mata buat tak nampak!

"Qal....," perlahan dan manja dia memanggil. Namun tiada balasan dari lelaki itu. Matanya masih tertumpu pada skrin telefonnya.

"Qal...," cubaan kali kedua. Namun masih krik. Krik! Krik!

"Eh! Tak kan dah pekak kot. Ni baru bini lari, kalau bini mampus macam mana lah agaknya kan," hanya terluah di dalam hati.

"Qal!" Telefon bimbit lelaki itu di rampas.

"Shit! Apa ni Nat. Bagi balik telefon I,"

"Qal... You ni dari tadi sibuk dengan telefon je. I dekat depan you ni, you buat tak nampak je," suaranya di manjakan dan nadanya seperti merajuk.

"Apa you mengarut ni. Bagi balik telefon I,"

"Kalau I tak nak bagi. You nak buat apa?"

"Jangan main-mainlah. You tau kan apa terjadi. So you nak I relaks je ke? Isteri I kat luar tu sorang-sorang. Tak tau pergi mana. You ingat I tak risau ke?"

Natilia tidak mengendahkan setiap ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Telefon bimbit lelaki itu dimasukkan ke dalam tasnya. Dia tahu lelaki di hadapannya sedang berang dengannya. Berubah wajah lelaki itu melihat apa yang di lakukan. Namun di biarkan sahaja.

Nasi di dalam pinggan di kuis-kuis.

"Sini I suapkan you. You mesti laparkan. I tau you tak makan lagi," sudu yang penuh dengan nasi di sua ke mulut Harith Haiqal.

Sampai sahaja di restoran tadi, lelaki itu hanya memesan air sahaja. Hanya dia sahaja yang memesan air dan makanan.

"Nat! Stop it. I tak ada masa nak bergurau dengan you. You nak I tinggalkan you sorang-sorang kat sini? So bagi balik telefon I," tangan Natilia di tolak ke tepi menandakan dia tidak mahu wanita itu menyuapnya makanan.

"Okey! Fine. You nak risau apa. Wife you bukan budak kecil okey. Pandai-pandailah dia jaga diri. Entah esok lusa tak pun sekejap lagi, dia balik lah tu. You je yang risau lebih," matanya dinaikkan ke atas. Telefon bimbit lelaki itu beralih tangan.

Sekali lagi cubaan kali kedua untuk menyuap lelaki itu dengan makanan. Yes! Dia bukan jenis yang cepat mengalah. Bertahun dia cuba memikat hati lelaki itu. Sungguh pun gagal dia tetap akan terus mencuba.

"Nat! You makan je boleh tak? I kalau lapar, pandai lah I oder. You tak payah susah-susah nak suapkan I bagai. Tak malu ke orang tengok kita," dan sekali lagi usahanya gagal. Lelaki di depannya memang tidak pernah menghargainya.

Wajah sedikit di muramkan.

"U dah siap makan? Kalau dah jom. I malas duduk lama-lama kat sini,"

Geram hatinya melihat gelagat Natilia yang seakan tidak memahami situasinya. Nasi di dalam pinggan hanya di kuis-kuis. Sengaja dia melengahkan waktu. Dia faham benar dengan sikap wanita itu.

"Aaah. Sekejaplah Qal. Nasi I banyak lagi ni," suaranya di manjakan sekali lagi.

"I tak ada masalah nak tunggu you. Tak apa biar I sorang cari isteri I tu. You balik naik grab!" Putusnya. Hatinya benar-benar geram.

Dia pantas bangun menuju ke kuanter.

"Oh! Okey. Qal. Tunggulah I. Ye I temankan you,"

Sedikit gelabah bila tengok lelaki itu sudah nekad ingin meninggalkannya. Tasnya di ambil. Sebenarnya dia bukan lapar. Sahaja ingin meluangkan masa berdua dengan lelaki itu, namun seperti biasa rancangannya gagal. Huh!

Setelah kereta bergerak beberapa detik.

"You ni kan. Sedikit pun tak boleh nak sabar ea. I betul-betul lapar. Tapi tak sempat nak habiskan pun makanan tadi," dia membuat nada merajuk.

Wajahnya berpaling menghadap luar tingkap. Dia berharap Harith Haiqal berasa bersalah dan memujuknya.

