Nadhira mengenakan apron pada badannya, mengikat tali di pinggang dengan kemas sebelum melangkah kembali ke ruang kerja. Wajahnya sedikit tegang, namun dia menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri.
Sepanjang masa rehat tadi, fikirannya berkecamuk memikirkan keadaan Nayla. Tetapi sekarang, dia perlu fokus pada pekerjaannya, berusaha sebaik mungkin agar emosi dan masalah peribadi tidak mengganggu tugasnya. Dia melangkah ke kaunter dengan wajah yang tenang, menyambut pelanggan dengan senyuman seperti biasa, walaupun di dalam hatinya, badai tetap bergejolak.
"Aku akan kuat," bisiknya dalam hati, cuba memotivasikan dirinya untuk bertahan hari ini.
“Kau sempat makan tak tadi, Nadhi?” soal Syaza prihatin, memandang wajah Nadhira yang tampak sedikit letih. Dia tahu sahabatnya baru sahaja bertemu adiknya dan pasti banyak perkara yang berlegar di fikiran.
Nadhira tersenyum tipis, menggeleng perlahan. “Tak sempat. Sibuk sangat berbual dengan Angah tadi, sampai lupa nak makan,” jawabnya jujur sambil tersenyum, walaupun rasa laparnya sudah mula terasa.
Syaza mengerutkan dahi. “Alahai, Nadhi… kau kena jaga diri juga, tahu?” Dia menepuk bahu Nadhira dengan lembut. “Sekejap lagi kalau tak ramai pelanggan, aku bungkuskan sesuatu untuk kau. Boleh makan sekejap kat belakang.”
Nadhira tersenyum terharu. “Terima kasih, Sya. Kau memang sahabat yang baik.”
"Hmm Sya, aku ada sesuatu nak cakap."perlahan dia berkata.
"Boleh, tapi sekejap lagi lepas aku settlekan order customer yang ni". Balas syaza. Tangannya ligat menyiapkan pesanan customer.
Nadhira mengangguk dan menunggu dengan sabar di tepi kaunter, memerhati Syaza yang tekun melayani pelanggan dengan senyuman dan keramahan biasa. Hatinya sedikit gementar, kerana apa yang ingin dia kongsikan kali ini agak berat. Namun, dia tahu Syaza sahabat yang sentiasa mendengar dan memahami, dan mungkin, hanya dengan berkongsi beban ini, hatinya akan terasa sedikit ringan.
Selesai menguruskan pesanan, Syaza membersihkan tangannya dan menghampiri Nadhira. “Okay, sekarang boleh. Apa yang kau nak cakap tadi, Nadhi?”
Nadhira menarik nafas perlahan, cuba menyusun kata-katanya. “Sya, aku nak cari rumah sewa,” katanya, nada suaranya penuh tekad. “Angah… dia perlukan tempat tinggal, dan aku tak sampai hati biarkan dia hadapi semua tu seorang diri. Aku nak bawa dia keluar dari rumah Mak.”
Syaza mengangguk, memahami perasaan sahabatnya. “Aku faham, Nadhi. Angah perlukan kau sekarang, kan? Dan aku yakin ini keputusan yang betul. Tapi… kau dah ada plan macam mana nak uruskan semua ni?”
Nadhira tersenyum lemah. “Aku akan cuba cari rumah yang kecil dan murah dulu, sementara aku simpan duit lebih untuk hal-hal lain. Aku rasa ini masa aku untuk bantu Angah bangkit. Kalau tak, aku takut dia makin tertekan…”
Syaza memegang tangan Nadhira, memberikan semangat. “Nadhi, apa pun yang kau perlukan, kau boleh kira aku ada. Kita cari sama-sama. Aku tahu bukan senang, tapi aku yakin kau mampu buat ni.”
Nadhira mengangguk, berasa lebih yakin dengan sokongan Syaza di sisi. Perbualan itu memberikan Nadhira keyakinan baru, bahawa dia tidak keseorangan dalam perjalanan yang mencabar ini.
"Eh Nadhi, aku baru teringat sesuatu. Aku boleh mintak tolong Abang Sayf carikan" Syaza terjerit kecil.
“Eh, tak payahlah susahkan Abang Sayf. Kau nih!” balas Nadhira, tersipu malu. “Aku ni pun tak habis lagi malu dengan dia, tau.”
Syaza tergelak kecil melihat wajah Nadhira yang sudah kemerahan.
"Kau jangan risau. Small the pieces. Nanti aku call Abang Sayf"balas Syaza.
Namun, belum sempat Syaza mengaturkan apa-apa, mereka dikejutkan dengan kemunculan Abang Sayf di hadapan mereka. Seolah-olah apa yang mereka sebutkan tadi telah menyerunya datang.
"Pucuk dicita, ulam mendatang," bisik Syaza sambil tersengih, cuba menahan gelak. Nadhira hanya tergamam, tidak tahu sama ada hendak tersenyum atau menyorok di belakang Syaza.
Sayf melangkah mendekati mereka, mengangkat sedikit keningnya apabila melihat wajah Nadhira yang kelihatan sedikit panik. "Ada yang tengah bercakap pasal abang ke tadi?" usiknya sambil tersenyum santai. Nadhira tertunduk malu.
“Hai, Jasmine.” Sapaan Sayf membuatkan Nadhira tersentak kecil, tidak menyangka namanya disebut begitu mesra. Matanya bertaut sekejap dengan pandangan Sayf, terasa aneh apabila dia melihat kesungguhan di mata lelaki itu.
Namun, sebelum keadaan menjadi lebih janggal, Syaza pantas menarik lengan abangnya, mengajaknya ke sudut jauh sedikit dari Nadhira. “Abang, jap. Sya nak cakap something,” ujar Syaza cepat-cepat dengan nada rendah, sengaja memberi ruang kepada Nadhira untuk sedikit tenang.
Dari jauh sesekali terlihat Sayf menggangguk angguk kan kepala mendengar adiknya bercakap.
Dan seketika Syaza kembali ke cashier bar.
" Nadhi , kau jangan risau tau . Esok kita cuti kan. Jom tengok rumah." Beritahu Syaza.
Nadhira yang sedang sibuk mengelap meja terhenti seketika mendengar kata-kata Syaza. "Esok? Cepatnya dapat cari rumah?"
Syaza tersenyum lebar, puas hati melihat reaksi terkejut Nadhira. "Haah, abang Sayf kata dia uruskan. Kita masuk bawak barang jeh"
Nadhira menarik nafas lega, tidak menyangka urusannya untuk mencari tempat tinggal bergerak sepantas ini. "Syaza, terima kasih sangat. Aku tak tahu macam mana nak balas budi baik kau dengan abang kau tu."
Syaza menggeleng, menepuk bahu sahabatnya lembut. "Eh, kawan buat apa nak berkira? Aku tahu kau perlukan tempat selesa untuk kau dan Nayla. Tapi Nadhi, aku ikut sekali dengan kau ya? Aku risau kalau si Nayla tu tak berubah lagi".
Nadhira tersenyum, rasa lega dan terharu menyelinap ke hatinya. Harapan untuk membina kehidupan yang lebih baik bersama adiknya kini terasa semakin dekat.
Share this novel