Harith Haiqal sekadar menjeling. Memang cari bala aku ajak dia! Bukan menyenangkan. Lagi menyusahkan. Tangannya di stereng di genggam. Duduk berdua di dalam kereta bersama wanita tersebut sangat menyesakkan dada.

"Kalau dah tau perut tu lapar. Kenapa kau tak fokus makan jek. Ni sibuk nak suap aku. Tapi aku tengok kau makan sikit je," lama di tahan akhirnya terkeluar juga.

Dia bukan tidak perasan, sewaktu di restoran wanita tersebut kerap mencuri pandang wajahnya. Nasi di dalam pinggan hanya di kuis-kuis.

"Hei you! Kenapa ber kau aku ni?" Walaupun geram dan terkejut namun lenggok suaranya masih sama. Gedik dan manja.

Tiba-tiba Harith Haiqal memberi signal ke kiri dan kereta berhenti di bahu jalan. Nasib baik waktu itu tiada kenderaan dibelakang jika tidak pasti berlanggar.

"Nat! Boleh tak you stop it. You tau kan I tengah serabut. I tak ada masa nak layan kerenah you. I ingat, bila you ada dengan I boleh bantu I. Senangkan kerja I, tapi tambah menyusahkan," bengis sudah wajahnya. Benar-benar tidak tahan dengan perangai Natilia.

Natilia terkejut dengan perubahan wajah Harith Haiqal. Belum pernah dia melihat wajah bengis lelaki di sebelahnya itu.

"Hurmm Qal. Sorry," tangan Harith Haiqal yang berada di stereng cuba di sentuh.

Terus sahaja wajah Harith Haiqal berpaling menghadap Natilia. Sebaik melihat wajah Harith Haiqal yang bengis, terus sahaja dia membatalkan niatnya.

"Ni lagi satu I tak suka. You ingat I ni anak patung ke? Sesuka hati you nak pegang mana-mana you nak. Please lah jaga maruah you. I ni lelaki and suami orang. You tu perempuan. Tak malu ke?"

Perangai Natilia betul-betul menguji kesabarannya. Natilia di sisinya hanya menunduk. Dia tidak tahu sama ada wanita tersebut sedih atau sebaliknya. Dia tidak peduli.

"I hantar you balik!"

Itu sahaja yang dia rasakan terbaik.

"Tapi I nak teman you," manja sahaja dia merintih.

"Tunjukkan I jalan pergi rumah you,"

"No! I nak temankan you. Please Qal," nada seperti ingin menangis.

Harith Haiqal hanya diam membisu. Dia meneruskan pemanduannya. Malas dia melayan karenah Natilia yang di rasakan semakin melampau.

Hati Natilia makin panas. Sikap dingin Harith Haiqal benar-benar mencabar kesabarannya.

"Ok fine!" Suaranya nyaring tiba-tiba. Seat belt dilepaskan.

"You turunkan I kat sini," mukanya masam sahaja.

"You dengar tak?!" Renungannya tajam memandang wajah Harith Haiqal.

"Okey. As your wish" laju sahaja kereta di berhentikan di bahu jalan.

"Huh!" Natilia keluar kemudian pintu di hempas kuat.

Harith Haiqal terkejut dengan tindakan Natilia. Dia hanya merenung tajam kemudian berlalu pergi.

"Shit! I sumpah. You tak kan bahagia Qal. Hanya I yang boleh bahagiakan you. Bukan perempuan tu," dia menjerit geram. Dia tahu mana mungkin Harith Haiqal mendengar. Kenderaannya juga sudah hilang di pandangan mata.

"Bodoh ke apa aku nak bagi tahu lokasi rumah aku? Kalau dia tau Fareed tu adik aku, rosak semua plan aku,"

Dia hanya tersenyum sinis. Tas tangan di buka dan diseluk. Telefon bimbitnya di ambil.

"Hah! Ambil aku sekarang. Nanti aku send location," telefon di matikan.

Dia menyimpan telefon bimbitnya kemudian tangannya mengambil lagi satu telefon bimbit yang di letakkan di poket hadapan tasnya. Direnung tajam, kemudian dia menyimpan kembali. Aku ada rancangan! Kau tunggu sahaja. Balasnya.

terima kasih masih setia menunggu. mini love. mmuahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience